Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BAB 6 : JADUAL BERKALA

6.1 PENGELASAN UNSUR

6.1.1 MERUMUSKAN SEMUA UNSUR TERDIRI DARIPADA ATOM

1. Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang kecil dan diskret ( berasingan) yang disebut sebagai atom.
2. Atom tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop
elektron
3. Struktur atom:

- Perkataan nukleus berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “little nut”
- Perkataan elektron dicipta oleh Johnstone Stoney pada tahun 1891
- Nucleus mempunyai cas keseluruhan positif kerana terdapat proton yang bercas positif
- Bilangan electron dan proton dalam sesuatu atom adalah sama. Jadi atom adalah neutral.
4. Logam dan sesetengah bukan logam seperti karbon dan helium wujud sebagai atom
5. Zarah neutral yang terbina daripada dua atau lebih atom disebut sebagai molekul

6.1.2 MEMBEZAKAN ANTARA ATOM DAN MOLEKUL, SERTA UNSUR DAN SEBATIAN

1. Perbezaan di antara atom dan molekul

Atom Perbezaan Molekul


Terdiri daripada subatom iaitu proton, Struktur Dibina daripada dua atau lebih atom. Atom-
elektron dan neutron atom ini terdiri daripada unsur yang sama atau
unsur yang berlainan (dipanggil sebagai
sebatian)

1
Kebanyakan atom adalah tidak stabil Kestabilan Molekul adalah stabil
(melainkan logam, bukan logam seperti
karbon dan helium)
Atom tidak boleh diasingkan kepada Pengasingan Molekul boleh diasingkan kepada atom
subatom melalui tindak balas kimia. Ia melalui tindak balas kimia.
hanya boleh diasing melalui tindak balas
nuklear.

2. Unsur

- bahan yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan secara tindak balas kimia kepada bahan yang lebih
ringkas. Terdapat hanya satu jenis zarah dalam setiap jenis unsur.

- contoh unsur: oksigen, hidrogen, besi, aluminium, karbon dan kuprum

- unsur dapat dibahagikan kepada logam dan bukan logam. Perbezaan di antara ciri-ciri logam dan bukan
logam adalah seperti berikut:

Logam Persamaan Bukan logam


Kedua-duanya ialah unsur
Logam Perbezaan Bukan logam
Berkilau Kekilauan Pudar
Mulur Kemuluran (keboleh ditarik untuk membentuk dawai tanpa menjadi Rapuh
patah)
Boleh tempa Kebolehtempaan ( kebolehan untuk dibentuk atau digelek ) Tidak boleh ditempa
Kuat Kekuatan regangan (kekuatan bahan untuk menampung beban) Lemah (mudah patah)
Baik Kekonduksian elektrik Lemah (kecuali karbon)
Baik Kekonduksian haba Lemah
Tinggi Ketumpatan Rendah
Tinggi Takat lebur dan takat didih Rendah
Besi, aluminium, Contoh Iodin, bromin, sulfur,
kuprum, zink, emas, karbon
perak

2
3. Sebatian

- terdiri daripada dua atau lebih unsur (i.e dua jenis unsur atau lebih) yang bergabung secara kimia

- sebatian terhasil daripada tindak balas kimia di dalam makmal atau secara semulajadi,

-contoh-contoh sebatian: aluminium oksida, kalsium karbonat, zink sulfida, besi klorida, gula, air dan garam.

4. Perbandingan di antara unsur dan sebatian

Unsur Perbezaan Sebatian


Bahan yang diperbuat daripada satu jenis Bahan asas Bahan yang diperbuat daripada dua jenis atom
atom atau lebih

6.1.3 MENGENALPASTI KEDUDUKAN LOGAM, BUKAN LOGAM DAN GAS NADIR DALAM JADUAL BERKALA & 6.1.5
MENGHARGAI UNSUR YANG WUJUD DALAM ALAM BAGI MEMBOLEHKAN MANUSIA MENYUSUN KETERTIBAN INI
DALAM BENTUK JADUAL

1. Pada abad ke-18 dan abad ke-19, para saintis telah menemukan banyak unsur. Jadi mereka menyusun unsur-
unsur tersebut di dalam Jadual Berkala secara sistematik dan teratur.

