Isu Pendermaan Darah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TAIPING: Tabung Darah Hospital Taiping mengumpul 167 paket darah menerusi

kempen bergerak sejak Sabtu lalu.

Pegawai Penerangan Unit Transfusi Hospital Taiping, Dzulkarnain Daman Huri


berkata sebanyak 54 paket darah diperoleh pada kempen di Parit Buntar manakala
bakinya dikumpul semasa kempen di bandar ini.
"Jumlah bekalan darah itu dijangka bertambah pada akhir kempan pada petang ini,"
katanya.

Beliau berkata kebanyakan bekalan darah diperoleh daripada penderma tegar bagi
mengatasi kekurangan bekalan di hospital berkenaan yang agak ketara.

Menurutnya individu yang banyak menderma darah akan menikmati pelbagai


ganjaran antaranya diberikan rawatan percuma di sebarang wad di hospital berkenaan.

Tambahnya individu yang ingin menderma darah boleh datang ke Tabung Darah
Hospital Taiping pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.

-- BERNAMA
“SEPATUTNYA lebih 800 kali saya derma darah dan cipta rekod dunia. Tapi 16 tahun saya tangguh
sebab jalani pembedahan dan mengambil ubat antibiotik,” kata pengarah dan pengkritik filem,
Mansor Puteh, 64, yang menerima sijil pengiktirafan atas sumbangannya menderma darah
sebanyak 500 kali, Selasa lalu.
Beliau berkata, difahamkan rekod penderma darah paling banyak di Malaysia adalah 600 kali, tapi
nama individu terbabit tidak pernah didedahkan Pusat Darah Negara (PDN).
Menurutnya, beliau mula aktif menderma darah ketika belajar di tingkatan enam dekat Malaysian
Tutorial College, Petaling Jaya.
“Waktu itu saya sering menumpang motosikal rakan sekelas, Alex ke Sungei Wang untuk naik bas
pulang ke rumah di Kampung Tunku.
“Satu hari dia yang pernah menderma darah ajak saya derma darah di Hospital Universiti (Pusat
Perubatan Universiti Malaya) dan selepas itu saya terus aktif melakukannya,” katanya dihubungi di
Kuala Lumpur, hari ini.
Mansor berkata, sebelum melanjutkan pengajian sarjana dalam pengarahan filem ke Universiti
Colombia, Amerika Syarikat (AS) pada September 1978, beliau menderma darah enam kali di
Hospital Assunta, Petaling Jaya dan di Hospital Melaka.
“Di AS, saya tidak berpeluang untuk menderma darah kerana kesibukan sebelum menjalani tiga
pembedahan di kaki akibat tumor.
“Apabila balik ke Malaysia pada Februari 1982, saya tidak boleh menderma darah kerana
mengambil ubat antibiotik sebelum aktif semula pada 1994 hingga kini.
“Selain menderma darah merah, saya kini beralih derma plasma atau platelet,” katanya.
Dalam pada itu, beliau sedikit kecewa dengan tahap kesedaran masyarakat di negara ini yang
masih rendah untuk menderma darah.
“Jika dikira, saya rasa sepanjang hidup, 90 hari dihabiskan untuk pergi dan balik menderma darah
jika. Ini kerana sejam setengah diperlukan untuk menderma plasma atau platelet darah berbanding
darah biasa hanya 10 minit.
“Sekali kita menderma darah, mampu menyelamatkan tiga nyawa. Adakah penerima darah
berterima kasih kepada penderma?,” katanya yang kini menderma darah dua minggu sekali.
Mansor turut berkongsi gambar terbaru beliau menderma darah di PDN pada 2 Julai lalu di
Facebooknya dengan menulis status ‘Derma darah buat kali ke-500 semalam’ yang mendapat
pujian netizen.
Misalnya, Samsudin Ahmad mengucapkan tahniah kepada beliau dengan menyatakan: “Banyak
nyawa manusia telah tuan selamatkan. Alhamdulillah. Moga tuan terus kekal sihat walafiat. Insya-
Allah,” katanya.
Sufian Kamaruddin pula berharap usaha Mansor dicontohi masyarakat.
“Semoga amalan tuan yang istiqamah ini beroleh rahmat Illahi dunia dan di akhir Insya-Allah. Dan
supaya ini dapatlah jadi dorongan buat yang lain-lain untuk ikuti contoh amat mulia ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Mansor berkata, beliau tidak berniat menunjukkan kehebatan, sebaliknya untuk
memotivasikan masyarakat untuk melakukan perkara sama.
“Kita perlu ingat benda ini bagus dan tidak rugi kita derma darah. Kita akan dapat darah baru dan
kesihatan yang baik,” katanya.
Beliau kini sudah menyiapkan skrip filem berjudul Malaysian Snow yang bakal mencipta rekod dunia
kerana menjalani penggambaran di 57 negara dan berharap mendapat sokongan dana untuk
menerbitkannya.
Boleh menyelamatkan nyawa seseorang

