Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TAKLIMAT PERKHEMAHAN

1. Semua peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sehinggalah


tamat perkhemahan.
2. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan kecuali mendapat
kebenaran contohnya penyakit asma. Sekiranya ada sila maklumkan kepada ketua
komandan / Tim ketua komandan.
3. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang sama sekali bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran.
4. Solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah.
5. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
6. Laporkan sebarang kemalangan kepada ketua komandan / tim ketua komandan
dengan segera.
7. Murid tidak dibenarkan membawa ‘Handphone’ semasa perkhemahan.
a. Jika ada, serahkan ‘Handphone’ kepada ketua komandan / timb ketua
komandan untuk mengelakkan kes kecurian.
b. Sebarang benda tajam atau barang permainan juga tidak dibenarkan.
8. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang sebanyak 3 kali dan
berkumpul di tempat berkumpul.
9. Peserta hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah
ditetapkan. Siren akan dibunyikan menandakan kesemua peserta perlu berkumpul
mengikut kumpulan di tapak perhimpunan.
10. Kelewatan akan mengakibatkan kumpulan tersebut didenda
a. Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
contohnya ke tandas.
b. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan di luar kawasan sekolah.
11. Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah.
12. Peserta juga dilarang memasuki kawasan larangan contohnya tempat tidur peserta
perempuan bagi peserta lelaki dan juga sebaliknya.
13. Peserta lelaki akan tidur di bilik Tahun 6 manakala peserta perempuan akan tidur di
bilik Tahun 5.
14. Peserta lelaki akan mandi di luar bangunan Pra Sekolah manakala peserta perempuan
akan mandi di dalam tandas sekolah.
15. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar kawasan tidur selepas jam 10
malam.
16. Peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari masa ke semasa
sekiranya perlu.
17. Setiap kumpulan akan diberikan barang amanah dimana barang amanah ini akan
dijaga oleh ketua kumpulan serta kesemua ahli kumpulan. Sekiranya barang amanah
ini rosak atau hilang, kesemua ahli kumpulan tersebut akan didenda dan akan
digantikan dengan barang amanah baru yang lebih besar atau berat.

‘UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA’

You might also like