2. Sehingga tahun 2016, sebanyak 118 unsur di dunia telah ditemui

3. Pelbagai unsur semulajadi yang ditemukan di Bumi memberi manfaat kepada manusia dalam bidang pembinaan,
pengangkutan, kesihatan, perubatan, pertanian, perindustrian, dan pembuatan bahan perhiasan.

4. Kita juga haruslah menghargai jasa ahli sains yang telah meluangkan banyak masa menjalankan penyelidikan bagi
mengkaji sifat-sifat unsur untuk menyusun unsur tersebut di dalam Jadual Berkala.

3
6.2 CAMPURAN

6.2.1 : BERKOMUNIKASI MENGENAI CONTOH CAMPURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Campuran terdiri daripada dua atau lebih unsur, atau sebatian yang bercampur secara fizikal.

2. Contoh-contoh campuran

6.2.2 KAEDAH PENGASINGAN CAMPURAN

1. DIsebabkan campuran terbentuk secara fizikal, campuran juga dapat diasingkan secara fizikal

2. Teknik pengasingan campuran bergantung kepada

4
a) sifat-sifat fizik dan keadaan jirim bahan-bahan yang terkandung dalam campuran

b) bahan yang hendak diperoleh daripada campuran itu.

3) Teknik-teknik pengasingan

a) Kaedah penurasan : mengasingkan bahan pepejal yang tidak larut daripada cecair dalam suatu campuran antara
cecair dan pepejal. Contohnya, menuras serdak kopi daripada air kopi.

b) Kaedah penyulingan : mengasingkan campuran cecair dan cecair yang terlarut campur, dan mempunyai takat didih
yang berbeza

c) Pemisahan menggunakan magnet: mengasingkan campuran bahan yang bersifat bahan magnet dan bahan yang
tidak bersifat bahan magnet.

d) Kaedah pengenapan : mengasingkan cecair dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan terenap di dasar.

e) Kaedah pengapungan : mengasingkan bahan yang tidak larut dan terapung di permukaan air

5
f) Kaedah kromatografi: Kromatografi adalah suatu teknik pemisahan campuran yang didasarkan atas perbezaan
distribusi dari komponen-komponen campuran yang ada di dalam sampel di antara dua fasa, iaitu fasa pegun dan fasa
gerak. Ia digunakan untuk mengasingkan campuran yang sedikit.

6.3 SEBATIAN

1. Sebatian tediri daripada dua atau lebih unsur yang bercampur secara kimia.

2. Bahan-bahan baru yang terbentuk memiliki ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada unsur-unsur yang
membentuknya.

3. Logam dan bukan logam membentuk sebatian apabila dipanaskan bersama. Jisim campuran sebelum dan selepas
dipanaskan adalah sama dan tidak berubah semasa perubahan kimia. Contohnya: serbuk besi dan serbuk sulfur akan
membentuk besi sulfida apabila dipanaskan.

4. Selain itu, logam bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk logam oksida

6. Logam bertindak balas dengan air untuk menghasilkan logam bersifat alkali dan membebaskan gas hidrogen

6
7. Kaedah pengasingan sebatian
a) Sebatian tidak boleh diasingkan melalui kaedah fizikal seperti campuran kerana unsur-unsur di dalam
sebatian telah digabungkan secara kimia.
b) Oleh itu, ia hanya boleh diasingkan menggunakan kaedah kimia melalui proses elekrolisis
c) Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik
mengalir melaluinya.

-air terdiri daripada unsur hydrogen dan


oksigen yang bergabung secara kimia

- untuk mengasingkan unsur-unsur ini, air


melalui proses elektrolisis

- gas hydrogen terhasil di katod

-gas oksigen terhasil di anod

Perbezaan di antara campuran dan sebatian

Perbezaan antara perubahan fizik dan kimia


1. Contoh-contoh perubahan fizik ialah peleburan ais, pembekuan air, kondensasi dan pendidihan air
2. Contoh-contoh perubahan kimia ialah pengaratan besi, fotosintesis, pereputan daun dan respirasi
sel

7
8

You might also like