2. Boleh membantu seseorang dengan penyakit


yang berkaitan dengan darah
1. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu


nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma
sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima.

2. Lebih mengetahui darah anda

Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal
sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya
terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit
besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal
tahap kolesterol.

4. Penyakit kronik

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan


hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah
memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit
kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada
sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan

Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja.
Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital
akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

6. Mudah dan selamat

Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional.
Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang
digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
7. Meneruskan kehidupan normal

Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh
badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan
seperti biasa.

8. Mengurangkan risiko strok otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat


mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

9. Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu
pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650
kalori dalam badan penderma.

10. Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih
selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga
emas kini semakin kerap menderma darah.

11. Kepuasan

Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan
gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.

12. Menjadi lebih produktif dan berkesan

Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel
darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun
kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu,
menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi
faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
Langkah Pengendalian dan Penyimpanan Darah Yang
Didermakan
Jumaat, Januari 24, 2014 PBS, Sains Ting 3 72 comments

Bagaimanakah prosedur simpanan darah yang didermakan? Terdapat 6 langkah bagi


mengendalikan darah yang diderma sehingga siap digunakan oleh penerima.

Langkah 1
Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan diperiksa sama
ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan
disemak bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah adalah
sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.

Langkah 2
Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400
cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg
darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah.
Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.

Langkah 3
Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan darah ABO.
Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah penderma dengan darah
pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika tidak memastikan kumpulan yang
betul, proses pemindahan darah akan bertambah sulit.

Langkah 4
Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B dan C, AIDS
dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus
imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan
dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.
Langkah 5
Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan
disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5 - 10 hari ataupun lebih lama setelah
ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh disimpan
seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari
Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari
Plasma - dibekukan selama 1 tahun

Langkah 6
Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi sebelum itu,
bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi sekali.
Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan pada kadar dan suhu yang betul
juga adalah melalui vena pada lengan.

Ujian Makmal Ke Atas Darah Yang Didermakan


Pengenalan
Langkah pertama untuk mengurangkan risiko pesakit daripada dijangkiti penyakit berjangkit menerusi
transfusi darah adalah memilih penderma darah yang menderma secara sukarela, tidak berbayar
(voluntary and non-numerated) serta memilih penderma yang tidak mengamalkan atau tidak terdedah
kepada cara hidup yang berisiko tinggi berbanding dengan memilih penderma darah dari ahli keluarga
pesakit atau penderma darah gantian.

Akan tetapi, dengan mengamalkan pemilihan penderma darah yang ketat serta berhati-hati ini, masih
terdapat segelintir penderma darah yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV dan lain-lain penyakit
yang boleh berjangkit melalui transfusi darah. Maka, ujian makmal yang ketat dan sistematik perlu
dijalankan ke atas darah yang didermakan bagi memastikan bekalan darah adalah sentiasa selamat
untuk digunakan oleh pesakit.

Apa Ujian Yang Dijalankan

Gambar 1 : Mesin penganalisa kumpulan darah


Ujian-ujian makmal yang perlu dijalankan ke atas darah yang didermakan oleh penderma darah adalah
seperti berikut:
1. Ujian Kumpulan Darah (ABO dan Rh).

