Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Sektor Perikanan di MELAKA

Kawasan

 JETI Nelayan, Pantai Siring Pulai, Melaka.


 Jeti ini terletak di Kampung Pulai, Merlimau.
 Pernu,
 Parit Penghulu,
 Sebatu
 Paya Lebar
Kertas Projek anda ialah tentang sektor Perikanan di MELAKA
Anda diminta kaji sektor ini berdasarkan dengan
- kawasan
- dasar berkaitan dgn sector

Dasar Keselamatan
Perlindungan Data

Teknologi keselamatan terkini adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan
pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian
yang tidak dibenarkan.

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat
yang dikemukakan oleh pengunjung.Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel
yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan
agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-
agensi lain.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang
dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk
menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan
menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. Semua storan elektronik dan penghantaran data
peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat
yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web Yang Lain?

Lamanweb ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman
web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin
mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan
memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering
melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan
dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi adalah dilindungi dan disimpan dengan
menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
• Jumlah Penghasilan Barang (peratus, rujukan mesti letak, jenis produk yang dihasilkan)

• Pekerja (peratus)
- tempatan
Sektor perikanan adalah salah satu daripada cabang pertanian yang terus berkembang dengan baik di
Negeri Melaka. Dua aktiviti utama sektor ini ialah perikanan tangkapan dan akuakultur. Pada tahun
2018, seramai 1,266 orang nelayan dan 1,002 buah vesel telah berdaftar di Melaka.

https://jkpnm.melaka.gov.my/userfiles/user/Unit_Bajet/Ucapan_Bajet/2019.pdf

- asing

• Sumbangan sektor ini kepada Negeri


• Ancaman (Isu-isu semasa yang berkaitan)
1.

JASIN 11 Okt. –

Jabatan Perikanan Melaka mahu mempergiatkan lagi usaha bagi memastikan aktiviti nelayan
darat di seluruh negeri ini berkembang seterusnya dapat memberi manfaat kepada ekonomi
penduduk setempat. Pengarahnya, Johari Tim berkata, pelbagai usaha sedang dan akan
dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama erat agensi berkaitan ke arah itu termasuk
memperbanyakkan stok ikan air tawar di sungai-sungai negeri ini.sektor perikanan di Melaka
berbeza dengan negeri lain kerana ketiadaan sektor nelayan darat disebabkan hasil tangkapan
ikan air tawar yang sangat rendah di negeri ini.

Jabatan Perikanan negeri merancang untuk merangka Pelan Pembangunan Perikanan Melaka
menjelang hujung tahun depan bagi memastikan usaha tersebut dapat dilaksanakan. Hasil
tangkapan ikan air tawar di negeri ini dianggarkan hanya 2.4 tan sepanjang 2015 dan jumlah itu
menurun ketara berbanding 10 tahun lalu disebabkan beberapa faktor termasuk ketidakstabilan
ekosistem. Justeru, dengan adanya pelan pembangunan itu kelak, mudah bagi kami untuk
melaksanakan usaha berterusan membangunkan industri perikanan negeri selaras dengan apa
yang berlaku di Melaka.
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/pergiat-aktiviti-nelayan-darat-1.536677

2. YB Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka,
YB Tuan Norhizam bin Hassan Baktee bersama Agensi Penguatkuasaan seperti DoF,
LKIM, Polis, Jabatan Laut, APMM dan Polis Marin bagi menangani isu kecurian
sampan dan enjin yang makin serius di Melaka.

3. Pembentangan Program dan Aktiviti Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang
Kemunting, Melaka kepada Yang Dipertua Alor Gajah, YBrs Tuan Zamzuri bin Arifin;
Setiausaha MPAG, Ketua WHIP, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan

4.

Kegiatan penambakan laut di zon penangkapan nelayan pantai di Melaka

KENYATAAN AKHBAR 10
SEPTEMBER 2015

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Melaka menyiasat dan mengambil tindakan
segera bagi mengatasi berbagai masalah yang dihadapi oleh beribu nelayan pantai di negeri ini
berikutan pelaksanaan projek tambak laut di sekitar bandaraya tersebut.
Antara masalah yang dihadapi nelayan ialah kawasan tangkapan terjejas dan menjadi sempit,
pencemaran laut, mendapan lumpur dan pasir, sumber perikanan semakin pupus, hasil tangkapan
berkurangan dan pendapatan harian merosot.

