Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Ekonomi Asas

Tingkatan 4
Bab 3: Isi Rumah sebagai Pengguna

Isi Rumah

Isi rumah ialah unit penggunaan(1)yang terdiri daripada seorang individu, sekumpulan individu atau
sebuah keluarga(1) dan membuat keputusan ekonomi(1).

Peranan isi rumah


Isi rumah ialah Pembekal faktor pengeluaran(1). Isi rumah membekalkan faktor buruh,
tanah, modal dan usahawan(1) kepada firma untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Sebagai ganjaran,
isi rumah menerima pendapatan iaitu upah, sewa, faedah dan untung(1).
Isi rumah juga ialah Pengguna barang dan perkhidmatan(1). Isi rumah menggunakan
pendapatannya (upah, sewa, faedah, untung) untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh firma(1). Disebabkan pendapatan terhad, isi rumah akan membeli barang yang dapat memaksimumkan
kepuasannya(1). faktor pengeluaran =
input pengeluaran =
sumber2 ekonomi

Objektif isi rumah


Objektif penggunaan isi rumah ialah memaksimumkan kepuasan/ utiliti(1).

Utiliti
Utiliti ialah kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang(1). Semakin tinggi utiliti,
semakin tinggi kepuasan(1).
Utiliti sut pula ialah pertambahan dalam utiliti(1) akibat daripada pertambahan penggunaan satu unit
barang(1).

1
Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Contoh Soalan:

1. Gambar 1 di bawah ini menunjukkan satu unit ekonomi.

i) Nyatakan unit ekonomi tersebut. (1m)


ii) Terangkan peranan unit ekonomi di (a) i. (4m)

2. (a) Gambar berikut menunjukkan unit isi rumah mendapat utiliti yang tinggi.

Terangkan konsep-konsep di atas hingga dapat mewujudkan utiliti yang lebih tinggi. (5m)

3. Terangkan maksud konsep berikut:


i) Jumlah utiliti (2m)
ii) Utiliti sut (2m)

4. a) Apakah maksud isi rumah? (2m)


b) Huraikan peranan isi rumah. (4m)

2
Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Permintaan

Permintaan ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu dibeli(1) oleh pengguna
pada suatu tingkat harga(1) pada suatu tempoh masa tertentu(1) dengan andaian ceteris paribus(1).

Hukum Permintaan
Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin rendah harga(P) barang, semakin banyak kuantiti
yang diminta(Qd) ; semakin tinggi harga (P) barang, semakin kurang kuantiti yang diminta (Qd) dengan
andaian ceteris paribus(1).
P - Qd
P - Qd
(hubungan negatif/ songsang)

Jadual permintaan individu


Jadual permintaan individu menunjukkan kuantiti barang yang diminta oleh pengguna pada pelbagai
tingkat harga pada suatu tempoh masa tertentu.Contohnya seperti di bawah,
Harga Kuantiti yang
(RM) diminta (unit)
5 2
4 4
3 6
2 8
1 10

3
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Keluk permintaan individu
Keluk permintaan individu menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta (1)
pada suatu tempoh masa tertentu(1). Contohnya seperti di bawah,

Keluk permintaan individu


Harga (RM/kg) Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan(1) menunjukkan bahawa
价钱 D hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta adalah negatif
e
atau songsang(1). 要求的曲线从左到右向下倾斜显示价钱和数量要求的关系是
5 ●
反面的/颠倒的
4 ●d -
3 ●c

2 ●b

1 ●a
D
Kuantiti yang diminta (unit) (3m/5m)
0 2 4 6 8 10
数量要求
Rajah: Keluk permintaan individu

Pembentukkan keluk permintaan


Pada harga RM 1, kuantiti permintaan ialah 10 unit dan ditandai dengan titik a.
Pada harga RM 2, kuantiti permintaan ialah 8 unit dan ditandai dengan titik b.
Pada harga RM 3, kuantiti permintaan ialah 6 unit dan ditandai dengan titik c.
Pada harga RM 4, kuantiti permintaan ialah 4 unit dan ditandai dengan titik d.
Pada harga RM 5, kuantiti permintaan ialah 2 unit dan ditandai dengan titik e.

Sambungkan titik a, b, c, d, dan e, keluk permintaan terbentuk.


Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan bahawa hubungan antara
harga dengan kuantiti diminta adalah negatif.