2. Ujian Saringan Serologi (Serology Screening) terhadap penyakit berjangkit seperti HIV (Human
Immunodeficiency Virus), Hepatitis B virus (HBV), Hepatitis C virus (HCV) dan Syphilis
Gambar 3 Ujian pengesahan (confirmation) akan dijalankan jika sekiranya keputusan ujian serologi
peringkat saringan reaktif )
3. Ujian Saringan NAT (Nucleic Acid Testing) terhadap HIV, Hepatitis B virus dan Hepatitis C virus ( bagi
makmal yang mempunyai kemudahan ujian ini).
Gambar 4 : Ujian saringan nucleic acid testing (NAT) ke atas darah yang didermakan
4. Ujian saringan terhadap penyakit berjangkit yang lain sekiranya didapati perlu.
Bagaimana Pensampelan Dibuat
Untuk melakukan ujian kumpulan darah (ABO dan Rh), sebanyak 6 ml darah perlu dikutip dalam tiub
ujian darah K2EDTA. Manakala untuk melakukan ujian saringan dan pengesahan terhadap penyakit
berjangkit, dua sampel tiub 8 ml darah setiap sampel perlu dikutip dalam bekas K2EDTA yang bergel.

Setiap sampel darah yang diambil akan dilabel dengan nombor pengenalan yang unik/khas bagi setiap
sampel yang berbeza dan selalunya mengikut nombor barkod pendermaaan darah tersebut.
Pensampelan darah akan dilakukan oleh jururawat/doktor/phlebotomist di lokasi pendermaan. Sampel
darah akan dikutip ke dalam tiub ujian darah melalui beg darah yang diambil melalui salur darah vena di
lengan penderma darah.

Gambar 5 : Kumpulan darah dengan Gambar 6 : Kumpulan darah dengan kaedah plat
kaedah gel microtiter

Gambar 7 : Kumpulan darah dengan kaedah tiub


Di Mana Ujian Dijalankan
Sampel darah yang dikutip di lokasi pendermaan darah (samada di pusat darah atau ketika sidang
perdermaan darah bergerak/mobile) akan dihantar balik ke pusat darah,untuk ujian darah selanjutnya.

Kenapa Ujian Makmal Dijalankan

1. Ujian Kumpulan Darah (ABO dan Rh).

Ujian ini dijalankan bagi menentukan kesesuaian jenis darah supaya pesakit yang menerima darah
tidak bertindak balas terhadap darah yang di pindahkan (transfusion adverse effect).
2. Ujian Saringan Serologi.
Ujian ini dijalankan untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap jangkitan HIV, HBV, HCV atau
Syphilis yang boleh menyebabkan penerima darah mendapat jangkitan kuman atau virus tersebut.

3. Ujian Saringan NAT (Nucleic Acid Testing).


Ujian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran virus itu sendiri dengan mengesan bahan genetik
(genetic material) samada DNA atau RNA. Ujian ini lebih sensitif berbanding ujian serologi dan dapat
mengesan lebih awal dari ujian saringan serologi. Ini adalah kerana antibodi mengambil masa yang
lebih lama untuk dikesan berbanding dengan ujian NAT terutama dalam masa “window period”. Walau
bagaimanapun ada ketika dimana dimana kehadiran virus terlalu rendah (low viral load) ujian NAT
tidak dapat dikesan tetapi dapat dikesan secara ujian serologi.
Ujian Kumpulan Darah
Ujian kumpulan darah (ABO dan Rh) perlu dijalankan terhadap setiap penderma darah kerana kita perlu
mengetahui kumpulan darah (ABO dan Rh) bagi setiap beg darah yang telah didermakan supaya hanya
beg darah yang sesuai sahaja akan dibekalkan kepada pesakit yang memerlukannya. Contoh jadual di
bawah menunjukkan:-

1. Penderma darah yang jenis darah O boleh memberikan darah kepada semua pesakit jenis darah O, A,
B dan AB.

2. Penderma darah yang jenis darah A hanya boleh memberikan darah kepada pesakit jenis darah A dan
AB.

3. Penderma darah yang jenis darah B hanya boleh memberikan darah kepada pesakit jenis darah B dan
AB.

4. Penderma darah yang jenis darah AB hanya boleh memberikan darah kepada pesakit jenis darah AB
sahaja.

Pesakit yang darah jenis Rh Negatif hanya boleh terima darah jenis Rh Negatif sahaja dari penderma
darah. Manakala pesakit yang darah jenis Rh Positif boleh terima darah jenis Rh Positif dan Rh Negatif
dari penderma darah.

