Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah digubal pada tahun 1988
telah menggariskan tujuan pendidikan di Malaysia ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dengan matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Sejak penggubalannya, FPK merupakan asas dan rujukan utama


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melakukan perubahan,
merangka pelan pembangunan pendidikan, kurikulum, inisiatif, program,
aktiviti dan pentaksiran pendidikan di negara ini.

Di peringkat sekolah rendah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang


dilaksanakan mulai tahun 1987 merupakan satu kayu ukur yang menunjukkan
pencapaian murid dalam mata pelajaran akademik dan keputusan UPSR
adalah indikator kejayaan yang ditunggu-tunggu murid, guru, ibu bapa, media,
masyarakat dan pelbagai pihak lain.

Atas kesedaran bahawa pentaksiran yang holistik harus mengiringi


pendidikan yang holistik, KPM mula mengambil inisiatif untuk mengkaji
semula sistem peperiksaan yang ada pada tahun 2005. Konsep pentaksiran
holistik dan bersepadu melalui satu sistem pentaksiran baharu dinamakan
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan diluluskan oleh YB Menteri
Pendidikan pada tahun 2007 yang merangkumi peperiksaan pusat dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) supaya dapat mengumpul maklumat
murid yang menyeluruh dan lebih bermakna.

Melalui PBS, empat kaedah mengumpul maklumat murid diketengahkan iaitu


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

1
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat.
Maklumat murid yang dikumpul daripada empat komponen PBS ini adalah
maklumat tentang profil, penglibatan atau penyertaan, perkembangan dan
pencapaian. Sekolah melaksanakan PBD, PAJSK dan PPsi manakala
Lembaga Peperiksaan (LP) melaksanakan UPSR. Walau bagaimanapun,
keputusan UPSR masih menjadi tumpuan utama sehingga sekarang.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,


semangat FPK diterjemah dengan memperlihatkan enam ciri murid yang
menjadi aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir,
berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan
berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional.

KPM telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia


dilihat daripada dua perspektif penting dalam PPPM 2013-2025, iaitu kualiti
sekolah dan kemenjadian murid. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil
keberkesanan proses persekolahan dan bukan lagi difokuskan kepada Gred
Purata yang dijana daripada keputusan UPSR. Kualiti murid dilihat dari segi
pencapaian akademik dengan tahap penguasaan minimum dalam UPSR.

Mulai tahun 2017, KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan


kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama
enam tahun. Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih
menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan
UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi
kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran
di sekolah, serta kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan dalam aktiviti
luar bilik darjah. Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan melalui laporan yang
lebih menyeluruh dinamakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.

2
KOMPONEN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan


dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD
lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan
membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan
pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui PBD guru dapat:

 Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif.


 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
 Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme.
 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
 Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
 Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap


penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu. Guru
menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran yang menepati kurikulum dan
bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21, serta kaedah pentaksiran
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menentukan tahap
penguasaan murid. Melalui aktiviti pembelajaran seperti tugasan individu atau
kumpulan, sumbang saran, debat, sketsa, pembentangan, atau eksperimen,
serta menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, kerja projek,
laporan amali, peperiksaan, ujian bertulis, atau ujian lisan; guru dapat
menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan standard pembelajaran
yang ditetapkan dalam kurikulum.

3
PBD dilaporkan dalam bentuk tahap penguasaan murid. Terdapat enam tahap
penguasaan bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini merujuk
kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti yang terdapat dalam
LAMPIRAN 1.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan


pentaksiran kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi tiga aktiviti
utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan
Sukan/Permainan. PAJSK bertujuan untuk menyediakan satu kaedah
pentaksiran aktiviti kokurikulum dan kecergasan murid yang standard dan
boleh diterima pakai oleh semua sekolah dan dilaksanakan pada setiap tahun
sepanjang persekolahannya. Keputusan Pentaksiran kokurikulum akan
dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point
Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh persekolahan
(Cumulative Grade Point Average). PAJSK dilaksanakan sepanjang tempoh
persekolahan setiap tahun.

Pelaporan PAJSK memaparkan maklumat penglibatan, penyertaan dan


prestasi bagi setiap aktiviti yang diceburi murid. Maklumat tersebut
mengandungi perincian ringkas berkenaan penglibatan, jawatan yang
disandang, peringkat penyertaan program/aktiviti yang disertai, kehadiran,
komitmen dan khidmat sumbangan. Selain itu, aktiviti ekstra kurikulum turut
diambil kira melalui perkhidmatan yang telah diberikan oleh murid kepada
sekolah dan masyarakat, anugerah yang diterima, program NILAM dan tugas
khas yang dilaksanakan oleh murid sepanjang tahun persekolahannya.

Pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan diukur melalui


Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK). Ujian ini bertujuan untuk mendapat maklumat tentang

4
pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Komponen ini terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah
rendah dan menengah. Ujian SEGAK terdiri daripada Ujian Indeks Jisim
Badan (BMI) dan Ujian Fizikal yang dilaksanakan di semua sekolah pada
bulan Mac dan Ogos setiap tahun.