4
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Penentu / Faktor permintaan individu
Faktor utama yang mempengaruhi permintaan ialah Harga barang itu sendiri(1). Jika harga barang
itu naik, kuantiti yang diminta akan berkurang(1). Jika harga barang itu turun, kuantiti yang diminta(Qd) akan bertambah
dengan andaian ceteris paribus(1)/ faktor2 lain adalah tetap.

Faktor-faktor lain adalah seperti Harga barang lain, Pendapatan pengguna, Cita rasa pengguna,
Jangkaan harga pada masa depan, Musim dan Dasar Kerajaan.

Bagi Harga barang lain(1), terdapat 2 jenis barang, iaitu barang pengganti dan barang penggenap.
Barang pengganti ialah barang yang boleh diganti fungsinya(1). Contohnya teh dan kopi(1). Jika harga
teh menigkat, kuantiti kopi yang diminta akan meningkat(1). Jika harga teh menurun, kuantiti kopi yang diminta akan
menurun. Jadi, hubungan antara harga suatu barang (P) dengan kuantiti barang penggantinya yang diminta(Qd)
adalah positif(1). Harga teh
D
20
10
D
Kuantiti kopi
5 10

Barang penggenap ialah barang yang perlu digunakan serentak(1) (bersama). Contohnya, petrol dan
kereta. Jika harga petrol menurun, kuantiti kereta yang diminta akan meningkat(1). Jika harga petrol meningkat,
(1)

kuantiti kereta yang diminta akan menurun. Jadi, hubungan antara harga suatu barang (P) dengan kuantiti barang
penggenapnya yang diminta(Qd) adalah negatif. (1)
Harga petrol
D
2
1
D
Kuantiti kereta
5 10

Jangkaan harga masa depan(1) juga mempengaruhi permintaan. Jika harga satu barang dijangka
akan naik pada masa depan, maka permintaan barang itu akan meningkat sekarang(1). Jika harga satu barang
dijangka akan turun pada masa depan, permintaan barang itu akan menurun sekarang.

Musim(1) juga mempengaruhi permintaan. Musim perayaan dan musim sekolah(1) akan
meningkatkan permintaan terhadap baju(1). Cuaca sperti musim hujan akan meningkatkan permintaan
terhadap payung.

Dasar kerajaan(1) juga memperngaruhi permintaan. Jika kerajaan menurunkan kadar cukai
pendapatan, permintaan individu akan meningkat(1) kerana pendapatan individu meningkat(1). Jika kerajaan
meningkatkan kadar cukai pendapatan, permintaan individu akan menurun kerana pendapatan individu menurun.

Pendapatan individu(1) juga mempengaruhi permintaan individu. Apabila pendapatan individu


bertambah, permintaan individu akan meningkat (1)kerana kuasa beli meningkat(1). Apabila pendapatan individu
menurun, permintaan individu akan menurun kerana kuasa beli menurun. Jadi, hubungan antara pendapatan individu
dengan kuantiti yang diminta(Qd) adalah positif(1).

Cita rasa pengguna(1) juga mempengaruhi permintaan. Jika seseorang pengguna menyukai sesuatu
barang maka permintaan terhadap barang itu akan meningkat(1) dan sebaliknya. Iklan, fesyen, kesedaran
terhadap kesihatan, pemerhatian terhadap pengguna lain dan perngalaman penggunaan barang tersebut akan
mempengaruhi cita rasa pengguna(1).

5
Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Contoh Soalan:

1. Rajah yang berikut menunjukkan keluk permintaan barang Z.

Jelaskan lima faktor yang menyebabkan perubahan keluk permintaan daripada D 0D0 kepada D1D1
(10m)

2. Rajah di bawah ini menunjukkan jumlah jualan kereta tempatan dan kereta import dari tahun 2007
hingga tahun 2009.

Terangkan lima faktor yang menyebabkan jualan kereta tempatan sedemikian. (10m)

3. (a) Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi barang X.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (Unit)


4 50
3 100
2 150
1 200

i. Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan barang tersebut.


(Gunakan skala 2cm: 1 unit pada paksi harga dan 2cm: 50 unit pada paksi kuantiti) (5m)

ii. Terangkan pembentukkan keluk permintaan bagi barang X. (5m)

4. Jadual 1 menunjukkan hubungan antara harga Barang P dengan permintaan terhadap Barang Q dan barang
R.

Keadaan Harga barang P Permintaan Barang Q Permintaan Barang R


1 Jatuh Berkurang Bertambah
2 Naik Bertambah Berkurang

i. Terangkan hubungan antara Barang P dengan Barang Q dan Barang R. (4m)


ii. Berikan contoh Barang P, Barang Q dan barang R. (6m)

6
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
5. Dengan menggunakan rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan harga dengan kuantiti diminta.
(9m)
6. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu terhadap barang X.

