HBML3103 Tugasan Mei 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

PENGENALAN

Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan 'komponen' dan 'kesusasteraan


Melayu' .Komsas ialah komponen penting dalarn subjek Bahasa Melayu. Dua waktu dalam
seminggu. telah memperuntukkan bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran komsas
dalarn subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003.

“...KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan di samping


mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan
penghayatan”.
(Nadzeri Isa:2008)

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana dalam peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bahan sastera ialah pilihan
utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikan-
petikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-
soalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai
kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih,
memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang
bernas dan bahasa yang baik. Oleh itu dapat dilihat bahawa bahan sastera sememangnya
penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana banyak faedah diperoleh
daripada bahan-bahan tersebut.

1.0 Pendidikan KOMSAS Dalam Konteks Pendidikan Negara

KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan membentuk serta


memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Jelasnya, KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan
melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan.

Dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak
56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000. Kementerian Pendidikan
telah memperuntukan waktu yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan
menetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari aspek bahasa dan dua waktu
1
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

lagi untuk Komsas. Setiap orang pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima
tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sebuah jawatankuasa khas
ditubuhkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi tujuan memilih karya sastera dengan
mengambil kira beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik, serta
aspek gaya bahasa. Judul teks yang terpilih dimasukkan dalam senarai buku teks yang
diedarkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Hasrat menerapkan pembelajaran sastera dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah
untuk membolehkan pelajar meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre
sastera, iaitu novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi
tradisional. Seterusnya pelajar-pelajar berupaya mengenal dan menggunakan disiplin
instrinsik sastera di samping menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera
yang dibaca untuk dijadikan ikhtibar dan panduan hidup (Huraian dan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tingkatan Empat 2000). Antara nilai murni dan pengajaran penting yang
dititikberatkan ialah perpaduan kaum yang menjadi matlamat dan objektif pengajaran
Komsas.
Objektif tersebut dipercayai akan tercapai memandangkan Komsas dipelajari oleh
semua pelajar sekolah rendah Darjah 4, 5 dan 6, selain pelajar sekolah menengah Tingkatan 1
sehingga 5. Kesemua mereka mendapat pendedahan asas tentang sastera Melayu, tanpa
mengira kaum, agama, budaya dan aliran akademik. Ini bererti Komsas merupakan mata
pelajaran yang merentasi kurikulum dan ia adalah multidisiplin. Sifat tersebut membolehkan
Komsas memainkan peranannya sebagai jambatan perpaduan kaum.
Pengajaran Pembelajaran KOMSAS juga diharapkan akan dapat menyokong teras
pembentukan individu,terutama dari segi pemupukan ilmu,kemahiran dan menilai yang
berkaitan dengan aspek intelek dan emosi.Penerapan elemen-elemen ini mampu menjadikan
pelajar insan yang berfikiran tentang kebaikan,kehalusan budi pekerti,kesatuan
berbahasa,kecekalan hati,keindahan seni dan kebenaran,dan seterusnya menghargai
kehidupan dan nilai kemanusiaan.
Terdapat banyak teks Komsas yang digunakan sebagai bahan pengajaran pembelajaran
di sekolah-sekolah pada masa kini. Kesemua teks ini mengandungi unsur-unsur pembentukan
kemenjadian para pelajar. Di antara teks yang digunakan di sekolah menengah untuk pelajar
Tingkatan 2 ialah cerpen yang bertajuk MAMA yang ditulis oleh Mahaya Mohd. Yassin.
Cerpen ini dimuatkan dalam teks antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.

2
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

Cerpen ini mengisahkan seorang ibu yang tabah dan sabar walupun dia sakit namun dia tetap
mahu menunaikan kewajipannya sebagai seorang ibu,isteri dan pekerja. Dia juga seorang ibu
yang taaat akan perintah Allah yang terbukti apabila dia ditemui oleh anak-anaknya masih
dalam keadaan sujud dan tidak bangun-bangun di tikar sembahyang.