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan satu kaedah sistematik yang


digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri,
atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau
afektif. PPsi diperkenalkan untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate
ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) seperti personaliti,
minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah,
dan kemahiran berfikir. Pelaksanaan PPsi di sekolah rendah bagi Tahun 6
berfokus kepada Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Khusus mengukur ciri
yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang
pembelajaran, aliran persekolahan atau bidang pekerjaan pada masa akan
datang. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada
murid memiliki kecerdasan seperti Verbal Linguistik, Visual Ruang, Logik
Matematik, Muzik, Naturalis, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal dan
Eksistensial (LAMPIRAN 2).

5
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam


mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di
samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK). UPSR berperanan sebagai check point untuk mengukur
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di
sekolah rendah.

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) yang dilaksanakan mulai


tahun 2016 untuk menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna
melalui kemahiran dalam situasi kehidupan sebenar murid. PASR bertujuan
untuk menyediakan pelaporan komprehensif khusus bagi Murid Berkeperluan
Khas (MBK) masalah pembelajaran. Pencapaian murid diukur dalam mata
pelajaran akademik berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran melalui pentaksiran
bersepadu (integrated assessment) yang terdiri daripada dua instrumen, iaitu
Projek Pendidikan Khas (ProKhas) 1 dan ProKhas 2.

ProKhas 1 mengukur penguasaan dalam kemahiran Bahasa Melayu,


Matematik dan Kemahiran Hidup (KH). Murid boleh memilih satu daripada
empat komponen KH yang ditawarkan, iaitu masakan, jahitan, penternakan
atau perkebunan. Manakala ProKhas 2 pula melibatkan Bahasa Inggeris dan
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS).

6
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

ANALISIS PERINGKAT NASIONAL

Dalam pelaporan peringkat nasional, PAJSK, PPsi, UPSR dan PASR akan
memberi gambaran umum tentang status pendidikan sekolah rendah.
Maklumat ini penting bagi KPM mengorak langkah untuk memastikan kualiti
pendidikan sekolah rendah cemerlang sebagai asas kepada pendidikan
seterusnya.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

Kecemerlangan murid dalam aktiviti kokurikulum ditunjukkan melalui


penglibatan dan penyertaan yang sangat aktif, komited dan menunjukkan
potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai di peringkat sekolah,
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Prestasi yang baik serta kepujian dalam aktiviti kokurikulum telah ditunjukkan
oleh sebilangan besar murid. Berdasarkan penglibatan, penyertaan dan
prestasi murid dalam aktiviti kokurikulum, hanya segelintir murid yang
menunjukkan tahap penglibatan tidak memuaskan dalam ketiga-tiga aktiviti
kokurikulum di sekolah.

Gred A B C D E TL Jumlah
Jumlah 24,612 302,018 100,331 10,598 637 19 438,215
Peratus 5.6 68.9 22.9 2.4 0.2 0 100.0
Jadual 1 Analisis Tahap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum

7
Seramai 24,612 (5.6%) murid menunjukkan tahap penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang
tinggi dalam aktiviti yang disertai. Murid yang aktif, komited dan menunjukkan
minat yang memuaskan dalam aktiviti yang disertai adalah seramai 302,018
(68.9%) murid. Manakala penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum pada
tahap memuaskan adalah seramai 100,331 (22.9%) murid. Tafsiran gred bagi
tahap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh dirujuk di
LAMPIRAN 3.

Secara keseluruhan, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti


kokurikulum adalah seramai 444,961 (97.4%) murid.

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID


SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Data yang diperoleh daripada ujian SEGAK bulan Mac dan Ogos direkodkan
dalam Aplikasi Sistem PAJSK. Data SEGAK bulan Ogos sahaja digunakan
dalam pelaporan peringkat KPM supaya status kecergasan yang diperoleh
oleh murid adalah lebih baik berbanding bulan Mac setelah menjalani program
intervensi kecergasan. Berikut adalah keputusan keseluruhan SEGAK bagi
murid Tahun 6 2017 seluruh negara seperti dalam Jadual 2.

Tahap Kecergasan Fizikal Bilangan murid Peratus


Kecergasan Sangat Tinggi 40,957 9.5
Kecergasan Tinggi 168,101 38.8
Cergas 189,929 43.9
Kurang Cergas 27,031 6.2
Tidak Cergas 3,644 0.8
Tidak melengkapkan Ujian SEGAK 3,259 0.8
Jumlah 432,921 100.0
Jadual 2 Analisis Keputusan SEGAK bagi Murid Tahun 6

8
Berdasarkan Jadual 2, seramai 398,987 (92.2%) murid Tahun 6 melepasi
tahap kecergasan fizikal yang memuaskan iaitu 189,929 (43.9%) murid
berada pada tahap Cergas, 168,101 (38.8%) murid berada pada tahap
Kecergasan Tinggi dan 40,957 (9.5%) murid berada pada tahap Kecergasan
Sangat Tinggi.

Sementara itu, 27,031 (6.2%) murid berada pada tahap Kurang Cergas dan
3,644 (0.8%) murid berada pada tahap Tidak Cergas. Manakala 3,259 (0.8%)
murid dikecualikan daripada menjalani ujian SEGAK disebabkan oleh
masalah kesihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan.