Terangkan pembentukkan keluk permintaan di atas (11m)

7. Terangkan kesan kenaikan harga minyak 40 sen seliter terhadap


i. Permintaan kereta (4m)
ii. Permintaan biofuel (4m)

8. Selain daripada harga barang itu sendiri dan musim perayaan, nyatakan faktor lain yang menyebabkan
permintaan ayam meningkat. (6m)

9. Apakah yang akan terjadi terhadap permintaan barangan apabila kerajaan memberikan bonus sebulan gaji
kepada kakitangan kerajaan? (6m)

10. Jadual berikut menunjukkan harga dan permintaan bagi barang G.

Harga (RM) Kuantiti permintaan limau (kg)


10.00 1
7.50 2
5.00 3
3.50 4

i. Dengan menggunakan skala 1cm: 2.0 unit pada paksi harga dan 1cm: 1 unit pada paksi kuantiti,
lukiskan keluk permintaan buah limau pada kertas graf. (4m)
ii. Terangkan cara pembentukkan keluk permintaan di (i) (7m)

7
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Perbezaan atr
Perubahan dlm Kuantiti Diminta dgn Perubahan Permintaan

Perubahan dalam Kuantiti Diminta Perubahan Permintaan


Perubahan dalam kuantiti diminta berlaku Perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh
disebabkan oleh faktor harga barang itu(1). faktor-faktor lain selain harga barang itu sendiri(1).
Contohnya, harga barang lain, pendapatan, citarasa
dan sebagainya
Perubahan dalam kuantiti diminta ditunjukkan oleh Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan
pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan yang keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan(1).
sama(1).

Perubahan dalam kuantiti diminta berlaku Perubahan permintaan berlaku pengurangan


penguncupan permintaan ( A b ) atau permintaan ( X y ) atau pertambahan permintaan
pengembangan permintaan (A c ) (1). (X z ) (1).

Dalam perubahan dalam kuantiti diminta, harga dan Dalam perubahan permintaan harga tetap, kuantiti
kuantiti berubah(1). sahaja yang berubah(1).

Keluk Perubahan Dalam Kuantiti Diminta Keluk Perubahan Permintaan


Harga (P)
Harga (P)
D
P1 b D1 D0 D2

y X z
A Po
Po

c
P2 D2
D0
D D1
0 Kuantiti (Q)
0 Q1 Qo Kuantiti
Q2 Q1 Qo Q2

(Q)

Contoh Soalan:

1. a) Rajah di bawah ini ialah keluk permintaan terhadap kasut.

Terangkan maksud perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu (5m)

2. Bezakan antara perubahan dalam kuantiti yang diminta dengan perubahan permintaan. (6m)

3. Katakan harga barang X tetap, tetapi berlaku perubahan di mana jumlah kuantiti diminta meningkat
sebanyak 100% dalam masa 8 bulan sahaja. Mengapakah terjadinya situasi tersebut? (10m)
8
Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Keanjalan Harga Permintaan (ed)

Keanjalan harga permintaan mengukur peratus perubahan kuantiti barang yang diminta akibat
daripada peratus perubahan harga barang itu(1). Rumusnya ialah,

% ∆ Q (1m/2m)
Peratus Perubahan Kuantiti diminta Ed =
% ∆ P
Keanjalan Harga Permintaan =
Peratus Perubahan Harga

Kuantiti baru – kuantiti asal Q 1- Q 0


X 100% X 100%
Kuantiti asal Qo
Keanjalan Harga Permintaan = Ed =
Harga baru – harga asal P1- P0
X 100%
X 100% P0
Harga asal

Q1- Qo
Q 1- Q 0 P0
Ed =
Q0 X P1- P0

Soalan Pengiraan:
Berdasarkan jadual sebelah, berapakah nilai keanjalan harga
Harga Kuantiti yang permintaan bagi pen apabila harga meningkat daripada RM 10 kepada
(RM/unit) diminta (unit) RM 12 seunit?
10 10
12 6

Penyelesaian:

- tanda negatif (-) pada nilai keanjalan harga


permintaan (Ed) menunjukkan hubungan negatif antara
harga dengan kuantiti diminta

