Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 101

Lesson Content

Printable Version

Course Topic

CIRI-CIRI PERLINDUNGAN TAKAFUL AM


Pendahuluan
B1.1 Pengenalan
B1.2 Ciri-Ciri Skim Takaful Am
KELAS-KELAS PERNIAGAAN TAKAFUL AM
Pengenalan
B2.1 Jenis-Jenis Perniagaan Takaful Am
B2.2 Takaful Motor
B2.3 Takaful Kebakaran
B2.4 Takaful Marin Dan Penerbangan
B2.5 Takaful Pelbagai
B2.6 Takaful Kejuruteraan
AMALAN TAKAFUL AM : PENILAIAN RISIKO DAN PENGUNDERAITAN
Pengenalan
B3.1 Pengunderaitan
B3.2 Proses Pengunderaitan
B3.3 Menentukan Kadar Sumbangan, Terma Dan Syarat
B3.4 Pengesahan Penerimaan
B3.5 Takaful Semula Dan Takaful Bersama
B3.6 Pembayaran Dan Bayaran Balik
B3.7 Pengkadaran Dan Sumbangan
B3.8 Tarif Takaful Kebakaran
AMALAN TAKAFUL AM : DOKUMEN SIJIL
Pengenalan
B4.1 Borang Cadangan
B4.2 Nota Lindung
B4.3 Dokumen Sijil
AMALAN TAKAFUL AM : TUNTUTAN
Pengenalan
B5.1 Prosedur Tuntutan
B5.2 Dokumen Tuntutan
B5.3 Borang Pelepasan
B5.4 Penyelesaian Tuntutan
B5.5 Mendapatkan Kembali Bayaran Dari Takaful Semula, Takaful Bersama, Subrogasi Dan Sumbangan
B5.6 Penolakan Liabiliti
B5.7 Menamatkan Kontrak Sijil/Perlindungan
AMALAN TAKAFUL AM : ETIKA DAN KOD PERLAKUAN
Pendahuluan
B6.1 Kepentingan Etika Dan Perlakuan Perniagaan
B6.2 Komisen Dan Pendedahan Mengenai Komisen
B6.3 Tunai-Sebelum-Lindung (Cash Before Cover)
B6.4 Tanggungjawab Mendedahkan
B6.5 Garis Panduan Penyelesaian Tuntutan
Pendahuluan

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan kepada konsep-konsep yang terdapat dalam takaful am. Perkara
pokok dalam takaful am ialah harta benda (mal – diiktiraf oleh Syariah dan undang-undang), pengkelasan
harta dan ciri-ciri takaful am yang diamalkan di Malaysia.

B1.1 Pengenalan

Konsep Takaful Am

Secara dasarnya, sistem takaful adalah satu skim yang berasaskan bantuan bersama, bertanggungjawab,
saling menjamin, melindungi dan saling membantu di kalangan kumpulan peserta yang bersetuju untuk
saling menjamin dari sebarang kerugian atau risiko yang dikenalpasti. Konsep takaful am menyediakan
suatu bentuk pengurusan risiko yang mematuhi undang-undang Syariah melalui perkongsian risiko bagi
melindungi peserta dari mengalami kerugian kewangan kerana ditimpa musibah keatas harta benda atau
aset milik mereka.

Takaful am yang juga dikenali sebagai Takaful Harta & Kasualti merupakan suatu perniagaan takaful yang
menyediakan perlindungan dari kerugian kewangan ke atas harta dan lain-lain kerugian/liabiliti yang tidak
dijangka. Kelas perniagaan ini tidak termasuk perniagaan takaful keluarga yang melindungi hayat dan
kesihatan seseorang individu.

Mengikut piawaian Biro Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board - IFSB) Takaful
Am didefinisikan sebagai, “... satu skim yang pada asasnya merupakan kontrak jaminan bersama untuk
tempoh jangka pendek (biasanya setahun), menyediakan bayaran pampasan secara bersama sekiranya
berlaku kerugian tertentu. Skim ini dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan keatas individu atau
badan korporat dari kerugian atau kerosakan harta material akibat malapetaka atau bencana melibatkan
hartanah, aset atau harta milik peserta. Sumbangan takaful yang dibayar oleh peserta disalurkan ke Dana
Risiko Peserta (Participant Risk Fund - PRF) dibawah prinsip Tabarru’ bagi mengimbangi elemen-elemen
risiko perniagaan yang sedia ada dalam aktiviti urusniaga....”.

Dibawah takaful am, ia memberi perlindungan terhadap kerugian material atas harta yang biasanya meliputi
perkara-perkara berikut:

Harta

Didefinisikan sebagai ‘mal’ dalam bahasa Arab yang memberi penekanan terhadap aset yang mempunyai
nilai dalaman yang boleh dicari, dikumpul dan dimiliki oleh seseorang atau badan korporat dan yang lebih
penting, harta tersebut diiktiraf oleh undang-undang dan juga Syariah. Dalam hal ini, aset seperti wain,
babi, bangkai, harta curian, burung yang berterbangan dan ikan di lautan adalah harta (mal) yang tidak
diiktiraf oleh Syariah mahupun undang-undang lazim. Begitu juga dengan matahari, bulan dan bintang yang
tidak diiktiraf sebagai harta kerana ia tidak boleh dimiliki secara peribadi mengikut ajaran Syariah. Lebih-
lebih lagi ia tidak dapat dinilai dalam bentuk kewangan. Oleh itu, ia tidak boleh dilindungi oleh takaful.
Berdasarkan prisip yang serupa, harta yang digunakan untuk menjalankan aktiviti yang ditegah oleh
Syariah seperti kilang memproses minuman keras, kelab malam dan pub, premis perjudian dan sebagainya
tidak boleh dilindungi oleh takaful.

Untuk mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai amalan takaful, perbezaan jenis-jenis harta seperti
yang ditakrifkan oleh Syariah perlu difahami terlebih dahulu. Harta boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori (Saleem, 2009):
No. Kategori harta yang
Keterangan
mempunyai ‘mal’

1 Harta yang merujuk kepada harta yang boleh dicari, dimiliki dan
mempunyai nilai diiktiraf oleh Syariah, umpamanya rumah, tanah,
(mutaqawwim) kenderaan dan sebagainya.

2 Harta yang tiada nilai merujuk kepada harta yang tidak boleh dicari,
dimiliki dan tidak diiktiraf oleh Syariah, umpamanya
matahari, bulan, ikan di laut, babi dan sebagainya.

3 Harta nyata wujud dalam bentuk fizikal dan boleh dilihat,


umpamanya rumah, buku, komputer dan
sebagainya.

4 Harta tidak nyata tidak wujud dalam bentuk fizikal seperti hak
pemilikan harta intelektual terhadap buku yang
dihasilkan, hak milik, paten, perkhidmatan
kewangan, takaful dan sebagainya.

5 Harta boleh alih iaitu harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat
(manqul) ke satu tempat, contohnya stok barangan dll.

6 Harta tidak boleh alih merujuk kepada harta tetap yang tidak boleh
(iqar) bergerak seperti tanah, rumah, tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya

7 Harta sama jenis nilai harta yang boleh diganti dengan barangan yang
(mithli) sama kuantiti dan kualiti seperti wang tunai, emas,
beras dan sebagainya

8 Harta tidak sama jenis harta yang tidak boleh ditukar ganti mengikut berat
(qimi) atau ukuran seperti tanah, rumah, buku bertulis
tangan, penghasilan kerja seni dan sebagainya

9 Harta yang masih harta yang boleh digunakan untuk tempoh yang
boleh diguna (isti’mali) panjang seperti kereta, komputer, jam dan
sebagainya

10 Harta mudah lenyap harta yang terus lenyap selepas kali pertama
(istihlaki) digunakan seperti petrol, makanan, minuman, wang
dan sebagainya

11 Harta tunai (nuqud) merujuk kepada emas, perak, matawang dan


sebagainya
12 Barangan (urudh) merujuk kepada barangan yang tidak diukur
berdasarkan berat atau ukuran seperti komputer,
jam perabot dan sebagainya.

13 Aset atau harta Kerugian kewangan:


hendaklah boleh Kerugian yang boleh diukur dengan wang ringgit
dinilai dalam bentuk atau boleh dikira bilangannya, selaras dengan
kewangan prinsip indemniti. Oleh itu, kerugian yang hanya
berdasarkan spekulasi tidak boleh dilindungi.
Kerugian kewangan atas harta yang nilai
ekonominya amat kecil juga tidak dilindungi oleh
takaful kerana biasanya pemilik harta mampu
menampung kerugian berkenaan. Atas prinsip yang
serupa, kerugian disebabkan malapetaka atau
bencana seperti bencana nuklear adalah terlalu
besar untuk dilindungi oleh takaful, yang biasanya
diputuskan oleh pihak kerajaan.

14 Kerugian yang bukan Secara kebetulan:


dengan niat atau Secara umumnya ia bermaksud kejadian yang
disengajakan. berlaku tidak disengajakan, tanpa niat dan tidak
diminta. Kerugian atau kerosakan dibawah takaful
hendaklah berlaku secara kebetulan dan semula
jadi, selaras dengan semangat takaful yang ingin
membantu antara satu sama lain ketika dalam
kesusahan. Islam tidak memaafkan sebarang
perbuatan dengan niat memudaratkan diri sendiri
samada keatas harta atau tubuh badan, lebih-lebih
lagi mencari keuntungan dari perbuatan berkenaan.
Contohnya dalam takaful kebakaran, kerugian
ditakrifkan sebagai, “kebakaran ke atas objek yang
sepatutnya tidak terbakar!”