1.1 SISTEM BAHASA


Sistem bahasa ialah satu lagi kompenan yang berkait rapat dengan kemahiran berbahasa.
Penguasaan kesemua aspek sistem bahasa akan membolehkan seseorang menggunakan
bahasa secara tepat dan lancer seperti penutur jati bahasa tersebut. Aspek dalam sistem
bahasa adalah :
1. Tatabahasa
2. Sistem ejaan
3. Sebutan serta intonasi
4. Kosa kata
5. Peribahasa

1.1.1 TATABAHASA
Tatabahasa ialah bidang ilmu yang membincangkan peraturan dan ketetapan
dalam penggunaan sesuatu bahasa. Peraturan ini meliputi aspek kata dan
ayat.Tatabahasa terbahagi kepada morfologi dan sintaksis.
Penggunaan tatabahasa dalam cerpen MAMA mudah dan bersesuaian dengan
aras penerimaan pelajar dan mampu menambah atau memperkayakan penguasaan
kosa kata pelajar-pelajar Tingkatan 2. Banyak aspek tatabahasa yang boleh
diberikan penekanan kepada pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS. Salah satu daripadanya ialah kata kerja. Banyak kata kerja yang boleh
dipetik daripada cerpen MAMA ini.Antaranya ialah mengentap, makan, menyeka,
membasuh,tersenyum,berkemas,mengambil,menjahit,melihat,menyampuk,
menyiapkan, membaca,serta menulis.
Selain daripada itu penggunanaan kata ganda juga merupakan salah satu aspek
tatabahasa yang agak penting. Dalam cerpen MAMA terdapat beberapa kata ganda
digunakan. Di antaranya perlahan-lahan, berkerut-kerut, mencucuk-cucuk,benar-
benar, lama-lama, mudah-mudahan,menggaru-garu, sekali-sekala, tengok-tengokkan.

3
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

Penggunaan ayat dalam teks ini juga mudah dan bersesuaian dengan tahap
kemahiran pelajar Tingkatan 2. Pelbagai ragam ayat yang dipaparkan dalam cerpen
ini yang boleh memperkukuhkan jalan ceritanya. Contoh penggunaan ayat yang
boleh didapati dalam cerpen ini seperti :
Ayat pendek
i. Hampir sebaya.
ii. Mama berdoa.
iii. Mama rela.

Ayat panjang
i. Dalam kesakitan itu, Mama membayangkan sebentar lagi
anak-anaknya,Akhbar,Mokthar dan Bakhtir akan pulang
dari sekolah.
ii. Sejak lima tahun bekerja pada sebelah pagi di
rumahnya,Mama tidak pernah mendengar apa-apa yang
tidak baik atau pertengkaran di antara mereka.
iii. Ketika Mama beredar dengan membawa ubat-
ubatnya,Cik Puan Mona mula menarik kerusi lalu duduk.

1.1.2 SISTEM EJAAN


Sistem ejaan yang digunakan dalam bahasa Melayu di Negara ini berdasarkan
sisitem ejaan baru yang telah digunakan sejak tahun 1972. Penggunaan ejaan dalam teks
Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa adalah berdasrkan ejaan baru tersebut. System ejaan
yang bersesuaian dan mudah difahami oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2.
1.1.3 SEBUTAN DAN INTONASI
Sebutan Bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku 1985.
Sistem sebutan baku dibentuk bagi menyeragamkan sebutan berdasarkan loghat dan
dialek negeri yang berbeza antara satu dengan lain.Semasa membaca syair pelajar
mengaplikasikan sebutan dan intonasi serta irama pada bahan sastera tersebut. Sebutan
dan alunan intonasi yang tepat akan menjadikan sesuatu bahan sastera yang dibaca itu
menarik dan mempesonakan. Begitu juga dengan cerpen, sekiranya cerpen dibaca
dengansebutan dan intonasi yang baik sudah pasti ia lebih menarik.
1.1.4 KOSA KATA