- tetapi, kita pentingkan nilai mutlaknya sahaja. Jadi,


tanda negtif (-) boleh diabaikan。Ed -2 

9
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
3 Jenis Keanjalan Harga Permintaan (Ed)

1)
Ed Anjal mempunyai nilai Ed yang lebih daripada satu (1). Peratus perubahan kuantiti diminta (% ∆
Q) melebihi peratus perubahan harga (% ∆ P) (1). Ini bermaksud jika harga berubah 1%, kuantiti diminta
berubah melebihi 1 %( 1). Contoh barang yang mempunyai nilai Ed lebih daripada 1 ialah barang mewah,
barang yang melibatkan peratus perbelanjaan pendapatan yang besar (rumah), barang yang mempunyai
pengganti, dan barang yang mempunyai pelbagai kegunaan (getah) (1). Ed anjal mempunyai keluk
(1)
permintaan yang landai

Harga (P)
landai
D
Po
P1
(1) D

Kuantiti (Q) (3m)


0 Qo Q1
2)
Ed Tidak Anjal mempunyai nilai Ed yang kurang daripada satu (1). Peratus perubahan kuantiti
(1)
diminta kurang daripada peratus perubahan harga . Ini bermaksud jika harga berubah 1%, kuantiti
diminta berubah kurang daripada 1 % (1). Contoh barang yang mempunyai nilai Ed kurang daripada 1 ialah
barang yang melibatkan peratus perbelanjaan pendapatan yang kecil (gula), barang yang tidak mempunyai
pengganti, barang yang mempunyai kegunaan terhad (beras), dan apabila pengguna setia kepada sesuatu
jenama(1). Ed tidak anjal mempunyai keluk permintaan yang curam(1).

Harga (P)
D
Po curam

P1
D Kuantiti (Q) (3m)
0 Qo Q1
3)
Ed Anjal Satu mempunyai nilai Ed yang sama dengan satu (1). Peratus perubahan kuantiti diminta
sama dengan peratus perubahan harga(1). Ini bermaksud jika harga berubah 1%, kuantiti diminta juga
berubah 1 % (1).

Harga (P)

Po

P1
D
0 Kuantiti (Q)
Qo Q1 10
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Contoh Soalan:

1. Jadual di bawah ini berkaitan dengan tiga jenid barang iaitu barang W, barang X dan barang Y.

Jenis barang Peratus Perubahan Kuantiti Diminta (%) Peratus Perubahan Harga (%)
Barang W 5 20
Barang X 6 6
Barang Y 24 8

Hitung pekali keanjalan harga permintaan bagi setiap barang dan terangkan keanjalan harga permintaan
bagi setiap barang tersebut. (10m)

2. Situasi 1 dan situasi 2 menunjukkan urus niaga antara Abu dengan Pak Ali.

i. Hitung keanjalan harga permintaan buah manggis apabila harga meningkat. (2m)
ii. Tafsirkan jenis keanjalan harga permintaan buah manggis. (3m)

3. Bezakan keanjalan harga permintaan anjal dengan keanjalan harga permintaan tidak anjal. (4m)

4. Nyatakan jenis keanjalan harga permintaan (3m)

5. Jadual berikut menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi tiga jenis barang.

,
Jenis barang Darjah keanjalan
Barang A 0.5
Barang B 1.5
Barang C 1.0

Berdasarkan pekali keanjalan tersebut terangkan keanjalan harga permintaan ketiga-tiga barang
tersebut. (10m)

6. Jadual berikut menunjukkan harga dan permintaan bagi barang G

Harga (RM) Kuantiti diminta (kg)


6 30
8 28
10 25
12 20

Hitung dan tentukan jenis keanjalan harga permintaan jika:


i) Harga meningkat daripada RM 10 kepada RM 12. (4m)
ii) Harga menurun daripada RM 10 kepada RM 6 (4m)
11
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Bagaimana Pengeluar memaksimumkan keuntungan?

Jumlah Hasil = Harga X Kuantiti


TR = P X Q
1. Ed anjal
o Ed > 1
o %∆Q > %∆P

Harga (P) Harga (P)

D b D
c
P1 a Po d
Po D P1 D

Kuantiti (Q) Kuantiti (Q)


0 Q1 Qo 0 Qo Q1

TR0 = 0P0aQ0 Apabila pengeluar naikkan harga TR0 = 0P0cQ0 Apabila pengeluar turunkan
TR berkurang (1)
. harga TR bertambah(1).
TR1 = 0P1bQ1 TR1 = 0P1dQ1

Kesimpulan:
Pengeluar akan menurunkan harga apabila barang itu bersifat anjal utk memaksimumkan
keuntungan(1).

