Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

(SINOMPUUVAN KADAZAN SABAH)

(PPM/SABAH/305/06-1)

CAWANGAN SANDAKAN
P.O BOX 1536, 90717 SANDAKAN, SABAH, MALAYSIA
__________________________________________________________________________________

KSS/SDK/SU/VOL.1/(05) 29 OGOS 2018

Y.B DATUK HAJI AIDI BIN MOKTAR


Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri
Jabatan Ketua Menteri
SABAH

Melalui;

Y.B. STEPHEN WONG TIEN FATT


Ahli Parlimen P186 Sandakan

Yang Berhormat Datuk,

MEMOHON UNTUK MENGWUJUDKAN JAWATAN-JAWATAN PENTING BAGI


SUKU KAUM KADAZAN UNTUK DAERAH SANDAKAN

Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk perkara di atas.

2. Pertama sekali bagi pihak KSS, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YB
Datuk di atas perlantikan sebagai Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak
Negeri Sabah. Kami amat yakin dengan kepimpinan YB Datuk dalam memastikan
keadilan ditegakkan dan kepentingan kaum-kaum di Sabah ini terjamin.

3. Seperti yang sudah diketahui oleh pihak YB Datuk, terdapat ramai kaum
Kadazan menetap di Sandakan. Tahun demi tahun, kes-kes sivil / peribadi /
kekeluargaan yang melibatkan adat kaum Kadazan banyak berlaku di Sandakan dan
selalunya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya mengikut adat tradisi kaum
Kadazan. Akibat daripada ini, ramai kaum Kadazan tidak berpuas hati dan sekiranya
diabaikan ia akan memecah belahkan kaum Kadazan di Sandakan. Jika perkara ini
tidak dibendung, kami khuatir ketidakpuasan hati ini akan merebak dan akan memberi
kesan kepada pentadbiran kerajaan baru negeri Sabah.

4. Untuk tujuan itu, kami dengan penuh harapan dan berbesar hati ingin
memohon agar jawatan-jawatan penting seperti berikut dapat diwujudkan;

i) KETUA KAMPUNG (KK) - 1 LANTIKAN


ii) WAKIL KETUA ANAK NEGERI - 2 LANTIKAN
iii) KETUA ANAK NEGERI (KAN) - 1 LANTIKAN
5. Justifikasi untuk memohon jawatan-jawatan di atas adalah;

- Dengan jumlah keluasan daerah Sandakan seluas 2, 266 km persegi dan


jumlah kaum Kadazan yang dianggarkan seramai lebih daripada
500 yang menetap secara berselerak, kaum Kadazan memerlukan wakil
dan pembelaan yang secukupnya.

6. Sukacita kami maklumkan bahawa kami telah mengenalpasti dan mempunyai


senarai-senarai wakil yang kami yakini mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
adat suku kaum Kadazan dan bersedia untuk menyerahkan senarai tersebut pada
bila-bila masa sahaja.

7. Dengan penjelasan di atas, kami berharap agar permohanan kami ini dapat
dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan dengan kadar segera. Sekiranya pihak
YB Datuk memerlukan maklumat yang lebih lanjut, saya boleh dihubungi melalui talian
019-833 9439.

8. Akhir sekali, budi baik dan keprihatinan YB Datuk ke atas permintaan kaum
Kadazan di daerah Sandakan ini amatlah dihargai dan disanjungi.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

______________________________
PHILIP MOSINOH
PENGERUSI KSS DAERAH SANDAKAN

S.k. Y.Bhg. Datuk Marcel Leiking


President KSS Sabah

PM/RAM/ram

You might also like