Tidak semua kerugian dibawah takaful am


disebabkan oleh kemusnahan, kerosakan atau
kerugian ke atas harta. Kerugian material berkenaan
juga boleh melibatkan liabiliti undang-undang. Oleh
itu, liabiliti ini boleh dilindungi dibawah takaful am.
Adalah menjadi amalan biasa kepada pengendali
takaful untuk menghadkan skop perlindungan
dengan menguatkuasakan fasal pengecualian, iaitu
tidak memasukkan liabiliti kerugian tertentu seperti
yang dinyatakan dalam sijil takaful.
B1.2 Ciri-Ciri Skim Takaful Am

Skim takaful am secara umumnya melibatkan hubungan antara dua pihak; pengendali takaful dan
kumpulan peserta. Hubungan tersebut dikawal oleh konsep-konsep asas berikut:-

 Dikalangan peserta – konsep takaful & tabarru iaitu persetujuan untuk menyerahkan sesuatu
sebagai derma, sejumlah sumbangan disalurkan ke dana takaful bagi memenuhi tanggungjawab
saling membantu & jaminan bersama sekiranya mana-mana peserta ditimpa kesusahan seperti
yang dinyatakan dalam sijil.
 Antara peserta & pengendali takaful – konsep mudharabah amanah berkongsi keuntungan),
wakalah (wakil mewakili), waqf (wakaf) atau amanah.

Berdasarkan dari perumpamaan Latin (legal maxim) mengenai konsep fiqh (fekah) ialah “semua perkara
adalah dibenarkan kecuali dinyatakan sebaliknya”, kontrak takaful am menerapkan enam prinsip utama
insurans dalam amalannya yang membentuk satu konsep umum iaitu konsep keadilan seperti yang
dianjurkan oleh Syariah.

Tujuan utama takaful am ialah untuk meletakkan peserta pada kedudukan kewangan yang sama seperti
sebelum berlakunya kerugian disebabkan peril yang dilindungi (tertakluk kepada had maksimum amaun
perlindungan).

Ciri-ciri penting skim takaful am adalah seperti berikut:

No. Ciri-ciri Skim Keterangan


Takaful Am

1. Konsep Tabarru’ Dibawah konsep Tabarru’, peserta takaful am bersetuju


untuk mendermakan sejumlah amaun sumbangan seperti
yang ditetapkan ke Dana Takaful Am (General Takaful Fund
- GTF) dengan niat yang ikhlas iaitu membantu antara satu
sama lain berkongsi kerugian kewangan disebabkan
kesusahan/bencana yang menimpa mereka.

2. Pampasan melalui Dana GTF akan digunakan untuk membayar pampasan atau
GTF gantirugi kepada mana-mana peserta yang mengalami
kerugian seperti yang dinyatakan dalam sijil.

3. Bagaimana surplus / Sekiranya terdapat lebihan GTF: - setelah ditolak kos


lebihan GTF operasi, surplus akan dikongsi bersama dikalangan peserta
digunakan? dan pengendali takaful mengikut model takaful yang
diamalkan.

4. Bagaimana bayaran Bayaran bahagian peserta dibuat pada penghujung tempoh


bahagian peserta skim, dengan syarat peserta tidak membuat atau menerima
dibuat? sebarang bayaran tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.
5. Kontrak diperbaharui Kontrak takaful am biasanya dibuat untuk tempoh setahun
secara persetujuan atau kurang dan pada penghujung tempoh perlindungan, sijil
bersama akan diperbaharui melalui persetujuan bersama antara
pengendali takaful dan peserta

6. Sumbangan yang Pada penghujung tempoh kontrak, pengendali takaful akan


dikenakan adalah menilai semula risiko. Berdasarkan dari penilaian tersebut,
berbeza terdapat kemungkinan kadar sumbangan yang berbeza
dikenakan. Perbezaan kadar sumbangan mungkin
disebabkan oleh:

 Terdapat perubahan dalam ciri-ciri risiko individu yang


dilindungi dan/atau
 Terdapat perubahan yang menyeluruh dalam
sijil/kadar sumbangan untuk kelas perniagaan
tertentu, contohnya tahap atau keadaan risiko yang
dilindungi semakin buruk dan merbahaya.

7. Prinsip penuh Prinsip uberrima fides iaitu penuh percaya mutlak perlu
percaya mutlak diamalkan oleh kedua-dua belah pihak, peserta dan
menghendaki peserta pengendali. Walau bagaimanapun, ketika pembaharuan sijil,
memberitahu adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memberitahu
pengendali takaful pengendali mengenai apa-apa perubahan material terhadap
mengenai sebarang risiko yang dilindungi. Ini bagi membolehkan pengendali
perubahan terhadap membuat penilaian yang sewajarnya terhadap risiko
risiko yang dilindungi. berkenaan dan mengenakan kadar sumbangan yang
setimpal dengan risiko yang ditanggung.

8. Kebanyakan kontrak Tujuan utama takaful am ialah untuk meletakkan peserta


takaful am adalah pada kedudukan kewangan (membayar gantirugi) yang
kontrak indemniti sama seperti sebelum berlakunya kerugian, tertakluk kepada
had maksimum amaun yang dilindungi.

9. Membayar gantirugi Dalam kebanyakan kontrak takaful am, proses membayar


akan membawa gantirugi akan membawa kepada perbezaan kadar purata
kepada penyebaran amaun tuntutan bagi setiap unit sijil, walaupun untuk kelas
dalam amaun perniagaan yang sama berbanding dengan risiko yang
tuntutan dilindungi.

10. Biasanya terdapat Dalam portfolio kontrak takaful am, didapati amaun tuntutan
bilangan yang besar amat berbeza kerana terdapat sebilangan besar tuntutan
dalam tuntutan kecil dengan amaun yang kecil dan sebilangan kecil tuntutan
dan sebilangan kecil dengan amaun yang amat besar.
dengan tuntutan yang
amat besar.

11. Bayaran tuntutan Di bawah takaful keluarga, bayaran tuntutan akan


tidak menamatkan menamatkan kuatkuasa kontrak. Tetapi dibawah kontrak
kontrak takaful am: takaful am, kuatkuasa kontrak tidak semestinya ditamatkan
Lebih dari satu kerana bayaran tuntutan, dengan syarat tiada tuntutan
tuntutan boleh dibuat menyeluruh (total loss) yang dibayar oleh pengendali kepada
setiap tahun takaful. peserta. Malah, tuntutan seterusnya boleh dibuat sepanjang
tempoh perlindungan atas baki manfaat/perlindungan yang ia
layak.

12. Risiko yang dilindungi Di bawah kontrak takaful keluarga, risiko mortaliti akan
tidak semestinya meningkat seiring dengan peningkatan usia dan tempoh
meningkat mengikut kontrak. Dibawah takaful am, risiko yang dilindungi mungkin
masa/tempoh takaful. tidak meningkat bersama tempoh perlindungan, malah risiko
mungkin semakin berkurangan disebabkan langkah-langkah
keselamatan yang diambil oleh peserta (umpamanya
pemasangan perenjis air dalam bangunan yang boleh
mengurangkan risiko kebakaran).

13. Skim takaful am Hubungan di antara pengendali takaful dan peserta


melibatkan hubungan bersandarkan kepada konsep-konsep berikut:-
dua pihak: pengendali
takaful dan  Di kalangan peserta – konsep takaful & tabarru iaitu
sekumpulan besar persetujuan untuk mengeluarkan derma dalam
peserta. bentuk sumbangan ke dana takaful am bagi
memenuhi tanggungjawab saling membantu & saling
menjamin sekiranya terdapat peserta yang ditimpa
kesusahan/kerugian.
 Di antara peserta dengan pengendali – konsep
mudharabah, wakalah, waqf atau amanah.

14. Berdasarkan kaedah Kontrak takaful am menerapkan enam prinsip utama


fekah ialah “semua insurans dalam amalannya dan membentuk konsep
perkara adalah keadilanseperti yang dianjurkan oleh Syariah. Enam prinsip
dibenarkan kecuali utama insuran yang dimaksudkan ialah:
dinyatakan
sebaliknya”.  Prinsip Kepentingan Boleh Lindung (Insurable
Interest)
 Prinsip Penuh Percaya Mutlak (Utmost Good Faith)
 Prinsip Indemniti (Imdemnity)
 Prinsip Subrogasi (Subrogation)
 Prinsip Perkongsian Sama Rata (Contribution)
 Prinsip Sebab Terhampir (Proximate Cause)
KELAS-KELAS PERNIAGAAN TAKAFUL AM
Pengenalan

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan kepada bentuk-bentuk utama produk takaful am dan ciri-cirinya
yang ditawarkan oleh pengendali takaful di Malaysia. Produk berkenaan boleh dikategorikan dibawah
tajuk-tajuk berikut:

1. Takaful Motor
2. Takaful Marin
3. Takaful Kebakaran
4. Takaful Kemalangan Pelbagai
5. Takaful Liabiliti
6. Takaful Kemalangan Diri
7. Takaful Jaminan Kesetiaan dan Bon
8. Takaful Kejuruteraan
9. Takaful Penerbangan

B2.1 Jenis-Jenis Perniagaan Takaful Am

Takaful am menyediakan perlindungan kewangan terhadap risiko-risiko yang biasanya tidak dilindungi
dibawah takaful perpaduan keluarga. Kelas-kelas utama perniagaan takaful am dinyatakan dibawah tajuk-
tajuk berikut:

No. Produk Utama/Asas Produk Sampingan

1. Takaful Motor  Akta sahaja


 Pihak Ketiga
 Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
 Komprehensif

