Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SA2017/2018

JTW201 MATEMATIK PERNIAGAAN


TUGASAN INDIVIDU KEDUA

Arahan:
1) Sila jawab semua soalan
2) Sila tunjukkan jalan kerja
3) Tarikh hantar tugasan individu kedua: 23hb Mac 2018

1) Kassim bekerja selama 40 jam dalam minggu pertama bulan Januari. Kadar sejam ialah
RM1. Berapakah upah kasarnya?

2) Kadir mengeluarkan 38 unit sehari. Dia dibayar suatu kadar minimum yang terjamin
sebanyak RM40 sehari jika output kurang daripada 40 unit sehari. Kadar seunit ialah RM1.
Apakah upah yang akan diperolehi jika pengeluarannya kurang daripada 40 unit? Berapakah
upah yang akan diperolehi jika ia mengeluarkan 45 unit sehari?

3) Kelly mengeluarkan 200 unit output. Kadar yang dibayar adalah seperti berikut:
a) Sehingga 100 unit sehari pada kadar 50 sen seunit
b) 101 - 150 unit sehari pada kadar 60 sen seunit
c) 151 - 200 unit sehari pada kadar 70 sen seunit

Berapakah upah kasar yang akan diperolehinya?

4) Anda telah diberi data-data berkaitan dengan 2 orang pekerja syarikat XYZ iaitu Mira dan
Miza.

Mira Miza
Unit disiapkan seminggu 292 276
Jam kerja seminggu 48 52

Kadar upah sejam ialah RM6.00 dan masa standard untuk menyiapkan satu unit ialah15 minit.
Jam kerja biasa yang ditetapkan ialah 42 jam seminggu. Kirakan gaji pokok untuk mereka.

Berdasarkan data yang diberikan, kirakan jumlah ganjaran yang diperolehi oleh setiap pekerja
berdasarkan kaedah berikut:-

a) kadar per jam


b) kadar asas seunit
5) Puan Sara merupakan peniaga tunggal yang mempunyai dua orang pembantu iaitu,Hadija
dan Hazira. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan aktiviti pekerja tersebut untuk
seminggu. Masa kerja seminggu ialah 40 jam.

Hadija Hazira
Kadar upah sejam RM3.20 RM2.75
Unit bungkusan disiapkan 180 150

Anda dikehendaki mengira jumlah upah seminggu yang diterima oleh setiap pekerja
menggunakan kaedah-kaedah berikut:-

a) kaedah jam kerja


b) kaedah ikut butir pada kadar 75 sen seunit
c) kaedah butiran pembezaan berasaskan kadar berikut:-
sehingga 100 unit = 60 sen seunit
101 - 150 unit = 90 sen seunit
151 dan keatas = RM1.20 sen seunit

6) Diberikan butir-butir mengenai kerja no.2550 Encik Kamil. Kadar upah langsung ialah RM1
sejam. Masa yang dibenarkan ialah 50 jam. Masa yang diambil ialah 40 jam. Kirakan upah
pokok, upah bonus dan jumlah upah berdasarkan jenis skim bonus berikut:

a) 50% daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam


b) 33 1/3 % daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam
c) [masa yang diambil / masa yang dibenarkan] x masa yang dijimatkan x kadar sejam

7) Berikut adalah data pengeluaran seorang pekerja dalam jangkamasa seminggu.

Unit dikeluarkan 320

Jam bekerja 32

Masa dibenarkan seunit (seminit) 6 minit

Kadar upah sejam ?

Kirakan jumlah upah yang diterima berdasarkan jenis skim bonus berikut:

a) 50% daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam


b) 33 1/3 % daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam
c) [masa yang diambil / masa yang dibenarkan] x masa yang dijimatkan x kadar sejam
8) Seorang operator mesin dikilang H&H Bhd bekerja sebanyak 4 jam lebih masa. Masa
bekerja biasa untuk minggu tersebut ialah 40 jam. Kadar sejam ialah RM1. Ia dibayar jam &
setengah untuk kerja lebih masa. Tunjukkan:-
a) premium lebih masa
b) gaji kasar

9) Fateha mengambil masa biasa 800 jam dan tambahan 160 jam lagi untuk menyelesaikan
kerja nya. Kadar sejam ialah RM3.20. Kirakan jumlah upah Fateha.

10) Mesin yang digunakan oleh seorang operator mesin telah rosak selama jam. Jumlah masa
bekerja ialah 44 jam termasuk 4 jam masa terbiar. Kadarnya ialah RM1 sejam. Berapakah
pendapatan kasar?

You might also like