Bagi Indeks Jisim Badan (BMI), 268,314 (63.4%) murid mempunyai jisim
badan normal. Seramai 56,584 (13.4%) murid dikategorikan sebagai berisiko
berat berlebihan, 58,294 (13.8%) murid mempunyai berat badan berlebihan
manakala 40,347 (9.5%) murid mempunyai kurang berat badan.

Indeks Jisim Badan Bilangan murid Peratus


Normal 268,314 63.4
Berisiko Berat Berlebihan 56,584 13.4
Berat Berlebihan 58,294 13.8
Kurang Berat Badan 40,347 9.5
Jumlah 423,539
Jadual 3 Analisis Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Murid Tahun 6

9
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) telah ditadbir kepada semua murid


tahun 6 pada bulan Julai 2017. Sebanyak tujuh konstruk yang menunjukkan
peratus kecenderungan murid tinggi iaitu Eksistensial 77.7%, Intrapersonal
77.3%, Interpersonal 68.9%, Naturalistik 63.2%, Kinestetik 54.4%, Logik
Matematik 50.3% dan Visual Ruang 43.4%. Analisis keseluruhan bagi IKeP
mengikut tahap ditunjukkan dalam Jadual 4.

Tahap
Konstruk
Rendah (%) Sederhana (%) Tinggi (%)

Eksistensial 7.6 14.7 77.7

Intrapersonal 6.1 16.7 77.3

Interpersonal 10.6 20.5 68.9

Naturalistik 13.9 22.9 63.2

Kinestetik 17.7 27.9 54.4

Matematik 18.6 31.1 50.3

Visual Ruang 23.0 33.6 43.4

Muzik 47.3 24.1 28.6

Verbal Linguistik 46.8 29.0 24.2


Jadual 4 Peratus Analisis Keseluruhan IKeP Mengikut Tahap

10
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

Pada tahun 2017, seramai 443,794 orang calon telah mendaftar untuk
menduduki UPSR. Daripada jumlah itu, 433,536 (97.7%) adalah calon
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 10,258 (2.3%)
adalah calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan pada 11 hingga 14 dan
18 September 2017 di 8,085 pusat peperiksaan.

Pencapaian Calon

Pencapaian calon UPSR tahun 2017 ini memberi fokus kepada tahap
penguasaan minimum iaitu calon mencapai sekurang-kurangnya gred D
dalam semua mata pelajaran. Jika dibandingkan dengan peratusan mencapai
tahap penguasaan minimum tahun 2016, peratusan calon yang mencapai
penguasaan tahap minimum meningkat sebanyak 1.6% iaitu seramai 293,514
(68.1%) calon pada tahun 2017 berbanding 293,184 (66.5%) calon pada
tahun 2016. Peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan
minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu gred E turun sebanyak
0.9% iaitu 30.2% pada tahun 2017 berbanding 31.1% pada tahun 2016.
Manakala peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum
iaitu gred E dalam semua mata pelajaran turun sebanyak 0.7% iaitu 1.5%
pada tahun 2017 berbanding 2.2% pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan
prestasi calon UPSR tahun 2017 meningkat berbanding tahun 2016. Jadual 5
menunjukkan tahap penguasaan minimum calon bagi tahun 2017 berbanding
tahun 2016.

11
2017 2016
Tahap Penguasaan Minimum
Bil. % Bil. %

Mencapai 293,514 68.1 293,184 66.5

Belum mencapai sekurang-


130,027 30.2 137,262 31.1
kurangnya satu mata pelajaran
Belum mencapai semua mata
6,663 1.5 9,519 2.2
pelajaran
Jumlah 430,807 100.0 440,782 100.0

Jadual 5 Perbandingan Tahap Penguasaan Minimum Tahun 2017 dengan


2016

Analisis tahap penguasaan minimum terperinci ditunjukkan seperti Jadual 6.


Peratusan calon yang mendapat semua A pada tahun ini telah meningkat
seramai 4,062 (1.0%) calon iaitu 8,958 (2.1%) calon pada tahun 2017
berbanding 4,896 (1.1%) calon pada tahun 2016.

Pencapaian Calon 2017 2016 Beza


8,958 4,896 4,062
Semua A
2.1% 1.1% 1.0%
10,957 8,345 2,612
Maksimum 1B
2.5% 1.9% 0.6%
32,298 35,752 -3,454
Minimum 2B
7.5% 8.1% -0.6%
89,201 91,366 -2,165
Minimum 1C
20.7% 20.7% 0.0%
152,100 152,825 -725
Minimum 1D
35.3% 34.7% 0.6%
130,027 137,262 -7,235
Minimum 1E
30.2% 31.1% -0.9%
6,663 9,519 -2,856
Semua E
1.5% 2.2% -0.7%
603 817 -214
Lain-lain Kombinasi
0.1% 0.2% -0.1%
Jadual 6 Perbandingan Pencapaian Calon Peperiksaan UPSR Tahun
2017 dengan Tahun 2016

12
Prestasi Mata Pelajaran

Pencapaian calon dalam mata pelajaran bahasa diukur melalui tahap


pengetahuan sistem bahasa, kemahiran aplikasi bahasa, kemahiran aplikasi
maklumat, serta kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa yang dipamerkan
oleh calon dalam bentuk pemahaman dan penulisan yang berkesan.

