Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

DASAR PENDIDIKAN KEPADA KANAK-KANAK BUKAN

WARGANEGARA DI MALAYSIA

Dasar Pendidikan Kebangsaan

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan oleh KPM


adalah dikhususkan untuk murid warganegara sahaja melalui tiga
kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi
pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta.

Dasar Negara Terhadap “Pelarian”

2. Kerajaan tidak mengiktiraf status “Pelarian” memandangkan


Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951
atau Protokol Status Pelarian 1967. Walau bagaimanapun, Kerajaan atas
dasar kemanusiaan, membenarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
yang memegang kad United Nations High Commisioner for Refugees
(UNHCR) untuk tinggal sementara di negara ini. Dasar Negara mengenai
perkara ini menggunakan asas “satu kes ke satu kes” (case to case
basis).

3. Dasar Negara ini diputuskan atas prinsip kemanusiaan dan


menggunakan pendekatan “satu kes ke satu kes” yang menetapkan
bahawa mana-mana pemegang kad UNHCR tidak berhak menuntut apa-
apa hak di sisi undang-undang seperti yang termaktub dalam Konvensyen
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Status Pelarian
1951 atau Protokol Mengenai Status Pelarian 1967 atau mana-mana triti
antarabangsa berkaitan pelarian yang mana Malaysia tidak menjadi
Negara Ahli.

1
4. Dasar Negara ini hendaklah tidak dianggap sebagai memberi
sebarang pengiktirafan secara rasmi oleh Kerajaan terhadap penubuhan
pejabat pentadbiran UNHCR di Malaysia.

5. Sehingga terdapat keputusan dasar yang lain, dasar sedia ada


mengenai “pelarian” di Malaysia diteruskan dengan—

(i) tidak dinafikan kebebasan bergerak dan tidak ditahan


melainkan terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-
undang negara;
(ii) tidak akan dihantar kembali ke negara asal selari dengan
prinsip ‘non-refoulement’ melainkan secara sukarela
(voluntary return);
(iii) tidak dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di
hospital/klinik Kerajaan dengan diberi potongan caj sebanyak
50% daripada kadar yang dikenakan ke atas golongan
ekspatriat. Vaksinasi kepada kanak-kanak adalah diberikan
secara percuma; dan
(iv) tidak disekat untuk mendapat kemudahan pelajaran
di institusi pendidikan swasta.

Convention on the Rights of the Child (CRC)

6. Malaysia telah memberikan komitmen antarabangsa dalam


pemerkasaan hak kanak-kanak dengan menandatangi Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child atau
CRC) pada tahun 2007, namun mempunyai reservasi kepada beberapa
Artikel termasuk Artikel 28(1)(a) yang mengkehendaki Negara Pihak

2
untuk memberikan pendidikan rendah secara percuma kepada semua
kanak-kanak tanpa mengira status kewarganegaraan.

Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Institusi


Pendidikan Kerajaan dan Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan

7. KPM melaksanakan proses penerimaan masuk murid bukan


warganegara ke institusi pendidikan Kerajaan dan institusi pendidikan
bantuan Kerajaan berdasarkan Peraturan 5 di bawah Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar di
Sekolah) 1998 seperti yang berikut—

(i) Anak kakitangan kedutaan asing;


(ii) Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara,
yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi Kerajaan,
badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit
kerja yang sah;
(iii) Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;
atau
(iv) Kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk
melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana
Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara Kerajaan
Malaysia dan Kerajaan kanak-kanak itu.

8. Penerimaan masuk murid bukan warganegara tersebut juga adalah


tertakluk kepada syarat seperti memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), membayar fi yang ditetapkan oleh
KPM dan mengemukakan borang permohonan.

3
9. KPM juga telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan (3) Tahun 2018: Permohonan
Kemasukan Sekolah Murid Bukan Warganegara [KPM.100-1/7/2 Jld.
4 (61)] bertarikh 15 Januari 2018 yang bertujuan memaklumkan tindakan
melaksanakan penerimaan masuk kanak-kanak bukan warganegara ke
institusi pendidikan Kerajaan dan institusi pendidikan bantuan Kerajaan
seperti yang berikut:

9.1. Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil oleh


warganegara Malaysia sebagai anak angkat perlulah mempunyai
dokumen pengenalan seperti berikut:

(i) Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran


Negara (JPN); atau
(ii) Perintah mahkamah tentang hak penjagaan kanak-
kanak; atau
(iii) Surat Akuan Penjagaan Kanak-Kanak daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat.

9.2. Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak


mengikut undang-undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah
warganegara dan ibunya bukan warganegara, maka penerimaan masuk
kanak-kanak tersebut ke institusi pendidikan perlulah mempunyai
dokumen seperti berikut:

(i) Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran


Negara (JPN); atau
(ii) Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah;
atau

4
(iii) Surat Pengesahan atau surat perakuan daripada
sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN), Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua
Kampung, Ketua Kaum atau Ketua Rumah Panjang
tempat kanak-kanak tersebut tinggal.

