Minit Mesyuarat Bidang Hal Ehwal Murid Bil 2 Tahun 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017

MINIT MESYUARAT BIDANG HAL EHWAL MURID

Bil 2 Tahun 2017

Tarikh : 04 Oktober 2017 (Rabu)

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Bilik Guru SKBB

KEHADIRAN PEGAWAI:

1) Tn Haji Abdul Salleh B. Musa


2) En Abaka bin Hj Yahya
3) En. Amer B. Marzuki
4) En. Abdul Latif B. Oppes
5) Pn. Norsiah Bt Taib
6) Pn. Siti Zareha Bt Azahari
7) Cik Angela Taimin
8) Cik Welmina Bt Hussin
9) Cik Norsheila Bt Abd Rahman
10) Puan Asmah binti Ismail
11) Cik Nurain Bt Junian
12) Cik Patima Bt Amin
13) Pn. Nurmunyanti Rabani
14) Pn. Syarifah Asyraf Bt Khairuddin
15) Cik Azlina Bt Lasim
16) En. Mohd Saidin bin Binaharin
17) Pn. Aishah Bt Lemon
18) Pn. Juliyanti Bt Mattuju
19) Pn. Norzalelah Bt Danial
20) Cik Nurul Amni Bt Isnirur
21) Cik Noramizah Bt Zakaria
22) Pn. Surianie Awang Oyoh
23) En. Mohd Bidain B. Asimudin
24) Pn. Elsie V.J Ginibun
25) Pn. Rodiah Wan Husain
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
26) Pn. Nafsiah binti Ibrahim
27) Cik Nurhafizah binti Kalin
28) Cik Siti Noranizah binti Abd Sakkar
29) En. Aman Shah B. Syed Ali
30) En. Abdul Aziz B. Hussil
31) En. Alawi B. Juljalaha
32) En. Awang B. Napas
33) En. Yusoff Sabri B. Ahmad
34) En. Muhammad Hasif B. Ismail
35) En. Marzuki binti Buldahim
36) En. Abdul Sani B. Husin
37) En. Abdul Latiff B. Sunario
38) En. Herman B. Sappalando
39) En. Assaras B. Hatin
40) En. Abdul Rauf B. Ladjahun
41) En. Saiin B. Arola
42) En. Muzri B. Sarakim
43) En. Mat Sulong B. Saung
44) En. Zulkirom B. Mohd. Othman
45) En. Abdul Malik B. Abdul Samad
46) En. Parmin B. Magsaysay
47) En. Mohd Mayidin B. Awang
48) En. Muhammad Safwan B. Ishak
49) En. Raja Solahudin B. Raja Abdul Rahim
50) Pn. Supinah Akbara
51) En. Asmunli
52) Pn. Shamsiah Bt Ab. Rahim
53) Pn. Nora Bt Palah

TIDAK HADIR:

1) Pn. Nuraimi Bt Kamis (kursus CEFR)


2) En. Abidin B Madde (kursus CEFR)
3) En. Muhammad Bt Hj Ulak
4) En. Abdul Basa B. Abdul Rajah
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
1.0 Ucapan Pengerusi (Encik Amer bin Marzuki)

1.1 Encik Amer bin Marzuki memulakan mesyuarat dengan ucapan selamat dan syukur kepada Allah.
Mesyuarat ingin dimantapkan dalam bentuk tindakan. Beliau menzahirkan penghargaan kepada guru-
guru kerana dalam kesibukan tugas-tugas di sekolah, guru masih bersatu padu. Beliau berharap agar
komitmen guru-guru berterusan. Diharap agar kelemahan pebgurusan Unit HEM dapat diambil
tindakan.

