Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, data sekunder digunakan untuk mendapatkan


semua maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Antara data sekunder yang
telah saya guna dalam kajian ini untuk mendapat maklumat Syarikat Kentucky Fried
Chicken (KFC) ialah kaedah sekunder dan kaedah primer.

Kaedah Primer
Dalam kaedah primer, pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik untuk
menjalankan kajian tersebut. Kaedah soal selidik ini mengumpul pandangan
responden terhadap Syarikat KFC dari pelbagai aspek. Contohnya, perkhidmatan,
produk dan lain-lain lagi. Kaedah ini dikatakan sangat tepat kerana maklumat
dikumpul daripada responden secara langsung. Untuk menjalankan kaedah ini,
pengkaji akan menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan Syarikat KFC ini
dan mengedarkan kepada beberapa orang responden untuk diisi. Melalui kaedah ini,
pengkaji dapat mengumpul pandangan yang berbeza dari pelbagai responden dalam
Sungai Siput.

Kaedah Sekunder
Antara kaedah sekunder dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kajian bahan
bercetak dan kajian bahan elektronik. Kaedah bahan bercetak ini amat mudah didapati
dan maklumatnya amat tepat dan benar kerana maklumat tersebut didapat secara
rasmi daripada pihak berkenaan. Antara bahan bercetak yang pengkaji guna untuk
mendapat maklumat yang berkaitan dengan campuran pemasaran Syarikat KFC ialah
melalui surat khabar, buku-buku rujukan, majalah dan lain-lain lagi. Pengkaji
mendapat banyak maklumat yang berkaitan dengan Syarikat KFC melalui bahan
bercetak tersebut.

Melalui bahan-bahan bercetak tersebut, pengkaji dapat mengetahui tentang


produk-produk baharu yang telah dikeluarkan oleh Syarikat KFC. Harga juga terpapar
di tepi produk baharu pada bahan bercetak sebagai rujukan kepada pengguna. Selain
itu, pengkaji juga dapat mengetahui promosi hebat yang dilakukan oleh Syarikat KFC
melalui bahan bercetak supaya dapat menikmati promosi dalam tempoh yang
ditentukan. Contohnya, semasa hari perayaan, Syarikat KFC akan memberi diskaun
kepada pengguna untuk menyambut hari perayaannya. Pengkaji juga dapat menerima
berita terbaru mengenai syarikat tersebut melalui bahan bercetak. Sebagai contoh,
apa-apa berita terkini mengenai Syarikat KFC akan terpapar pada surat khabar.

Kajian bahan elektronik pula, pengkaji dapat mencari maklumat yang berkaitan
dengan Syarikat KFC dengan cepat dan mudah dengan menggunakan internet ataupun
telefon pintar. Pengkaji hanya perlu menggunakan jari saya untuk mendapat
maklumat yang dikehendaki. Contohnya, pengkaji boleh mengetahui
promosi-promosi yang ada melalui laman web rasmi Syarikat KFC. Oleh sebab
maklumat yang didapat adalah daripada laman web rasmi Syarikat KFC, maka
maklumat adalah boleh dipercayai serta tepat dan benar.

Melalui bahan kajian eleltronik pula, pengkaji boleh mengetahui tindak balas
yang baik ataupun buruk daripada pelanggan melalui “Facebook” dan lain-lain laman
web. Sebagai contoh, berita yang mengenai Syarikat KFC bahawa pekerja KFC
melayan pelanggan dengan sikap yang buruk telah disebar secara menyeluruh dalam
laman web. Dengan ini, pengkaji dapat mengetahui apa yang telah berlaku melalui
internet. Selain itu, pengkaji juga dapat mencari maklumat yang berkaitan dengan
Syarikat KFC seperti produk-produk yang telah dihasil, kualiti yang dijamin oleh
pihak berkenaan, promosi dan sebagainya. Tuntasnya, bahan ini amat memudahkan
dan telah banyak membantu saya semasa mencari maklumat dan data.

You might also like