Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

Bahagian A

1. a) Bagaimana James Brooke mengambil pentadbiran Sarawak dari Pengeran Muda


Hashim?

 Pemerintahan Pangeran Mahkota yang kejam seperti menguasai pengeluaran dan


perdangangan antimoni dan emas telah mencetuskan pemberontakan di Sarawak.
 Pada 1837, Pangeran Muda Hashim dihantar oleh Sultan Brunei bagi memulihkan
keadaan di Sarawak tetapi gagal dan beliau meminta bantuan daripada Brooke.
 Pangiran Muda Hashim telah meminta bantuan Brooke untuk menghapuskan
pemberontakan di Sarawak dengan menawarkan daerah Seniawan dan Kuching
serta melantik Brooke sebagai Gabenor Sarawak.
 Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan seperti yang dijanjikan dan dilantik
sebagai Gabenor Sarawak yang menjadi penguasa penuh.
 Perlantikannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian yang
ditandatangani pada 1842. Melalui perjanjian tersebut, James Brooke diiktiraf
sebagai Raja Sarawak.

b) Perubahan yang dilakukan oleh James Brooke dari 1841-1941?

 James Brooke telah membuat beberapa perubahan pentadbiran semasa memerintah


Sarawak. Bagi mengekalkan kemananan negeri James Brooke telah
memperkenalkan undang-undang jenayah dan mahkamah. Antaranya ialah undang-
undang yang mengandungi lapan fasal untuk melindungi masyarakat tempatan dan
menggalakkan kegiatan perdagangan di Sarawak.
 James Brooke juga telah melantik beberapa orang pembesar tempatan sebagai
penasihat kanan dalam pentadbiran negeri sebagai usaha untuk mengekalkan
hubungan baik dengan mereka. Antara pembesar tempatan yang dilantik ialah Datuk
Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar, dan Datuk Imam. Raja James Brooke
telah membayar gaji kepada pembesar tempatan dan menghapuskan kutipan hasil
tradisional.
 Dalam bidang ekonomi beliau menggalakkan kemasukan saudagar- saudagar dan
syarikat-syarikat swasta asing untu memajukan Sarawak. Syarikat yang banyak
memegang monopoli ekonomi di Sarawak ialah Syarikat Borneo. Penduduk-
penduduk peribumi dikekalkan dengan pekerjaan tradisi.
 James Brooke juga telah memisahkan petempatan penduduk di Sarawak mengikut
kaum dan pekerjaan. Tindakan Brooke itu adalah untuk mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan pertumpahan darah antara mereka.
 Dalam bidang pentadbiran James Brooke telah Memperkenalkan Majlis Tertinggi
Sarawak. Majlis Tertinggi ditubuhkan untuk membantu Brooke menggubal dasar-
dasar dalam pentadbiran negeri dan menasihati Brooke dalam pentadbiran.

2. a) Bagaimana corak pemerintahan Jepun di Sarawak?

 Pentadbiran Jepun di Sarawak adalah bercorak ketenteraan.


 Wilayah pentadbiran Jepun di Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu
Kuching, Sibu dan Miri. Setiap wilayah tersebut ditadbir oleh seorang Gabenor.
 Pusat pentadbiran Jepun di Borneo adalah Kuching yang ditadbir oleh seorang
Gabenor Jeneral.
 Selepas perisitiwa pemberontakan Double Tenth di Sabah, pusat pentadbiran itu
dipindahkan ke Sandakan, Sabah.
 Jepun juga telah menubuhkan Kempetai iaitu pasukan polis Jepun. Kempetai sangat
ditakuti kerana kekejaman dan cara penyeksaan yang dilakukan oleh mereka. Ramai
penduduk yang bersifat anti jepun dibunuh oleh kempetai ini.

b) Huraikan kesan pendudukan jepun di Sabah?