2. Takaful Kebakaran  Takaful Kebakaran Asas


 Takaful Empunya Rumah / Isi Rumah
 Takaful Kerugian Turutan

3. Takaful Marin  Marin Kargo


 Marin Rangka Kapal
 Marin Tambang (marine freight)
 Marin Risiko Pembinaan Kapal

4. Takaful Kemalangan Pelbagai  Takaful Kecurian


(Meliputi semua jenis takaful yang o Takaful Pecah Masuk
tidak termasuk dibawah takaful o Takaful Semua Risiko
motor, kebakaran dan Marin) o Takaful Barangan Dalam
Transit
o Takaful Wang
 Takaful Liabiliti
o Takaful Pampasan Pekerja
o Takaful Pampasan Pekerja
Asing
o Takaful Liabiliti Majikan
o Takaful Liabiliti Awam
o Takaful Indemniti Profesional
o Takaful Liabiliti Pengarah &
Pegawai
o Takaful Liabiliti Produk

5. Takaful Kejuruteraan  Takaful Kemalangan Diri


 Jaminan Kesetiaan dan Bon
 Takaful Penerbangan
 Takaful Perniagaan
 Takaful Kejuruteraan
o Takaful Peralatan Elektronik /
Komputer
o Takaful Semua Risiko
Kontraktor
o Takaful Semua Risiko
Pembinaan
o Takaful Letupan Dandang
o Takaful Kerosakan Mesin
B2.2 Takaful Motor

Pelan Takaful Motor di Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta pindaan-
pindaan yang dibuat dari masa ke semasa. Pelan ini menyediakan perlindungan dari kerugian atau
kerosakan ke atas kenderaan milik peserta disebabkan kebakaran kerana kemalangan, kecurian atau
kemalangan, dan/atau kecederaan atau kematian pihak ketiga serta kerosakan dan kerugian harta pihak
ketiga.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki SEMUA kenderaan bermotor mestilah diinsuranskan
sebelum ia boleh digunakan di atas jalan raya awam. Perlindungan daririsiko pihak ketiga di Malaysia
telah diwajibkan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-
mana individu menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan individu lain memandu kenderaan
bermotor tanpa dilindungi oleh insurans. Bahagian IV Akta memperuntukkan bahawa setiap pemandu
kenderaan mestilah dilindungi insurans, dari penanggung insurans berdaftar, terhadap liabiliti yang
mungkin ditanggung disebabkan kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga, akibat dari
penggunaan kenderaan bermotor di jalan raya awam. Takaful motor adalah perniagaan berdasarkan kadar
tarif motor. Kadar Tarif takaful motor adalah serupa dengan apa yang digunakan oleh insurans motor
tradisional. Pelan asas takaful motor menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan ke atas
kenderaan bermotor disebabkan kemalangan.

Jenis-jenis kenderaan

Bagi tujuan perlindungan takaful, kenderaan bermotor telah dikelaskan di bawah Tarif Motor seperti berikut:

 Kenderaan Persendirian

Kenderaan persendirian termasuklah kereta roda tiga dan station-wagon yang digunakan bagi
tujuan sosial, domestik dan keseronokan dan juga bagi tujuan perniagaan atau kerjaya
profesional peserta sahaja. (digunakan untuk tujuan disewakan atau mendapat ganjaran,
perlumbaan, pengatur kelajuan perlumbaan, ujian ketahanan dan kelajuan, untuk sebarang
tujuan berkaitan perdagangan, membawa barangan dagangan kecuali barangan contoh dan
membawa penumpang yang membayar upah atau sewa adalah dikecualikan).

 Kenderaan Perdagangan

Iaitu semua kenderaan (termasuk kenderaan beroda tiga) yang tidak dilindungi dibawah pelan
perlindungan kenderaan persendirian. Berikut adalah pembahagian kecil kenderaan
perdagangan dibawah Tarif:

i. Perniagaan motor (risiko jalan raya);


ii. Kenderaan membawa barangan dagangan;
iii. Kereta sewa (teksi awam);
iv. Kereta sewa – sewa pandu / sewa dengan pemandu
v. Bas (bas awam, bas persendirian, bas sekolah)
vi. Kenderaan khas (termasuk kenderaan pertanian & perhutanan, kenderaan membersih
dan meratakan tapak pembinaan, jentera pengangkut, mesin penanam pokok boleh
ubah, trak penghantaran (kawalan dari luar kenderaan), lori sampah (dikendalikan
mesin), mesin penyodok, pengaut, kereta sorong dan traktor pengangkut barangan,
kereta bomba, (penggelek jalan), (mesin pengisar), kereta jenazah, van bergerak &
kantin, van penjara, penyembur tar, mesin penyedut habuk, traktor & jentera penarik.

 Motosikal

Kenderaan jenis ini termasuklah motosikal berserta atau tanpa kereta sisi (side-car), skuter,
basikal automatik atau basikal yang dijalankan dengan bantuan mekanikal. Tarif motor
seterusnya mengkategorikan kelas motosikal ini kepada:
i. Motosikal persendirian;
ii. Motosikal perdagangan;
iii. Motosikal (dengan atau tanpa kereta sisi) untuk disewa;
iv. Perniagaan motosikal.

Terdapat 4 jenis perlindungan yang ditawarkan untuk setiap kelas kenderaan bermotor iaitu:-

o Akta sahaja;
o Pihak Ketiga;
o Pihak Ketiga, kebakaran dan Kecurian; dan
o Komprehensif.

No. Jenis Perlindungan Keterangan

1. Akta sahaja Perlindungan terhadap kematian, kecederaan anggota


(perlindungan Akta) badan dan/atau kerosakan harta pihak ketiga. Perlindungan
ini menyediakan indemniti minimum yang diwajibkan oleh
Akta Pengangkutan Jalan 1987. Perlindungan yang
diperlukan ialah yang meliputi:

 Liabiliti undang-undang atas kematian atau


kecederaan anggota badan pihak ketiga (tidak
termasuk penumpang) disebabkan atau akibat dari
penggunaan kenderaan bermotor milik peserta di
atas jalan raya awam.

2. Perlindungan Pihak Bentuk perlindungan ini sama seperti perlindungan Akta,


Ketiga dan ditambah dengan:

 Perlindungan liabiliti undang-undang terhadap


kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga
disebabkan atau akibat dari penggunaan
kenderaan bermotor milik peserta di atas jalan raya
awam.
 Indemniti kepada peserta atau pemandu yang
dibenarkan. Sebarang liabiliti yang melibatkan
peserta akibat pihak ketiga mengalami kecederaan
atau kematian disebabkan penggunaan kenderaan
yang dilindungi; dan
 Indemniti atas liabiliti kerosakan harta milik pihak
ketiga akibat dari penggunaan kenderaan bermotor
yang dilindungi.

3. Perlindungan Pihak Bentuk perlindungan ini menyediakan perlidungan


Ketiga, Kebakaran dan kecederaan anggota badan pihak ketiga, kerosakan harta
Kecurian pihak ketiga dan perlindungan dari kerugian atau
kerosakan kenderaan disebabkan kebakaran atau
kecurian.

4. Perlindungan Bentuk perlindungan ini meyediakan perlindungan terhadap


Komprehensif kematian, kecederaan anggota badan dan
kerugian/kerosakan harta pihak ketiga; kehilangan atau
kerosakan milik peserta disebabkan kebakaran kerana
kemalangan, kecurian atau kemalangan.

Pelan komprehensif melindungi semua yang terdapat


dalam pelan perlindungan pihak ketiga, ditambah dengan
indemniti kerugian atau kerosakan kenderaan atau alat
ganti milik peserta, disebabkan oleh kejadian berikut:

 pelanggaran atau terbalik ketika kemalangan


 pelanggaran atau terbalik disebabkan kerosakan
mekanikal
 pelanggaran atau terbalik disebabkan haus dan
lusuh
 kerosakan disebabkan dihempap oleh objek yang
jatuh, bukan disebabkan bencana alam
 letupan kebakaran atau kilat
 rompakan, pecah rumah atau kecurian
 perbuatan khianat
 ketika dalam perjalanan (transit) – termasuk
semasa memunggah dan menurunkan barangan)
dengan menggunakan pengangkutan:

o jalan raya, keretapi, laluan air, lif atau


elevator
o laluan laut merentasi selat antara Pulau
Pinang dan tanah besar
o kerosakan disebabkan objek yang jatuh,
bukan disebabkan bencana alam

Peserta takaful motor boleh memohon perlindungan


tambahan (dengan membayar sumbangan tambahan)
termasuk:-
 liabiliti penumpang
 pecah cermin hadapan
 mogok, tunjuk perasaan, rusuhan awam
 banjir dan ribut taufan
 sistem audio kereta
 tambahan pemandu yang dibenarkan
 kemalangan diri

Isu-isu berkaitan dengan Takaful Motor:

Isu Keterangan/Catatan

Pihak ketiga ialah individu yang mengalami kecederaan atau


menanggung kerugian atau kerosakan disebabkan
Pihak Ketiga kemalangan yang melibatkan kenderaan milik peserta. Pihak
ketiga mungkin pejalan kaki, pemandu atau penumpang
kenderaan lain.

Amaun atau jumlah perlindungan dalam sijil takaful motor


yang menggambarkan nilai pasaran kenderaan berkenaan,
iaitu kos mengganti kenderaan yang sama buatan, model
dan keadaan kenderaan. Sekiranya amaun perlindungan
lebih rendah dari nilai pasaran, fasal purata akan digunakan
sekiranya berlaku tuntutan. Fasal purata ialah denda atau
penalti kerana melindungi kenderaan dibawah nilai pasaran.
Perlindungan dibawah nilai pasaran bermaksud amaun
perlindungan semasa berlaku kerugian adalah lebih rendah
dari nilai pasaran.
Amaun Perlindungan
Contoh:
Amaun perlindungan ialah RM80,000, sementara nilai
pasaran kenderaan berkenaan ialah RM100,000 dan amaun
kerugian ialah RM5,000. Fasal purata akan berfungsi seperti
berikut:

 Pengendali takaful akan membayar RM4,000,


bukannya RM5,000.
 Peserta perlu menanggung perbezaan sebanyak
RM1,000.