Tinjauan SAM di Sungai Lereh dekat Tanjung Keling mendapati, lebih 100 nelayan pantai di
sini mengalami kesukaran untuk keluar ke laut dan pulang ke pengkalan kerana perairan dan
muara sungai di kawasan itu menjadi cetek akibat kegiatan penambakan laut berhampiran.

Nelayan terbabit mendakwa kegiatan menyedut pasir laut telah menyebabkan air laut tercemar,
dasar laut bergegar dan batu karang yang menjadi tempat ikan membiak turut musnah. Pada
masa yang sama mereka juga menghadapi masalah pencemaran laut yang serius kerana lumpur
yang dikorek di Sungai Melaka dibuang di zon tangkapan nelayan pantai.

Berikutan masalah ini ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan
pantai di kawasan berkenaan semakin pupus sekali gus menjejaskan hasil pendapatan mereka
dari lebih RM100.00 sehari kepada RM30.00 sehari.

SAM kesal walaupun masalah tersebut telah lama dihadapi oleh nelayan-nelayan di kawasan
berkenaan tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berwajib
bagi mengatasinya. SAM berpendapat pampasan yang setimpal perlu diberikan kepada nelayan
terbabit berikutan kemerosotan hasil tangkapan yang mereka alami.

Perancangan yang lebih teliti dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan yang tegas
perlu dilaksanakan agar alam sekitar tidak terjejas dan kehidupan nelayan tidak terancam akibat
pelaksanaan projek berkenaan. SAM percaya dan bimbang jika perkara ini tidak diberi perhatian
sewajarnya masalah yang lebih besar mungkin berlaku pada masa akan datang.

https://www.foe-
malaysia.org/projek_tambak_laut_di_melaka_jejas_kehidupan_nelayan_pantai_sam
• Pihak yang Bekerjasama

MELAKA TENGAH – 05 Apr 2019

Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM438,000 insentif kepada 548 nelayan dari tujuh
belas buah pengkalan yang terjejas akibat aktiviti penambakan laut di daerah ini. Exco
Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan industri Asas Tani, Norhizam Hassan
Baktee berkata, insentif sebanyak RM750 setiap seorang itu diberikan bagi membantu nelayan
meringankan beban kewangan yang ditanggung mereka memandangkan ada di antara kawasan
nelayan yang berhampiran dengan projek penambakan.

Nelayan merupakan penyumbang kepada sektor perikanan negeri dengan mencatatkan


pendaratan ikan marin sebanyak 1,913.34 tan metrik pada tahun lalu. Bantuan itu dapat
dimanfaatkan golongan penerima yang ada di antara mereka mendapat hasil tangkapan yang
berkurangan disebabkan projek penambakan yang berlaku dan sebagainya.

Kerajaan negeri dalam usaha untuk membangun dan menambahkan ekonomi nelayan agar
mereka mempunyai pendapatan tetap yang jauh lebih tinggi berbanding pendapatan semasa.

Menurutnya, langkah itu termasuk cadangan merealisasikan projek akuakultur seperti ternakan
kupang dan ternakan ikan dalam sangkar mengikut kesesuaian tempat selain aktiviti
agropelancongan yang dijangka bermula pada tahun ini.

Sementara itu, penerima nelayan dari jeti Klebang Besar, Mohd Said Husian,55, berkata, wang
tersebut akan dimanfaatkan bagi membeli pukat yang lebih berkualiti bagi mendapat hasil
tangkapan yang banyak memandangkan dia bersama tekong terpaksa memunggut hasil
tangkapan laut dengan jarak yang lebih jauh iaitu sejauh lima kilometer ke perairan laut
disebabkan kawasanmya berhampiran aktiviti tambakan laut berbanding jarak sebelum ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/21907/EDISI/Melaka-NS/RM438000-


diagih-kepada-nelayan-Melaka-Tengah

2. Sesi Dialog YB Tuan Norhizam bin Hassan Baktee, EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan
dan Industri Asas Tani Negeri Melaka bersama nelayan daerah Jasin pada 27 September 2018 di
RTC Sg Rambai, Jasin. Turut hadir YBhg Dato' Dr Bah Piyan Tan, Timbalan Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia (Pengurusan); YBrs Encik Hosni bin Ahmad, Pengarah Bahagian
Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan dari LKIM Putrajaya; dan YBrs Encik Johari bin
Tim, Pengarah Perikanan Negeri Melaka. Tujuan sesi program diadakan untuk berinteraksi dua hala
antara nelayan dan agensi- agensi berkepentingan bagi menyelesaikan isu serta masalah yang
dibangkitkan oleh nelayan setempat.

