Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PERANCANGAN AWAL

1.1 TAJUK: KAJIAN TENTANG MASYARAKAT SETEMPAT DI


KAMPUNG LIMAU-LIMAUAN KUDAT

NAMA PENULIS: Fariz Duin


1.2 JADUAL KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN


1 24/4/2018 Menerima dan mendengar taklimat berkenaan Bilik music
SELASA dengan kerja kursus sejarah yang disampaikan oleh SMK Pinawantai
Cikgu Hani. 0830-0930
2 28/4/2018 Mencari dan mengumpul maklumat yang dapat Rumah
SABTU dikaitkan dengan tajuk kajian iaitu tentang 1010-1210
masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan
Kudat.
3 28/4/2018 Menemu bual beberapa orang sumber untuk Rumah AJK dan Ketua
SABTU menambah maklumat berkenaan dengan tajuk Kampung
kajian saya iaitu tentang masyarakat setempat di 1330-1530
Kampung Limau-limauan Kudat.
4 29/4/2018 Melawat tempat kajian iaitu di Kampung Limau- Kampung Limau-
AHAD limauan Kudat untuk menambah maklumat yang limauan
diperlukan untuk melaksanakan tugasan kajian. 1430-1530
5 3/5/2018 Menulis perancangan awal iaitu jadual kerja, objektif Kelas 3A
RABU kajian dan kaedah kajian. Waktu PDPC
0710-0740
6 10/5/2018 Mengumpul maklumat dan menulis kerangka kasar Kelas 3A
KHAMIS kajian tentang masyarakat Kampung Limau-limauan. Waktu PDPC
0910-1010
7 11/5/2018 Mula menulis pelaporan bahagian pengenalan Kelas 3A
JUMAAT Kampung Limau-limauan. Waktu PDPC
Menulis pelaporan bahagian pembentukan dan 0910-1010
perkembangan masyarakat setempat di Kampung
Limau-limauan.
8 17/5/2018 Menulis pelaporan berkaitan dengan kegiatan Kelas 3A
KHAMIS sosioekonomi masyarakat setempat. Waktu PDPC
0910-1010
9 18/5/2018 Menganalisis sumber dan menulis pelaporan Kelas 3A
JUMAAT berkenaan semangat perpaduan dalam masyarakat Waktu PDPC
setempat di Kampung Limau-limauan. 0710-0740
10 24/5/2018 Menulis ulasan tokoh dan dikaitkan dengan Kelas 3A
KHAMIS sosioekonomi masyarakat Kampung Limau-limauan. Waktu PDPC
0910-1010
11 25/5/2018 Membuat rumusan dan menulis sumber rujukan. Kelas 3A
JUMAAT Menghantar tugasan sejarah kepada guru sejarah. Waktu PDPC
0710-0740
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan saya menjalankan kajian tentang masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan Kudat
adalah untuk melaksanakan tugasan sejarah dan sehubungan dengan itu, saya telah mengenal pasti
objektif yang dapat dikaitkan dengan tajuk kajian saya iaitu tentang masyarakat setempat di
Kampung Limau-limauan Kudat.

Objektif yang pertama saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang latar belakang
dan asal usul tempat kajian saya iaitu di Kampung Limau-limauan Kudat. Saya ingin mengetahui
segala aspek yang dapat dikaitkan dengan tajuk kajian saya contohnya tahun pembukaan dan juga
sejarah Kampng Limau-limaun.

Objektif yang kedua saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang pembentukan
dan perkembangan masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan. Saya ingin mengetahui
tentang faktor pembentukan Kampung Limau-limauan dan saya juga ingin mengetahui tentang
perkembangan semasa di Kampung Limau-limauan seperti kemudahan yang terdapat di Kampung
Limau-limauan dan juga perkembangan penduduk setempat.