2.0 Ucapan Penasihat (Tuan Hj Salleh bin Musa)

2.0 Penasihat berharap agar mesyuarat dapat berjalan lancar dan memohon agar guru-guru dapat
memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Pencadang: En Aman Shah bin Syed Ali

Penyokong: En Alawi bin Juljalaha

4.0 Perkara-Perkara Berbangkit

4.1 Perubahan senarai tugas perlu sentiasa dipaparkan.

Tindakan : Setiausaha HEM

4.2 Diharap semua guru prihatin terhadap kebajikan murid bukan hanya guru kelas.

Tindakan : Semua Guru

4.3 Pengurusan data APDM masih belum memuaskan. Terdapat data yang masih belum dilengkapkan.

Tindakan: Guru kelas

4.4 Guru Penyayang – jadual disediakan tapi pelaksanaanya masih pada tahap yang lemah.
Tindakan: Guru bertugas RMT

4.5 Masih terdapat guru yang meminta bantuan murid untuk mengambil rekod kehadiran harian semasa
PdPc. Hal ini perlu dikurangkan.

Tindakan: Guru Bertugas Mingguan


MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
5.0 Pengurusan HEM

5.1 Data APDM

5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa segala pengurusan murid pada peringkat PPD dan JPN akan
dirujuk pada APDM.

5.1.2 Murid yang berpindah ke sekolah baharu akan mengalami masalah sekiranya APDM murid
tersebut tidak lengkap. Ianya juga akan mencemarkan imej sekolah.

5.1.3 Untuk memadamkan nama murid yang berpindah, hanya penyelaras APDM sahaja yang boleh
berbuat demikian. Guru kelas hanya dibenarkan memadam nama murid dalam JKM.

5.1.4 Sekiranya data pada APDM dilengkapkan, Unit HEM tidak akan menganggu guru kelas.

5.1.5 Alamat tempat tinggal murid juga perlu sentiasa dikemaskini. Serta, bagi murid yang kematian ibu
atau bapa perlu dikemaskini agar mendapat bantuan anak yatim.

5.1.6 Walau bagaimanapun, terdapat guru kelas yang menanda ‘klik’ pada pilihan ‘tinggal di asrama’
sedangkan tidak terdapat asrama di sekolah. Guru kelas perlu menyemak semula perkara tersebut
kerana hal ini mendapat perhatian sehingga peringkat PPD.

5.1.7 En. Aman Shah selaku penyelaras APDM mengingatkan guru kelas untuk menandakan pada
ruangan terima bantuan SPBT bagi murid warganegara.

5.1.8 Murid Tahun 6 tidak dikira sebagai penerima bantuan bagi tahun 2018.

5.1.9 Kehadiran murid dalam APDM perlu diisi sebelum pukul 09 pagi menurut SOP. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang tidak mengemaskini langsung sejak bulan Januari.

5.1.10 Seperti yang dipersetujui juga, guru kelas perlu mengisi kehadiran bermula awal pagi sehingga
waktu rehat. Untuk kemudahan guru kelas, guru kelas boleh kemaskini sebelum mendapat senarai
nama murid yang tidak hadir dan kemudian kemaskini sesudah menerima senarai nama tersebut.

5.1.11 Guru kelas juga perlu mengisi ruangan sebab murid tidak hadir. Guru kelas boleh memilih ‘lain-
lain sebab’ sehingga murid mengemukakan alasan mereka.

5.1.12 Untuk pengisian bulan September, hanya sebahagian kelas sahaja yang lengkap mengisi
bahagian kehadiran murid dalam APDM.

5.1.13 Cikgu Amer mengingatkan guru agar menjaga data dan kerja agar pihak atasan seperti PPD dan
JPN tidak akan menyalahkan pengurusan sekolah.

5.1.14 Guru sekolah lain boleh menyemak pengisian kehadiran mana-mana sekolah. Oleh itu, Unit HEM
kan menampal dan menyerahkan data APDM yang tidak dilengkapkan kepada Guru Besar.

5.1.15 Terdapat 200 orang murid bukan warganegara. Sekiranya terdapat murid yang sudah mendapat
status kewarganegaraan tetapi status belum berubah di dalam APDM, guru kelas perlu memaklumkan
Penolong Kanan HEM dengan segera.