Pendudukan jepun di Sabah telah meninggalkan banyak kesan dari sudut politik, ekonomi
dan sosial. Dari aspek politik Sabah telah disytiharkan sebagai sebahagian daripada tanah
jajahan Jepun (Nai Nippon). Pendudukan Jepun juga telah menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk Sabah untuk membebaskan diri daripada penjajah.
Kejayaan Jepun dalam mengalahkan kuasa Barat dalam perang Dunia Kedua telah
memberikan keyakinan kepada penduduk Sabah untuk bangun menentang penjajah. Hasil
daripada kesedaran pelbagai parti politik seperti UNKO, USNO, dan Pasok Momogun telah
ditubuhkan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Dari segi ekonomi, aktiviti perlombongan bijih timah dan getah yang menjadi nadi
utama musnah akibat serangan tentera Jepun dari segi Udara. Taktik “Bumi Hangus” oleh
British semasa meningalkan Sabah juga telah melumpuhkan ekonomi di Sabah. Ekonomi
dagangan telah berubah kepada ekonomi sara diri akibat bekalan makanan yang terputus
semasa perang. Inflasi juga berlaku kerane percetakan dan pengedaran mata wang pokok
pisang yang tidak terkawal. Permintaan yang tinggi telah menyebabkan barangan keperluan
harian tidak mencukupi. Perusahaan getah dan kayu balak juga telah terhenti sepenuhnya.
Dari aspek sosial, kesempitan hidup dan masalah setinggan telah menyebabkan
rakyat hidup dalam kebuluran. Kezaliman tentera Jepun terhadap orang Cina di Sabah
menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Masalah perkauman berlaku kerana diskriminasi
dan layanan yang berbeza kepada penduduk terutamanya orang Cina. Peperangan juga
menyebabkan kemudahan kesihatan terjejas. Oleh sebab kekurangan zat makanan, wabak
penyakit terutamanya penyakit beri-beri semakin merebak.

3. a) Kenapa Brooke serahkan Sarawak kepada British?

 Antara sebab Brooke menyerahkan Sarawak kepada British adalah kerana desakan
daripada kerajaan British. British telah membuat desakan demi menjamin
pelaburannya di Sarawak.
 Selain itu pertikaian yang berlaku dalam keluarga Brooke akibat ketiadaan waris
lelaki menyebabkan Brooke serahkan Sarawak kepada British.
 Brooke juga tidak mahu menyerahkan Sarawak kepada anak Antohny Brooke yang
merupakan anak saudara beliau kerana tidak yakin bahawa waris beliau akan
memerintah Sarawak dengan baik.
 Masalah kewangan yang dihadapi oleh Charles Brooke menyebakan Sarawak
diserahkan kepada British. Hal ini kerana, Brooke tidak mempunyai kewangan yang
muncukupi untuk membangunkan Sarawak selepas peperangan.

b) Kenapa gerakan anti penyerahan Sarawak pada British gagal?

Gerakan anti penyerahan Sarawak kepada British telah menemui kegagalan kerana
beberapa sebab. Antara sebabnya ialah, gerakan anti penyerahan Sarawak tidak mendapat
sokongan sepenuhnya dari rakyat Sarawak sendiri. Gerakan ini hanya mendapat sokongan
sebilangan kecil rakyat Sarawak di Kuching dan Sibu khususnya orang Melayu dan Orang
Dayak.

Selain itu, gerakan ini juga gagal kerana tidak ada pertubuhan yang kukuh untuk
mengatur agenda gerakan ini. Gerakan Anti penyerahan disertai oleh bebarapa persatuan
politik tetapi persatuan-persatuan ini bertindak secara bersendirian. Persatuan-persatuan
tersebut gagal bersatu dalam sebuah organisasi yang besar dan tersusun agar
penentangan yang lebih berkesan dapat dilakukan. Akibatnya British dapat menentang
kebangkitan kumpulan penentang ini dengan mudah.
Seterusnya, gerakan anti penyerahan Sarawak juga gagal kerana tidak ada
pemimpin yang tampil untuk memperjuangkan matlamat gerakan ini. Selepas kematian
pemimpin utama gerakan ini iaitu Datu Patinggi Abang Haji Abdillah tiada lagi pemimpin
yang berwibawa untuk memimpin gerakan tersebut. Tambahan pula, Datu Pahlawan Abang
Haji Mustapha yang diianggap sebagai seorang pemimpin berwibawa telah menyokong
penyerahan Sarawak kepada British.

Selain itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh British untuk menghapuskan


penentangan juga berjaya melemahkan dan mengagalkan Gerakan Anti penyerahan
Sarawak. Tindakan-tindakan tersebut termasuklah mengeluarkan Pekeliling No. 9,
menjalankan kempen memburuk-burukkan imej kumpulan penentang dan melaga-lagakan
orang Melayu dangan orang Dayak.

4. a) Sejarah USNO?

United Sabah National Organization (USNO) ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha Harun
empat bulan selepas penubuhan United National Kadazan Organization (UNKO).

Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa bimbang dlm kalangan penduduk bumiputera
Islam di Sabah.

Kewujudan parti politik ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam
terutamanya Tun Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin Islam di Sabah.

Tun Datu Mustapha gariskan cogan kata parti iaitu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat ke arah
mencapai kemerdekaan melalui Malaysia.