Diskaun ini boleh dianggap sebagai suatu insentif kepada


peserta kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang
tempoh perlindungan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat
Diskaun Tanpa Tuntutan
selepas kenderaan telah dilindungi selama 12 bulan, peserta
(No Claim Discount)
layak menuntut `diskaun tanpa tuntutan’ ketika
memperbaharui sijil, mengikut kadar berikut:-
Tempoh Takaful Diskaun

selepas tahun pertama 25%

selepas tahun kedua 30%

selepas tahun ketiga 38.33%

selepas tahun keempat 45%

selepas tahun kelima dan 55%


seterusnya

NCD boleh dipindahkan ke pengendali takaful/penanggung


insurans lain atau ke kenderaan lain yang dimiliki oleh
peserta yang sama kerana insentif ini diberikan kepada
individu, bukan kenderaan.

Peserta boleh membatalkan sijilnya dengan menghantar


notis 14 hari secara bertulis kepada pengendali takaful.
Apabila sijil telah dibatalkan, peserta layak mendapat
Pembatalan
bayaran balik sumbangan bagi tempoh takaful yang belum
digunakan, yang dikira secara pro rata. Sijil takaful motor
yang asal hendaklah diserahkan kepada pengendali takaful.

Seperti yang dinyatakan dalam sijil takaful motor, pengendali


takaful mungkin akan mengenakan `lebihan’ (excess).
Lebihan ialah sejumlah amaun kerugian yang perlu
ditanggung oleh peserta sebelum pengendali membayar baki
tuntutan. Dengan lain perkataan, amaun lebihan akan
Lebihan (excess) dipotong dari jumlah keseluruhan tuntutan sebelum dibayar
kepada peserta.

Contoh: Jika lebihan yang dikenakan ialah RM1,000 dan


amaun tuntutan ialah RM1,500, pengendali akan hanya
membayar RM500 kepada peserta.

Pengendali mungkin mengenakan bebanan (loading)


sumbangan untuk memastikan amaun sumbangan yang
dikenakan sepadan dengan risiko yang ditanggung. Faktor
Sumbangan Tambahan bebanan yang biasa digunakan ialah umur peserta, ciri-ciri
bertentangan yang dimiliki oleh mana-mana pemandu,
keupayaan enjin, pengalaman tuntutan atas kenderaan yang
dilindungi dan kenderaan dibaikpulih.
Penambahbaikan berlaku apabila kenderaan yang terlibat
dalam kemalangan dibaiki dan barang gantian yang baru
digunakan untuk menggantikan yang lama. Contohnya,
sekiranya palang penahan (bumper) kereta diganti dengan
Penambahbaikan palang penahan yang baru, peserta perlu membayar
(Betterment) perbezaan antara harga lama dan harga baru, selaras
dengan prinsip indemniti. Ini adalah kerana sumbangan yang
dibayar adalah berdasarkan jumlah perlindungan. Jumlah
perlindungan pula bergantung kepada nilai kereta, yang
biasanya lebih rendah dari nilai kereta baru.

Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan dan membuat


tuntutan pihak ketiga yang menjadi punca kemalangan,
peserta boleh membuat tuntutan `hilang kegunaan’ (loss of
use) kereta yang sedang dibaiki. Hilang kegunaan termasuk
Hilang kegunaan kos menggunakan pengangkutan alternatif atau kos
menyewa kereta lain (yang sama jenis dan keupayaan enjin).
Tempoh hilang kegunaan adalah berdasarkan dari laporan
penyelaras kerugian, yang menentukan tempoh yang
diperlukan untuk membaiki kereta.

Pengecualian dalam Takaful Motor

Takaful motor tidak melindungi risiko-risiko berikut:

 Kecederaan anggota badan atau kematian peserta disebabkan kemalangan jalan raya;
 Kerosakan tayar kenderaan, kecuali kenderaan juga rosak pada masa yang sama;
 Kerugian turutan, susut nilai, haus dan lusuh, berkarat, kerosakan mekanikal atau elektronik,
kegagalan atau kerosakan, peralatan gagal berfungsi;
 Kehilangan, kerosakan atau liabiliti yang berlaku diluar kawasan geografi (Malaysia, Singapura
dan Brunei);
 Kehilangan atau kerosakan disebabkan penipuan atau jenayah pecah amanah;
 Kehilangan, kerosakan atau liabiliti disebabkan bencana alam – banjir, ribut, taufan, angin
kencang, letusan gunung berapa, gempa bumi atau tanah runtuh dan sebagainya;
 Kehilangan, kerosakan atau liabiliti disebabkan mogok, tunjuk perasaan, peperangan, operasi
ketenteraan dan risiko nuclear;
 Peserta atau individu lain yang memandu kereta tidak memiliki lesen memandu yang sah;
 Peserta atau pemandu yang dibenarkan memandu dibawah pengaruh minuman keras atau
dadah;
 Kehilangan, kerosakan atau liabiliti disebabkan kenderaan digunakan untuk menjalankan aktiviti
yang menyalahi undang-undang;
 Kenderaan digunakan atau disiapkan untuk menyertai pertandingan lumba kereta (kecuali
perlumbaan mencari harta karun – treasure hunt) atau lain-lain tujuan seperti yang dinyatakan
dalam sijil;

Perlindungan Tambahan dalam Takaful Motor

Dengan membayar sumbangan tambahan, peserta boleh menambah skop perlindungan takaful motor
untuk melindungi risiko-risiko berikut:
 Liabiliti penumpang – penumpang membuat tuntutan terhadap peserta disebabkan kemalangan
yang berlaku.

 Bencana alam – kemalangan, kerugian, kerosakan disebabkan banjir, ribut, taufan, angin
kencang, letusan gunung berapa, gempa bumi atau tanah runtuh dan lain-lain bencana alam
yang dinyatakan secara khusus dikecualikan dibawah sijil takaful motor.

 Liabiliti undang-undang terhadap penumpang disebabkan kecuaian – kecuaian penumpang yang


menaiki kenderaan peserta sehingga menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan
pihak ketiga. Contoh: penumpang membuka pintu kereta dan menyebabkan kecederaan kepada
pejalan kaki atau penunggang motosikal.

 Pecah cermin hadapan atau cermin tingkap – disebabkan oleh lain-lain faktor, bukan disebabkan
kemalangan.

 Mogok dan rusuhan awam – keadaan huru hara disebabkan mogok atau rusuhan awam
sehingga mengakibatkan kenderaan peserta mengalami kerosakan.
B2.3 Takaful Kebakaran

Kelas takaful ini memberi perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan keatas harta disebabkan
kebakaran dan lain-lain peril yang dinyatakan. Jenis-jenis utama perlindungan dibawah takaful kebakaran
ialah:

 Takaful kebakaran Asas


 Takaful Empunya Rumah
 Takaful Isi Rumah
 Takaful Kerugian Turutan/Gangguan Perniagaan (Consequential Loss/Business Interruption)

2.3.1 Takaful Kebakaran Asas

Skim ini memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan bangunan (kilang, kedai, pejabat,
bangunan persendirian dan sebagainya) dan isi kandungan (contohnya perabot, peralatan dan
kelengkapan rumah, loji dan peralatan mesin, peralatan pejabat, stok barangan dagangan, harta peribadi
dan isi kandungan rumah) disebabkan peril berikut:

 kebakaran;
 petir; dan
 letupan gas kegunaan domestik sahaja.

Sebagai perlindungan tambahan kepada pelan kebakaran asas, perlindungan peril boleh diperluaskan
tetapi tertakluk kepada bayaran sumbangan tambahan. Dibawah perluasan ini, kategori peril berikut akan
dilindungi:

Peril Kering (Dry Peril) Peril Basah (Wet Peril Pelbagai


Peril)

Pesawat udara dan peranti Ribut dan taufan Kerosakan objek terjatuh
isyarat

Letupan Banjir Tanah mengelungsur & tanah


runtuh

Rusuhan, mogok, perbuatan Kebocoran paip Kebakaran bawah tanah


khianat & rusuhan awam

Kebakaran belukar dan lalang Tangki air melimpah Terbakar secara spontan

Gempabumi & letusan gunung Kebocoran perenjis air Hilang pendapatan sewaan
berapi

Objek-objek berikut boleh dilindungi dibawah takaful kebakaran:

 Bangunan, termasuk binaan berhampiran bangunan seperti dinding, pagar, garaj dan
sebagainya.
 Loji dan peralatan
 Stok barangan dan stok barangan dagangan
 Hilang pendapatan sewaan
 Perabot, peralatan dan kelengkapan rumah
 Barangan dalam jagaan atau bertujuan mendapatkan upah/komisen
 Yuran khidmat profesional.
 Pembersihan runtuhan bangunan

Takaful kebakaran biasanya diunderait berdasarkan dari kriteria-kriteria berikut:

 Bahan binaan bangunan – batu-bata, kayu, besi dan sebagainya


 Jenis bangunan – berkembar, bersambung, kompleks dan sebagainya
 Nilai bangunan – kos pembinaan
 Kegunaan bangunan – rumah kediaman, rumah kedai, kilang, kompleks pejabat, kompleks
perniagaan dan sebagainya
 Lokasi bangunan – pusat bandar, luar Bandar, kawasan perindustrian, kawasan perumahan,
kawasan mudah banjir dan sebagainya
 Risiko tambahan dilindungi