Objektif yang ketiga saya menjalankan kajian ini adalah untuk melihat kegiatan sosioekonomi
masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan. Saya ingin melihat kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh penduduk setempat di Kampung Limau-limauan dan saya juga ingin melihat aktiviti
kemasyarakatan yang telah dijalankan di Kampung Limau-limauan seperti keagamaan, perayaan dan
juga kebudayaan

Objektif yang keempat saya menjalankan kajian ini adalah untuk menilai semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan. Saya juga ingin mengemukakan bukti
tentang semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat di Kampung Limau-
limauan seperti aktiviti gotong-royong, perayaan dan juga keagamaan.

Akhir sekali, saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengulas pernyataan tokoh dan mengaitkan
pernyataan tersebut dengan masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan dan saya juga ingin
mengemukakan cadangan untuk memperkukuhkan hasrat tersebut di tempat tinggal saya iaitu di
Kampung Limau-limauan.
1.4 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mencari dan memperoleh maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian saya iaitu tentang masyarakat setempt di Kampung Limau-limauan.
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian untuk melakukan kajian saya kerana saya ingin
melengkapkan serta menyempurnakan kajian saya yang berkaitan dengan masyarakat setempat di
Kampung Limau-limauan Kudat.

1.KAEDAH MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Kaedah pertama yang saya telah gunakan untuk melaksanakan kajian saya adalah kaedah melawat
tempat kajian. Saya menggunakan kaedah ini untuk melihat kemudahan yang terdapat di Kampung
Limau-limauan seperti sekolah, masjid, dewan serbaguna dan juga padang bola. Saya juga telah
mengambil gambar bagi mnggambarkan tentang keadaan kemudahan yang terdapat di Kampung
Limau-limauan dan saya juga telah melampirkan gambar tersebut di dalam kajian saya.

2.KAEDAH TEMU BUAL ORANG SUMBER

Kaedah kedua yang telah saya gunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah kaedah temu bual
orang sumber. Saya menggunakan kaedah ini untuk menemu bual beberapa orang sumber bagi
mendapatkan maklumat tambahan untuk menjalankan kajian saya iaitu tentang masyarakat
setempat di Kampung Limau-limauan.

3.KAEDAH ANALISIS DOKUMEN

Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah analisis dokumen untuk meneliti dokumen rasmi yang
terdapat di Kampung Limau-limauan. Saya telah meneliti dokumen tersebut untuk dijadikan sebagai
bahan rujukan untuk saya menjalankan kajian saya dan saya juga turut melampirkan Salinan
dokumen tersebut di dalam kajian saya.
2.0 PROSES AWAL

2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT BERDASARKAN SUMBER RUJUKAN

Dalam melaksanakan kajian tentang masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan Kudat, saya
telah merujuk beberapa sumber rujukan untuk melaksanakan kajian ini. Antara maklumat yang saya
peroleh berdasarkan sumber rujukan adalah seperti yang berikut

1.BORANG TEMU BUAL ORANG SUMBER

I. Rasali Bin Edris, 32 tahun, Kampung Limau-limauan, 89058 Kudat, Sabah


II. Hawareh Haji Said, 75 tahun, Kampung Limau-limauan, 89058 Kudat, Sabah
III. Duin Abdul Ahsis, 37 tahun, Kampung Limau-limauan, 89058 Kudat, Sabah

2.GAMBAR MELAWAT TEMPAT KAJIAN

I. Gambar kemudahan
II. Gambar kegiatan ekonomi
III. Gambar aktiviti kemasyarakatan

3.SALINAN DOKUMEN

I. Kertas kerja gotong-royong perdana


2.2 KERANGKA KASAR

NAMA:

