Minit Mesyuarat Pertama 25-10-2018 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PERDA

Tarikh : 09 Mac 2018


Masa : 4.30pm-6.30pm
Tempat : Restoran Route Sixty-Nine,Bandar Baru Perda.

Kehadiran;

1. En Roslan Bin Abu Hasan ( Guru Besar SKBBP )


2. En J Sam Bin Hamidon( YDP PIBG)
3. En Wan Mohd Ramzan Bin Wan Sulaiman( NYDP PIBG )
4. Pn Haslina Bt Harun (PK Kurikulum)
5. En Saifulnizam Bin Zailand (PK Hem)
6. En Yusrizal Bin Yusuf ( PK Kokurikulum )
7. Pn Che Puteh ( Penolong Kanan Pentadbiran Petang )
8. En Mohd Firdaus Bin Hussain ( Setiausaha )
9. Cik Nor Ain bt Hussein (Bendahari)
10. En Mahmud Naim Bin Mat Zain (AJK GURU )
11. En Suhaimi Bin Saad (AJK IBU BAPA)
12. En Anizan Bin Idris (AJK IBU BAPA)
13. En Iqbal Syazwan Bin Azizan (AJK IBU BAPA)
14. Pn Nor Hafida Bt Hashim (AJK IBU BAPA)
15. Pn Noramizan Binti Abdul Rashid (AJK IBUBAPA)
16. En Sayuthi bin Mat Salleh ( AJK GURU)
17. Pn Normasenda ( AJK GURU )
18. En Ahmad Zaim Bin Wahab ( AJK GURU )
19. Pn Nazariah ( AJK GURU )

1.0 Perutusan Yang Dipertua PIBG.

1.1 Ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua PIBG. Beliau juga mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua Ajk pada hari ini.

2.0 Perutusan Penasihat PIBG

2.1 En Roslan mengalu-alukan kehadiran para ajk pada mesyuarat Ajk kali Pertama
2018/2019 dan mengucapkan tahniah kepada Ajk yang baru dilantik pada sesi 2018/2019

2.2 Beliau memaklumkan bahawa hasil lawatan pihak Pejabat Pendidikan Daerah
Tengah menyatakan bahawa Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda mempunyai
potensi untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelbagai bidang jika permaufakatan
antara warga sekolah dengan ibu bapa serta komuniti terus terjalin erat. Justeru
pelbagai aktiviti perlu dirancang untuk menuju ke arah yang diharapkan ini.

2.3 Beliau memaklumkan ibu bapa dan komuniti haruslah bersama-sama pihak
sekolah untuk melalukan penambahbaikan sebagai contoh menjadi mata dan telinga
untuk merancangan dan membasmi perkara yang tidak meyumbang ke arah
pembangunan sekolah.

2.4 Tn Guru Besar juga memaklumkan sektor pembangunan PPDT telah


melaksanakan laluan berbumbung antara pintu masuk utama ke kantin,di mana para
waris boleh masuk dengan kenderaan ke dalam kawasan sekolah ketika hari hujan
sahaja.
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Minit Mesyuarat kali ke-2 telah disahkan oleh En Anizan dan disokong oleh
En Cik Nor Ain.

4.0 Perkara Berbangkit

Tiada

5.0 Laporan Kewangan

5.1 Laporan Kewangan PIBG dibentangkan oleh Cik Nor Ain Bt Hussein selaku
Bendahari Kehormat PIBG dan disahkan oleh En Ahmad Borhan disokong oleh En
Anizan
5.2 Laporan terkini yang berakhir 08 Mac 2018

6.0 Laporan Penolong Kanan Kurikulum

6.1 Pn Haslina memaklumkan bahawa pihak JPN dan PPDT telah meminta setiap
sekolah di Pulau Pinang melaksanakan Program “Hip”iaitu program dalam
memperkasakan bahasa Inggeris dikalangan warga sekolah.
6.2 Pn Haslina memaklumkan jumlah terkini guru di Skbbp pada tahun 2018.

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Guru Besar memaklumkan pada tahun 2019 nanti Pendidikan Khas akan diwujudkan
di Skbbp dan pertambahan satu lagi kelas Pra pada sesi petang. Justeru bilangan guru
pada sesi 2019 akan bertambah di SKBBP.
7.2 Guru Besar juga memaklumkan kelas tambahan anjuran PDCA telah dilaksanakan
pada Januari lalu yang dinajuran oleh PERDA. Kelas tambahan ini pada jam
2.00-3.15petang Isnin hingga Khamis.
7.3 Guru Besar juga memaklumkan pihak Masjid Bandar Baru Perda akan menganjuran
kelas Tuisyen Percuma yang melibatkan seramai 30 orang murid di Masjid setiap
malam Isnin-Khamis 8-10malam. Hal ini dapat menggalakkan murid dan ibu bapa
untuk turut solat berjemaah di masjid pada ketika itu.
7.4 Mesyuarat ditangguh pada jam 6.40petang

Disediakan oleh:

……………………
(MOHD FIRDAUS BIN HUSSAIN)
Setiausaha,PIBG SKBBP 2018

Disahkan oleh :

..................
(EN ROSLAN BIN ABU HASAN)
Guru Besar,SKBBP

You might also like