Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

丹绒士拔华文学校 SJK ( C ) TANJONG SEPAT

MINIT CURAI
( Untuk diisi oleh guru selepas menghadiri mesyuarat atau kursus di peringkat Daerah dan sbgnya. )

Nama Guru : TIOW SHU ZHEN & CHUA HOOI LING

Tarikh Hadir Kursus / Mesyuarat : 8 & 9 Mei 2019

Tempat : Dewan Cenderawasih PPD Kuala Langat

Tajuk / Jenis Mesyuarat : Kursus Pelaksanaan Pendidikan Sivik Bagi Murid


Prasekolah

Perkara-perkara Yang Dibincangkan / Dilaporkan

Bil. Perkara
1. Pengenalan Program

1.1 Merupakan kursus wajib kepada semua guru prasekolah dan telah dijalankan
dalam 2 kumpulan berasingan.

1.2 Kursus telah disampaikan oleh jurulatih daripada sekolah rintis di bawah
Jabatan Pendidikan Selangor.

1.3 Pelaksanaan pendidikan sivik bagi murid prasekolah diwajibkan di semua kelas
prasekolah dengan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2019 .

1.4 Setiap kelas prasekolah wajib menjalankan pendidikan sivik ini selam 30 minit
dalam seminggu dengan pecahan minit seperti berikut iaitu 10 minit dilaksanakan
semasa perbualan awal dan 20 minit semasa aktiviti pembelajaran.

1.5 Pelaksanaan pendidikan sivik di prasekolah bukan satu subjek tambahan tetapi
aktiviti sisipan atau bersepadu dengan tunjang sedia ada. Pelaksanaan pendidikan
sivik juga perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut
hari yang dijalankan.

1.6 Setiap guru/ kelas prasekolah telah dibekalkan dengan buku panduan sebagai
rujukan.
2
Tindakan susulan

2.1 Unit prasekolah akan mengadakan perbincangan dalaman untuk mendalami


lagi pelaksanaan pendidikan sivik prasekolah, ini termasuk menyeragamkan
penyediaan RPH, catatan nilai dan aktiviti yang bersesuaian.

2.2 2 kelas prasekolah SJKC Tanjong Sepat akan mula menlaksanakan pendidikan
sivik mulai 1 Jun 2019 sebagaimana yang diarahkan.

You might also like