4
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

Kosa kata bermaksud perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang mempunyai


mempunyai fungsi tertentu dalam kemahiran berbahasa.Di antara kosa kata yang
digunakan dalam cerpen MAMA ialah : lebih berbahang,melerek, jalan rentas, melayan
serta mendirikan.
1.1.5 PERIBAHASA
Peribahasa ialah susunan bahasa yang indah,digubah berdasarkan kehidupan
seharian masyarakat Melayu Tradisional.Gaya bahasa yang menarik serta panduan yang
tersurat dan tersirat dalamnya menjadikan peribahasa sangat relevan dengan penampilan
budaya dan jati diri Bahasa Melayu.
Terdapat juga penggunaan peribahasa dalam ccerpen MAMA seperti:
i. Baik hati
ii. Terhutang budi
iii.
1.2 SENI BAHASA / GAYA BAHASA
Gaya bahasa adalah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Terdapat pelbagai gaya bahasa yang
digunakan dalam Cerpen MAMA. Di antaranya ialah:

1.2.1 Simile

Simile merupakan perjumpaan sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata “seperti”


“bagai,’’umpama” dan “macam”. Gaya bahasa ini terdapat dalam Cerpen MAMA
contohnya:

 Padan sekali-sekala kakak rasa bagaikan dicucuk-cucuk sakitnya.

 Degup jantungnya terasa kuat bagai bunyi gendang di pentas hiburan.

1.2.2 Personafikasi

Personafikasi ialah pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu


benda,binatang,tumbuh-tumbuhan,keadaan atau peristiwa.

Personanfikasi juga terdapat penggunaannya dalam cerpen MAMA oleh Mahaya Mohd
Yassin.Di antaranya ialah :

 Bahang api dan sakit dadanya yang galak mencucuk-cucuk membuatkan


mukanya terasa lebih berbahang.

1.3 Nilai

5
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

Dalam cerpen MAMA,diterapkan nilai seperti:

a. Kasih sayang. Contohnya:

Dia tahu sayangnya kepada Mama bagai sayangkan kakak sendiri.

b. Bertanggungjawab. Contohnya:

Mama bertambah riang menjalankan kerjanya. Hatinya rasa terhibur dapat berbakti
kepada suami dan ank-anaknya.

c. Bersyukur . Contohnya:

Mama terlalu terhutang budi. Mama terlalu bersyukur.

d. Tabah dan sabar. Contohnya:

Mama memohon petunjuk dan keredhaan Allah. Mama perlu yakin, sabar dan tabah.

e. Bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Contohnya:

Kalau begitu kita kumpulkan wang dan hantar dia berubat di luar negara.

f. Bantu-membantu dan bekerjasama. Contohnya :

Setiap malam ketiga-tiga orang anaknya bergilir-gilir mengikut Abah ke pasar


malam. Mereka membantu menyediakan minuman.
2.0 Ulasan Kajian Yang Berkaitan Komsas
“KOMSAS telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia mulai tahun 2001. Dalam hal ini, beberapa kajian telah
dijalankan berhubung tentang KOMSAS sama ada berkaitan dengan teks,
pelaksanaan, penilaian mahupun isu-isu berkaitan dengan
pelaksanaannya”.
(Nik Rafidah Nik Mohamad Affendi:2009)

KOMSAS ialah singkatan bagi istilah Komponen wajib Kesusteraan Melayu yang
merupakan sebahagian daripada subjek Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). KOMSAS merangkumi Puisi tradisional, puisi Moden, Prosa
Tradisional, Cerpen, Drama, dan Novel. Menerusi kajian literasi, terdapat masalah dan
kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sastera Melayu sehingga pelajar
berasa kurang berminat dalam mendalami ilmu sastera. Keadaan ini adalah disebabkan
oleh pelbagai faktor seperti corak pengajaran guru, bilik darjah dan kesukaran
membayangkan keadaan persekitaran yang dimaksudkan di dalam elemen sastera

6
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

tersebut. Senario ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan
pelajar menguasai ilmu sastera.