TAJUK: KAJIAN TENTANG MASYARAKAT SETEMPAT DI KAMPUNG


LIMAU-LIMAUAN KUDAT
BIL PERKARA ISI PENTING HURAIAN
1 PENGENALAN Lokasi Kampung Limau-limauan Kudat.
Asal usul Dijumpai oleh HJ Abdulrahim semas berlabuh di
bahagian persisiran pantai Kampung Limau-limauan.
Tarikh Dibentuk pada tahun 1945 oleh HJ Abdulrahim selepas
beliau mengumumkan untuk membuka kawasan
penempatan yang baharu.
Perubahan fisikal Bertanah rata serta berbukit bukau dan berdekatan
dengan persisiran pantai.
Nama diperoleh Diberikan nama bersempena dengan sepohon pokok
limau yang telah tumbang dan menimpa HJ
Abdulrahim semasa beliau berehat.
2 PEMBENTUKAN Faktor PEMBENTUKAN
DAN pembentukan Kawasan yang bertanah rata dan berdekatan dengan
PERKEMBANGAN persisiran pantai sesuai untuk tujuan perikanan yang
MASYARAKAT dijalankan oleh penduduk setempat.
Perkembangan PERKEMBANGAN
fisikal Terdapat 44 buah rumah di Kampung Limau-limauan
dan ianya bertambah dari semasa ke semasa.
Kemudahan yang Sekolah, masjid, dewan serbaguna dan padang bola.
terdapat di
sekitar kawasan
kajian
Fungsi dan kesan Memudahkan penduduk untuk menjalankan sesuatu
kepada aktiviti dan akan melancarkan sesuatu program yang
masyarakat dianjurkan.
Boleh menjalankan aktiviti keagamaan yang akan
dianjurkan oleh pihak masjid kampung.
Bilangan Bilangan penduduk bertambah dari tahun ke tahun.
penduduk
3 KEGIATAN SOSIAL Penduduk di Kampung Limau-limauan menganjurkan
SOSIOEKONOMI Aktiviti aktiviti yang dapat untuk mengeratkan hubungan
MASYARAKAT kemasyarakatan mereka seperti gotong-royong dan perayaan.
EKONOMI Penduduk di Kampung Limau-limauan menjalankan
Pekerjaan aktiviti perikanan sebagai sumber utama pendapatan
penduduk mereka kerana Kampung Limau-limauan berdekatan
dengan pantai dan ianya memudahkan mereka untuk
memperoleh hasil laut.
4 MENILAI Perhubungan Menjalankan aktiviti seperti gotong-royong yang
SEMANGAT sosial disertai oleh sebilangan penduduk di Kmapung Limau-
PERPADUAN limauan bagi mengeratkan hubungan mereka.
MASYARKAT
5 ULASKAN Hasrat tokoh Hasrat tokoh adalah untuk tinggal dengan baik antara
PERNYATAAN satu sama lain.
TOKOH DAN Penduduk di Kampung Limau-limauan bertolak ansur
DIKAITKAN dan tolong-menolong antara satu sama lain bagi
DENGAN mengekalkan keamanan serta kedamaian kampung
MASYARAKAT bersama.
SETEMPAT DI
KAMPUNG
LIMAU-LIMAUAN
Cabaran yang Sebilangan kecil penduduk di Kampung Limau-limauan
dihadapi untuk enggan memberikan kerjasama dalam menjalankan
mencapai hasrat dan melancarkan sesuatu aktiviti yang dianjurkan
tokoh di kampung kerana mereka berasa ianya hanya akan membuang
masa mereka sahaja.
Cadangan Terus menjalankan aktiviti yang dapat untuk
memperkukuhkan mengeratkan hubungan penduduk di Kampung Limau-
hasrat tokoh limauan dan juga melibatkan semua penduduk dalam
menjalankan aktiviti yang dapat untuk mengeratkan
hubungan masyarakat setempat.
6 RUMUSAN Rumusan Rumusan pertama yang telah saya lakukan adalah
berdasarkan 5 pengenalan latar belakang Kampung Limau-limauan.
objektif kajian Latar belakang tersebut adalah faktor pembentukan
Kampung Limau-limauan.
Rumusan kedua yang telah saya lakukan adalah
perkembangan di Kampung Limau-limauan seperti
kemudahan yang ada di sekitar Kampung Limau-
limauan.
Rumusan ketiga yang telah saya lakukan adalah
kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat di
Kampung Limau-limauan seperti kegiatan ekonomi
utama yang dijalankan oleh masyarakat setempat.
Rumusan keempat yang telah saya lakukan adalah
menilai semangat perpaduan masyarakat setempat
seperti hubungan diantara penduduk setempat di
Kampung Limau-limauan.
Rumusan terakhir yang telah saya lakukan adalah
mengulas pernyataan tokoh seperti hasrat tokoh pada
masa hadapan bagi menjamin kesejahteraan
penduduk di Kampung Limau-limauan.
7 RUJUKAN KAEADH MENEMU BUAL ORANG SUMBER
I. Rasali Bin Said, 32 tahun, Kampung Limau-
limauan, 89058 Kudat, Sabah
II. Hawareh HJ Said, 75 tahun, Kampung Limau-
limauan, 89058 Kudat, Sabah
III. Duin Abdul Ahsis, 37 tahun, Kampung Limau-
limauan, 89058 Kudat, Sabah
KAEDAH MELAWAT TEMPAT KAJIAN
I. Gambar kemudahan
II. Gambar kegiatan ekonomi
III. Gambar aktiviti kemasyarakatan
KAEDAH ANALISIS DOKUMEN
I. Kertas kerja gotong-royong perdana
3.0 PELAPORAN
3.1 PENGENALAN LATAR BELAKANG