Takaful kebakaran mengecualikan peril berikut:

i. Kerugian atau kerosakan disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh peril berikut:
 gempa bumi, letusan gunung berapi atau lain-lain bencana alam;
 taufan, puting beliung, tornado dan sebagainya;
 risiko peperangan dan seumpamanya;
 risiko nuklear.

ii. Kerugian atau kerosakan kerana sebab hampiran peril berikut:


 pembakaran harta benda atas perintah pihak berkuasa;
 kebakaran bawah tanah;
 letupan selain dari letupan gas untuk:-
o menerangi dan kegunaan domestik;
o pembakaran hutan, belukar, lalang, prairi, pampas atau belantara dan
pembersihan tanah secara pembakaran terbuka.

iii. Kerugian atau kerosakan harta benda berikut, melainkan secara jelas dinyatakan dalam sijil:
 barangan dalam jagaan atau bagi tujuan mendapatkan upah/komisen;
 jongkong atau batu permata yang belum ditatah;
 hasil seni yang nilainya melebihi RM 500;
 manuskrip, pelan, lukisan atau reka bentuk, paten, model atau acuan;
 sekuriti, sebarang bentuk dokumen penting atau obligasi, setem, syiling atau not mata
wang, cek, buku akaun atau lain-lain rekod perniagaan atau rekod sistem komputer;
 kerugian lombong arang batu akibat terbakar secara spontan;
 letupan.
iv. Kerugian tertentu yang dinyatakan dalam syarat-syarat sijil:
 Kecurian yang berlaku sebelum atau selepas kebakaran;
 Kerugian atau kerosakan harta disebabkan oleh penapaian, pemanasan semulajadi atau
terbakar secara spontan.

2.3.2 Takaful Empunya Rumah/Isi Rumah

Takaful Empunya Rumah

Skim takaful ini melindungi bangunan rumah kediaman terhadap kerugian dan kerosakan disebabkan peril
seperti kebakaran, banjir, gempa bumi dan sebagainya. ‘Bangunan’ bermaksud semua pejabat domestik,
kandang (stable), garaj dan binaan berhampiran, peralatan & kelengkapan, dinding, pintu pagar dan juga
pagar.

Takaful Isi rumah akan melindungi isi kandungan rumah seperti peralatan perabut, kelengkapan hiasan,
peralatan dapur, TV dan set radio, pakaian, barangan peribadi dan barangan bernilai, serta memberi
perlindungan dari cedera parah kepada peserta. Harta yang dimaksudkan mungkin milik peserta atau ahli
keluarganya yang tinggal serumah dengannya.

Peril yang dilindungi dibawah pelan ini ialah:

 Kebakaran, petir, halilintar, kebakaran bawah tanah


 Letupan
 Kerosakan disebabkan pesawat udara atau lain-lain peranti penerbangan
 Kerosakan disebabkan objek yang terjatuh
 Tangki air, peralatan dan paip air pecah atau melimpah
 Kecurian (cubaan pecah masuk secara paksa)
 Puting beliung, siklon, taufan, ribut petir
 Gempa bumi, letusan gunung berapi
 Banjir
 Liabiliti pihak ketiga
 Hilang pendapatan sewaan.

Ia tidak melindungi bangunan yang digunakan untuk tujuan komersil, seperti sebuah restoran, kilang atau
tempat untuk menyimpan barangan. Mana-mana individu boleh menyertai takaful empunya rumah atau
takaful isi rumah, atau kedua-duanya.

Jenis-jenis perlindungan

Takaful Empunya rumah/isi rumah mempunyai beberapa bahagian, iaitu:-

 Seksyen 1 - Bangunan
 Seksyen II - Isi kandungan
 Seksyen III - Lain-lain kontingensi

Butiran Perlindungan

Seksyen 1: Bangunan Seksyen ini melindungi kerugian atau kerosakan bangunan


disebabkan peril berikut:
a. Kebakaran, petir, halilintar, kebakaran bawah tanah
b. Letupan
c. Kerosakan disebabkan pesawat udara
d. Kerosakan disebabkan kenderaan atau binatang
e. Tangki air, peralatan dan paip pecah atau melimpah
(pengendali tidak bertanggungjawab atas kerosakan
RM50 yang pertama)
f. Kecurian yang diiringi dengan cubaan pecah masuk
atau keluar.
g. Puting beliung, siklon, taufan atau ribut petir
h. Banjir
i. Tanah mengelungsur atau tanah runtuh, rusuhan,
mogok atau perbuatan khianat

Untuk (g), (h) and (i), pengendali takaful tidak akan bertanggung
jawab terhadap 1% yang pertama jumlah perlindungan atau
RM200, yang mana lebih rendah. Perlindungan juga boleh
diperluaskan untuk meliputi peril berikut, tertakluk kepada
bayaran sumbangan tambahan:

a. tanah mengelungsur atau tanah runtuh


b. rusuhan, mogok atau perbuatan khianat

Seksyen II: Isi Seksyen ini juga membayar pampasan kematian akibat cedera
Kandungan parah disebabkan kebakaran atau kecurian, sehingga ke had
maksimum RM10, 000 atau 50% dari jumlah perlindungan, yang
mana lebih rendah. Kematian hendaklah berlaku dirumah.

Seksyen III – Lain-lain Hilang pendapatan sewaan;


kontingensi Seksyen ini melindungi kerugian disebabkan hilang pendapatan
sewaan atau perbelanjaan tambahan yang perlu ditanggung
akibat kerosakan bangunan, yang

menyebabkan bangunan tersebut tidak boleh didiami,


disebabkan oleh peril yang dinyatakan dalam Seksyen I.

Pampasan yang dibayar bergantung kepada:

 Sekiranya peserta tinggal dirumah berkenaan,


pengendali akan membayar amaun pampasan
sewajarnya, berdasarkan kos yang ditanggung kerana
menginap dihotel disebabkan rumah kediaman tidak
boleh diduduki disebabkan peril yang dilindungi; atau

 Sekiranya rumah berkenaan disewakan, pengendali


akan membayar amaun sebenar kadar sewa sekiranya
Penyewa terpaksa berpindah keluar disebabkan rumah
berkenaan tidak boleh diduduki disebabkan peril yang
dilindungi.
Pampasan tidak akan dibayar selepas rumah berkenaan
telah siap dibaiki dan boleh diduduki, walaupun tiada
Penyewa. Perlindungan dibawah seksyen ini terhad
kepada 10% dari jumlah perlindungan atau jumlah
perlindungan yang berasingan yang dipilih oleh peserta.

Liabiliti kepada orang awam;

Seksyen ini akan membayar pampasan kepada pihak ketiga


disebabkan kemalangan yang berlaku dirumah peserta dan
peserta bertanggungjawab atas:

 Kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga;


atau
 Kerosakan kepada harta milik pihak ketiga
 Pihak ketiga mungkin tetamu kepada peserta, selain
dari ahli keluarga, pembantu rumah atau sesiapa sahaja
yang menjadi pekerja kepada peserta. Amaun
maksimum setiap tuntutan yang dibayar dibawah
manfaat ini, atau beberapa siri tuntutan disebabkan peril
yang Sama pada masa yang ditetapkan, ialah RM50,
000. Perlindungan hanya sah di premis yang dinyatakan
dalam jadual sijil dan tiada sumbangan tambahan yang
dikenakan.

Pengecualian dalam Takaful Empunya Rumah/Isi Rumah:

i. kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan


 peperangan, rusuhan dan seumpamanya; dan
 pencemaran radioaktif.
ii. kerugian atau kerosakan disebabkan oleh puting beliung, siklon, taufan atau ribut petir ke atas;
 mana-mana bangunan dalam pembinaan, pembinaan semula atau dibaiki;
 cerobong asap logam, penutup tingkap (awning), tirai, papan tanda dan lain-lain
peralatan luar dan pemasangan termasuk pintu pagar dan pagar;
 kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penenggelaman dan gelinciran tanah,
kecuali disebabkan gempa bumi atau letusan gunung berapi yang berlaku sekali sekala.

Perlindungan Tambahan dalam Takaful Isi Rumah / Isi Rumah

Pelan ini boleh diperluaskan dengan memasukkan peril berikut, dengan tambahan bayaran sumbangan:

 rusuhan, mogok dan perbuatan khianat;


 penenggelaman dan gelinciran tanah (subsidence and landslip);
 plat kaca yang nilainya melebihi RM500 setiap satu

Berbanding dengan takaful kebakaran asas dimana perlindungan terhad kepada kebakaran atau kilat,
takaful empunya rumah/isi rumah melindungi peril tambahan yang termasuk letupan (disebabkan oleh gas
untuk kegunaan domestik), pesawat dan peranti udara yang gugur, kerosakan disebabkan oleh kenderaan
jalan raya , pecah paip, kecurian, hurikan, siklon, taufan, ribut, gempa bumi, letusan gunung berapi dan
banjir.

2.3.3 Takaful Gangguan Perniagaan (disertakan bersama takaful kebakaran)


Pelan ini juga dikenali sebagai Kerugian Turutan, yang menyediakan perlindungan kepada peserta atas
kehilangan keuntungan kasar disebabkan oleh pengurangan dalam perolehan serta peningkatan kos
operasi dalam tempoh indemniti akibat dari kerosakan oleh peril yang dilindungi di bawah sijil takaful
kebakaran.

