Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK(T) LADANG MARY 45600 BESTARI JAYA

=====================================================================================

MINIT MESYUARAT MENU SUSU DALAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 1 /2019

Tarikh : 21.05.2019

Hari : Selasa

Masa : 1.40 hingga 2.30 ptg

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran : 1. Pn.P.Paramaswary (Guru Besar)


2 . Pn.S.Mohana ( GPK 1 )
3. Pn.S.Thirumangai ( GPK HEM )
4. Cik.R.Bhavani
5.Pn.M.Kalpanna
6. Pn.R.Mohanasakthi
7. Pn.K.Shankeetha
8. En.M.Ravindran ( Pembekal RMT)

Tidak hadir bersebab : -

1.0 Kata Aluan :

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan meminta memberikan kerjasama dalam
segalan aktiviti yang akan dijalankan.
1.2. Guru besar mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama serta sokongan yang telah diberikan
selama ini.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

2.1 Guru Penolong Kanan HEM telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Dicadang Oleh : Pn.R.Mohanasakti


Disokong Oleh : Pn. K.shankeetha
3.0 Perkara – perkara berbangkit :

-Tiada-

4.0 Perkara-perkara Baharu :

4.1 Menu susu dalam RMT

4.1.2 Program pemberian Susu dalam Rancangan makanan Tambahan akan diadakan bermula pada 10
Jun 2019 hingga 31 Oktober 2019.

4.1.3 Semua murid yang layak RMT akan menerima susu ini.

4.1.4. Susu yang diberikan adalah berjenama UHT dan berperisa coklat.

4.1.5 Peruntukan RM1.50 sekotak bagi Semenanjung Malaysia (maksimum 40 kotak setahun).

4.1.6 Waktu pemberian susu disesuaikan mengikut menu, masa dan penerimaan murid serta perlu
direkodkan dalam buku laporan harian semasa. Waktu yang dicadangkan dalam mesyuarat adalah
hari selasa dan khamis setiap minggu . ( Masa 7.00am – 7.30 am )

4.1.7 Pesanan adalah secara mingguan menggunakan borang pesanan yang dibekalkan.

4.1.8 Tuntutan bersekali dengan tuntutan RMT tetapi dibayar berasingan.

4.1.9 Pesanan sekolah perlu dilampirkan bersama dalam tuntutan bulanan dan perlu disemak silang
dengan buku laporan harian Program RMT.

4.1.10. Pembekal RMT perlu memastikan bilangan kotak susu yang dibekalkan mencukupi sebagaimana
pesanan sekolah dan mengikut spesifikasi dan jenis yang ditetapkan

4.1.11 Perjanjian Tamahan RMT telah dibuat dan ditandatangani oleh pembekal RMT pada 23.05.2019.

4.1.12 Surat Tawaran dan Surat Setuju Tawaran telah diedarkan kepada pembekal RMT.

4.1.13 Surat setuju terima bantuan Susu telah diedarkan kepada ibubapa .

Tindakan : Semua Guru


Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh ,

___________________________ ________________________

You might also like