2.1 Tajuk Kajian


Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah:
Satu Tinjauan
2.2 Nama pengkaji : Mohd Rasdi bin Saamah

2.3 Institusi yang menjalankan kajian


Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

2.4 Kaedah Kajian


Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kes dan dilaksanakan dalam
bentuk tinjauan. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan memberikan gambaran
tentang aspek-aspek yang terdapat dalam objektif kajian ini serta dapat menjawab persoalan-
persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, minat
pelajar terhadap Komsas dan strategi digunakan dalam pengajaran Komsas.

2.5 Responden kajian


Subjek kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah
menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah:
1. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Pasir Mas, Kelantan.
3. Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.
Subjek kajian diambil berdasarkan kaedah purposeful sampling (Miles &
Huberman 1984) iaitu semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
Tingkatan 4 dan 5 di ketiga-tiga buah sekolah berkenaan diambil sebagai subjek kajian.
Pemilihan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang lebih jelas kerana semua
subjek kajian terlibat dengan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.6 Bahan kajian :


Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana alat ini
mampu memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan
7
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

dengan alat pungutan data yang lain (Musa Daia 1987; Bergam 1989; Mohd Jonit
Johari 1994). Selain itu soal selidik juga digunakan kerana alat ini dapat
menjimatkan masa dan belanja (Cates; Mohd Majid Konting 1990). Soal selidik
kajian ini merupakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Bahagian A
Maklumat latar belakang guru dari segi jantina, taraf pendidikan akademik dan
pengkhususan, dan pengalaman mengajar Bahasa Melayu.
Bahagian B
a) Mengandungi item-item yang berkaitan dengan persepsi guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan Komsas menggunakan Skala Likert 5 mata 8 dengan skala
1. Sangat Tidak Setuju,
2. Tidak Bersetuju,
3. Tidak pasti,
4. Bersetuju
5. Sangat Bersetuju.

b) Mengandungi item-item berhubung dengan persediaan guru-guru Bahasa Melayu dalam


pengajaran Komsas, persepsi guru terhadap minat pelajar dalam pengajaran Komsas, strategi
guru dalam pengajaran Komsas, minat guru terhadap pengajaran Komsas, peruntukan waktu
mengajar Komsas, kursus pendedahan tentang pelaksanaan Komsas dan kesesuaian
kandungan tersebut kepada guru-guru yang menghadirinya.Data kajian akan dianalisis secara
deskriptif dengan menggunakan analisis frekuensi dan peratus berdasarkan item-item yang
diberikan dalam soal selidik berkenaan iaitu latar belakang guru, persepsi guru terhadap
pelaksanaan Komsas, persediaan guru, minat pelajar dan strategi pengajaran guru dalam
pengajaran Komsas. Segala dapatan yang dianalisis akan dihuraikan bagi memperjelaskan
lagi objektif serta persoalan kajian ini.

2.7 Dapatan kajian


Kajian ini melibatkan 30 orang populasi guru Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa
Melayu Tingkatan 4 dan 5 di 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ibrahim 2 yang kesemuanya terletak di sekitar bandar Pasir Mas, Kelantan.

8
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

2.7.1 Maklumat latar diri


9 orang daripada 30 orang guru tersebut adalah lelaki dan 21 orang adalah perempuan.
21 orang berkelulusan Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan, 8 orang berkelulusan
Sarjana Muda Pendidikan dan seorang mempunyai Diploma atau sijil Perguruan. 40%
daripada mereka mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada sepuluh tahun,26.7%
mempunyai pengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun,6.7% berpengalaman selama 3
hingga 5 tahun dan 26.7% berpengalaman kurang daripada 3 tahun. 23.3% daripada 30 orang
guru yang menjadi subjek kajian tidak berlatar belakangkan Bahasa Melayu dan Sastera. 2
orang dari bidang Ekonomi atau Perdagangan dan masing-masing seorang daripada bidang
Sains Kemasyarakatan,Komunikasi,Psikologi,Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan
Pendidikan Jasmani. Ini bermakna 23 orang daripada mereka mempunyai asa Bahasa Melayu
dan Sastera.Mereka yang tidak berlatar belakang Bahasa Melayu,mengajar Bahasa Melayu
kerana kekurangan guru Bahasa Melayu.

