Resepi Bubur Asyura Noxxa

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

RESEPI BUBUR ASYURA NOXXA

(VERSI UTAQA)

Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan sawit KHALIS
Sedikit garam
1 cawan gula pasir } masak guna
2 ketul gula kabung } 1 cawan air

Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
3 sudu besar sagu biji
2 helai daun pandan

Persediaan awal bahan-bahan:


1. Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan. Setelah larut,
masukkan gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.
2. Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.
3. Setongkol jagung – diambil isinya
4. Pisang emas dipotong dadu.
5. Sagu biji direndam selama 5 minit, kemudian dibersihkan dan ditoskan.
6. Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat, dan kacang merah kecil dibasuh dan
diketepikan.
7. Bahan A disatukan dan digaul rata. Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar
sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang
halus dan tidak berketul)

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:


1. Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam
inner pot. Tuang 1 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set
butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan
berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap
habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.
2. Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang
`HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan
`OFF’.
3. Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama
jagung krim, isi jagung, sagu, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu.
Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup.
Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan
butang `OFF’. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.

SELAMAT MENCUBA
BUBUR ASYURA STAIL UTARA
Bahan-bahan A:
2 kampit 500 gram tepung beras = 1 kg.
200 gm tepung jagung Pisang emas – anggaran 2 kg.
1 liter pati santan sawit KHALIS 1 tin susu cair
1 tin jagung manis 1 tin kacang merah ABC
1 1/2 kg. gula pasir - boleh dikurangkan jika tidak suka manis
½ kg. gula merah 200 gm sagu putih
Kismis ikut citarasa Beberapa helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
800 gm kacang hijau 300 gm kacang kuda
300 gm kacang ketupat (kacang duduk) 300 gm kacang soya
300 gm kacang merah ABC 300 gram jagung
1 kg. ubi keledek kuning

Penyediaan Awal:
1. Pisang emas dibuang kulit dan dipotong dadu (lebih ½ inci lebar).
2. Ubi keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
3. Semua bahan B direbus secara berasingan sehingga empuk. Kecuali keledek direbus ¾
empuk, jangan sampai hancur. Kemudian toskan. Air rebusan ubi keledek disimpan dan
digunakan untuk membancuh tepung.
4. Satukan gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masukkan air secukupnya dan
dididihkan di atas dapur sehingga gula larut, kemudian tapiskan.
5. Sagu direndam sehingga kembang, kemudian dibersihkan dan ditoskan.

Cara-cara Memasaknya:
1. Satukan tepung beras, tepung jagung, pati santan, susu cair, air rebusan keledek, larutan gula
merah dan gula putih, dan garam di dalam bekas. Gaul semua bahan sehingga sebati, kemudian
ditapis. Selain kaedah tapis, boleh gunakan kaedah yang lain iaitu cairan tadi dimasukkan di
dalam blender dan kisar sehingga adunan halus. Kemudian masukkannya di dalam periuk/kuali
besar dan kacau di atas api sehingga 1/2 pekat.
2. Masukkan kacang kuda, kacang ketupat, kacang merah, ubi keledek, jagung, sagu, kismis, dan
daun pandan. Kecilkan api dan kacau adunan sehingga ¾ pekat. Akhir sekali masukkan pisang,
jagung tin, dan kacang ABC tin. Kacau lagi sehingga adunan masak.
3. Untuk memastikan adunan ini masak dengan elok, ambil sedikit daripada adunan tadi dan
letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk sebenar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di
atas piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna adunan tadi telah masak. Tetapi sekiranya
ia masih melekat, ini bermakna adunan tadi belum betul-betul masak. Hendaklah dikacau lagi.
4. Adunan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk masak.
5. Setelah masak, tuangkan adunan tadi di dalam bekas. Biar sejuk sebentar di luar, kemudian
masukkan di dalam peti ais untuk disejukkan. Untuk lebih wangi, lapik daun pisang terlebih
dahulu di dalam bekas sebelum adunan dituang.

Selamat Mencuba...

You might also like