https://www.facebook.com/pg/ppnmlk/posts/?ref=page_internal
3. Bagi meningkatkan lagi sumber perikanan tangkapan, beberapa langkah telah diambil oleh
Jabatan Perikanan, antaranya: -

i. Mewartakan kawasan larangan menangkap ikan;

ii. Melabuhkan 42 unit tukun tiruan dasar lembut di perairan Pulau Besar semenjak tahun 2009;
dan (54)

iii. Melabuhkan 20 unit tukun rekreasi di Pulau Undan bagi tujuan memperkayakan terumbu
karang sedia ada di pulau tersebut. 96.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga akan membantu para nelayan untuk penyediaan
pelbagai infrastruktur seperti menaik taraf jeti sedia ada dan membina jeti baharu. Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan 87.99 juta ringgit bagi tempoh 2011
hingga 2018 kepada para nelayan dari segi penyediaan infrastruktur dan pemberian bantuan
seperti elaun sara hidup, insentif hasil tangkapan ikan, bantuan bencana alam dan kebajikan
nelayan, tidak termasuk bantuan subsidi minyak. 97.

Walau bagaimanapun, menyedari kebajikan nelayan yang telah terjejas akibat aktiviti tambak
laut di perairan Melaka, maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi insentif sebanyak 3,000
ringgit dengan 4 kali pembayaran secara berkala kepada nelayan di daerah Melaka Tengah bagi
tahun 2019. Nelayan berkenaan perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Melaka

https://jkpnm.melaka.gov.my/userfiles/user/Unit_Bajet/Ucapan_Bajet/2019.pdf

Bidang kajian tambahan yang perlu dikaji ialah


1. Ternakan tangkapan

JASIN, 26 Feb (Bernama).

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman
berkata projek itu merangkumi pelabuhan agro pertanian, ekopelancongan, ternakan
kupang dan kerang bagi meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan serta sumber
perikanan negeri bagi jangka panjang.
Menurutnya, maklumat terperinci lain termasuk jumlah keluasan kawasan terbabit akan
diketahui oleh pihaknya tidak lama lagi.
Hasan turut menyampaikan bantuan sebanyak RM100,000 bagi projek akuakultur
ternakan kupang Sebatu pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengarah
Perikanan Melaka, Johari Tim.
sangkar ternakan kupang yang diusahakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Jasin di
Sebatu pada September lepas juga terbukti menjana hasil pendapatan yang
memberangsangkan.
"Sebanyak 13.34 tan metrik kupang dalam enam sangkar yang diperoleh pada bulan ini
memberi keuntungan sebanyak RM80,000 pada harga jualan RM6 sekilogram," katanya.

http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1563083

2. Akuakultur
Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Program Zon Industri Akuakultur (ZIA). Sehingga kini, dua
kawasan telah dizonkan sebagai ZIA iaitu Sempang dan Sebatu di daerah Jasin, yang masing-
masing bertumpu kepada ternakan udang laut dan kupang. Kerajaan Negeri akan mewartakan
lebih banyak pusat ZIA untuk meningkatkan pengeluaran industri tersebut.

3. Biosekuriti
Fungsi Bahagian Biosekuriti Perikanan

 Merancang dan menggubal dasar pengurusan kesihatan ikan dan kesihatan awam.
 Memberikan perkhidmatan makmal dari aspek diagnosa penyakit ikan dan keselamatan
makanan.
 Melaksanakan pembangunan standard ikan dan hasilan ikan diperingkat kebangsaan dan
antarabangsa.
 Menyelaras keperluan tenaga kerja dan latihan kakitangan di bidang berkaitan.
 Mengurus perkara berkaitan pentadbiran dan kewangan bahagian.

4. Penyelidikan
Sebanyak 70,000 ekor udang galah telah dilepaskan ke Perairan Sungai Rembau, Alor Gajah pada
hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Norhizam bin Hassan Baktee, Exco Pertanian,
Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Melaka, turut dihadiri YB Datuk
Muhammad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka,
Pengarah Perikanan Negeri Melaka, KC Perikanan Darat Putrajaya, Pengarah LKIM, MPKK Paya
Lebar, Penyelaras DUN serta nelayan2 Paya Lebar, Tebing Urut dan Telok Berembang.

You might also like