Pelan takaful gangguan perniagaan sebenarnya bukanlah perniagaan dibawah takaful harta kerana ia
biasanya diunderait dibawah jabatan harta komersil. Ia boleh dipanggil kerugian turutan, kehilangan
keuntungan atau lebih dikenali sebagai takaful gangguan perniagaan kerana pelan ini melindungi dari
kehilangan keuntungan disebabkan kerosakan harta milik peserta. Takaful kebakaran hanya meyediakan
perlindungan terhadap kerugian material atau kerugian modal iaitu berkaitan dengan kerugian nilai harta
yang telah rosak atau musnah. Kerugian tidak dikaitkan dengan kehilangan atau kos tambahan yang
ditanggung semasa tempoh pembaikan sehingga operasi perniagaan dapat dipulihkan sepenuhnya.
Tujuan takaful gangguan perniagaan ialah untuk menyediakan perlindungan berikut:

 sebahagian dari kos overhead dalam bentuk caj atau kos tetap seperti gaji, sewa, caj
bank/faedah dan lain-lain akan kekal pada tahap optimum walaupun jualan/keuntungan mungkin
berkurangan;
 sekiranya stok barangan atau pengeluaran telah hilang, keuntungan yang akan diperolehi dari
stok berkenaan akan terhapus apabila pelanggan pergi berurusan dengan syarikat lain; dan
 mungkin terdapat kenaikan kos yang perlu ditanggung untuk memastikan perniagaan berjalan
walaupun untuk sementara (contohnya, tempat tinggal sementara) atau kos pemulihan lain yang
meningkatkan kos operasi.

Perlindungan asas

Takaful gangguan perniagaan menyediakan perlindungan bagi perkara-perkara berikut yang mungkin
dialami akibat gangguan kepada perniagaan milik peserta berikutan kerosakan pada premis disebabkan
oleh kebakaran, kilat atau letupan gas yang digunakan bagi tujuan menerangi dan tujuan domestik:

i. kehilangan keuntungan kasar disebabkan pengurangan dalam perolehan; dan


ii. perbelanjaan tambahan yang ditanggung bagi meminimumkan kehilangan perolehan.

Sijil perlindungan biasanya dikeluarkan bersama-sama dengan takaful kebakaran atas premis perniagaan
untuk memastikan dana yang mencukupi disediakan untuk membaiki kerosakan material dan perniagaan
peserta akan kembali normal tanpa berlengah-lengah. Dalam hal ini, perlindungan gangguan perniagaan
memperuntukkan waranti kerosakan material yang memperuntukkan bahawa pada masa berlakunya
kerosakan, peserta hendaklah mempunyai pelan takaful yang melindungi kepentingannya atas harta di
premis yang dimaksudkan, terhadap sebarang kerosakan dan pembayaran yang telah dibuat atau liabiliti
yang ditanggung di bawah perlindungan berkaitan. Utuk menampung kerugian kehilangan keuntungan
kasar, pengendali / penanggung insurans memberikan perlindungan bagi caj/kos tetap perniagaan dan
juga keuntungan bersih. Caj tetap ialah perbelanjaan yang terus ditanggung walaupun aktiviti pengeluaran
produk atau aktiviti perniagaan telah terganggu. Contoh caj/kos tetap ialah bayaran sewa, gaji, faedah atas
pinjaman, sumbangan dan yuran juruaudit.

Takaful gangguan perniagaan biasanya melindungi kerugian terhadap:

 kebakaran dan peril khusus;


 risiko kerosakan kejuruteraan; dan
 kerosakan komputer dan risiko kegagalan berfungsi (breakdown)

Pengecualian dalam Takaful Gangguan Perniagaan


Pengecualian di bawah takaful kerugian turutan adalah sama dengan apa yang terdapat dalam takaful
kebakaran.

Perlindungan Tambahan dalam Takaful Gangguan Perniagaan

Sijil takaful boleh diperluaskan untuk melindungi:

i. peril khusus yang sama seperti yang ditawarkan di bawah takaful kebakaran
ii. kehilangan keuntungan kasar disebabkan gangguan perniagaan di premis lain (contohnya premis
pelanggan atau pembekal)
B2.4 Takaful Marin Dan Penerbangan

Produk takaful ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian, kerosakan atau kecurian harta benda dan
kepentingan disebabkan peril maritim termasuk peril laut, cuaca buruk, letupan, kecurian, kapal atau bot
terkandas, terdampar, tenggelam atau terbalik, tergelincir dari kenderaan pengangkut, berlanggar atau
bersentuhan dengan bot/kapal atau kenderaan pengangkut dengan apa-apa objek luaran selain dari
pengangkutan air, pelepasan kargo di pelabuhan kerana timbul masaalah, pengorbanan purata am, jettison
(membuang barangan untuk meringankan kapal), pelanggaran, kebakaran dan bencana seumpamanya,
dan tertakluk kepada pengecualian yang dinyatakan dalam sijil.

Perkara pokok takaful termasuk badan kapal dan jentera; liabiliti undang-undang akibat pelanggaran; dan
kargo dan tambang.

Ciri-Ciri Takaful Marin

Ciri-ciri Skim Takaful Marin Keterangan

Perlindungan terhadap; Kerugian atau kerosakan harta dan kepentingan


disebabkan peril maritim termasuk:-

o peril laut,
o cuaca buruk,
o terdampar atau pelanggaran,
o kebakaran dan peril seumpamanya.

Perkara Pokok Takaful Berikut adalah perkara pokok takaful:


Badan kapal dan mesin,

o liabiliti undang-undang akibat pelanggaran,


o kargo dan tambang.

Dengan pengecualian liabiliti pelanggaran yang dilindungi


dibawah marin kapal, sijil marin yang berbeza digunakan
untuk melindungi perkara pokok yang berbeza.

Jenis Sijil Takaful Perkara pokok takaful

Marin Rangka Kapal o kapal, jentera & liabiliti pelanggaran terhad


Marin Kargo o Kargo
Marin Tambang (freight) o Tambang (freight)
Marin Risiko Pembinaan o Kapal dalam pembinaan/baik pulih

2.4.1 Takaful Marin Kapal

Takaful Marin Kapal menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan badan kapal dan
jentera. Badan kapal ialah struktur kapal manakala jentera adalah peralatan yang menjana kuasa untuk
menggerakkan kapal dan mengawal lampu dan sistem suhu seperti penjana dandang, enjin, penyejuk dan
janakuasa elektrik.

Skop Perlindungan

Dibawah takaful marin kapal, skop perlindungan dikategorikan sebagai Fasal Masa. Ia biasanya
dikeluarkan untuk tempoh tertentu, biasanya 12 bulan. Keadaan dan tahap risiko yang ditanggung oleh
pengendali takaful adalah berbeza-beza mengikut jenis kapal dan dikategorikan seperti berikut:

 Fasal Masa Institut (Kapal) – perlindungan paling komprehensif


 Fasal Masa Institut (FPA)
 Fasal Masa Institut (Kerugian Menyeluruh sahaja)

Peril yang dilindungi ialah peril laut, kebakaran & letupan, rompakan, lanun, bersentuhan dengan kapal,
gempa bumi, letusan gunung berapi atau kilat, kemalangan semasa memunggah, pecah dandang, pecah
aci, kecacatan tersembunyi, kecuaian kapten kapal, kecuaian pembaik pulih, kecuaian tuan punya kapal
dan penipuan.

Perniagaan Takaful Marin Rangka Kapal memerlukan lebih banyak pendekatan pengunderaitan teknikal
dari pengunderait pakar. Kebanyakan syarikat mempunyai kapasiti yang terhad untuk mengunderait kelas
perniagaan ini dan amat bergantung kepada bantuan dari penyedia takaful semula.

2.4.2 Takaful Marin Kargo

Penghantaran barangan melalui kapal laut adalah antara kaedah penghantaran yang termurah tetapi
terdedah kepada pelbagai risiko.

Takaful Marin Kargo menyediakan perlindungan risiko yang amat diperlukan untuk menghantar barangan
melalui laut. Banyak jenis takaful marin kargo yang ditawarkan oleh pasaran, bergantung kepada pelbagai
syarat-syarat jualan dan perlindungan yang diperlukan.

Contoh:-

 FOB – (Free on Board atau "Percuma Ke atas Kapal"). Risiko kerugian atau kerosakan kepada
barang-barang dipindahkan kepada pembeli apabila barang-barang telah melepasi laluan kapal.
 C&F – (Cost & Freight atau “Kos dan Penghantaran”). Penjual membayar kos dan pengangkutan
diperlukan untuk membawa barangan ke destinasi yang dinyatakan, tetapi risiko kerugian atau
kerosakan ke atas barangan akan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli bila barangan
melepasi laluan kapal di pelabuhan penghantaran.
 CIF – (Cost, Insurance and Freight atau “Kos, Insurans dan Pengangkutan”). Ia bermaksud
penjual menghantar barangan ke atas kapal. Risiko kerugian atau kerosakan ke atas barangan
akan dipindahkan kepada pembeli apabila barangan berada di atas kapal. Penjual perlu
membayar kos dan penghantaran barangan ke destinasi pelabuhan yang dinyatakan. Penjual
juga perlu membiayai kos perlindungan takaful terhadap risiko kehilangan dan kerosakan ke atas
barangan semasa dalam pengangkutan. Apabila menggunakan CIF, penjual telah memenuhi
kewajipannya apabila barangan tersebut sampai ke kapal pengangkut barangan, dan bukannya
barangan sampai ke tempat atau destinasi terakhirnya.
 “Ex Quay bermaksud penjual perlu memastikan ada barangan untuk pembeli di jeti di destinasi
yang dinyatakan dalam kontrak jualan. Penjual perlu menanggung kos dan risiko yang timbul
semasa membawa barangan ke destinasi tersebut.

Bentuk Perlindungan Takaful Marin Kargo


Terdapat banyak jenis perlindungan yang ada di pasaran. Contoh-contoh perlindungan adalah seperti
berikut: Kerugian Menyeluruh Sahaja (Total Loss Only - TLO)

Melindungi kerugian menyeluruh sahaja yang dihadapi oleh peserta, disebabkan peril laut.