USNO menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi


dan kestabilan politik di samping mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.

b) Aspek penting yang dipersetujui oleh rakyat Sabah dan Sarawak dalam Perkara 18
dan 20?

Antara aspek penting yang dipersetujui oleh rakyat Sabah dan Sarawak dalam perkara 18
dan 20 ialah mengenai Agama rasmi. Walaupun agama Islam diterima sebagai agama rasmi
persekutuan Malaysia akan tetapi agama rasmi tidak akan diadakan di Sabah dan Sarawak.
Segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan
Malaysia tidak harus digunakan di Sabah dan Sarawak.

Aspek seterusnya ialah mengenai Bahasa. Walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa Kebangsaan, Sabah dan Sarawak dibenarkan untuk menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas penubuhan Malaysia. Hal ini kerana
penggunaan bahasa Inggeris sudah sebati dengan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Aspek seterusnya ialah mengenai Imigresen. Walaupun imigresen adalah kawalan kerajaan
persekutuan namun negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal
imigresen dan perkhidmatan awam dengan sendiri. Hal ini bertujuan untuk memberikan
peluang kepada rakyat Sabah dan Sarawak menyertai pasaran pekerjaan di tempat sendiri.

Aspek seterusnya ialah kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak. Bumiputera Sabah dan
Sarawak perlu mendapat hak keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu.

Aspek seterusnya ialah mengenai perlindungan kepada perlembagaan.Tidak ada sebarang


pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Sabah dan Sarawak tanpa
persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri
Sabah dan Sarawak.

Bahagian B

2. Bincangkan faktor yang menyebabkan cadangan pembentukan Malaysia berjaya?

Pembentukan Malaysia bukan sesuatu rancangan yang mudah. Rancangan ini melibatkan
satu perubahan yang besar dan mengambil masa yang lama. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan cadangan pembentukan Malaysia berjaya. Antara faktor yang
menyebabkan cadangan pembentukan Malaysia berjaya adalah mempercepatkan proses
kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-
negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih
awal daripada yang dijangkakan. Hal ini kerana negeri-negeri berkenaan masih lagi berada
di bawah penjajahan British semasa cadangan ini diperkenalkan. Sekiranya, negeri-negeri
tersebut tidak menyertai Malaysia mereka kemungkinan tidak akan dapat merdeka. Bukan
itu sahaja, terdapat kemungkinan di mana mereka akan dikuasai oleh kuasa lain

Seterusnya, faktor yang menyebabkan pembentukan Malaysia berjaya


adalah mengelak daripada ancaman komunis. Ancaman komunis menjadi satu isu yang
selalu diberi perhatian dan menjadi kebimbangan semua pihak termasuk British.
Perkembangan ideologi komunisme yang berkembang secara pesat di rantau Asia
Tenggara menyebabkan Sabah dan Sarawak turut diancam oleh pengaruh komunis. Pada
masa yang sama di Singapura pengaruh komunis semakin meluas dan membimbangkan
kerajaan Tanah Melayu. Jika pembentukan Malaysia tidak dilakukan maka komunis akan
mula berkembang dengan pesat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Dengan penubuhan
Malaysia Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju bahawa pengaruh komunis akan dapat
disekat dari terus merebak.

Selain itu, perkongsian faedah ekonomi menjadi salah satu faktor yang
menyebabkan cadangan pembentukan Malaysia berjaya. Melalui pembentukan Malaysia,
akan wujudnya perkongsian faedah ekonomi antara negeri. Hal ini demikian kerana semasa
penubuhan Malaysia ekonomi Sabah dan Sarawak dilihat masih mundur berbanding dengan
negeri-negeri lain. Walaupun Negeri Sabah dan Sarawak kaya dengan sumber bumi tetapi
tidak ada teknologi yang baik untuk memprosesnya. Dengan pembentukan Malaysia
negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-
negara anggota yang miskin dan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak.
Misalnya Tanah Melayu dapat membantu Sabah dan Sarawak dari segi ekonomi untuk
membangunkan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, faktor yang menyebabkan cadangan pembentukan Malaysia berjaya adalah


dengan membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak. Sebelum penyertaan
Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan
nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera.
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh
bangsa asing. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan
Malaysia, kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera
Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera
telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Akhir sekali, mewujudkan keseimbangan antara kaum menjadi salah satu faktor yang
menyebabkan cadangan pembentukan Malaysia berjaya. Hal ini kerana, pada asalnya
hanya Singapura sahaja yang berhasrat untuk menyertai Malaysia. Jika Tanah Melayu dan
Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu kerana
kaum majoriti di Singapura ialah Orang Cina. Oleh itu kaum Melayu bimbang mengenai
ketidakseimbangan kaum akan memberi kesan kepada kedudukan istimewa orang Melayu.
Dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia kaum Bumiputera dapat kekal
sebagai kumpulan majoriti dan menjamin kedudukan istimewa mereka. Faktor-faktor inilah
yang membawa kepada kejayaan pembentukan Malaysia.
3. Apakah yang menjadi masalah dalam pengukuhan integrasi nasional yang berlaku
di negara kita? (Bahasa Agama dan Pentadbiran)

