Assignment 41162

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

<BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS >

<SEMESTER JANUARY / TAHUN 2018 >

<HBEF 3703>

<PRINCIPLES OF INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY>

NO. MATRIKULASI : 870316526367001


NO. KAD PENGNEALAN : 870316526367
NO. TELEFON : 0168539996
E-MEL : anthonny9996@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KUCHING LEARNING CENTRE


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan
kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan (bergantung kepada
bilangan patah perkataan pada arahan di soalan tugasan) TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
<HBEF 3703>
PENGENALAN
Kod etika dalam bidang kaunseling di Malaysia berfungsi untuk menjamin keselamatan
dan perhubungan antara kaunselor dan klien yang dibina dalam sesuatu sesi. Etika kaunseling
perlu dijelaskan kepada klien sebelum sesuatu sesi dimulakan supaya klien memahami konsep
kaunseling. Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam
Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh ,
Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian tentang Kod Etika
Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu :

1. Penambahbaikan perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan seharusnya dilaksanakan


oleh kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang
berterusan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor dibimbing
untuk mengumpul data berdasarkan kebolehan mereka.

2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab yang berat dalam perkhidmatan terhadap


klien dan sekolah yang dijaganya. Penerimaan sesebuah sekolah bermakna seseorang
kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip sekolah itu. Oleh yang sedemikian,
objektif sekolah adalah panduan atau rujukan bagi aktiviti profesion yang dijalankan.
Kaunselor akan dihentikan dari sekolah sekiranya kaunselor tidak dapat menunaikan syarat-
syarat yang dikemukakan dalam perjanjian dengan majikan.

3. Tingkah laku etika diharapkan di kalangan profesion sering berlaku. Kaunselor boleh
mengambil tindakan melalui beberapa cara seperti berbincang dengan kaunselor lain, mencari
maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.

4. Kaunselor dilarang menuntut atau menunjukkan kelayakan yang sedia ada padanya
daripada orang lain. Kaunselor juga perlu membetulkan segala interpretasi pihak lain yang
salah dibuat.

5. Kaunselor mesti memahami bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuan
sendiri ketika menentukan yuran perkhidmatannya.

6. Kaunselor mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat
sebelah, objektif dan data yang nyata apabila maklumat ini perlu disebarkan umum.

1
<HBEF 3703>

7. Kaunselor mesti memahami perbezaan antara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan


perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan kaunseling hanya melibatkan seorang
kaunselor dengan seorang klien. Media massa bertanggungjawab untuk menyebarkan
maklumat.

KEPENTINGAN KOD ETIKA

Kod etika secara langsung dapat menjamin kestabilan profesion itu sendiri. Secara
umumnya, etika ini memberi panduan kepada kaunselor apa yang boleh dan tidak boleh
dilakukan semasa menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional. Selain itu, kod etika
juga menggariskan beberapa perkara yang berkaitan dengan tingkah laku menyeleweng yang
dilarang dan tidak boleh dilakukan oleh kaunselor dengan jelas. Antara tingkah laku yang
menyeleweng seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang beliau
tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien, melakukan hubungan seks dengan klien,
mengambil kesempatan ke atas kelemahan klien dan sebagainya. Tindakan menyeleweng itu
akan memberi kesan yang negatif kepada klien serta juga profesion kaunselor itu sendiri. Kod
etika penting bagi mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu,
keluarga, organisasi dan masyarakat untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru,
kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga, organisasi dan
masyarakat. Kod etika membantu dalam kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang
individu dalam melaksanakan tanggungjawab.

KEENAM-ENAM KOD ETIKA DALAM PROFESION KAUNSELING

Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) yang terlatih mestilah terikat dengan kod etika
tingkah laku yang mengawal selia kelakuan para ahli dalam menjalankan amalan kaunseling
dan mempunyai kecekapan profesional. Terdapat beberapa kod etika bimbingan dan
kaunseling yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi
panduan kepada para guru bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan tanggungjawab
profesionalnya. Antara kod etika bimbingan dan kaunseling adalah fidelity, autonomy,
beneficence, non-maleficence, justice dan self-respect. Oleh hal yang demikian, guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah mestilah melaksanakan tanggungjawabnya dengan

2
<HBEF 3703>
memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berpandukan kod etika yang telah
dinyatakan di atas.

Kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh KPM yang pertama ialah
kesetiaan kaunselor terhadap klien. Ini bermakna guru bimbingan dan kaunseling di sekolah
haruslah mengutamakan kepentingan klien dan menunjukkan kesetiaan kepada klien, sama ada
klien individu atau kelompok dan dilarang memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri
sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Prinsip kesetiaan sangat
menekankan ketaatan dalam perhubungan antara kaunselor dengan klien. Kesetiaan berkat
rapat dengan kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran. Kepercayaan merupakan salah satu
elemen yang sangat penting dalam perhubungan kaunseling. Dalam perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling, perhubungan antara kaunselor dengan klien akan melibatkan kepercayaan
antara satu sama lain. Oleh itu, dalam perhubungan itu akan wujudlah satu perjanjian bahawa
kerahsiaan perkara yang diluahkan oleh klien itu. Maka, kerahsiaan merupakan asas prinsip
kesetiaan ini. Pengutamaan kepentingan klien tersebut adalah tanggungjawab guru bimbingan
dan kaunseling untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada mereka seperti
sesi kaunseling individu atau kelompok.

Selain itu, Othman Mohamed (2013) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan
dalam Kaunseling mendefinisikan perkataan autonomy (autonomi) bermaksud seseorang
individu bebas dan berhak bertindak mengikut kehendaknya. Menurut Sapora Sipon dan
Hapshah Yusof (2010) dalam buku Pengenalan Kepada Profesion Kaunseling prinsip ini
melibatkan usaha seseorang bertindak secara bebas berasaskan nilai dan kata putusnya
sekiranya seseorang individu menuntut hak kebebasan diri, maka masa yang sama individu
tersebut mestilah menghormati hak dan juga kebebasan diri orang lain. Dalam kaunseling,
kaunselor perlulah mengamalkan prinsip kebebasan ini. Prinsip ini menjelaskan bahawa
seseorang individu itu berhak untuk mendapat keistimewaan bersendirian. Sebagai contohya,
klien berhak untuk meluahkan ataupun menyatakan isi hatinya kepada kaunselor dalam sesi
bimbingan dan kaunseling. Dengan amalan bimbingan dan kaunseling, kaunselor pula
hendaklah menghormati kebebasan tersebut. Walau bagaimanapun, pengluahan hati daripada
klien tersebut mestilah mempunyai batasan kerana prinsip kebebasan bukan bermakna
mempunyai kebebasan yang mutlak. Kaunselor mestilah mengetahui had kebebasan seseorang
klien dan memastikan tidak membawa kemudaratan kepada klien.

3
<HBEF 3703>
Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) prinsip beneficence (membuat
kebaikan) ini berasaskan niat melakukan sesuatu dengan niat yang suci dan hasrat yang murni.
Prinsip membuat kebaikan ini berhasrat untuk menjalankan proses kaunseling dengan berkesan
dan berfaedah. Prinsip ini mengharapkan hasil kaunseling yang dapat memberi sumbangan
yang bermakna seperti membantu klien menjadi sebagai seorang ahli yang sempurna dalam
masyarakat. Prinsip kerahsiaan mesti diamalkan dan dipertimbangkan dalam profesion
kaunseling ini. Terdapat banyak persoalan akan timbul dengan isu kerahsiaan ini dalam proses
kaunseling. Sebagai contohnya, adakah data yang dikumpul daripada klien dianggap sebagai
rahsia? Soalan-soalan seperti ini perlu dijawab oleh kaunselor dan diberi jaminan supaya dapat
menentukan apakah potensi untuk mendatangkan kebaikan berbanding dengan terhasilnya
kemudaratan, kesan daripada tindakan yang diambil serta membina keyakinan diri klien. Oleh
yang sedemikian, kaunselor perlulah berupaya meletakkan dirinya dalam keadaan yang
memastikan agar segala keputusan yang dibuat itu tidak bercanggah dengan norma masyarakat
dan undang-undang negara.