* TR0 = Jumlah hasil asal


* TR1 = Jumlah hasil baru
2. Ed tidak anjal
o Ed < 1
o %∆Q < %∆P

Harga (P) Harga (P)

D D
P1 b Po c

Po a P1 d
D Kuantiti (Q) D Kuantiti (Q)
0 0
Q1 Qo Qo Q1

TR0 = 0P0aQ0 Apabila pengeluar naikkan harga TR0 = 0P0cQ0 Apabila pengeluar turunkan
TR bertambah (1)
harga TR berkurang (1)
TR1 = 0P1bQ1 TR1 = 0P1dQ1

Kesimpulan:
Pengeluar akan menaikkan harga apabila
12 barang itu bersifat tidak anjal utk memaksimumkan
keuntungan(1).
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
3. Ed anjal Satu
o Ed = 1
o %∆Q = %∆P

Harga (P) Harga (P)

D
D
b c
P1 Po
a d
Po P1
D D
0 Kuantiti (Q) Kuantiti (Q)
Q1 0
Qo Qo Q1

TR0 = 0P0aQ0 Apabila pengeluar naikkan harga TR0 = 0P0cQ0 Apabila pengeluar turunkan
TR tetap sama (1)
harga TR tetap sama (1)
TR1 = 0P1bQ1 TR1 = 0P1dQ1

Kesimpulan:
Pengeluar tidak perlu naik atau turunkan harga apabila barang itu bersifat anjal satu. Jumlah
hasil (TR) tidak berubah(1).

* TR0 = Jumlah hasil asal


* TR1 = Jumlah hasil baru

Contoh Soalan:

1. Jadual yang berikut berkaitan dengan hubungan antara jenis barang dan darjah keanjalan.

Jenis barang Barang X Barang Y Barang Z


Darjah keanjalan 0.4 2.0 1.0

Terangkan strategi yang boleh diambil oleh seseorang pengusaha untuk meningkatkan hasil jualan
bagi ketiga – tiga barang itu. (9m)

2. Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan keuntungan setiap jenis keanjalan
harga permintaan, (9m)

13
Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Soalan-soalan Ramalan

Bab 3: Isi Rumah sebagai pengguna

Tahun Isi Rumah Permintaan Penentu permintaan Keanjalan harga Bagaimana pengeluar
a. Definisi A. hukum permintaan A. 7 penentu permintaan permintaan (Ed) memaksimumkan

b. Peranan isi B. Keluk permintaan B. perbezaan perubahan dalam A. Ed anjal keuntungannya?

rumah kuantiti diminta dengan B. Ed tidak anjal A. Ed anjal


perubahan permintaan C. Ed anjal satu B. Ed tidak anjal
c. utiliti
C. Ed anjal satu
2013 √ √
- konsep permintaan dengan - Barang Pengganti
bantuan gambar rajah - Penentu permintaan – cita rasa
2014 - √ - √ √
konsep permintaan dengan Hitung dan terangkan nilai Ed Bagaimana pengeluar
bantuan jadual memaksimumkan keuntungannya?
2015 √ - √
Isi rumah dan definisi Ed tidak anjal
KBAT
– kesan hutang kpd isi rumah.[5m]
- kesan kemarau terhadap isi rumah [6m]
- Bersetujukah anda dgn tindakan Sarah menarik pengunjung membeli di gerai mrk? Jelaskan [3m]
- Bgmn Sarah dapat memperoleh utg yg lebih tinggi [5m]
- Ibu Sarah tidak setuju Sarah utk memajukan perniagaan scr atas talian dan penghataran mll perkhidmatan pos. Ibu Sarah ingin meneruskan perniagaan yg sedia ada iaitu bekerja di rumah
sbg tukang jahit. Beri komen anda. [4m]
2016 √ √
Perbandingan konsep isi - Bagaimana perubahan pelepasan cukai
rumah dgn firma [6m] mempengaruhi DD barangan [4m]

2017
√ √ √ √ √
- Utiliti konsep permintaan dengan - Barang penggenap Hitung dan terangkan nilai Ed Bagaimana pengeluar
bantuan gambar rajah - 7 Penentu Permintaan memaksimumkan keuntungannya?

14

You might also like