Laporan Projek Kitar Semula

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN PROJEK KITAR SEMULA

Nama Projek:
Amalan Lestari Kitar Semula

Pengenalan Projek

Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah


pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar
Semula, aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar
sekolah dan rumah warga sekolah

Matlamat Projek

Menjadikan warga SMK Intan Perdana sedar dan bergiat aktif


dalam program amalan lestari dan lestari hidup.

Objektif Projek

I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.
II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Faedah Projek

I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih


mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti


penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.

III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di


tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.

IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.

Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula

Pihak pengurusan SMK Intan Perdana, Penyelaras Kitar Semula, Panitia Pendidikan Moral,
AJK Program Kitar Semula.

Strategi Pelaksanaan

1. Mengadakan ceramah berkaitan dengan kitar semula kepada semua


murid semasa waktu koko pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah


tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan


kitar semula terbanyak dan berkesan.

4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara


aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini
5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.

6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas


agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar


semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek

Projek Tempoh/Tarikh Kos (RM) Pelaksana Status Kejayaan


Perlaksanaan Program
Program Kitar Setiap Bulan - Penyelaras  Menyediakan tong kitar
Semula (Sepanjang Tahun) Program semula.
 Memungut bahan buangan
seperti kertas, botol, tin
dan kaca.
 Mengumpul bahan kitar
semula dari pejabat dan
bilik guru untuk direkodkan
terutamanya kertas
buangan fotostat.
Ceramah 8 Mei 2019 - -SWM Penceramah semua warga
Pengasingan Sisa Environment Sdn sekolah diberi
Pepejal Di Punca Bhd pengetahuan tentang
-Penyelaras kepentingan pemeliharaan dan
Program pemuliharaan alam sekitar
terutamanya mengitar semula
bahan-bahan yang sedia ada
dalam kawasan
sekolah.
Pertandingan Setiap Bulan - Penyelaras Menganjurkan pertandingan
Mengumpul Bahan- (Sepanjang Tahun) Program antara kelas yang berjaya
bahan Kitar mengumpul bahan-bahan
Semula Yang kitar semula terbanyak akan
Terbanyak mendapat hadiah.
Gotong Royong Menunggu - Penyelaras  Masih dalam proses
Perdana keputusan pihak Program perancangan.
pengurusan  Membersihkan kawasan
sekolah seperti bilik guru,
bilik-bilik khas, taman-
taman sekolah.
 Mengitar semula bahan-
bahan yang tidak berguna
di sekitar kawasan sekolah.
Pencapaian

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan Program Kitar Semula.

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi

Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah.

Perancangan Seterusnya

Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke


semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Reduce,
Reuse, Recycle.
LAMPIRAN BEBERAPA AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

PELANCARAN PROGRAM KITAR SEMULA DAN


PENYEDIAAN TONG-TONG KITAR SEMULA

CERAMAH PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA.


PENCERAMAH WAKIL DARI SWM ENVIRONMENT SDN BHD
PENYERAHAN RISALAH INFORMATIF KITAR SEMULA PELBAGAI BAHASA KEPADA
GURU-GURU SMK INTAN PERDANA

Laporan disediakan oleh,

Pn B.Shamala

Penyelaras Amalan Lestari Kitar Semula

You might also like