2.7.2 Persediaan Guru-guru BM Dalam Pengajaran Komsas


Kajian ini mendapati semua subjek kajian (30 orang) bersetuju (Skala Agak Setuju,
Setuju dan Sangat Setuju) dengan item yang menyatakan mereka mengkaji dan membaca
terlebih dahulu semua teks Komsas sebelum mereka mengajar mata pelajaran tersebut.
Semua subjek kajian juga bersetuju dengan item yang menyatakan mereka merujuk buku-
buku lain selain teks Komsas demi untuk melengkapkan pengetahuan mereka dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan Komsas. Manakala dalam item yang menyatakan
sama ada mereka banyak menggunakan buku ulasan-kajian, seramai 20 orang guru bersetuju
dan 10 orang lagi tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 24 orang guru
bersetuju yang mereka menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran Komsas dan
selebihnya 6 orang tidak bersetuju. Namun demikian, meskipun kebanyakan mereka
bersetuju dengan item-item di atas tetapi 26 orang daripada mereka bersetuju dengan
pernyataan Komsas merupakan beban baru bagi guru-guru Bahasa Melayu. Peratus tersebut
juga sama dengan peratus persetujuan mereka yang menyatakan mereka terpaksa mengejar
sukatan pelajaran. Keadaan ini ada hubungannya dengan pernyataan yang mana 83.3%
daripada subjek kajian berpendapat peruntukan waktu mengajar Komsas tidak mencukupi.

2.7.3 Persepsi Guru Terhadap Minat Pelajar

9
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

Kajian ini menunjukkan bahawa 90.0% guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar


mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam Komsas. Manakala 90.0% guru
bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana Komsas termasuk dalam
peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain itu 73.3% daripada mereka bersetuju bahawa
pelajar-pelajar yang mereka ajar tidak berminat kepada Komsas. Bagi item yang menyatakan
Komsas membosankan, seramai 56.6% guru bersetuju dengan pernyataan tersebut
berdasarkan pengalaman mereka di kelas masing-masing.

2.7.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Komsas


Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh subjek kajian dalam
kajian ini nampaknya masih lebih bermirip kepada pedagogi yang ‘tradisional’. Guru masih
lagi mengarahkan pelajar membaca buku teks dan diikuti dengan penerangan. Lebih malang
lagi penggunaan buku ulasan Komsas turut digunakan dalam strategi tersebut. Penggunaan
kaedah pengajaran yang lebih dinamik seperti aktiviti kumpulan dan pengajaran kaedah
bestari masih berada pada tahap yang tidak memuaskan iaitu masing-masing 50% dan 53.3%
sahaja subjek kajian yang menggunakannya. Guru sepatutnya membawa alat bantu mengajar
bagi menjadikan pengajaran Komsas lebih menarik dengan pedagogi yang sesuai. Dalam
konteks ini, Prof. Tan Sri Datuk Awang Had Salleh ketika merasmikan Seminar Pedagogi
Sastera 2001, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka menegaskan, “Pedagogi akan menjadikan
pelajaran kesusasteraan amat memikat serta dapat diterapkan dengan lebih cepat serta
berkesan. Jika pendekatan pelajaran kesusasteraan tanpa pedagogi disogokkan kepada
pelajar, ia akan melemahkan matlamat mata pelajaran itu sendiri kerana penerimaan pelajar
menjadi agak lemah” (Utusan Malaysia, 16 Jun 2001).