10. Merujuk kepada Mesyuarat Membincangkan Permohonan Kanak-


Kanak Tanpa Dokumen dan Kanak-Kanak Bukan Warganegara Tanpa
Passport Bagi Kemasukan Ke Institusi pendidikan Kerajaan/Bantuan
Kerajaan KPM yang dipengerusikan oleh TKPPM SOP pada 16 Januari
2018, wakil daripada Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
Putrajaya telah memaklumkan bahawa istilah “tiada kewarganegaraan”
(stateless) tidak wujud dalam SOP yang diamalkan oleh jabatan tersebut.

Model Institusi Pendidikan kepada Kanak-Kanak Bukan


Warganegara

11. Bagi tujuan membolehkan kanak-kanak bukan warganegara yang


tidak tergolong di bawah mana-mana kategori dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar
di Sekolah) 1998 untuk mendapatkan akses pendidikan, KPM
membenarkan kanak-kanak bukan warganegara tersebut mengikuti
pendidikan di pusat pembelajaran selain daripada institusi pendidikan
Kerajaan dan institusi pendidikan bantuan Kerajaan.

12. Bagi tujuan tersebut, KPM telah menyediakan garis panduan bagi
penubuhan dan pendaftaran pusat pembelajaran seperti yang berikut—

5
(a) Garis Panduan Penubuhan Dan Pendaftaran Pusat
Pembelajaran Komuniti (CLC) yang merupakan institusi
pendidikan yang ditubuhkan oleh pihak pengusaha ladang
bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi anak yang sah
kepada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di ladang
di Sabah dan Sarawak yang berumur antara 7 hingga 12
tahun; dan

(b) Garis Panduan Penubuhan Dan Pendaftaran Pusat


Bimbingan Alternatif (PBA) bagi menyediakan pendidikan
kepada kanak-kanak bukan warganegara yang tidak
berpeluang mendapatkan akses untuk mengikuti pendidikan
formal sama ada di institusi pendidikan Kerajaan, institusi
pendidikan bantuan Kerajaan atau institusi pendidikan swasta
di kawasan bandar dan luar bandar.

Model Pendidikan kepada Kanak-kanak Pelarian Etnik Rohingya,


Myamar

13. Jemaah Menteri pada 18 November 2016 telah memutuskan


supaya akses pendidikan kepada kanak-kanak etnik Rohingya yang
memegang kad UNHCR dilaksanakan melalui model Pusat Bimbingan
Alternatif (PBA) yang ditubuhkan berdasarkan garis panduan yang
disediakan oleh KPM.

14. Jemaah Menteri turut bersetuju supaya pemberian akses


pendidikan kepada kanak-kanak etnik Rohingya adalah hanya untuk
pelarian sedia ada dan tidak mengambil kira kepentingan pelarian etnik
Rohingya pada masa akan datang. Pendekatan ini hanyalah untuk
memberikan pendedahan pendidikan kepada kanak-kanak etnik
6
Rohingya berdasarkan kurikulum yang ditentukan di negara asal mereka
atau kurikulum negara ketiga.

Akses Pendidikan kepada Kanak-Kanak Bukan Warganegara yang


Ibu Bapanya sedang Melanjutkan Pengajian di Peringkat Pasca
Siswazah di Malaysia

15. Sehingga kini, kanak-kanak bukan warganegara yang ibu bapanya


sedang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah di institusi
pendidikan tinggi (IPT) boleh mengikuti pendidikan di sekolah ekspatriat,
sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta.

16. KPM sedang meneliti keperluan untuk meminda Peraturan-


Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar
di Sekolah) 1998 bagi membenarkan kanak-kanak daripada kategori
berkenaan untuk kemasukan ke institusi pendidikan Kerajaan dan institusi
pendidikan bantuan Kerajaan.

Akses Pendidikan kepada Kanak-Kanak Bukan Warganegara yang


Ibu Bapanya Bekerja Secara Sah di Malaysia

17. Akses pendidikan kepada kanak-kanak bukan warganegara yang


ibu bapanya bekerja secara sah di Malaysia adalah tertakluk dan selaras
dengan dasar dan perundangan yang berhubungan dengan pekerja asing
ke negara ini. Dalam hal tersebut, rujukan hendaklah dibuat berdasarkan
peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 {Akta 155], Arahan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) No. 23 dan syarat pengeluaran pas bekerja
kepada pekerja asing di negara ini.

7
18. KPM mengambil maklum akan keperluan pekerja asing untuk
mendapatkan pas bekerja daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
sebelum mereka datang untuk bekerja di negara ini.

19. KPM juga mengambil maklum bahawa di bawah dasar sedia ada,
pekerja asing yang tergolong dalam Kategori III dengan pendapatan
antara RM3,000 hingga RM4,999 sebulan tidak dibenarkan untuk
membawa tanggungan (dependents) sepanjang tempoh mereka bekerja
di negara ini.

20. Justeru, selaras dengan dasar tersebut, KPM tiada obligasi untuk
menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak tersebut (sekiranya
ada) dan beranggapan bahawa ianya tidak berbangkit.

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
22 OKTOBER 2018

You might also like