Mata pelajaran Matematik pula mengukur keupayaan mengetahui, memahami


dan mengaplikasi operasi matematik, kemahiran menilai dan mencipta, serta
keupayaan menyelesaikan masalah harian secara sistematik, tepat dan teliti.
Manakala mata pelajaran Sains pula mengukur pengetahuan dan
pemahaman sains, kemahiran proses sains, kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.

Dalam kertas pemahaman semua bahasa, calon pada tahap cemerlang


berupaya menguasai pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa dengan
kosa kata yang tepat dan luas. Mereka juga menguasai kemahiran aplikasi
bahasa dan maklumat serta kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa dalam
menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai bahan dengan
cemerlang. Calon pada tahap memuaskan menguasai pengetahuan dan
kefahaman tatabahasa dan berupaya menyampaikan sebahagian maklumat
yang diperoleh pada tahap sederhana. Calon yang belum mencapai tahap
minimum menunjukkan penguasaan pengetahuan dan kefahaman sistem
bahasa pada tahap rendah dengan kosa kata terhad serta penyampaian
maklumat yang kurang memuaskan.

Bagi kertas penulisan dalam semua bahasa, calon cemerlang mempamerkan


penguasaan dalam penggunaan pelbagai ayat yang gramatis, penggunaan
pelbagai kata dan kosa kata yang tepat dan luas serta pengolahan idea yang
sangat baik dengan penyampaian yang sangat jelas dan sangat menarik.
Calon pada tahap memuaskan menguasai kosa kata yang betul pada tahap

13
sederhana serta berupaya menyampaikan sebahagian maklumat yang
diperoleh daripada pelbagai bahan dengan memuaskan. Bagi calon yang
belum mencapai tahap minimum, penguasaan dalam kata dan kosa kata
adalah sangat terhad, ayat tidak gramatis serta penyampaian dan pengolahan
idea bercampur aduk dan tidak menarik.

Keputusan UPSR berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa


Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil dilaporkan melalui pencapaian
tahap penguasaan minimum ditunjukkan dalam Jadual 7.

Tahap Penguasaan
Minimum(%) Bilangan
Kertas Peperiksaan Tahun
Belum Duduki
Mencapai
mencapai
Bahasa Melayu - 2017 96.5 3.5 330,349
Pemahaman (SK) 2016 94.6 5.4 338,571
Bahasa Melayu - 2017 95.3 4.7 330,380
Penulisan (SK) 2016 93.9 6.1 338,602
Bahasa Melayu - 2017 90.8 9.2 100,170
Pemahaman (SJK) 2016 89.3 10.7 101,903
Bahasa Melayu - 2017 83.8 16.2 100,170
Penulisan (SJK) 2016 81.9 18.1 101,906
Bahasa Inggeris - 2017 85.6 14.4 330,307
Pemahaman (SK) 2016 82.5 17.5 337,633
Bahasa Inggeris - 2017 73.6 26.4 330,321
Penulisan (SK) 2016 77.1 22.9 337,669
Bahasa Inggeris - 2017 88.3 11.7 100,314
Pemahaman (SJK) 2016 87.8 12.2 102,891
Bahasa Inggeris - 2017 79.6 20.4 100,315
Penulisan (SJK) 2016 78.7 21.3 102,896

14
Tahap Penguasaan
Minimum(%) Bilangan
Kertas Peperiksaan Tahun
Belum Duduki
Mencapai
mencapai
Bahasa Cina - 2017 89.9 10.1 86,705
Pemahaman 2016 86.9 13.1 88,214
Bahasa Cina – 2017 89.7 10.3 86,707
Penulisan 2016 88.7 11.3 88,226
Bahasa Tamil - 2017 90.2 9.8 13,564
Pemahaman 2016 89.6 10.4 14,643
Bahasa Tamil – 2017 92.0 8.0 13,565
Penulisan 2016 91.2 8.8 14,651
Jadual 7 Analisis Tahap Penguasaan Mata Pelajaran Bahasa

Bagi mata pelajaran Matematik, calon cemerlang berupaya menguasai


pengetahuan dan kemahiran asas matematik secara sistematik dalam semua
konteks; menguasai kemahiran asas matematik; dan kemahiran
menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai strategi betul dan
tepat dalam semua konteks. Calon pada tahap memuaskan hanya menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas matematik secara sistematik serta
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai
strategi betul dan tepat dalam sebahagian konteks. Calon yang belum
mencapai tahap penguasaan minimum hanya menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas matematik yang rendah.

Bagi mata pelajaran Sains pula, calon cemerlang berupaya mempamerkan


penguasaan pengetahuan dan pemahaman dalam semua fakta dan konsep
asas sains, kemahiran proses sains dan kemahiran menyelesaikan masalah
dalam semua situasi. Bagi calon pada tahap memuaskan, calon hanya
menguasai pengetahuan dan pemahaman dalam sebahagian fakta dan
konsep asas sains, sebahagian kemahiran proses sains dan kemahiran
menyelesaikan masalah dalam sebahagian situasi. Calon yang belum
mencapai tahap minimum dalam mata pelajaran Sains hanya menguasai

15
pengetahuan, pemahaman dan kemahiran proses sains serta kemahiran
menyelesaikan masalah pada tahap minimum. Keputusan UPSR Matematik
dan Sains dilaporkan melalui tahap penguasaan ditunjukkan dalam Jadual 8.