5.1.16 Semua tindakan berkaitan APDM perlulah dilaksanakan segera.


MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
5.2 Pengurusan JKM

5.2.1 90% pengurusan JKM pada tahap yang membanggakan. Setiap bulan Unit HEM akan menyemak
status pengurusan JKM.

5.2.2 Tarikh murid mendaftar dan nombor daftar perlu diisi dan dilengkapkan.

5.2.3 Peringkat pemantauan pihak atasan akan menyemak dari muka surat pertama hingga yang
terakhir.

5.2.4 Namun begitu, masih terdapat JKM yang tidak ditanda pada bahagian kedatangan harian murid
bagi bulan September dan Oktober.

5.2.5 Bengkel akan diadakan pada 14/10/17 (Sabtu) khusus untuk guru kelas yang gagal melengkapkan
JKM dan APDM.

5.2.6 JKM tersebut perlu sentiasa digantung di pejabat sebagai dokumen rasmi bukti pengurusan
sekolah.

5.2.7 Guru-guru perlu membuktikan bahawa sekolah kita adalah lebih baik dari sekolah lain.

5.2.8 JKM akan dipantau oleh pelawat yang datang ke sekolah.

5.2.9 Pengurusan JKM ini perlu dimurnikan dalam kadar yang segera.

5.3 KWAMP

5.3.1 Data murid yang menerima bantuan KWAMP akan diambil terus dari APDM.

5.3.2 Oleh itu guru kelas perlu memurnikan data dalam APDM bagi mengelakkan murid teraniaya.

5.3.3 Jika ibubapa atau penjaga murid mempunyai slip gaji, guru kelas perlu meminta untuk simpanan.

5.3.4 Jumlah pendapatan adalah berdasarkan gaji kasar ibubapa atau penjaga murid.

5.3.5 Syarat layak menerima KWAMP adalah seperti berikut:

Pendapatan : RM700 ke bawah Perkapita: RM250

5.3.6 Semua ibubapa atau penjaga yang berkerja sebagai penjawat awam, murid tersebut tidak layak
menerima bantuan KWAMP.

5.4 RMT

5.4.1 Seperti KWAMP, pemilihan murid layak menerima RMT juga adalah berdasarkan data murid dari
dalam APDM. Tiada lagi borang yang perlu diisi oleh ibubapa atau penjaga murid.

5.4.2 Sebagai Setiausaha Unit RMT, Ustaz Hasif membentangkan laporan RMT pada tahun 2017.

Tahap 1: 402 orang murid


MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
Tahap 2: 454 orang murid

5.4.3 Setiap minggu, guru bertugas RMT perlu mengisi laporan RMT dan laporan tersebut akan
disimpan di dalam fail.

5.4.4 Beliau juga menjelaskan mengenai isu yang dihadapi berkenaan menu RMT. Pengusaha kantin
menyediakan menu RMT yang tidak bertepatan dengan menu yang disarankan oleh pihak KPM.

5.4.5 Beliau juga mencadangkan agar pengusaha kantin atau pihak sekolah menambah kaunter RMT
bagi memastikan semua murid yang menerima RMT sempat mendapat makanan dan minuman semasa
waktu rehat.

5.4.6 Cikgu Amer memberitahu bahawa beliau akan berbincang dengan pengusaha kantin mengenai
isu-isu yang dikemukakan.

5.4.7 Beliau juga mengingatkan agar guru kelas menandakan pilihan bantuan RMT dalam APDM bagi
murid yang menerima.

5.5 Disiplin

5.5.1 Cikgu Parmin selaku Ketua Guru Disiplin membentangkan laporan disiplin bagi tahun 2017.

5.5.2 Laporan aktiviti: Kursus kepimpinan tidak dapat dijalankan

5.5.3 Pemantauan disiplin murid secara menyeluruh dilakukan setiap minggu.

5.5.4 Unit Disiplin akan membuat Spot Check berdasarkan laporan Pengawas sekolah.

5.5.5 Kes lewat semakin berkurang berdasarkan analisis yang dibentangkan.

5.5.6 Bermula Jan-Sep, kesalahan disiplin menurun pada bulan September.

5.5.7 Berdasarkan laporan, 50% murid Tahun 5 merupakan penyumbang kepada salah laku disiplin.

5.5.8 89% kes ringan, 9% kes berat manakala 2% kes sederhana yang dilakukan oleh murid bagi tahun
2017.

