Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan :

Adakah pembangunan di Malaysia berbentuk pembaratan atau modenisasi? Nyatakan


sebab-sebab.

Jawapan:

Modenisasi merujuk kepada proses transformasi dan perubahan berencana


dengan menekankan dua aspek penting dalam sesebuah negara, iaitu pembangunan
politik dan pembangunan ekonomi. Manakala, pembaratan merujuk kepada suatu
proses peniruanan gaya hidup Eropah Barat, sama ada dalam peniruan pola sosial,
produk atau teknologi.

Berdasarkan dasar-dasar dan isu-isu pembangunan yang telah dilaksanakan


dalam Malaysia pada hari ini, adalah amat ketara bahawa pembangunan di negara kita
adalah berbentuk modenisasi. Negara kita Malaysia, mengalami perubahan daripada
peringkat yang kurang maju kepada peringkat yang lebih maju, seperti yang dapat kita
lihat dalam kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita pada hari ini,
sama ada dalam aspek politik atau aspek ekonomi. Pada awal peringkat, negara kita
memberi penekanan dalam sektor pertanian. Lantaran itu, sektor pertanian memberi
kesan dan membawa pengaruh kepada kehidupan masyarakat secara tidak langsung
pada masa tersebut. Negara kita mengalami beberapa proses perubahan, dan kini
negara kita telah menukarkan penekanan daripada sektor pertanian kepada sektor
perindustrian. Melalui perlaksanaan dalam sektor perindustrian, kini negara kita telah
berkembang dan membangun dengan maju. Revolusi perubahan ini telah
menunjukkan bahawa negara kita mengalami proses transformasi, yang membawa
kepada perubahan kehidupan masyarakat. Oleh sebab itu, adalah amat ketara bahawa
pembangunan negara kita berbentuk modenisasi. Pelbagai dasar telah diperkenalkan
seperti Dasar Pembandaran Negara, Dasar Sosial Negara, Dasar Biodiversiti Negara
dan lain-lain lagi untuk kemajuan dan pembagunan negara. Di samping itu, pelbagai
usaha-usaha turut dilaksanakan bagi pemodenan negara, antaranya adalah Projek
Nasional Malaysia iaitu projek utama yang telah dilaksanakan demi menjayakan
pembangunan di Malaysia.

Sebagai kesimpulan, Malaysia menjalankan pembangunan berbentuk


modenisasi di mana kini politik dan ekonomi negara kita maju dan stabil, serta
masyarakat hidup bersepadu dan harmoni.
ANT 2001

MASYARAKAT DAN
PERUBAHAN

TUGASAN 2

NAMA PENSYARAH: DR. ZAHID EMBY


KUMPULAN : 1
TARIKH : 24 FEBRUARI 2010

LIM CHIA HUI 156020


NURAKMALIAH BINTI RAHAMAT @ RAHMAT 156018
NURUL KAMALIAH BINTI MUSTAFA KAMAL 156019
NOREHAN BINTI HASIM 155981
NADIAH SYUHADA BINTI ROSLAN 155978
NORWAHIDAH BINTI ALIAS 155980

You might also like