Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Kerja Projek Matematik Tambahan 2019

BAHAGIAN 1
Rene Descartes, ahli matematik Perancis yang terkenal pada abad ke-16 menemui keindahan sistem
Koordinat Cartesian ketika beliau sedang baring sambil merenung seekor labah-labah di siling.
Lakukan penyelidikan dan tulis tentang penemuan beliau.

BAHAGIAN 2
Malaysia beriklim panas tropika yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat taman-taman yang
indah di seluruh Malaysia. SMK Gemilang Bakti bercadang untuk menceriakan kawasan sekolah
seperti dalam Rajah 1 dengan melibatkan pelajar dalam usaha menanam dan menyelenggarakan
kehijauan tumbuh-tumbuhan. Setiap persatuan diberi satu kawasan dengan pelbagai bentuk dan saiz
untuk diselia sepanjang tahun. Persatuan Matematik, Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan
Bahasa Melayu masing-masing diperuntukkan kawasan P, Q dan R.

H 3m G F
2m
Q
Q
E R R 4m
6m
D
C

P
P 3m
A B

Rajah 1

(a) Tentukan luas kawasan P, Q dan R dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga kaedah
yang berbeza termasuk penggunaan kalkulus. Tentusahkan jawapan anda dengan
menggunakan perisian komputer.
(Cadangan : GeoGebra, Geometer’s Sketchpad, kalkulator grafik dan sebagainya.)

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia 1

Kerja Projek Matematik Tambahan 2019

(b) Andaikan terdapat deretan tumbuhan di sepanjang garis AB. Persatuan Matematik bercadang
untuk memasang pagar bagi sisi-sisi lain di kawasan P. Hitung panjang pagar yang
diperlukan.

(c) Jika kos semeter pagar ialah RM25.00, berapakah jumlah kos yang diperlukan oleh
Persatuan Matematik untuk memagar kawasan P? Dengan dana sebanyak RM250.00,
bolehkah persatuan itu memagar kawasan tersebut? Huraikan jawapan anda.

(d) Semasa Minggu Matematik, persatuan ini telah diberi satu bendera hiasan sepanjang 9.20
meter untuk digunakan dengan sepenuhnya. Pengerusi persatuan ingin mengikat bendera
hiasan tersebut secara berterusan dari titik A ke titik E dan seterusnya ke satu titik di
sepanjang garis AB untuk menghasilkan satu kawasan yang berbentuk segitiga.

(i) Bentukkan satu konjektur tentang bilangan titik yang mungkin di mana bendera hiasan
boleh diikat di sepanjang garis AB. Sokong konjektur anda dengan pengiraan dan
gambarajah yang sesuai. Terangkan jawapan anda.

(ii) Hitung luas maksimum segitiga yang dihasilkan.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2

Kerja Projek Matematik Tambahan 2019

BAHAGIAN 3

Persatuan Matematik bercadang membina sebuah kolam di kawasan P seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2. Kolam tersebut berbentuk sektor bulatan berpusat E, berjejari ED dengan
kedalaman 1 meter.

H 3m G F
2m
Q
Q E R R 4m
6m
Kolam D
Pond
C
P
A
P 3m
B

Rajah 2
(a) Hitungkan sudut AED, dalam unit radian, dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua
kaedah yang berbeza.

(b) Tentukan isipadu air yang harus dipam masuk untuk mengisi 80% kolam tersebut.

(c) Jika air itu dipam ke dalam kolam dengan kadar malar 0.001 m3s 1 , hitungkan

(i) kadar perubahan ketinggian air,


(ii) ketinggian paras air selepas 10 minit,
(iii) masa minimum, dalam minit, yang diperlukan untuk air mengisi kolam sepenuhnya,
(iv) masa minimum, dalam minit, yang diperlukan untuk air mengisi kolam sepenuhnya
jika kolam itu berbentuk segitiga AED dengan kedalaman 2 meter.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia 3

Kerja Projek Matematik Tambahan 2019

PENEROKAAN LANJUTAN

(a) Peta telah digunakan sekian lama untuk membantu pengembara dalam perjalanan dari satu
tempat ke tempat yang lain. Peta juga boleh digunakan untuk menganggar jarak antara
tempat.

1 unit : 25 km
Rajah 3

Dalam tahun 2024, satu taman tema akan dibina di kawasan kaki Mount Kinabalu yang
bertanda ‘X’ di atas peta Negeri Sabah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Kawasan
tersebut dan Batu Pungguk Cave masing-masing mempunyai latitud 6.07° U dan 4.50 U
berada longitud yang sama.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia 4

Kerja Projek Matematik Tambahan 2019

Teroka dan tentukan jarak antara dua tempat tersebut dalam kilometer dengan menggunakan :

(i) peta dalam Rajah 3,


(ii) rumus di bawah :

Jarak =θ × 60 batu nautikal


di mana θ = beza latitud dalam darjah.

Adakah terdapat perbezaan antara jawapan yang diperoleh? Terangkan.

(b) Dengan melayari Internet dan menggunakan Google map, tentukan kedudukan sekolah
anda dan dua buah sekolah yang berhampiran. Cetak satu salinan Google map ini dan
tandakan kedua-dua tempat tersebut.

(i) Selesaikan segitiga yang diperoleh.


(ii) Seterusnya, hitungkan jarak terdekat dari sekolah anda ke garis lurus yang
menyambung kedua-dua sekolah tersebut.

Sekiranya tiada kemudahan Internet, anda boleh melaksanakan tugasan ini dengan
menggunakan peta terperinci bagi bandar tempat tinggal anda.

REFLEKSI

Semasa mengendalikan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai murni yang
telah anda amalkan? Wakilkan pendapat atau perasaan anda secara kreatif dengan menggunakan
simbol, ilustrasi, lukisan atau lagu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia 5

You might also like