Prinsip keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses kaunseling.
Prinsip ini juga dikenali sebagai prinsip non-meleficience ataupun dimaksudkan tidak
memudaratkan klien atau orang lain. Menurut Beauchamp dan Childress (1979) dalam Othman
Mohamed (2013) menyatakan bahawa prinsip keselamatan ini merangkumi dua aspek yang
berkaitan dengan mencederakan secara sengaja ataupun mewujudkan sesuatu situasi yang
mempunyai risiko bagi menghasilkan kecederaan. Menurut Othman Mohamed (2013), prinsip
ini menegakkan ketegasan bahawa sebaik-baiknya tidak melakukan kerosakan, tidak
memudaratkan sesuatu dan tidak melakukan secara sengaja keadaan yang boleh mendatangkan
risiko yang membahayakan klien dan orang lain. Dalam amalan bimbingan dan kaunseling,
kaunselor mestilah menyesuaikan dirinya dan berprihatin bagi mengatur prosedur agar proses
kaunselingnya tidak secara sengaja mendatangkan risiko diri dan keselamatan klien. Kaunselor
sepatutnya bertindak ke arah yang dapat menjaga kebajikan dan keselamatan klien dan orang
awam kerana prinsip ini mengutamakan urutan etika berbanding dengan upaya yang boleh
menguntungkan orang lain.

Sementara itu, prinsip keadilan (justice) menyatakan bahawa semua insan itu adalah
berkedudukan sama dan sepatutnya mendapat layanan yang adil saksama. Segala tindakan ke
atas sesuatu masalah yang dikemukakan dalam sesi kaunseling perlulah mendapat
pertimbangan, didengar dengan teliti dan jelas kerana setiap individu mempunyai hak untuk

4
<HBEF 3703>
dilayan secara adil dan saksama. Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010) prinsip
keadilan ini mempunyai dua kriteria iaitu, sama ada dari segi keperluan bermaksud setiap
individu mendapat peluang tersendiri kerana setiap individu adalah unik. Satu lagi adalah dari
segi merit didefinisikan bahawa setiap individu perlu mendapat layanan yang berlainan
mengikut permasalahan masing-masing. Jadi, kaunselor mestilah menghulurkan bantuan dan
nasihat kepada klien berdasarkan keunikan individu yang mendapatkan perkhidmatan
kaunseling (klien). Selain itu, kaunselor juga perlu memberi pertolongan tanpa menjejaskan
digniti dan harga diri klien berasaskan masalah yang dikemukakan oleh setiap klien.

Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2010), prinsip self-respect (penghormatan
diri) ini menuntut agar seseorang klien yang berkepentingan diberitahu tentang tujuan sesuatu
perkara yang akan dijalankan berkaitan dengan dirinya. Persetujuan termaklum yang dibuat
memberi keercayaan asas secara kukuh perhubungan antara kaunselor dengan klien kerana
prinsip ini dianggap sebagai penghormatan yang asas kepada perhubungan proses kaunseling.
Dalam amalan bimbingan dan kaunseling, klien berhak mengetahui prosedur asas yang mereka
perlu lalui berkaitan proses pertolongan yang akan dijalankan. Kaunselor wajib memberitahu
kesan dan konsekuan yang akan terhasil kepada klien ataupun orang yang berkepentingan
berkaitan dengan proses kaunseling yang dijalankan. Kaunselor perlulah memaklumkan
kliennya berhak mengemukakan pertanyaan tentang cara prosedur kaunseling itu dijalankan.
Selain itu, kaunselor juga perlu memaklumkan kepada klien bahawa mereka mempunyai hak
untuk tarik diri dan tidak terlibat dengan proses kaunseling itu pada bila-bila masa sahaja tanpa
menjejaskan kewibawaan mereka.