2.7.5 Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas


Kajian ini mendapati 18 subjek yang dikaji berminat mengajar Komsas iaitu 12 orang
berminat kerana memang mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera dan 6 orang
berminat walaupun sastera bukan pengkhususan mereka. Selebihnya 5 orang guru hanya
berminat mengajar Bahasa Melayu tanpa Komsas, manakala 7 orang tidak berminat langsung
kerana sastera terlalu asing bagi mereka. Didapati 7 orang daripada 30 orang guru Bahasa
Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan
sastera. Peratusan 23.3% dari kalangan guru yang menganggap sastera terlalu asing bagi

10
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

mereka tetapi diberi tugas mengajar Bahasa Melayu, ada hubungannya dengan peratusan
mereka yang tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera tersebut.
Faktor masa juga menjadi punca guru kurang berminat kerana 25 orang (83.3%)
menyatakan peruntukan masa tidak mencukupi. Kandungan Komsas dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu terlalu banyak untuk diajar oleh guru Bahasa Melayu sedangkan masa yang
ditetapkan cuma 2 waktu sahaja seminggu.
Dalam kajian ini, mendapati seramai 14 orang guru tidak pernah menghadiri kursus
pendedahan Komsas. Seramai 5 orang sahaja yang pernah menghadiri kursus di peringkat
sekolah, hanya 1 orang menghadiri kursus peringkat PKG/Zon, 4 orang menghadiri kursus di
peringkat PPD dan 6 orang yang pernah menghadiri kursus di peringkat JPN. Enam orang
yang pernah menghadiri kursus di peringkat Jabatan Pendidikan ini terdiri daripada ketua-
ketua bidang dan ketua-ketua panitia di ketigatiga sekolah berkenaan.
Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
memerlukan pendedahan yang menyeluruh kepada semua guru Bahasa Melayu di sekolah.
Pada peringkat awal pelaksanaan atau sebelum pelaksanaannya, Guru Kanan Mata Pelajaran
(Ketua Bidang) Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu dihantar berkursus di peringkat
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pendedahan tersebut. Guru-guru berkenaan
kemudiannya akan balik ke sekolah masing-masing dan memberikan pendedahan kepada ahli
panitia masing-masing melalui kursus dalaman (inhouse training). Dengan ini semua guru
Bahasa Melayu mendapat pendedahan secara menyeluruh di samping kursus-kursus lain yang
dianjurkan di peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
dari semasa ke semasa.

3.0 Rumusan
Matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi memupuk minat membaca
dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang
wajar. Sebagaimana yang dibincangkan terdahulu, banyak kajian telah membuktikan bahawa
sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa terutama sekali di Barat. Fauziah
(1999) memetik bahawa penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986),
Carter dan Long (1991), Sage(1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990), menyatakan
sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa
Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik

11
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi
semantic mahupun pragmatik. Justeru itu pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia amat kena pada masanya. Namun demikian
di sebalik pelaksanaannya timbul pula pelbagai masalah yang dihadapi pelajar serta guru.

4.0 Cadangan
Beberapa cadangan dianggap penting bagi mengatasi masalah atau isu-isu yang timbul
setelah Komsas dilaksanakan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian ini.
Antara cadangan-cadangan tersebut ialah.

1. Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah dikaji semula terutama sekali dalam
soal pemilihan genre novel dan cerpen. Pemilihan novel dan cerpen yang tidak bermutu boleh
menjejaskan objektif pelaksanaan Komsas itu sendiri.

2. Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan dengan


peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu. Misalnya pelajar
dikehendaki mempelajari 6 karya bagi genre cerpen, puisi moden (sajak) dan puisi tradisional
bagi semua tingkatan berbanding 3 bagi drama dan 4 bagi prosa tradisional. Adalah
dicadangkan semua genre tersebut diajar 3 tajuk sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan
guru terlalu mengejar Sukatan Pelajaran sehingga menjejaskan mutu pengajaran mereka.

