Laporan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH 2019

NAMA : ZAINUAN BIN ISMAIL

SEKOLAH : SK LKTP KEMELAH, SEGAMAT, JOHOR

MATAPELAJARAN: MATEMATIK TAHUN 6

BAHAGIAN A (MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR/e-brm)


TARIKH 1 APRIL 2019
WAKTU 12.30 HINGGA 1.30
TAHUN TAHUN 6
TAJUK PANJANG, JISIM DAN ISIPADU CECAIR
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN/KRITERIA 1. Menyatakan ukuran atau sukatan bagi sesuatu kuantiti.
KEJAYAAN 2. Melakukan pertukaran unit bagi panjang, jisim dan isipadu.
3. Menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan panjang,
jisim dan isi padu cecair.
REFLEKSI

15 / 15 MURID DAPAT MENCAPAI OBJEKTIF PEMBELAJARAN HARI


INI.

BAHAGIAN B (PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN)


LANGKAH 1

1. Murid diperkenalkan kepada unit ukuran bagi panjang (KM, M, CM dan MM), jisim (KG
dan g) dan isipadu (L dan ml).
2. Murid mengenalpasti dan menyusun unit ukuran dari besar kepada kecil. Contoh KM –
M – CM – MM.
3. Murid diterangkan perkaitan antara setiap unit menggunakan gambarajah. Contoh :

1KM = 1000M 1M = 100 CM

LANGKAH 2

1. Murid dibimbing untuk melakukan pertukaran unit. Untuk melakukan pertukaran unit,
murid perlu memahami sama ada untuk menukar dari unit kecil ke unit besar atau
sebaliknya.
2. Sekiranya pertukaran dari unit kecil kepada besar (Gram kepada Kilogram), murid akan
menggunakan kaedah bahagi kerana perkataan besar (huruf B) merujuk kepada operasi
Bahagi. Contoh: tukar G kepada KG.(unit kecil kepada besar)
3. Sekiranya pertukaran dari unit besar kepada kecil (Liter kepada mililiter), murid akan
menggunakan kaedah darab kerana perkataan kecil (huruf K) merujuk kepada operasi
Kali (darab). Contoh: tukar L kepada ml.( unit besar kepada kecil).

Formatmudahlaporankt. Page 1
LANGKAH 3

1. Murid di minta menunjukkan tanda bagus menggunakan kedua-dua belah tangan.


2. Tangan kanan akan menunjukkan huruf ‘D’ iaitu darab dan titik akan digerakkan
mengikut arah ibu jari iaitu depan (D).
3. Tangan kiri akan menunjukkan huruf ‘B’ iaitu bahagi dan titik akan digerakkan mengikut
arah ibu jari iaitu belakang (B).
4. Bilangan gerakan titik akan ditentukan melalui bilangan sifar. Contohnya:

Tukarkan 4.5 kilogram kepada gram

Unit besar kepada KECIL. Perkataan Kecil (K) membawa maksud kali (darab)

Murid membuat tanda bagus. Tangan kanan akan menunjukkan huruf D. Ibu jari
Akan menunjukkan arah gerakan titik.

4.5 x 1000..oleh itu titik akan digerakkan ke depan sebanyak 3 kali gerakan.

Jawapan: 4500 gram.

LANGKAH 4

1. Murid diberikan lembaran kerja. Murid menggunakan teknik yang telah dipelajari.
2. Murid yang telah menguasai kemahiran tersebut akan membimbing murid lain sebagai
pengukuhan.
3. Guru boleh menukar soalan kepada pecahan yang melibatkan unit ukuran panjang,
jisism dan isipadu. Contoh 4 3 kg
5
BAHAGIAN C (HASIL PELAKSANAAN)

1. Murid lebih mudah memahami dan menukarkan unit ukuran.


2. Murid lemah lebih yakin dan mampu melakukan pertukaran unit setelah 2 kali
bimbingan.

Formatmudahlaporankt. Page 2

You might also like