Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TAJUK 4 PEMBINAAN UJIAN

Sinopsis

Tajuk dalam unit ini akan memmbincangkan cara-cara pembinaan ujian iaitu
pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) dan pembinaan item berpandukan JSU
serta cara membina item yang KBAT

Hasil Pembelajaran

Pada
Padaakhir
akhirtajuk
tajukpelajar
pelajardapat
dapat: :
Membina
MembinaJadual
JadualSpesifikasi
SpesifikasiUjian(JSU)
Ujian(JSU)
2.2. Membina
Membinaitem
itemsoalan
soalanberpandukan
berpandukanJSU
JSU
3.3. Membina item soalan yang KBAT
Membina item soalan yang KBAT

4.0 Pembinaan Ujian

4.1 Langkah Pembinaan Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan


Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat
tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan
pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap
tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan.
Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu t


ajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk
yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu
tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana


maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan
yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif


pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang
dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom.

15
4.2 Penggubalan Jadual Spesifikasi Ujian

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi
kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan
menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap
tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang
lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal
soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina
adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,


b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari
setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun
ujian dibina oleh orang yang berlainan.

Tahap Kognitif

Peratus%
Kandungan

Pengetahuan

Pemahaman

Penggunaan

Penilaian

Jumlah
Stuktur
Pemakanan: x

Jenis makanan x x x
Proses
Pencernaan x x x x
Penghazaman x x
Jumlah 20% 20% 50% 10% 100%

Tahap Kognitif
Peratusan%
Kandungan

Pengetahuan

Pemahaman

Penggunaan

Penilaian

Jumlah

Stuktur
Pemakanan: 4(AP) 4 4
Jenis makanan 4(AP) 6(T) 10( 20 20

Proses
Pencernaan 6(BS) 6(T) 10( 10(E) 32 32

Penghazaman 6(BS) 8(T) 44 44


jumlah 20% 20% 30( 10% 100

M = Mudah Sd = Sederhana S = Sukar

16
4.3 Taksonomi Bloom

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan


perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual,
seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan
berfikir.

2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-


perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi,
seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.

3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai


perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan
motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi
mesin.

Domain Kognitif

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap.


Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat
peristilahan, definisi,fakta-fakta, gagasan, pola, urutan,
metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami
gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan
sebagainya.

Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk
menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan
sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa
maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau
menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih
kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari
sebuah senario yang rumit.

17
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu
menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang
sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk
penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap
penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan
menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada
untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)
Domain Afektif
1. Penerimaan (Receiving/Attending)
2. Tanggapan (Responding)
3. Penghargaan (Valuing)
4. Pengorganisasian (Organization)
5. Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai
(Characterization by a Value or Value Complex)

4.4 Panduan Pembinaan Item Ujian

Langkah ini dilakukan oleh pakar-pakar dalam mata pelajaran


berkenaan. Penggubal perlu menulis soalan berdasarkan JSU
dari segi kandungan dan kemahiran yang hendak diuji. Soalan
hendaklah ditulis berpandukan kepada prinsip penulisan soalan.
Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang
penggubal ialah:

a) menguasai isi kandungan dokumen standard,


termasuklah kesedaran tentang sebarang kesukaran
yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai mata
pelajaran, kesedaran tentang kekeliruan atau kesilapan
yang lazim dibuat oleh pelajar (penting untuk membina
distraktor dalam soalan aneka pilihan), dan kesedaran
tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang
ada. Kesedaran itu penting kerana sampel soalan perlu
didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya
kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu
susah,

18
b) mempunyai objektif pendidikan yang rasional supaya
dapat membezakan antara perkara yang penting
diketahui oleh pelajar dengan perkara yang remeh-temeh
yang tidak perlu diuji,

c) memahami dan menyedari tahap pendidikan pelajar


supaya soalan yang dibina dapat disesuaikan dengan
kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard
soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara
yang menimbulkan keraguan atau perkara di luar liputan
sukatan pelajaran,

d) mahir dalam perhubungan verbal supaya soalan yang


ditulis tepat maknanya secara eksplisit dan implisit dan
betul jalan bahasanya; kesilapan tafsiran kerana
penggunaan kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat
dalam soalan esei dapat dibetulkan dengan
mengubahsuaikan skema pemarkahan tetapi dalam
soalan aneka pilihan, ubahsuaian ini tidak dapat
dilakukan,

e) mahir dalam teknik menulis soalan dengan menggunakan


imaginasi clan daya cipta sendiri.

4.4.1 Memilih dan menyelaraskan soalan


Soalan (terutamanya soalan aneka pilihan) hendaklah digubal
berdasarkan kehendak JSU disemak oleh satu
jawatankuasa/panel berdasarkan kriteria yang berikut.

a) Pokok soalan lengkap dan jelas.


b) Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana satu
bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat dalam
JSU.
d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit kepada
pelajar
e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.
Jawatankuasa/panel juga bertanggungjawab memperbaiki
sebarang kesilapan atau kecacatan yang terdapat pada soalan-
soalan yang dipilih.

AKTIVITI 1 : Senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil kira


oleh seorang pendidik sebelum melaksanakan
sesuatu ujian bilik darjah.

19

You might also like