Tahap Penguasaan
Minimum(%) Bilangan
Kertas Peperiksaan Tahun
Belum Duduki
Mencapai
mencapai
2017 81.4 18.6 430,622
Matematik
2016 78.3 21.7 440,496
2017 95.5 4.5 430,598
Sains
2016 94.3 5.7 440,514
Jadual 8 Analisis Tahap Penguasaan Mata Pelajaran Matematik dan Sains

Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

Tahun 2017 merupakan tahun kedua PASR dilaksanakan kepada murid


berkeperluan khas masalah pembelajaran. Seramai 3,095 murid telah
menduduki PASR pada tahun ini. ProKhas 1 telah dijalankan bermula 3 Julai
hingga 30 Ogos 2017 manakala ProKhas 2 dijalankan mulai 4 hingga
29 September 2017 melibatkan 909 sekolah.

Secara keseluruhannya, pencapaian murid amat memberangsangkan.


Seramai 373 murid yang menduduki ProKhas 1 mencapai tahap Kompeten
Terpuji dan seramai 171 murid mencapai tahap Kompeten Terpuji dalam
ProKhas 2. Daripada jumlah tersebut 109 calon mencapai tahap Kompeten
Terpuji bagi kedua-dua ProKhas. Tahap pencapaian murid bagi semua
konstruk ditunjukkan dalam LAMPIRAN 5 dan 6.

16
Penutup

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang terdiri daripada PBD, PAJSK,


PPsi, keputusan UPSR dan PASR mengandungi pelbagai maklumat
mengenai murid secara menyeluruh. Maklumat ini harus digunakan oleh
semua pihak kerana pelaporan ini menggambarkan profil murid sebagai
modal insan untuk negara pada masa akan datang. Laporan peringkat
Nasional juga menggambarkan status pendidikan sekolah rendah di Malaysia.

Peranan guru dalam bilik darjah adalah sangat penting bagi memastikan
hasrat FPK dapat dicapai. Kejayaan pendidikan sekolah rendah bermula dari
Tahun 1 sehingga Tahun 6. Usaha pentadbir sekolah dan guru dapat dilihat
dengan jelas dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah ini. Terima kasih
kepada para guru kerana telah menjalankan tugas dengan baik dalam
memastikan pembelajaran dan pentaksiran berjalan lancar. Setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat tentang pendidikan
murid khasnya kepada pentadbir sekolah, guru, persatuan ibu bapa dan guru,
badan-badan sukarela, serta pihak media. Semoga hasrat
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid yang digariskan dalam PPPM
dapat dilaksanakan dengan sistematik dan baik.

KPM juga mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pegawai di peringkat Bahagian Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang terlibat
dalam mengurus dan mengendalikan pendidikan peringkat rendah dengan
penuh bertanggungjawab dan berintegriti.

17
LAMPIRAN 1

TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN

Tahap
Tafsiran
penguasaan
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara
6
sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam
penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan
sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut
5
prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap
positif
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan
4 sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut
prosedur atau secara analitik dan sistematik
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
3
sesuatu kemahiran pada suatu situasi
Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan
2
sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran
1
asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas
LAMPIRAN 2

TAFSIRAN KONSTRUK INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKeP)

Konstruk Tafsiran

Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa,


Verbal Linguistik memahami maklumat dan memberi respons dalam
pelbagai bentuk set komunikasi.

Bukan verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan


Visual Ruang seseorang individu mengguna, menganggar dan
mengintepretasi ruang.

Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor


Logik Matematik dalam kehidupan seharian untuk membuat
penyelesaian secara logikal.

Keupayaan seseorang individu menghargai,


Muzik
menghayati dan menggubah lagu.

Keupayaan seseorang individu mengenal pasti,


Naturalis
menghargai alam semula jadi.

Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang


Kinestatik
individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

Keupayaan seseorang individu berkomunikasi,


Interpersonal
berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai


Intrapersonal
kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.

Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal


Eksistensial
kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.
LAMPIRAN 3

TAFSIRAN GRED TAHAP PENGLIBATAN MURID DALAM


KOKURIKULUM

GRED PERNYATAAN
Murid seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukan
A
potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai.
Murid merupakan seorang yang aktif, komited dan menunjukkan
B
minat yang memuaskan dalam aktiviti yang disertai.
Penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti yang disertai
C
adalah memuaskan.
Penglibatan murid kurang dan tidak menunjukkan kesungguhan
D
dalam aktiviti yang disertai.
Penglibatan dan tahap pencapaian murid tidak memuaskan
E
dalam aktiviti yang disertai.
TL Murid tidak melaksanakan aktiviti (Kes Khas).
LAMPIRAN 4

