Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT DIALOG PRESTASI 6/2018

SK NANGA MEDAMIT, LIMBANG

Tarikh : 17 Oktober 2018


Masa : 1.45 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Nanga Medamit

Kehadiran :

1. Imban Anak Geruna


2. Robert Udan Jabu
3. Stanley Laja Anak Jimbau
4. Wahed Bin Kamis
5. Alex Baru Pengiran
6. Enid Akep Roland
7. Georgina Anak Chabu
8. Josephine Binti Nan
9. Kenneth Anak Guyai
10. Mohd Ridhwan Bin Jumari
11. Mohd Ubaidillah Bin Mohd Khairi
12. Mohd Wahyudin Bin Samingan
13. Suhaila Binti Jais
14. Marylyn Anak Stanley Luat
15. Dayang Salbiah Binti Suman
16. Eileen P. Moinjil
17. Erin Buja
18. Jafrezyn bin Sapar
19. Jauyah binti Samat
20. Jennifer Usun Kalang
21. Salmah binti Mail
22. Dullytha Anak Doming
23. Alex Baru Pengiran
24. Asmat Syafiqah Binti Faudzi
25. Norazmi Bin Hamin
26. Ricky Racha Anak Andreas Etong
27. Azli Bin Ramli
28. Azlan Bin Salleh
29. Amat Anak Santeh

1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

1.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana hadir ke
dialog prestasi ke enam.
1.2 Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada semua staf yang telah
melaksanakan tugas sepanjang 9 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan
bahawa penilaian untuk PBPP akan dilaksanakan, oleh itu semua saranan dalam
keberhasilan perlu dicetak dan didokumentasikan.
1.3 Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Robert Udan Jabu kerana telah menamatkan kursus NPQEL.
1.4 Guru juga dimaklumkan untuk berjumpa dengan pegawai penilai bersama
borang keberhasilan.
1.5 Selain itu, Ujian Akhir Tahun akan dilaksanakan pada 29 Oktober 2018 hingga 1
November 2018, diharapkan agar guru mata pelajaran dapat menyediakan kertas
soalan.
1.6 Mesyuarat kewangan akan diadakan pada minggu hadapan yang akan membuat
rumusan perbelanjaan yang terkini.
1.7 Guru Besar turut memaklumkan bahawa Puan Hajah Salmah binti Mail akan
mengambil alih pengurusan kewangan sekolah dan mesyuarat kewangan perlu
dibuat sekurang-kurangnya 5 kali serta buku tunai akan dipantau oleh Penolong
Kanan Pentadbiran dari masa ke semasa.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat (Maklum Balas Rumusan Dialog Prestasi 5/2018)

2.1 Maklum balas rumusan dibincangkan semula dan semua semua guru
memberikan respon masing-masing.
2.2 Minit disahkan oleh Puan Erin anak Buja dan disokong oleh Cik Suhaila Jais

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Rumusan aktiviti kokurikulum perlu disediakan oleh guru penasihat unit
beruniform, kelab serta sukan dan permainan.
3.2 Jaket keselamatan belum mencukupi untuk semua murid dan bagi murid yang
sudah dipinjamkan jaket perlu diletakkan di satu lokasi bagi memudahkan murid.

4.0 Laporan Penolong Kanan Pentadbiran

4.1 Cikgu Robert mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
menggantikan tugas beliau semasa beliau berkursus serta kepada semua
setiausaha yang telah menyiapkan dokumentasi.
4.2 Cikgu Robert Udan Jabu juga memaklumkan sepanjang minggu peperiksaan
semua aktiviti kokurikulum akan dibatalkan dan suasana minggu peperiksaan
mestilah seperti peperiksaan sebenar.
4.3 Selain itu, Cikgu Robert turut menyatakan bahawa murid akan balik mengikut
jadual peperiksaan dan mohon maklumkan kepada pihak dapur bagi
memudahkan penyediaan makanan murid.
4.4 Selepas ujian akhir tahun guru-guru perlu membuat perbincangan dan
pembetulan bersama murid.
4.5 Guru-guru perlu membawa buku persediaan mengajar semasa penilaian PBPP.
5.0 Laporan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5.1 Cikgu Stanley Laja memaklumkan bahawa beberapa aktiviti asrama yang
dirancang tertangguh kerana sebab-sebab tertentu manakala aktiviti makan
beradab tidak apat dilaksanakan.
5.2 Selain itu, PK Hal Ehwal Murid turut memaklumkan pada tahun ini kes
kecederaan dalam kalangan murid adalah 0%.

6.0 Laporan Penolong Kanan Kokurikulum

6.1 Cikgu Wahed bin Kamis memaklumkan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam
masa terdekat ialah Rentas Desa dan Karnival Sukan Sekolah dan PIBG iaitu
pada 13 hingga 15 November 2018.
6.2 Jawatankuasa bagi Rentas desa telah disediakan secara berasingan.
6.3 Semua murid terlibat dalam aktiviti ini dan mereka telah diedarkan kad Rentas
Desa.
6.4 Pengisian PAJSK bagi murid tahun 6 hanya boleh disi sehingga bulan Oktober
sahaja manakala murid tahun 4 dan 5 boleh diisi sehingga Disember.
6.5 Guru Besar memaklumkan guru perlu memastikan kelayakan umur murid untuk
menyertai acara yang dipertandingkan.
6.6 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas perancangan aktiviti tersebut.

7.0 Hal-hal lain

7.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada unit pengurusan asrama kerana
telah menambah baik kualiti makanan bagi murid Tahun 6 sepanjang persediaan
UPSR yang lalu.
7.2 Borang STU sila kembalikan secepat mungkin bagi yang telah mengisinya.
7.3 Pengisian SKPMG perlu diisi sebelum 9 November dan pengemaskinian
E-Operasi perlu dibuat sebelum hujung bulan ini.
7.4 Cikgu Robert Udan Jabu memaklumkan Program menggapai bintang murid yang
lemah bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada
20/10.

8.0 Ucapan Penangguhan

8.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kerana telah hadir ke dialog prestasi yang
keenam. Semoga semua staf dapat meneruskan tugas dengan baik.
Disediakan oleh, Tarikh : 22 Oktober 2018

____________________________
(JOSEPHINE BINTI NAN)
Setiausaha Dialog Prestasi
SK Nanga Medamit, Limbang

Disahkan oleh, Tarikh : 22 Oktober 2018

___________________________
(EN.IMBAN ANAK GERUNA)
Guru Besar
SK Nanga Medamit, Limbang

You might also like