5.5.9 Kesalahan tertinggi dengan peratusan 30% adalah kesalahan ponteng sekolah.

5.5.10 Terdapat 3 geng yang diketuai oleh murid Tahun 5.

5.5.11 Guru sesi petang perlu hadir awal ke sekolah sekiranya sesi persekolahan dilakukan hanya pada
waktu pagi untuk mengawal murid sesi petang.

5.5.12 Guru diminta untuk bertanggungjawab ke atas murid dan sekolah.

5.6 E-RKM

5.6.1 Rekod Kesihatan Murid telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada E-RKM.

5.6.2 Bengkel khas akan diadakan untuk menjelaskan tentang cara pengisian E-RKM.

5.6.3 Guru Tahun 1 2018 perlu peka mengenai pengisian portal ini.
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
5.7 Pengurusan Murid Tahun 6

5.7.1 Bulan Oktober merupakan tarikh pendaftaran untuk ke Tingkatan 1.

5.7.2 Sijil tamat persekolahan perlu dilengkapkan segera oleh guru kelas berkenaan.

5.7.3 Pengisian PAJSK perlu disegerakan sebelum pendaftaran ke Tingkatan 1.

5.7.4 Agihan murid ke SMK telah selesai dilakukan.

5.7.5 Jika murid ingin bertukar sekolah, ibubapa atau penjaga murid tersebut perlu berurusan di sekolah
yang telah ditempatkan mengikut prosedur yang ditetapkan.

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Cikgu Supinah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat makan murid sekurang-
kurangnya tikar getah agar murid dapat makan dengan selesa.

6.2 Cikgu Amer akan berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah untuk menambahbaik pengurusan
kantin untuk kebajikan murid.

6.3 Guru Bertugas Mingguan tidak mengemaskini dan tidak membuat laporan kehadiran guru dan murid.

6.4 Jadual Guru Ganti akan dikemaskini di dalam Whatsapp Group guru pagi.

6.5 Guru Besar: Jika guru tidak dapat hadir bertugas, guru tersebut perlu memaklumkan lebih awal bagi
memudahkan penyediaan guru ganti.

6.6 PAJSK: terdapat 3 kelas yang lengkap pengisian markah 100%.

6.7 Guru Besar: Beliau akan memantau pengisian PAJSK setiap hari.

6.8 Unit Kesihatan: Wabak AEDES dan Denggi semakin meruncing. Oleh itu, pihak kesihatan daerah
akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah perlu terlebih dahulu mengadakan aktiviti
membanteras wabak ini. Ia adalah tanggungjawab bersama.
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 2017
7.0 Penutup

Pengerusi memohon maaf sekiranya ada perkataan yang mengguris hati guru-guru dan beliau
menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menjatuhkan maruah mana-mana guru. Beliau
mengakhiri mesyuarat dengan slogan sekolah “Berfikiran Positif, Buat yang Terbaik”.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12:30 tengahari.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh

(CIK WELMINA BINTI HUSSIN) (ENCIK AMER BIN MARZUKI)

SETIAUSAHA 1 PENOLONG KANAN

HAL EHWAL MURID HAL EHWAL MURID

SK BANGAU-BANGAU SEMPORNA. SK BANGAU-BANGAU SEMPORNA.

Disahkan Oleh,

__________________________________

(TUAN HAJI ABDUL SALLEH BIN MUSA)

GURU BESAR

SK BANGAU-BANGAU SEMPORNA

You might also like