Kawasan yang saya telah kaji untuk menjalankan kerja kursus sejarah PT3 bagi tahun 2018 adalah di
Kampung Limau-limauan Kudat. Kampung Limau-limauan adalah sebuah penempatan yang terletak
di bahagian utara negeri sabah iaitu di daerah Kudat.

Bentuk muka bumi di Kampung Limau-limauan Kudat adalah bertanah rata serta berbukit bukau dan
berhampiran dengan kawasan persisiran pantai yang mana sesuai untuk menjalankan aktiviti
perikanan di kawasan penempatan tersebut.Kebanyakan penduduk yang mendiami di Kampung
Limau-limauan adalah terdiri daripada kaum suluk dan bajau.

Kampung Limau-limauan dijumpai dan diasaskan oleh HJ Abdulrahim pada tahun 1944 dan beliau
mengumumkan pembukaan Kampung Limau-limauan secara rasmi pada tahun 1945 di hadapan
jalan masuk Kampung Limau-limauan.

HJ Abdulrahim menjumpai Kampung Limau-limauan apabila beliau berlabuh berhampiran dengan


persisiran pantai di Kampung Limau-limauan pada tahun 1944. Kebanyakan pokok yang terdapat di
Kampung Limau-limauan semasa beliau berlabuh pada waktu tersebut adalah terdiri daripada
pokok limau yang telah memenuhi setiap penjuru kawasan tersebut semasa beliau berlabuh.

Beliau menamakan kawasan sebagai Kampung Limau-limauan pada perasmian pembukaan kawasan
penempatan tersebut bersempena dengan pokok limau yang telah menimpa beliau ketika beliau
berehat di bawahnya dan bersempena dengan bilangan pokok limau yang sangat banyak
membuatkan kawasan tersebut sangat unik daripada kawasan yang pernah beliau lihat sebelum ini.
3.2 PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGA MASYARAKAT SETEMPAT
DI KAMPUNG LIMAU-LIMAUAN KUDAT

Kampung Limau-limauan Kudat dibuka dan dibentuk pada tahun 1945 selepas dirasmikan oleh HJ
Abdulrahim, orang yang telah menjumpai kawasan tersebut. Kampung Limau-limauan dibentuk dan
dibangunkan oleh HJ Abdulrahim kerana bentuk muka bumi kawasan tersebut sesuai untuk
menjalankan aktiviti perikanan yang mana dijalankan oleh penduduk setempat di Kampung Limau-
limauan sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Kampung Limau-limauan Kudat berkembang dengan sangat pesat dari semasa ke semasa yang
disebabkan oleh beberapa faktor yang telah menarik orang daripada luar kawasan tersebut untuk
menetap serta tinggal di kawasan tersebut. Faktor yang menyebabkan minat daripada orang luar
untuk menetap serta tinggal di Kampung Limau-limauan adalah kerana ekonomi di Kampung Limau-
limauan semakin berkembang dengan lebih maju ke hadapan dan juga kawasan tersebut
mempunyai banyak kemudahan untuk membantu dan memajukan penduduk setempat.