 Dengan Purata + Kecurian, Mencuri Dan Tidak Diterima /Tidak Sampai - (With Average + Theft,
Pilferage & Non Delivery - W.A PLUS T.P.N.D)

o Kerugian menyeluruh & kehilangan sebahagian dari mana-mana bungkusan atau pakej
yang berlaku semasa memungah muatan, memindahkan muatan ke kapal atau semasa
pelepasan.
o Kehilangan sebahagian barangan disebabkan jika kapal yang membawa barangan
terkandas, tenggelam atau terbakar; dan jika disebabkan oleh kebakaran, letupan,
perlanggaran atau kapal bersetuhan dengan objek luaran (termasuk bongkah ais) & peril
laut, di mana bahaya yang paling biasa adalah kerosakan disebabkan air laut.
o Termasuk risiko kecurian, samun dan tidak diterima.

KLAUSA KARGO INSTITUT (A) / (B) / (C)

Jenis-jenis Sijil Takaful Marin Kargo

o Perlindungan Individu
Ia adalah sijil takaful yang dikeluarkan bagi setiap penghantaran barangan, atas permintaan
peserta.

o Perlindungan Terbuka
Perlindungan terbuka adalah perlindungan berterusan yang dikeluarkan pada tarikh tertentu dan
terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan. Ia memberikan perlindungan secara automatik untuk
semua penghantaran seperti yang dinyatakan didalam sijil.

Bagi penghantaran barangan melalui kapal, sijil takaful marin kargo mempunyai tiga bentuk utama
perlindungan yang ditetapkan mengikut tiga set fasal kargo yang berbeza. Sijil yang dikeluarkan
menerangkan tentang perlindungan yang mudah difahami dan tidak lagi memerlukan rujukan silang
terhadap sijil berkenaan.

Klausa Kargo Institut A Klausa Kargo Institut B Klausa Kargo Institut C

Klausa ini memberikan Klausa ini memberikan Klausa ini menyediakan


perlindungan terhadap perlindungan terhadap peril senarai perlindungan peril
kerugian atau kerosakan yang dinyatakan. Peril yang yang lebih terhad
kepada kargo oleh semua dilindungi di bawah Klausa B berbanding dengan
risiko, tertakluk kepada ini hampir serupa dengan perlidungan Klausa B. Ini
pengecualian tertentu. peril yang dilindungi dibawah bermakna, perlindungan
Klausa A; walau yang ditawarkan di bawah
bagaimanapun, Klausa B Klausa C adalah yang paling
tidak melindungi peril terhad di kalangan ketiga-
kerugian atau kerosakan oleh tiga bentuk perlindungan
lanun dan kecurian, serta takaful.
kerosakan dan kemusnahan
yang disengajakan.

Kecuali risiko liabiliti pelanggaran dimana ia dilindungi dibawah takaful marin kapal, sijil marin yang berbeza
digunakan untuk melindungi perkara pokok takaful yang berbeza, seperti yang tertera di bawah:

Peril dibawah ketiga-tiga Fasal:(√) aadalah peril yang dilindungi, dan (x) adalah peril yang dikecualikan.

Peril Klausa A Klausa B Klausa


C

Karam, tersadai, binasa, tenggelam √ √ √

Kebakaran, letupan √ √ √

Pelanggaran √ √ √

Terbalik, terbabas dari laluan √ √ √

Gempa bumi, letusan gunung berapi, petir √ √ x

Pengorbanan purata am √ √ √

Jettison (buang muatan untuk meringankan kapal) √ √ √

Pemunggahan kargo di pelabuhan kecemasan √ √ √

Caj salvaj (menyelamatkan) dan purata am √ √ √

Dihanyutkan ke laut √ √ x

Kemasukan air laut, air tasik dan air sungai kedalam kapal √ √ x

Kehilangan semua bungkusan/pakej ketika memunggah √ √ x

Lanun dan pencari √ x x

Kerosakan atau kemusnahan yang disengajakan √ x x

Salah laku yang disengajakan oleh peserta x x x

Bocor biasa, kehilangan berat isipadu, haus & lusuh x x x


Pembungkusan tidak sesuai atau tidak sempurna x x x

Keadaan semulajadi atau ciri-ciri perkara pokok x x x

Kapal tidak layak berada di laut (peserta megetahuinya) x x x

Ketidaksolvenan atau masaalah kewangan pemilik kapal x x x

Peperangan, mogok, huru-hara & rusuhan awam x x x

Senjata atom & nuklear x x x

2.4.3 Takaful Penerbangan

Kebanyakan sijil takaful penerbangan dikeluarkan berdasarkan `semua risiko’, tertakluk kepada
pengecualian tertentu. Peserta yang membeli sijil ini biasanya adalah pemilik atau pengendali syarikat
penerbangan komersil, syarikat korporat atau pemilik pesawat perniagaan, syarikat penerbangan
persendirian dan kelab penerbangan.

No. Takaful Perlindungan Asas Pengecualian


Penerbangan

1. Takaful Biasanya sijil komprehensif akan Secara amnya, pengecualian jarang


Penerbangan dikeluarkan bagi melindungi pesawat dikenakan kecuali seperti yang
penerbangan itu sendiri (badan dinyatakan dalam sijil
pesawat), liabiliti kepada penumpang
dan liabiliti kepada pihak lain. Di samping
itu,

sijil-sijil perlindungan berikut juga


ditawarkan:

 Sijil Liabiliti Tambang: untuk


melindungi pengendali pesawat
terhadap liabiliti undang-undang
untuk membayar balik
tambang/caj pengangkutan
kepada pemilik kargo.
 Sijil Kemalangan Diri: untuk
melindungi juruterbang dan anak
kapal sekiranya berlaku
kecederaan anggota badan atau
kematian disebabkan
kemalangan.
 Sijil Kehilangan Lesen
Penerbangan: melindungi
juruterbang, juru pandu
penerbangan atau jurutera
penerbangan terhadap kerugian
kewangan akibat kehilangan
lesen.
B2.5 Takaful Pelbagai

Kelas perlindungan takaful ini merangkumi semua jenis perlindungan yang tidak termasuk dalam kelas
takaful marin, kebakaran dan motor. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa tajuk:

 Takaful Kecurian
o Takaful Pecah Masuk
o Takaful Semua Risiko
o Takaful Barangan Dalam Transit, dan
o Takaful Wang
 Takaful Liabiliti
o Takaful Pampasan Pekerja
o Skim Pampasan Pekerja Asing
o Takaful Liabiliti Majikan
o Takaful Liabiliti Awam
o Takaful Indemniti Profesional
o Takaful Liabiliti Pengarah dan Pegawai (D&O)
o Takaful Liabiliti Produk
 Takaful Kemalangan Diri
 Takaful Jaminan Kesetiaan dan Bon
 Takaful Kejuruteraan
o Sijil Letupan Dandang
o Sijil Kerosakan Mesin
o Sijil Peralatan Elektronik/Komputer
o Sijil Semua Risiko Kontraktor
o Sijil Semua Risiko Pembinaan
 Takaful Penerbangan

No. Jenis Takaful Perlindungan Asas Pengecualian


Pelbagai

1. Takaful Pecah Skim takaful pecah masuk menyediakan Pengecualian biasa yang terdapat
Masuk perlindungan terhadap kerugian atau dalam sijil ini ialah:
kerosakan barangan dalam premis
perniagaan (contohnya stok dan barangan  kerugian atau kerosakan
dagangan, perabot, peralatan pejabat, loji disebabkan kebakaran tanpa
dan jentera, kelengkapan rumah, barangan mengambil kira bagaimana ia
peribadi milik pekerja) berikutan berlakunya berlaku;
kecurian yang melibatkan pecah masuk  kerosakan plat kaca berwarna
atau keluar dari premis yang dilindungi atau sebarang dekorasi atau
dengan cara paksa atau kekerasan. ukiran seumpamanya;
Sebagai tambahan kepada kerugian  kerugian atau kerosakan yang
disebabkan kecurian, skim/sijil ini juga disabitkan dengan seseorang
melindungi kerosakan keatas bangunan yang secara sah berada di
premis berkenaan atau
dan isi kandungan akibat dari kejadian
disabitkan dengan seseorang
pecah masuk atau tindakan seumpamanya.
pekerja atau ahli keluarga
Sijil juga melindungi kerosakan premis peserta;
bangunan disebabkan kecurian atau  kerugian atau kerosakan surat
cubaan untuk mencuri. ikatan, bon, bil pertukaran,
nota akujanji, wang atau
sekuriti, syiling, setem, batu
permata, dokumen hakmilik
harta, rekod perniagaan,
sistem komputer, rekod,
barangan lama, ukiran, buku
lama, pelan, paten, acuan,
model atau rekabentuk, kecuali
ianya dilindungi secara khusus;
 rusuhan, mogok, peperangan
dan risiko seumpamanya atau
dirampas atau dimusnahkan
dengan perintah kerajaan atau
pihak berkuasa awam;
 kerugian disebabkan kuasa
semula jadi seperti letusan
gunung berapi, kebakaran
bawah tanah, gempa bumi dan
seumpamanya; dan
 risiko nuklear.

2. Takaful Sijil takaful semua risiko biasanya Pengecualian yang biasa dikenakan
Semua Risiko dikeluarkan untuk memberi perlindungan ialah:
kepada barangan berharga seperti barang
kemas, jam tangan, kamera, lukisan dan  kerugian atau kerosakan akibat
hasil seni. rusuhan, mogok rusuhan
Skop perlindungan adalah luas dan ianya awam, gempa bumi atau
melindungi semua risiko (kebakaran, letusan gunung berapi;
kecurian dan semua bentuk kemalangan),  peperangan atau risiko
selain dari yang dikecualikan dari sijil seumpamanya;
takaful.  kerugian atau kerosakan akibat
haus dan lusuh, susut nilai,
kemerosotan berterusan,
gegat, serangga perosak atau
lain-lain proses pembersihan
atau pemuliharaan sebarang
artikel;
 lensa terguris atau pecah, kaca
atau lain-lain bahan mudah
pecah, kerosakan
mekanikal/elektrik atau tersilap
pasang sebarang peralatan
mekanikal/ elektrik;
 kerugian atau kerosakan akibat
dirampas atau ditahan oleh
pihak kastam atau lain-lain
pihak berkuasa; dan
 risiko nuklear.