KAJIAN KES PRINSIP-PRINSIP KOD ETIKA

i) Contoh kajian kes yang menggambarkan prinsip autonomy (autonomi) :

Cik Brown telah tiba di pejabat kaunseling keluarga untuk mendapatkan pandangan kedua
daripada kaunselor. Baru-baru ini, cik Brown baru sahaja pergi berjumpa dengan doktor
keluarga mengenai aduan tentang debaran jantung, kesukaran menumpukan perhatian,
ketegangan otot, dan sentiasa berdebar-debar serta gelisah. Doktor telah mengambil ujian
tekanan darah untuk menguji ketidaknormalan jantung cik Brown. Setelah dikenalpasti doktor
menyatakan bahawa tiada punca biologi dan doktor menyatakan bahawa cik Brown mengalami
serangan panik sederhana (mild panic attacks). Doktor berkenaan menulis satu preskripsi

5
<HBEF 3703>
kepada cik Brown supaya mengambil satu dos rendah ubat anti-anxiety dengan satu rancangan
untuk meningkatkan dos semasa beberapa bulan berikutnya bergantung dengan simptom cik
Brown yang dialami. Doktor telah menyediakan bekalan sampel ubat kepada cik Brown selama
dua minggu. Ubat berkenaan diperolehi. Ubat berkenaan ditinggalkan berikutan satu lawatan
yang dikendalikan oleh wakil jualan farmasi. Cik Brown menyatakan beberapa tempahan ubat
dengan doktor pakar perubatannya. Doktor menasihatkan cik Brown bahawa ubat sebenarnya
amat berguna dalam menghentikan serangan panik yang dialami oleh cik Brown.
Cik Brown mula berasa kecewa dengan pakar perubatannya yang tidak mengambil tempahan
ubat dengan serius. Oleh hal yang demikian cik Brown bertindak untuk berjumpa kaunselor
untuk mendapatkan bimbingan dan pendapat kedua. Cik Brown berhasrat mendapatkan satu
pendapat daripada seseorang yang bukan seorang doktor. “Saya khuatir bahawa doktor saya
telah bertindak berat sebelah dan mahu saya ambil ubat” katanya. Cik Brown juga menyatakan
bahawa dirinya mendapat banyak kebaikan sebelum ini dia telah menghadiri sesi kaunseling
dan telah diambil kesempatan atau dia merasakan bahawa dirinya dimanfaatkan dalam sesi
kaunseling. Oleh hal yang demikian klien berasa risau jika perkara berkenaan berulang
kembali.

Kaunselor perlu mengingatkan Cik Brown sama ada klien berkenaan ingin meneruskan
keputusan untuk mengambil ubat ataupun tidak (IAMFC, 2005 Seksyen A.3). Berdasarkan
konteks dalam sempadan kemahiran profesional kaunselor keluarga dan perkahwinan ini,
kaunselor tidak sepatutnya membuat keputusan sama ada cik Brown perlu ambil ubat ataupun
tidak. Tugas kaunselor adalah membantu klien untuk memahami maklumat serta informasi
berkaitan tentang ubat berkenaan serta membantu klien dalam membuat keputusan yang
dirasakan sesuai oleh klien sendiri (IAMFC, 2005 Seksyen A.3). Sebarang keputusan perlu
diambil oleh klien tetapi dengan bimbingan dan bantuan yang diberikan oleh kaunselor dalam
sesi ini.

ii) Contoh kajian kes yang menggambarkan prinsip beneficence (membuat kebaikan):
iii) Contoh kajian kes yang menggambarkan prinsip non-meleficience (keselamatan):
iv) Contoh kajian kes yang menggambarkan prinsip justice (keadilan):
v) Contoh kajian kes yang menggambarkan prinsip self-respect (penghormatan diri):
vi) Contoh kajian kes yang menggambarkan prinsip fidelity (kesetiaan):

6
<HBEF 3703>
KESIMPULAN

Perkhidmatan kaunseling seperti juga perkhidmatan professional yang lain mempunyai


etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu garis
panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang
pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau
dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk
kegiatan seharian mereka.

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli
teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran
yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa
etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat
yang beretika dan berjaya. Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia
perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang
dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil
kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang
individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks,
tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkah
laku para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara
para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja
professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan
berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika
termasuklah para teknokrat.

7
<HBEF 3703>

Rujukan
Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling , Othman Mohamed (2013)

You might also like