Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mengikut Kamus Dewan,(edisi ketiga, mukasurat 1143), Risiko didefinisikan sebagai kemungkinan

atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Pengurusan risiko pula
didefinisikan sebagai pengurusan menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu program dan
kemungkinan menerima kegagalan dalam program berkenaan (Simmons, 1998). Pengurusan risiko
ialah proses menggunakan analisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif bagi
sesuatu projek dengan menerima sebahagian daripada risiko (Powell dan Klien,1996). Ia melibatkan
analisis, mengenalpasti dan penilaian projek atau program dan pembangunan strategi untuk melihat
keberkesanan kos serta pelan tindakan bagi bagi menghindarkan dan kesediaaan menerima risiko.

Charette (1996) menggariskan langkah pengurusan risiko kepada dua langkah iaitu pertama Fasa
Analisis Risiko di mana dalam fasa ini terdapat tiga aktiviti iaitu mengenalpasti risiko, penganggaran
risiko dan penilaian risiko. Beberapa teknik digunakan untuk menilai risiko dan membuat beberapa
alternatif pilihan. Kedua, Fasa Implementasi yang mengandungi aktiviti yang dilaksanakan ialah
perancangan, agihan sumber, pengawalan dan penyeliaan. Fasa ini mengkaji dan merancang
beberapa pilihan atau alternatif bagi mangatasi risiko dan juga kadar kesanggupan menerima risiko.
Fasa ini menentukan siapa dan pihak yang terlibat dalam menangani risiko dan juga mengariskan
polisi dan strategi yang dipersetujui.

Mekanisma pengurusan risiko dalam menjayakan program keusahawanan Hari Kokurikulum adalah
dengan mewujudkan ahli jawatankuasa kerja (AJK). Jawatankuasa ini bertindak dalam menyelia
operasi pengurusan risiko, mengenalpasti ketepatan perancangan dan keberkesanan langkah-
langkah pencegahan risiko atau penambahbaikan yang diambil. AJK organisasi kelab menetapkan
lokasi dan sasaran program. AJK tertinggi membahagikan ahli kepada unit-unit yang penting iaitu
unit tempat, logistik dan publisiti. Dalam memastikan permasalahan yang timbul dan pelancaran
program, ahli setiap unit mengadakan mesyuarat berkala. Kami mengenalpasti risiko yang boleh
memberi kesan terhadap matlamat program. Sebagai contoh mengenai isu kewangan, untuk
mengelakkan dari kerugian dan pembaziran, kami mengambil inisiatif mengurangkan kos jualan
bahan. Ahli membawa barang jualan sendiri dan dijual pada hari program. Analisis risiko memberi
fokus pada kepada penilaian ke atas kebarangkalian sesuatu peristiwa yang berlaku. Pihak kami
menjangkakan target kawasan yang diadakan akan membawa kepada ramai yang datang tetapi
sebaliknya yang berlaku. Ini kerana lokasi kawasan program yang kurang strategik dan
pertembungan program lain di sekitar yang sama. Tetapi pengurusan risiko yang baik ini masih
mampu untuk memastikan pengurusan program berjalan dengan lancar dan berkesan.

You might also like