ANALISIS PENCAPAIAN CALON MENGIKUT MATA PELAJARAN

Pencapaian Calon (%) Bilangan


Kertas Peperiksaan Tahun
A B C D E Duduki

Bahasa Melayu - 2017 27.7 30.7 25.3 12.8 3.5 330,349


Pemahaman (SK) 2016 23.8 35.5 21.7 13.5 5.4 338,571
Bahasa Melayu - 2017 29.2 28.8 24.1 13.2 4.7 330,380
Penulisan (SK) 2016 24.1 26.2 26.6 17.0 6.1 338,602
Bahasa Melayu - 2017 16.6 22.6 26.6 24.9 9.2 100,170
Pemahaman (SJK) 2016 15.7 24.5 23.7 25.4 10.7 101,903
Bahasa Melayu - 2017 20.8 17.7 26.5 18.8 16.2 100,170
Penulisan (SJK) 2016 19.2 18.5 24.8 19.3 18.1 101,906
Bahasa Inggeris - 2017 13.9 19.1 23.3 29.3 14.4 330,307
Pemahaman (SK) 2016 12.1 19.9 22.3 28.3 17.5 337,633
Bahasa Inggeris - 2017 11.1 7.7 20.7 34.2 26.4 330,321
Penulisan (SK) 2016 6.8 11.6 22.9 35.8 22.9 337,669
Bahasa Inggeris - 2017 24.0 22.4 20.5 21.4 11.7 100,314
Pemahaman (SJK) 2016 21.2 24.3 20.6 21.8 12.2 102,891
Bahasa Inggeris - 2017 14.0 17.2 25.2 23.2 20.4 100,315
Penulisan (SJK) 2016 11.7 16.7 24.7 25.5 21.3 102,896
Bahasa Cina - 2017 17.6 30.4 22.3 19.6 10.1 86,705
Pemahaman 2016 15.7 30.5 21.4 19.2 13.1 88,214
Bahasa Cina - 2017 24.8 22.3 30.5 12.1 10.3 86,707
Penulisan 2016 21.9 24.5 28.9 13.3 11.3 88,226
Bahasa Tamil - 2017 21.1 33.1 20.6 15.5 9.8 13,564
Pemahaman 2016 18.1 31.9 23.5 16.0 10.4 14,643
Bahasa Tamil - 2017 26.7 36.5 20.8 7.9 8.0 13,565
Penulisan 2016 26.8 35.4 20.3 8.7 8.8 14,651
2017 15.3 17.4 18.5 30.2 18.6 430,622
Matematik
2016 14.7 18.3 18.4 27.0 21.7 440,496
2017 10.0 28.7 37.8 18.9 4.5 430,598
Sains
2016 6.8 32.0 36.2 19.4 5.7 440,514
LAMPIRAN 5

TAHAP PENCAPAIAN MURID DALAM PROKHAS 1

Kompeten Belum
Kompeten Jumlah
Terpuji Kompeten
Konstruk
Bil % Bil % Bil % Bil %

BM Kemahiran Mendengar 1,592 51.5 1,436 46.4 66 2.1 3,094 100.0

BM Kemahiran Menulis 1,047 33.8 1,848 59.7 199 6.4 3,094 100.0

BM Kemahiran Membaca
989 32.0 1,530 49.5 575 18.6 3,094 100.0
& Memahami Maklumat

BM Kemahiran Bertutur 1,218 39.4 1,674 54.1 202 6.5 3,094 100.0

KH Pengetahuan &
1,569 50.7 1,401 45.3 123 4.0 3,093 100.0
Kefahaman

KH Kemahiran Aplikasi 1,447 46.8 1,499 48.5 147 4.8 3,093 100.0

KH Kemahiran Berfikir
837 27.1 1,808 58.5 448 14.5 3,093 100.0
Secara Kritis & Kreatif

Kemahiran Aplikasi
1,103 35.7 1,693 54.7 297 9.6 3,093 100.0
Matematik

Kemahiran Asas
1,565 50.6 1,358 43.9 170 5.5 3,093 100.0
Matematik

Amalan Nilai Positif


1,813 58.6 1,211 39.2 69 2.2 3,093 100.0
Bermasyarakat
LAMPIRAN 6

TAHAP PENCAPAIAN MURID DALAM PROKHAS 2

Kompeten Belum
Kompeten Jumlah
Terpuji Kompeten
Konstruk
Bil % Bil % Bil % Bil %

BI Kemahiran Bertutur 540 17.6 1,760 57.3 769 25.1 3,069 100.0

BI Kemahiran Membaca &


523 17.0 1,609 52.3 942 30.6 3,074 100.0
Memahami Maklumat

BI Kemahiran Mendengar 942 30.6 1,896 61.7 237 7.7 3,075 100.0

BI Kemahiran Menulis 645 21.0 2,137 69.5 292 9.5 3,074 100.0

SN Kemahiran Aplikasi 662 21.5 1,941 63.1 471 15.3 3,074 100.0

SN Kemahiran Berfikir
1,074 34.9 1,727 56.2 274 8.9 3,075 100.0
Secara Kritis & Kreatif

SN Kemahiran Komunikasi
572 18.6 1,826 59.4 677 22.0 3,075 100.0
& Interaksi Sosial

SN Kemahiran Proses
758 24.7 1,968 64.0 348 11.3 3,074 100.0
Sains

SN Pengetahuan &
958 31.2 1,798 58.5 319 10.4 3,075 100.0
Kefahaman

Amalan Nilai Positif Kendiri 1,639 53.3 1,343 43.7 93 3.0 3,075 100.0
CONTOH PELAPORAN DAN
PERNYATAAN
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHUN 6 (PBDT6)
TAHUN 2016

NAMA MURID : AZALI BIN MOHD GHAZI


KELAS : 6 BISTARI
NO. MY KID / NO. SURAT BERANAK : 040709-07-2361
BULAN PENTAKSIRAN SEPTEMBER
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 16
JALAN PRESINT 16, PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA

TAHAP
BIL. MATA PELAJARAN PENGUASAAN PENYATAAN
KESELURUHAN
Azali berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan
1 BAHASA MELAYU 5
bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan
pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.
Azali shows good command of the language. He has the ability to use language fairly independently but requires
guidance for more complex language tasks.
2 BAHASA INGGERIS 4
Azali mununjukkan kemahiran berbahasa yang baik. Beliau mempunyai kemampuan menggunakan bahasa
tetapi memerlukan bimbingan untuk melaksanakan tugasan bahasa yang bersifat kompleks.