Pada awal pembukaan Kampung Limau-limauan, hanya terdapat 10 buah rumah sahaja pada
mulanya dan sekarang terdapat lebih daripada 44 buah rumah di Kampung Limau-limauan. Ini
menunjukkan bahawa Kampung Limau-limauan akan mengalami pertambahan bilangan penduduk
pada masa hadapan.

Seiringan dengan pertambahan bilangan rumah yang mendadak serta pertambahan bilangan
penduduk, terdapat pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan dan juga dibangunkan bagi
kegunaan penduduk setempat melakukan sesuatu aktiviti dan untuk memenuhi setiap permintaan
penduduk setempat di Kampung Limau-limauan. Pembangunan pelbagai jenis kemudahan di
Kampung Limau-limauan bukan sahaja akan memudahkan penduduk setempat untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang telah dianjurkan malahan ianya juga akan dapat melancarkan sesuatu aktiviti
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara kemudahan yang terdapat di Kampung Limau-
limauan adalah sekolah, masjid, dewan serbaguna dan juga padang bola yang dapat untuk
membantu penduduk setempat di Kampung Limau-limauan menjalankan sesuatu aktiviti dengan
penuh lancer sekali.

Bilangan penduduk yang ingin menetap serta tinggal di Kampung Limau-limauan bertambah dari
semasa ke semasa kerana perkembangan yang sangat pesat dari segi ekonomi Kampung Limau-
limauan yang semakin maju di dalam bidang perikanan. Bilangan penduduk yang bertambah akan
memberikan kesan yang positif kepada masyarakat setempat yang mendiami di Kampung Limau-
limauan iaitu ianya akan dapat untuk memberikan serta menambahkan kemajuan penduduk
setempat daripada segi kebudayaan yang telah dibawa oleh penduduk yang baharu ingin menetap di
Kampung Limau-limauan.
3.3 KEGIATAN SOSIOEKONOMI PENDUDUK DI KAMPUNG LIMAU
LIMAUAN

SOSIAL
Penduduk di Kampung Limau-limauan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dapat
untuk mengeratkan hubungan sesame mereka. Penduduk di Kampung Limau-limauan akan bersama-
sama untuk berusaha bagi melaksanakan dan melancarkan sesuatu aktiviti yang telah dianjurkan.
Penduduk di Kampung Limau-limauan akan bergotong-royong untuk melakukan tugasan masing-
masing bagi menetapkan kelancaran sesuatu aktiviti yang telah dianjurkan dengan baik sekali.

Antara aktiviti yang akan disertai oleh kebanyakan penduduk di Kanpung Limau-limauan untuk
mengeratkan hubungan sesame mereka adalah keagamaan, perayaan, kebudayaan, kenduri dan
gotong royong. Menerusi aktiviti tersebut, penduduk di Kampung Limau-limauan akan bersama-
sama untuk menjalankan aktiviti tersebut contohnya di dalam kenduri yang diadakan di Kampung
Limau-limauan dimana jiran-jiran akan membantu tuan rumah untuk membuat persiapan untuk
kenduri tersebut.

Selain itu, penduduk di Kampung Limau-limauan juga akan menyambut perayaan pada setiap tahun
yang mendapat sambutan daripada penduduk setempat di Kampung Limau-limauan iaitu hari raya
yang disambut dengan meriah sekali di Kampung Limau-limauan. Melalui perayaan tersebut,
penduduk di Kampung Limau-limauan akan mensiarahi keluarga, rakan-rakan dan juga jiran mereka
untuk menyambut serta memeriahkan lagi perayaan tersebut bersama-sama.

