Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

AYAT MAJMUK PANCANGAN

Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa

ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk (Nik

Safiah Karim. et al. 2010). Menurut Tatabahasa dewan (2010) terdapat tiga jenis ayat majmuk

pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang

dipancangkan iaitu ayat relatif, ayat komplemen, ayat keterangan.

Sementara Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am (2005) pula menyatakan bahawa

ayat majmuk pancangan menggabungkan dua atau lebih klausa yang tidak sama taraf. Dalam

ayat, terdapat klausa utama dan klausa pancangan. Klausa pancangan dipancangkan iaitu

disisipkan ke dalam klausa utama. Terdapat tiga jenis klausa kecil yang dipancangkan ke dalam

klausa utama iaitu klausa relatif, klausa komplemen dan klausa adverba (keterangan).

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini
bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atauayat
utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil
dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan
seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam
bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan


Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan
Ayat relatif ialah ayat Ayat majmuk komplemen Ayat majmuk keterangan
yang ditandai dengan ialah ayat utama yang ialah ayat majmuk yang
penggunaan perkataan dipancangkan dengan ayat terdiri daripada satu ayat
yang seperti contoh di kecil yang seterusnya utama dan satu atau lebih
bawah: menjadi komplemen ayat kecil yang bertugas
1) Kanak- kepada ayat. Ayat sebagai keterangan
kanak yangcedera itu komplemen dapat dibentuk kepada predikat.
rupa-rupanya anak dengan menggunakan Contoh:
Leman. kata Pemain hoki negara
hubung bahawa atauyang. gagal kerana tidak
(2) Kanak-kanak itu rupa- bersedia.
rupanya anak Pak Leman Contoh: Ayat kecil dalam ayat
1.Bahawa mancis api telah majmuk keterangan
(3) Kanak-kanak itu kebakaran menerangkan kata kerja
menyebabkan
cedera itu. dalam ayat utama,
iaituPemain hoki negara
Ayat (3) telah 2.Bahawa pembuangan gagal Ayat majmuk
dipancangkan puntung rokok merata-rata keterangan dibina untuk
kepadasubjek ayat telah menyebabkan pelbagai tujuan dengan
utama dan dijadikan ayat kebakaran. menggunakan kata
kecildengan hubung yang tertentu.
menggugurkan ``kanak- -kerana, oleh, sebab,
kanak itu'' dan lantaran, hingga sehingga,
menggunakan kata jika, kalau, sekiranya,
hubung yang. andainya, setelah, tatkala,
sementara, ketika, sambil,
agar, supaya, kalau-kalau,
untuk, bagi, demi, dengan,
sungguhpun, walaupun,
meskipun, sekalipun,
seperti, bagai, macam,
bak, umpam

8.3 Ayat Majmuk Pancangan

Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau
ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

a. Ayat Relatif
Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat
kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.
Contohnya:
i. Budak yang menangis itu sudah diberi makan.

Budak itu menangis. (Ayat kecil)
b. Ayat Komplemen
Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa
komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan
demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.
Contohnya:
i. Bahawa saya bersalah memanglah saya akui.
(KK sebagai subjek)
ii. Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di
UIA. (KK sebagai objek)
iii. Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah
(KK sebagai unsur predikat)

c. Ayat Keterangan
Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai
keterangan predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah
ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun.

Contoh:

i. Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)

ii. Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)

iii. Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah. (Keterangan pertentangan)

iv. Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan)

6.2 Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi
sebahagian daripada ayat induk itu.

a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif


i) Saya membeli baju yang berwarna hitam.
ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu.

b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.
ii) Murid itu pulang untuk membaca buku.

c) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


i) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
ii) Anak itu menangis kerana ia lapar.
BIBLIOGRAFI

https://www.slideshare.net/fadhliacr/ayat-majmuk-16310949

You might also like