Professional Documents
Culture Documents
Good Good
Good Good
Good Good
Datok Lee Chong Wei ,lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak[2])
ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di
Bukit Mertajam.[3] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan
2012 [4], maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir
acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik
Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk
kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai wira kebangsaan.[5]
Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit,
Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan
itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula
mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar
bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik
perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee
menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula
melatih Lee selepas waktu sekolah.[7] Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah
beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[8]