3. Pihak berkenaan khususnya pihak PPD dan pentadbiran sekolah hendaklah memastikan
semua guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan yang secukupnya mengenai Komsas
melalui kursus, bengkel dan seminar secara serius dan memantau hasilnya selepas program
tersebut dilaksanakan.

4. Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang Komsas sebagai buku
pegangan yang mengandungi garis panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Ini bertujuan
untuk mengelakkan kekeliruan guru dalam mentafsirkan perbezaan antara pengajaran
Komsas dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu.

5. Pihak atasan sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan atau PPD hendaklah memastikan
pentadbir sekolah mengambil berat tentang pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran

12
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

Bahasa Melayu. Pengetua, Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang dan Ketua Panitia
hendaklah sama-sama memantau pengajaran guru kerana mata pelajaran Bahasa Melayu
menjadi penentu sama ada seseorang calon peperiksaan itu layak mendapat sijil atau tidak.

6. Bagi mengatasi masalah guru yang tidak berminat mengajar Komsas, pihak Jabatan
Pendidikan di setiap negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian hendaklah
mendapatkan statistik sebenar sekolah-sekolah yang kekurangan guru berpengkhususan BM
dan sastera. Unjuran mengenainya perlu dibuat dengan tepat dan dikemaskinikan pada setiap
masa bagi mengelakkan adanya guru-guru yang terpaksa mengajar Bahasa Melayu meskipun
mereka bukan mempunyai pengkhususan dalam bidang berkenaan.

7. Bagi meningkatkan minat semua pelajar, guru seharusnya sentiasa membuat persediaan
yang rapi dan kreatif. Panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan modul pengajaran Komsas
yang bersepadu bagi meningkatkan minat pelajar terhadap komponen ini. Pihak sekolah perlu
memberikan sokongan yang padu dalam soal penyediaan bahan-bahan pengajaran dan segala
perkaitannya yang melibatkan Komsas.

Penutup
Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini bertujuan agar Komponen
Wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan
dengan lebih sempurna dan benar-benar mencapai objektif asal perlaksanaannya. Walaupun
kajian ini tidak menggambarkan sepenuhnya populasi guru-guru Bahasa Melayu yang
mengajar di Tingkatan 4 dan 5 di seluruh negara, tetapi gambaran awal pola permasalahan
yang wujud di dalamnya adalah jelas dan boleh dianggap universal dalam situasi system
pendidikan negara kita sekarang. Sehubungan dengan itu diharapkan kajian ini akan menjadi
salah satu daripada kajian rintis yang berguna kepada guru-guru atau ahli-ahli akademik yang
berhasrat untuk membuat kajian tentang Komsas pada masa akan datang.

13
HBML3103 DARA BINTI KOTOT

700110135158002

RUJUKAN
Ali Mahmood Dr.,Mashudi Bahari(2007).HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu. Seri Kembangan,Selangor : Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Nazeri Isa Dr.2010. HBML 3103 Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Selangor

Darul Ehsan:

Saleh Ahmad,Rozizah Md. Dom.2009.Kupasan kajian Komsas Timulak kapal Perang dan

Antologi Seuntai kata Untuk Dirasa. Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia.1989. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Shukor Abdullah. 2000. (Kata Pengantar)Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan


Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin.1995. Perkaedahan Mengajar Bahasa. ( Edisi Kedua ). Cheras,

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

http://www.ujanailmu.com.my/pd_citra.cfm capaian 26 Jun 2010

http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf capaian 26.6.2010

http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Kajian_Komsas.pdf

capaian 26.6.2010

http://www.docstoc.com/docs/30943437/HBML3103-KOMPONEN-SASTERA-KOMSAS
capaian 26.6.2010

http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab%202.pdf
capaian 26.6.2010

http://www.scribd.com/doc/23242112/Gaya-Bahasa-Dalam-Komsas capaian pada 29 Jun 2010

14

You might also like