Ujian Saringan Serologi


Ujian saringan serologi (serology screening) dijalankan bagi mengesan penyakit berjangkit seperti
berikut:
1. HIV (Human Immunodeficiency Virus)

2. Hepatitis B virus ( HBV )

3. Hepatitis C virus ( HCV )

4. Syphilis

Ujian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran antibodi yang dikeluarkan oleh seseorang yang dijangkiti
oleh penyakit-penyakit seperti yang dinyatakan seperti diatas. Dimaklumkan juga penghasilan antibodi
mengambil masa dan berbeza diantara individu yang dijangkiti. Sebagai contoh bagi kejangkitan HIV
antibodi yang dihasilkan adalah antara 11 – 22 hari dari tarikh jangkitan. Masa ini dikatakan waktu
“window period” bagi kejangkitan HIV. Bagi kejangkitan HBV, tempoh masa pengesanan oleh ujian
saringan serologi adalah antara 34 – 59 hari manakala bagi kejangkitan HCV adalah antara 23 – 82 hari.
Ujian pengesahan atau “confirmation” bagi kes-kes yang reaktif diperingkat ujian saringan serologi perlu
dijalankan kerana ujian serologi kadangkala memberi reaksi/tindakan palsu atau “false reactive”. Ini
disebabkan ujian saringan adalah terlalu sentitif dan bagi menentukan semua penderma yang dijangkiti
tidak terlepas dari dikesan pada peringkat ujian saringan serologi.
Ujian Saringan NAT
Ujian Saringan NAT (Nucleic Acid Testing) dijalankan bagi mengesan kehadiran virus itu sendiri
(pengesan bahan genetik samada RNA atau DNA). Antara virus yang dikesan ialah jangkitan HIV ( RNA
), HBV ( DNA ) dan HCV ( RNA ).
Dengan adanya ujian NAT ini darah akan lebih selamat kerana ia dapat mengesan lebih awal atau dapat
mengesan dalam masa “window period” yang mana tidak dapat dikesan oleh ujian saringan serologi.

Tempoh masa bagi mengesan kehadiran virus secara ujian NAT adalah seperti berikut;

1. Kejangkitan HIV dapat dikesan dalam tempoh 5 hari dari masa kejangkitan ( pengurangan lebih
dari 50% dari masa pengesanan secara ujian serologi ).

2. Kejangkitan HBV, ujian NAT dapat mengesan dalam masa 15 hari (pengurangan lebih dari 40% dari
masa kejangkitan yang dikesan secara ujian serologi )

3. Kejangkitan HCV adalah dalam tempoh 3 -5 hari ( pengurangan lebih dari 70% dari masa yang dapat
dikesan melalui ujian serologi ).

(Walau bagaimanapun adakala ujian tidak dapat mengesan kerana kehadiran virus yang terlalu rendah
atau kehadiran virus yang tidak menentu ( fluctuate ) terutama bagi pesakit yang menghidapi jangkitan
peringkat kronik. Oleh yang demikian ujian saringan darah perlu dijalankan secara serentak iaitu ujian
saringan secara serologi dan NAT bagi menentukan darah yang dibekalkan adalah selamat.

Gambar 8 : Ujian keserasian darah terhadap pesakit dan penderma darah


Siapa Yang Menjalankan Ujian
Pegawai yang berkelayakan dan terlatih iaitu Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Pegawai
Sains yang kompeten sahaja akan menjalankan ujian kumpulan darah (ABO dan Rh) dan ujian saringan
penyakit berjangkit ke atas darah yang didermakan oleh penderma darah.

Bagaimana Untuk Mengetahui Keputusan Ujian


Sekiranya keputusan ujian makmal adalah normal (ujian saringan penyakit berjangkit ialah non-reaktif),
maka kuputusan ujian akan dimaklumkan oleh pegawai perubatan kepada penderma darah semasa
temujanji/ sesi pendermaan darah berikutnya.

Sekiranya keputusan ujian makmal tidak menggalakkan (ujian saringan ialah reaktif dan ujian
pengesahan ialah positif terhadap penyakit berjangkit), maka penderma darah akan dihubungi oleh
panggilan telefon supaya membuat temujanji segera dengan pegawai perubatan.

Implikasi Jika Keputusan Ujian Tidak Menggalakkan


Penderma darah tidak dibenarkan menderma darah untuk sementara waktu atau selama-lamanya
(bergantung kepada keadaan atau hasil ujian pengesahan “confirmatory“) dan akan diberi kaunseling dan
rawatan bersesuaian oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.

You might also like