Malaysia Sentiasa Mempelba

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Malaysia sentiasa mempelba-gai tema Hari Kebangsaan ini bagi membangkitkan rasa cinta kepada

negara. Tema pertama mula diperkenalkan pada 1970 iaitu Muhibah dan Perpaduan. Pada 1976
pula, iaitu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-19, buat pertama kalinya logo telah mula
diperkenalkan berserta temanya iaitu Ketahanan Rakyat.

Dan selepas 1976, sambutan Hari Kebangsaan diserikan dengan tema dan logo yang mempunyai
maksud tertentu. Tema dan logo Hari Kebangsaan ini dicipta bagi memberi gambaran aspirasi
ke-pimpinan negara terhadap rakyat secara umum.

Bermula pada 1991, tema wawasan diangkat menjadi antara tema hari kebangsaan iaitu dengan
tema Wawasan 2020, diikuti pada 1992 tema Wawasan Asas Kemajuan, 1993 tema Bersatu Menuju
Wawasan, 1994 dengan tema Nilai Murni Jayakan Wawasan dan pada 1995 dengan tema Jatidiri
Penggerak Wawasan. Ini adalah pada ketika itu, konsep Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1991.

Namun, terdapat juga tahun-ta--hun yang mana tema yang sama digunakan iaitu tema Kera-namu
Malaysia yang digunakan selama enam tahun bermula 2000 hingga 2006. Tema
Negaraku#sehatisejiwa digunakan pada 2015 dan 2016, manakala pada 2017, tema tersebut ditukar
sedikit kepada Malaysiaku#sehatisejiwa.

Dan pada tahun ini, tema Sa-yangi Malaysiaku digunakan sesuai dengan perubahan Malaysia Baharu
pada tahun ini. Tema tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mei lalu, adalah
sebuah manifestasi rasa cinta kepada negara oleh semua rakyat.

Berikutan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyarankan semua lapisan
masyarakat di negeri ini membuktikan manifestasi rasa sayang ini dengan mengibarkan Jalur
Gemilang sepanjang bulan Ogos sehingga 16 September nanti.

Logo yang dicipta oleh Nik Zulkefli Nik Hitam terpilih sebagai logo Hari Kebangsaan tahun ini yang
menunjukkan simbol rak-yat melakukan pergerakan riang meng-angkat tangan dengan bentuk hati
membawa maksud Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, hidup dalam kepelbagaian yang
harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.

Tema dan logo ini di-per-ku-kuhkan lagi dengan lagu yang bertajuk Kita Punya Malaysia nya-nyi-an
kumpulan Bunkface yang berkonsep beat pop yang -lebih catchy dan mampu menarik minat semua
golongan masyarakat termasuk generasi muda.
Tema Sayangi Malaysiaku ini ringkas, bukan sahaja mudah difahami oleh orang dewasa, malah
mudah dituturkan serta disemat di hati kanak-kanak kecil kerana sambutan hari kemerdekaan ini
akan disambut oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur serta warna kulit.

Ini membawa maksud besar kepada rakyat terutama golongan muda agar sentiasa menyayangi dan
mencintai negara serta mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan ini secara berterusan
melalui semangat patriotisme.

Semangat patriotisme ini perlu disemai secara berterusan dan ia bermula dari peringkat kanak-kanak
lagi. Dan tentunya tema serta logo sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini dilihat sangat bertepatan
dengan penyemaian semangat patriotisme dalam kalangan ge-nerasi muda kerana ia dilihat tepat
dan dekat di hati kerana penggunaan perkataan pertuturan harian yang biasa dan ringkas.

Namun, dalam keghairahan sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun, janganlah kita lupa pada
susur galur sejarah per-jua-ng-an rakyat kita terdahulu. Sejarah memang akan tinggal sebagai
kenangan, namun ia wajar diingati sebagai satu momen bernilai dan faktanya perlu diberitahu secara
tepat kepada generasi sekarang dan akan datang.

Sejarah perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah tidak boleh ditukar serta
ditokok tambah semata-mata untuk memenangi hati atau kepen-tingan sesetengah pihak. Malah
pahit getir serta peristiwa berdarah dalam memerdekakan tanah air ini jangan sesekali diulang
dalam bentuk fizikal mahupun penjajahan dalam bentuk spiritual melalui teknologi, ekonomi dan
sosial.

You might also like