Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

Daya Tahan Kardiovaskular


Merupakan keupayaan bersenam dalam masa yang agak panjang. Sistem pengaliran darah
dan pernafasan membekalkan ‘bahan api’ iaitu oksigen ke otot-otot yang bekerja dan
mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal yang berterusan. Komponen ini
melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.

Daya Tahan Otot


Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya
berulang-ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa kali perubahan bagi mengatasi
rintangan atau bebanan. Atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka
masa yang panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa
yang panjang pada intensiti yang rendah

Kekuatan Otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot
menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang
melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Pertambahan
meneruskan suatu aktiviti dalam tahap yang tinggi

Kelenturan / Kelembutan / Fleksibiliti


Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya.
Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada
berlakunya kecederaan pada bahagiansendi dan otot.. Jugalah keupayaan untuk
menggunakan sendi-sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan (range of motion).

Komposisi Badan
Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot dan tulang-tulang.
Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan berbanding
dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan
menimbulkan masalah kegemukan (obesity). Peratusan lemak dalam badan merupakan
petunjuk bagi kesihatan individu
komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR


Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan tubuh badan individu bekerja dalam
masa yang lama. Kemampuan ini berdasarkan kepada keberkesanan jantung, paru-paru
dan saluran darah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan. Aktiviti yang boleh
meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah senamrobik, ujian berlari 12 minit dan ujian
berbasikal 3.2 km. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik.
Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang, ia boleh diambil berdasarkan kadar
nadi rehat.

sangat cergas >>>>> bawah 50 denyutan seminit


cergas >>>>> 51 -69 denyutan seminit
sederhana >>>>> 70 -80 denyutan seminit
tidak cergas >>>>> lebih daripada 80 denyutan seminit.

DAYA TAHAN OTOT


Daya tahan otot ialah kemampuan otot mengecut berulang kali dalam jangka masa yang
lama. Contohnya berjalan, berlari atau menaiki tangga. Bagi mengukur daya tahan otot,
aktiviti yang boleh dilakukan ialah lompat dekam (untuk mengukur daya tahan otot kaki).

KEKUATAN OTOT
Kekuatan otot ialah keupayaan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi halangan.
Contohnya ketika beradu gusti lengan dengan rakan sebaya. Lengan rakan bertindak
sebagai halangan atau daya yang mesti diatasi. Aktiviti tersebut memerlukan kekuatan otot.
Aktiviti lain yang berkait rapat dengan kekuatan otot seperti mendagu.

KELENTURAN / Fleksibiliti
Kelenturan membantu tubuh badan kita untuk bergerak lancar tanpa merasa kekok.
Kelenturan yang baik ialah apabila sendi-sendi boleh bergerak pada jarak yang maksimum.
Secara ringkasnya boleh dikatakan tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh
mungkin. Ini dapat dilihat melalui aktiviti menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan
lutut.

KOMPOSISI TUBUH BADAN


Komposisi tubuh badan berkait dengan kandungan lemak dalam tubuh. Jika sesorang
individu itu aktif dalam kegiatan fizikal, kandungan lemak dalam tubuh badannya akan
berkurang. Kandungan lemak yang wajar untuk tubuh badan seseorang perempuan ialah
antara 20% hingga 25%. Manakala bagi lelaki antara 12% hingga 17%.

You might also like