Azali menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains untuk diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada
3 SAINS 4
suatu situasi dengan cara yang bersistematik

Azali boleh:
1. Menyelesaikan masalah rutin yang kompleks dalam kehidupan seharian dengan menggunakan pelbagai
strategi penyelesaian masalah.
4 MATEMATIK 5
2. Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan masalah rutin yang kompleks.
3. sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5 SEJARAH 5 Azali membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

REKA BENTUK Azali melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik
6 5
TEKNOLOGI serta tekal dan bersikap positif.
TEKNOLOGI
7 MAKLUMAT 3 Azali menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi dalam TMK.
KOMUNIKASI

8 PENDIDIKAN MUZIK 3 Azali boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada sesuatu situasi.

PENDIDIKAN SENI
9 3 Azali menguasai bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya yang sederhana
VISUAL

PENDIDIKAN Azali berupaya menganalisis maklumat, produk dan perkhidmatan kesihatan bagi meningkatkan pengurusan
10 4
KESIHATAN penjagaan diri, kesihatan dan keselamatan diri.

Azali boleh melakukan aktiviti memanaskan badan sehingga kadar nadi meningkat melebihi 120 denyutan
11 PENDIDIKAN JASMANI 4
seminit dan menyejukkan badan dalam kumpulan kecil mengikut prosedur yang betul.
.‫تعرف التلميذ وقدرته على التطبيق بالمهارات اللغوية األساسية مع كونه ثابتا ومناسبا بالمواقف‬
ّ
12 BAHASA ARAB 4 Azali mengetahui kemahiran asas bahasa Arab dan mempraktikkannya dengan betul secara konsisten dan
menepati situasi
Azali berkebolehan menghuraikan dan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada kandungan
13 PENDIDIKAN ISLAM 4
yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya dalam kehidupan harian.

ULASAN GURU

Pencapaian boleh dipertingkatkan lagi terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

…………………………………………………………………………………
( )
Nama,Tandatangan Guru Besar dan cap rasmi sekolah

Tarikh: ...........................................................
PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM
TAHUN : 2017
Kod Sekolah : ABA0002 Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZA'BA
Nama : AISYA SOFEA BINTI ABDULLAH Kelas : IBNU KHALDUN
No. Kad Pengenalan / No. Murid / No. Pasport : 051229081006
ELEMEN ASPEK SUKAN / PERMAINAN KELAB / PERSATUAN BADAN BERUNIFORM EKSTRA KURIKULUM
BOLA JARING INOVASI/REKACIPTA PERGERAKAN TUNAS Nama Jawatan
PUTERI ISLAM
Jenis Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan
MALAYSIA (PPIM) - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua
Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR/
Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik / ..
Jawatan Bendahari Penolong Setiausaha Ahli Biasa/ Ahli Berdaftar
Sekolah Sekolah Sekolah Anugerah Khas
Peringkat

PENGLIBATAN Menunjukkan Kepimpinan, Membantu Guru Atau Menunjukkan Kepimpinan, Membantu Guru Atau Menunjukkan Kepimpinan, Mengurus Aktiviti,
Rakan, Mengikut Arahan, Memberi Kerjasama Rakan, Mengikut Arahan, Memberi Kerjasama Membantu Guru Atau Rakan, Menunjukkan Minat
Komitmen

Khidmat Masyarakat
Membantu Dari Segi Menjayakan Aktiviti Kelab Membantu Dari Segi Menjayakan Aktiviti Kelab Penglibatan Murid Yang Terlibat Dalam Aktiviti
Sukan Dan Aktiviti Sukan Sekolah Seperti Sukan Dan Aktiviti Sukan Sekolah Seperti Seperti Persembahan Selingan Aktiviti Kerohanian
Mengambil Bahagian Dalam Perbarisan Atau Mengambil Bahagian Dalam Perbarisan Atau
Khidmat Persembahan, Kumpulan Persembahan, Kumpulan
Sumbangan Sorak/Penyokong,Menghias Khemah Rumah Sorak/Penyokong,Menghias Khemah Rumah
Sukan Dan Yang Berkaitan. Sukan Dan Yang Berkaitan. Program Nilam

