Perkahwinan Masyarakat Cina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-
warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka
akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di
atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan
memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya
di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-
masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat
ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.
Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh
masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan,
atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah
mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,
pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching
Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di
gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.
Adat Perkahwinan Masyarakat Cina

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu
eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan
implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk
memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina
merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina
terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang
kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan
rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar
menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua
pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika
dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan
menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari
perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping
kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati
daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan.
Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat
yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan
kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika
menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua
pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua
keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor
tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal
pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau
pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran
Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan
wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada
pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran
mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-
warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa
itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan
diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas
pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga
kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam
masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia
merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini
melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami
di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan
pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau
bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh
masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.
Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan
pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra
dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan
pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di
hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya
menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja,
terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

You might also like