Penduduk di Kampung Limau-limauan juga akan mengadakan aktiviti keagamaan yang akan disertai
oleh penduduk setempat di Kampung Limau-limauan. Antara akiviti keagamaan yang akan diadakan
di Kampung Limau-limauan adalah seperti ceramah berkenaan dengan agama, beribadat dan lain-
lain. Menerusi aktiviti keagamaan tersebut, penduduk setempat di Kampung Limau-limauan akan
dapat untuk berkongsi ilmu berkenaan tentang agama dan dapat untuk membantu penduduk lain
mempelajari lagi ilmu agama dengan lebih mendalam dengan berbincang serta mendengar ceramah
yang disampaikan.

Aktiviti kebudayaan juga turut diadakan di Kampung Limau-limauan bagi mengajar generasi muda
untuk lebih menghargai warisan yang terdapat di Kampung Limau-limauan serta untuk memupuk
warisan tersebut supaya tidak akan hilang dibayangi oleh teknologi pada masa kini. Di dalam aktiviti
tersebut, golongan muda akan didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan yang
terdapat di Kampung Limau-limauan dan mereka juga akan diajar untuk lebih menghargai warisan
tersebut dengan mengamalkan serta memupuk nilai warisan tersebut di dalam diri mereka.
EKONOMI
Kegiatan ekonomi utama yang telah dijalankan oleh kebanyakan penduduk setempat di Kampung
Limau-limauan adalah di dalam bidang perikanan. Penduduk setempat di Kampung Limau-limauan
menjalankan kegiatan ekonomi di dalam bidang perikanan sebagai ekonomi utama mereka kerana
Kampung Limau-limauan terletak berhampiran dengan persisiran pantai dan ianya akan
memudahkan mereka untuk memperoleh hasil laut sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Penduduk di Kampung Limau-limauan yang melibatkan diri di dalam bidang perikanan akan
menggunakan Bagang iaitu sejenis peralatan utama untuk mereka memperoleh hasil laut secara
besar-besaran pada jumlah yang sangat tinggi.

Nelayan di Kampung Limau-limauan akan membina Bagang dalam jumlah yang sangat banyak untuk
melipat gandakan hasil tangkapan mereka dan juga untuk menambah hasil tangkapan mereka. Hasil
yang diperoleh daripada penggunaan Bagang tersebut akan dijual di pasar tani yang berdekatan
dengan mereka ataupun ianya akan dijual kepada pemborong hasil laut.

Nelayan di Kampung Limau-limauan juga akan mengupah pekerja di dalam kalangan penduduk
setempat bagi meningkatkan pengeluaran hasil laut yang akan dijual dan juga mempercepatkan
serta melancarkan proses penangkapan serta proses pengagihan hasil laut. Sebahagian daripada
jumlah pendapatan bulanan yang mereka peroleh akan diberikan kepada individu yang terlibat di
dalam proses penangkapan hasil laut serta proses pengagihan hasil laut dan baki keuntungan yang
selebihnya akan diambil kira sebagai pendapatan bulanan mereka.

Terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang telah dijalankan oleh sebilangan kecil penduduk setempat
di Kampung Limau-limauan. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sebilangan kecil penduduk
setempat di Kampung Limau-limauan adalah di dalam bidang perniagaan.

Penduduk yang menceburi di dalam bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama di
Kampung Limau-limauan terbahagi kepada dua iaitu penduduk yang menjalankan aktiviti perniagaan
dengan mempunyai kedai secara kecil-kecilan di sekitar kawasan Kampung Limau-limauan dan juga
sebilangan kecil yang akan menubuhkan syarikat persendirian untuk menjalankan perniagaan.