PENYERTAAN Kehadiran 12 12 12 Tugas-tugas Khas

PRESTASI
Tahap
Pencapaian

PELAPORAN MARKAH

SKOR ELEMEN 62.00 60.00 60.00

JUMLAH SKOR (%) 56.36 54.55 54.55 3

GPA 58.46

GRED / CGPA D4: B / 60.27 D5: C / 57.55 D6: C / 58.01 PPKI : /

10 % 5.8
Penglibatan dan penyertaan anda dalam aktiviti yang disertai adalah memuaskan. Anda perlu dan mampu untuk lebih berusaha bagi meningkatkan prestasi ke tahap pencapaian yang lebih baik dalam
PENYATAAN LAPORAN aktiviti yang disertai

............................................
( )
Nama, Tandatangan dan cap rasmi sekolah
Tarikh : ............................................
PELAPORAN PENTAKSIRAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN SEGAK
PENGGAL 1
TAHUN 2017
Kod Sekolah : ABA0002 Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZA'BA
Nama : AISYA SOFEA BINTI ABDULLAH Kelas : IBNU KHALDUN
No. Kad Pengenalan / No. Murid / No. Pasport : 051229081006

JENIS UJIAN SKOR Tinggi (cm) 137

Naik Turun Bangku (kadar nadi seminit) 3 Berat (kg) 31

Tekan Tubi (ulangan) 2 BMI 16.5


Ringkuk Tubi Separa 1
Taksiran Normal
Jangkauan Melunjur (jarak - cm) 2

Jumlah Skor 8

Gred D

Pencapaian 1 bintang

PELAPORAN PENTAKSIRAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN SEGAK


PENGGAL 2

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID INDEKS JISIM BADAN

JENIS UJIAN SKOR Tinggi (cm) 144

Naik Turun Bangku (kadar nadi seminit) 3 Berat (kg) 38

Tekan Tubi (ulangan) 1 BMI 18.3


Ringkuk Tubi Separa 1
Taksiran Normal
Jangkauan Melunjur (jarak - cm) 2

Jumlah Skor 7
Gred D

Pencapaian 1 bintang ( )
Nama, Tandatangan dan cap rasmi sekolah

Tarikh : .......................................
PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKeP)
TAHUN 6
TAHUN 2017

NAMA : AHMAD IMAN HAZIM BIN MOHD SHIHABUDDIN


NO PENGENALAN DIRI : 050603160157
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 14(1)
NAMA KELAS : AMBER

Bil KONSTRUK SKOR %


1. VERBAL LINGUISTIK 60
2. LOGIK MATEMATIK 80
3. INTRAPERSONAL 90
4. VISUAL RUANG 90
5. NATURALIS 60
6. INTERPERSONAL 90
7. KINESTETIK 90
8. MUZIK 80
9. EKSISTENSIAL 100

Penerangan Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP)

KONSTRUK PENERANGAN
VERBAL LINGUISTIK Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam
pelbagai bentuk set komunikasi.
LOGIK MATEMATIK Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat
penyelesaian secara logikal.
VISUAL RUANG Bukan Verbal (pintar visual dan ruang); keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan
menginterpretasi ruang.
MUZIK Keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.
NATURALIS Keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
INTRAPERSONAL Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri.
INTERPERSONAL Keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.
KINESTATIK Jasmani (pintar jasmani); Keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.
EKSISTENTIAL Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

Interpretasi Skor Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP)

INTERPRETASI SKOR SKOR DALAM PERATUS


TINGGI 75% hingga 100%
SEDERHANA 50% hingga 74%
RENDAH 0% hingga 49%

Disahkan oleh,

..............................................
( )
Nama dan Cap Guru Besar

TARIKH :

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)


SULIT

LOGO SEKOLAH

PELAPORAN
PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)
TAHUN 2016

NAMA : ABU BIN HASAN ANGKA GILIRAN : 1234

NAMA SEKOLAH : SK TEMENGGONG No. KAD PENGENALAN : 123456789102

INSTRUMEN KEMAHIRAN KONSTRUK TAHAP KOMPETENSI

Kemahiran mendengar Kompeten Terpuji


Kemahiran Kemahiran menulis Kompeten Terpuji
Literasi
(Bahasa Melayu) Kemahiran membaca dan memahami maklumat Kompeten Terpuji
Kemahiran bertutur Kompeten Terpuji
Pengetahuan dan kefahaman Kompeten
Kemahiran Hidup
ProKhas 1 Kemahiran aplikasi Kompeten
(Jahitan)
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Kompeten

Kemahiran Kemahiran asas matematik Kompeten Terpuji


Numerasi Kemahiran aplikasi matematik Kompeten
Amalan nilai positif bermasyarakat seperti
Nilai Murni hormat-menghormati, toleransi, kerjasama dan Kompeten Terpuji
tolong-menolong
Kemahiran mendengar Kompeten
Kemahiran Kemahiran menulis Belum Kompeten
Literasi
(Bahasa Inggeris) Kemahiran membaca dan memahami maklumat Belum Kompeten
Kemahiran bertutur Kompeten
Pengetahuan dan kefahaman Kompeten Terpuji
ProKhas 2 Kemahiran proses sains Kompeten Terpuji
Kemahiran
Kemahiran aplikasi Belum Kompeten
Asas Sains
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Kompeten
Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial Kompeten
Amalan nilai positif kendiri seperti kemas,
Nilai Murni Kompeten Terpuji
berdikari dan beradab

Tandatangan Guru Besar, Cop Sekolah

.........................................

Tarikh :

1
SULIT

You might also like