Masalah pengukuhan integrasi nasional merupakan antara salah satu isu yang berlaku di
negara kita. Walaupun banyak usaha telah dilakukan, namun masih terdapat pelbagai
halangan yang menjadi masalah dalam pembentukkan masyarakat yang bersatu padu di
Malaysia.Antaranya ialah faktor sejarah di mana penjajah Inggeris telah melaksanakan
dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu ini dan menyebabkan tiga kaum utama di
negara ini telah diasingkan di tiga lokasi yang berbeza. Hal ini telah menghalang interaksi
antara kaum-kaum yang berbeza, kesefahaman yang terhad, sehingga berlakunya kejadian
13 Mei 1969. Sampai hari ini, masalah perbezaan penempatan mengikut kaum ini masih
belum diatasi sepenuhnya, sama juga pada masalah sistem pendidikan yang berbeza di
negara kita ini. Tiga kaum yang mempunyai jenis pekerjaan yang jelas berlainan
memburukkan keadaan ini.

Halangan integrasi nasional yang disebabkan kewujudan sekolah jenis


kebangsaan merupakan satu cabaran yang serious dalam pendidikan semasa. Walaupun
penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dilaksankjan di semua sekolah Malaysia,
namun perpaduan dan integrasi nasional masih susah dicapai kerana terdapat sekolah-
sekolah jenis kebangsaan masih menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum yang
sama dalam satu sekolah dan telah mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi
dengan pelajar-pelajar dari kaum yang berlainan. Maka semangat perpaduan tidak dapat
dipupuk dan seterusnya menjadi penghalang kepada integrasi nasional.

Masalah seterusnya yang menjadi penghalang kepada pengukuhan integrasi


nasional ialah perbezaan bahasa. Perbezaan bahasa yang wujud dalam kalangan
masyarakat di Malaysia boleh menyebabkan kesukaran berinteraksi seterusnya
menyebabkan jarak sosial yang ketara dalam kalangan masyarakat. Walaupun, Bahasa
Melayu telah dimaktubkan sebagai Bahasa Kebangsaan dalam perlembagaan namun masih
ramai lagi rakyat yang belum mengusainya dengan sempurna. Kekangan bahasa dan
kesukaran memahami bahasa lain akan membataskan interaksi bangsa yang berlainan
bahasa. Hal ini bukan sahaja wujud akibat tidak memahami bahasa tetapi juga disebabkan
oleh salah faham yang timbul akibat tidak memahami apa yang diperkatakan.

Selain itu, pengukuhan integrasi nasional juga sukar dicapai disebabkan oleh
perbezaan agama dan kepercayaan. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama dan
kepercayaan yang berbeza mengikut kaum masing-masing. Sebagai contoh, kaum Melayu
secara amnya menganuti agama Islam, kaum Cina menganuti agama Buddha, dan kaum
India menganuti agama Hindu. Walau bagaimanapun, faktor agama tidak menimbulkan
sebarang permasalahan dalam perpaduan kerana setiap agama tidak menganjurkan
pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul adalah disebabkan oleh
kejahilan pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan dan salah fahaman
kaum lain terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja
oleh pengikut yang jahil menyebabkan berlakunya salah faham dan menyinggung perasaan
kaum yang lain.

Akhir sekali. Integrasi nasional juga sukar diperkukuhkan disebabkan oleh


pengaruh parti politik perkauman. Parti-parti politik wujud demi mempertahankan dan
memperjuangkan hak rakyat. Namun begitu, cabaran timbul kerana setiap kaum diwakili
oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, memperjuangkan nasib
dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat pemimpin yang bermain taktik
kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan mengapi-apikan sentimen
perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan munculnya sifat
berdendam, bersangka buruk dan tidak mahu berbaik-baik dalam kalangan rakyat akibat
termakan hasutan mereka. Cabaran juga timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu
menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai
corak kepimpinanya sendiri.

You might also like