Penduduk yang mempunyai kedai sendiri untuk berniaga boleh menambahkan hasil pendapatan
mereka dengan menjual barangan runcit serta barangan keperluan rumah yang dikehendaki oleh
penduduk di sekitar kawasan kampung dan ianya juga akan membantu penduduk lain untuk
mendapatkan barangan runcit dan barangan keperluan rumah dengan mudah dan cepat pada harga
yang berpatutan yang telah ditetapkan oleh penjual barangan runcit serta barangan keperuan
rumah tersebut.

Penduduk yang menubuhkan syarikat persendirian di Kampung Limau-limauan akan menjalankan


perniagaan dengan melibatkan diri di dalam projek tender kerajaan dimana mereka boleh
menjalankan perniagaan mereka. Mereka juga akan dapat untuk mengutip keuntungan yang lebih
besar untuk diri mereka sendiri dan mereka tidak perlu untuk memberikan keuntungan tersebut
kepada suatu pihak yang tidak terlibat di dalam urusan mereka.

Kedua-dua bidang yang telah diceburi oleh Penduduk Setempat di Kampung Limau-limauan akan
dapat untuk menambah lagi mtu taraf hidup mereka dan juga ianya juga kan membantu untuk
menambahkan hasil pendapatan mereka. Ianya juga akan dapat menyara kehidupan mereka dan
ianya juga akan turut membantu untuk meningkatkan lagi ekonomi masyarakat setempat di
Kampung Limau-limauan Kudat.
3.4 MENILAI SEMANGAT PERPADUAN MASYARAKAT DI KAMPUNG
LIMAU-LIMAUAN KUDAT

Masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan akan memberikan kerjasama yang penuh di dalam
menjalankan dan melancarkan sesuatu aktiviti ataupun program yang telah dianjurkan oleh pihak
jawatankuasa kampung. semangat perpaduan di Kampung Limau-limauan sangat tinggi adalah
kerana penduduk setempat ingin memupuk semangat setiap seorang penduduk di Kampung Limau-
limauan untuk terus memberikan kerjasama dalam menjalankan dan melancarkan sesuatu aktiviti
yang dianjurkan.

Masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan bukan sahaja akan memberikan kerjasama yang
penuh di dalam menjalankan dan melalancarkan sesuatu aktiviti ataupun program yang telah
dianjurkan oleh pihak jawatankuasa kampung malahan mereka telah menunjukkan suatu sikap yang
sememangnya perlu ada di setiap kawasan penempatan iaitu tolong-menolong dan bertolak ansur
dengan penduduk yang lain.

Dengan sikap tersebut, ianya bukan sahaja akan memudahkan dan melancarkan sesuatu aktivit
ataupun program yang telah dianjurkan oleh pihak jawatankuasa kampung malahan ianya juga akan
dapat untuk memupuk suatu sikap yang akan menjamin keharmonian bersama penduduk di
Kampung Limau-limauan.

Masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan juga bukan sahaja akan melaksanakan sesuatu
aktiviti ataupun program yang telah dianjurkan oleh pihak jawatankuasa kampung dengan
memberikan kerjasama yang penuh bagi menjamin suatu kelancaran aktiviti ataupun program yang
telah dianjurkan malahan mereka juga akan melaksanakan aktiviti ataupun program tersebut
dengan penuh semangat untuk melancarkannya.

Masyarakat di Kampung Limau-limauan juga akan berganding bahu untuk menyelesai sesuatu konflik
yang telah timbul di dalam kalangan masyarakat setempat di Kampung Limau-limauan. Masyarakat
setempat di Kampung Limau-limauan akan menyelesaikan sesuatu konflik yang timbul di dalam
kalangan masyarakat setempat dengan cara membincangkan konflik yang telah timbul tersebut
dengan lebih mendalam lagi dan menyiasat punca terjadinya konflik tersebut serta mengemukakan
penyelesaian yang akan menyelesaikan sesuatu konflik yang timbul di dalam kalangan masyarakat
setempat di Kampung Limau-limauan.

You might also like