TNB 160513 Compact Sub Station Guidelines

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 12
Tenaga Nasional Berhadoowen | ‘Tek +80822305566, No 128: an Bangsar $9200 Kuala Lumpur Fox 46032285 3605 weno. Memorandum Rujukan Kami: TNB(B)KJLO/PK.1/19/13 SURAT PEKELILING PENGURUS BESAR KANAN (PENGURUSAN ASET) PERKHIDMATAN DAN AMALAN KEJURUTERAAN Bil. A06/2016 PANDUAN PERANCANGAN PENCAWANG ELEKTRIK PADAT SEBAGAL PENCAWANG PIAWAI DALAM SISTEM PEMBAHAGIAN TNB. 1.0 TUJUAN Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menerangkan garis panduan penggunaan dan perancangan Pencawang Elektrik Padat dalam sistem pembahagian TNB. 2.0 LATAR BELAKANG Arahan Naib Presiden (Pembahagian) Bil. A03/2016 ~ “Dasar Penggunaan Peneawang Elektrik Padat Dalam Sistem Pembahagian TNB” telah menetapkan dasar penggunaan Pencawang Elektrik Padat sebagai pencawang piawai di dalam sistem pembahagian TNB. Sehubungan dengan pengamalan dasar baru tersebut serta pembatalan kedua-dua Arahan Naib Presiden (Pembahagian) Bil. A30/2009 dan Bil. A02/2011; pandwan perancangan dan rekabentuk tapak pencawang yang terperinci adalah dijelaskan dalam pekeliling ini supaya praktis penggunaan Pencawang Elektrik Padat yang piawai diamalkan di TNB. 3.0 PANDUAN PENGGUNAAN Penggunaan Pencawang Elektrik Padat adalah digalakkan bagi semua jenis pembangunan berkelompok atau individu, bersesuaian dengan penetapan Pencawang Elektrik Padat sebagai pencawang piawai TNB, kecuali Pete Papen Ber Konan Pops As 406216 shea der 1 Gi Git) dy) w) wi) Pencawang untuk pemasangan pemutus litar det gkatan sekut Untuk permohonan pembangunan mega berkelompok, bagi setiap 2.5MW kehendak maksima yang dianggarkan (kriteria: 50% bebanan pembekal), pencawang berbangunan jenis pemutus litar dengan berkedudukan di pertengahan pembekal sambungannya perlu diperuntukkan sebagai tambahan kepada Pencawang Elektrik Padat yang dirancangkan. Lokasi yang memerlukan lebih daripada dua sambungan kabel 11kV. Pencawang yang dirancangkan untuk berfungsi sebagai stesen suis atau dengan cadangan kabel 11kV melebihi daripada konfigurasi 2S+1F. Lokasi memerlukan pemasangan ATS (Aufo Transfer Switch) dan pemutus litar. Pencawang terlibat dengan bekalan ke kawasan sensitif, termasuk bekalan kepada pengguna VVIP yang memerlukan sekuriti bekalan yang tinggi. Bekalan elektrik ke pengguna individu melebihi 400A. Dasar untuk posisikan perjangkaan pengguna individu pukal berdekatan dengan Pencawang Elektrik Padat terhad oleh LV ground-mounted metering kiosk yang berkadar maksima 400Amps sahaja. Dengan itu, peneawang jenis_bangunan dengan_perjangkaan pada ‘transformer tail’ perlu disediakan bagi permohonan pengguna individu melebihi 400A. Kawasan pembangunan ‘MSC’ (Multimedia Super Corridor) Skim sambungan ‘dual-feeder’ yang disyaratkan dalam piawaian prestasi MSC terlibat dengan 3 sambungan kabel pada alatsuis, melebihi konfigurasi 28+1F Pencawang Elektrik Padat. Di dalam bangunan jenis ‘attached’. Pencawang Elektrik Padat diguna sebagai alternatif kepada pencawang jenis ‘stand-alone’ sahaja. Bagi situasi pembangunan di atas, pencawang piawai jenis berbangunan perlu diraneang dan diperuntukkan oleh pemaju / pemohon. 4.0 5.0 PANDUAN PERANCANGAN PENCAWANG ELEKTRIK PADAT Kriteria perancangan untuk menentukan keperluan dan saiz alatubah Peneawang Elektrik Padat adalah seperti tertera dalam buku panduan Low Voltage Planning Guidelines - seksyen 4.3, setelah mengambilkira purata kadar pertumbuhan beban mengikut segmen pengguna/ pembangunan yang disambung. Jadual 1 meringkaskan kriteria perancangan bagi menentukan bilangan dan saiz Pencawang Elektrik Padat tersebut mengikut jenis pembangunannya. Kapasiti maksima % Beban Jenis Pembangunan | Pencawang Elektrik Padat | maksima semasa (1/4kV) dibenarkan | perancangan Perumahan. SO0kVA 85% Komersil 1000kVA_ 60% Perindustrian TOOOKVA 60% Pembangunan Bercampur | 1000kVA 60% Jadual I: Panduan perancangan saiz Pencawang Elekirik Padat Lokasi Pencawang Elektrik Padat perlulah berada di tengah beban pengguna (load centre) dan tidak boleh ditempatkan bersebelahan / berdekatan antara satu sama lain, supaya rangkaian pengagihan beban yang cekap dan teratur dapat diujudkan. JENIS DAN REKABENTUK PENCAWANG ELEKTRIK PADAT Pencawang elektrik padat yang bakal untuk digunakan akan terdiri daripada j motorized-RMU lengkap dengan fasiliti kawalan jauh bersesuaian dengan inisiatif TENAGA SAFE - Remote Switching Operation. No | ~~ Item No Katalog 1 | Compact substation SCADA-ready 170.433 kV 500 kVA 11145809 2 | Compact substation SCADA-ready 11/0.433 KV 1000 kVA 11145808 Saiz tapak pencawang berukuran 7m x 4m merupakan saiz yang optima selepas ‘mengambil-kira ruang keselamatan kendalian dan senggaraan yang diperlukan.

You might also like