3. Takaful Sijil ini menyediakan perlindungan Pengecualian yang biasa dikenakan


Barangan berdasarkan `semua risiko’, membayar ialah:
Dalam Transit gantirugi kepada peserta atas kerugian atau
kerosakan kepada barangan disebabkan  pencemaran radioaktif;
kebakaran, kemalangan, kecurian atau  peperangan, rusuhan dan huru
disamun semasa memuatkan, dibawa atau hara awam;
dipunggah turun dari kenderaan bermotor  gempa bumi dan kebakaran
berserta trailer, dan ketika disimpan bawah tanah;
sementara semasa dalam transit di mana-  anai-anai, serangga,
mana di Malaysia. kelembapan, kulapok atau
karat;
 kelewatan, kehilangan
pasaran, sebarang kerugian
turutan;
 perubahan dan kemerosotan
disebabkan faktor semula jadi;
 kecurian atau samun yang
melibatkan pekerja peserta;
 barangan yang dibawa oleh
pengembara komersil;
 harta yang tidak dilindungi,
contohnya bahan letupan, asid,
tunai, nota bank dan mata
wang, sekuriti, barang kemas
dan rekod perniagaan;

4. Takaful wang Sijil ini menyediakan perlindungan dari Sijil ini tidak melindungi sebarang
berlakunya kehilangan wang disebabkan kerugian yang berlaku disebabkan:
semua risiko, tertakluk kepada
pengecualian tertentu semasa wang  pekerja tidak jujur;
berkenaan:  dirampas, dimilik-negarakan,
diarah atau sengaja
 dalam transit (perlindungan takaful dimusnahkan oleh pihak
menjelaskan bahawa transit adalah berkuasa kerajaan;
antara premis peserta dan bank  jumlah terkurang disebabkan
sahaja); kesilapan atau tertinggal;
 berada di premis peserta dalam  di luar had kawasan;
waktu kerja;  peti besi atau bilik kebal dibuka
 dalam peti besi berkunci atau bilik dengan menggunakan kunci;
kebal, di premis peserta dan diluar  risiko nuklear;
waktu pejabat;  susut nilai; dan
 berada di kediaman persendirian  rusuhan, mogok, peperangan
milik salah seorang pengarah atau dan risiko seumpamanya.
pegawai utama peserta;
 lain-lain situasi yang ditetapkan.

Biasanya had jumlah wang yang dibawa


dinyatakan untuk man-mana situasi yang
dinyatakan di atas. Takrif ‘wang’ meliputi
wang tunai, nota bank dan matawang, cek,
arahan pos, matawang pos dan setem hasil
milik peserta atau individu yang ia
bertanggungjawab disisi undang-undang.

Takaful Liabiliti
Secara amnya, sijil takaful liabiliti menyediakan perlindungan kepada peserta terhadap tuntutan
kecederaan anggota badan atau kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga, yang mana dikatakan peserta
bertanggungjawab dari segi undang-undang kepada pihak ketiga berkenaan.

No. Takaful Perlindungan Asas Pengecualian


Liabiliti

1. Takaful Sijil ini melindungi liabiliti majikan dibawah Undang-undang terbaru mengenai
Pampasan Ordinan Pampasan Pekerja 1952 untuk keperluan insurans dan takaful
Pekerja membayar pampasan kepada pekerjanya pampasan pekerja untuk pekerja asing
yang mengalami kecederaan atau sakit telah diberi tempoh singkat untuk
ketika melaksanakan atau berkaitan memiliki sijil takaful atau polisi insurans.
dengan perlaksanaan tugas-tugasnya.
Bayaran dibuat mengikut skala pampasan (Ordinan Pampasan Pekerja 1952
yang ditetapkan dibawah Ordinan. Dibawah hanya melindungi pekerja asing.
Ordinan Pampasan Pekerja, majikan yang Pekerja tempatan dilindungi Akta
mempunyai kurang dari 5 orang pekerja Keselamatan Sosial 1969).
hendaklah memiliki sijil takaful pampasan
pekerja atau polisi insurans pampasan
pekerja.

Takaful pampasan pekerja melindungi


pekerja terhadap kecederaan anggota
badan disebabkan kemalangan atau
menghidap penyakit berpunca dari
pekerjaan yang dilakukannya dan sekiranya
majikan didapati bertanggungjawab,
pampasan hendaklah dibayar atas
kecederaan berkenaan dibawah undang-
undang;-

 Ordinan Pampasan Pekerja 1952


 Ordinan Pampasan Pekerja
(Pindaan) 1956
 Ordinan Pampasan Pekerja
(Pindaan) 1976
 Ordinan Pindaan Undang-Undang
(Pampasan Pekerja) (Perluasan
dan Pindaan) 1981 atau
 Undang-Undang Lazim

2. Skim  Kematian, hilang upaya kekal atau Berkuatkuasa mulai 1 November 1996,
Pampasan hilang upaya separa kekal kerana semua pekerja asing yang sah (tidak
Pekerja Asing kecederaan berpunca dari termasuk ekspatriat) hendaklah
(FWCS) pekerjaan yang dilakukan dilindungi dibawah Skim Pampasan
 Penghospitalan dan perbelanjaan Pekerja Asing yang berasingan. Skim
perubatan (Insurans) Pampasan Pekerja Asing
 Penyakit berpunca dari pekerjaan 1998 yang dikeluarkan dibawah Akta
(contohnya barah paru-paru Pampasan Pekerja 1952 menghendaki
disebabkan asbestos di tempat
setiap majikan yang menggaji pekerja
kerja)
 Perbelanjaan penghantaran balik – asing melindungi pekerja melalui panel
majikan menanggung bayaran insurans atau pengendali takaful yang
penghantaran mayat pekerja asing dilantik dibawah perintah tersebut dan
ke negara asalnya, sekiranya dikehendaki membayar pampasan
pekerja berkenaan mengalami akibat kecederaan yang dialami
hilang upaya kekal atau meninggal berpunca dari pekerjaan yang
dunia. dilakukan ketika dan selepas waktu
 Kemalangan diri (diluar waktu pejabat.
pejabat)

Akta Pampasan Pekerja 1952 telah dipinda


pada Ogos 1996. Seksyen 26(2) Akta
Pindaan berkenaan memperuntukkan
bahawa adalah mejadi keperluan mandatori
bagi setiap majikan untuk melindungi
semua pekerja asing yang diambil bekerja
terhadap sebarang liabiliti yang mungkin
ditanggung dibawah Akta Pampasan
Pekerja 1952.

3. Takaful Liabiliti Sekiranya boleh dibuktikan melalui undang- Pengecualian yang biasa dikenakan
Majikan undang yang majikan bertanggungjawab ialah:
atas kecederaan pekerjanya, pekerja
mungkin lebih berminat untuk mengambil  liabiliti kepada pekerja
tindakan mahkamah bagi mendapatkan kontraktor;
jumlah pampasan yang lebih tinggi  liabiliti kontraktual;
berbanding menerima pampasan yang  kecederaan yang dialami di
ditetapkan dibawah Ordinan Pampasan luar kawasan geografi;
Pekerja.  liabiliti dibawah Ordinan
Pampasan Pekerja 1952;
Takaful liabiliti majikan ini melindungi liabiliti  Kes pampasan yang dibawa ke
majikan dibawah undang-undang lazim mahkamah di mana-mana di
atau statut (selain dari Ordinan pampasan luar Malaysia;
Pekerja dan Akta Keselamatan Sosial)  Mana-mana pekerja yang
terhadap kecederaan yang dialami atau bukan ‘pekerja’ dibawah
definisi undang-undang;
penyakit yang dihidapi oleh pekerja-
 Peperangan dan risiko
pekerja. Perlindungan meliputi kos
seumpamanya;
perundangan yang ditanggung, dengan
 Sebarang liabiliti kontraktual;
persetujuan pengendali takaful.
 Sebarang amaun yang ia layak
Perlindungan ini penting untuk setiap menuntut dari mana-mana
majikan, samada sebagai prinsipal atau pihak, kecuali dengan
kontraktor yang menggaji `pekerja’ (seperti perjanjian antara peserta dan
yang didefinisikan dibawah Akta Pampasan pihak berkenaan;
Pekerja) untuk melindungi liabilitinya  Sebarang liabiliti disebabkan
terhadap pekerja dibawah kanun dan oleh atau dikaitkan dengan
undang-undang lazim. Senjata nuklear, pencemaran
Berkuatkuasa mulai 1 Julai 1992, pekerja- radioaktif atau radiasi.
pekerja Malaysia tidak lagi tertakluk
dibawah Akta Pampasan Pekerja 1952.
Sebagai ganti, pekerja dikehendaki
mencarum ke Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) iaitu sebuah organisasi
yang ditubuhkan untuk mentadbir dan
menguatkuasakan perlaksanaan Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan
Undang-undang Keselamatan Sosial
Pekerja (Am) 1971.

(Nota: Akta Keselamatan Sosial Pekerja


1969 melarang pekerja yang dilindungi
dibawah Akta ini, dan tanggungannya, dari
menerima bayaran pampasan dari majikan
dibawah mana-mana undang-undang
selain Akta ini).

4. Takaful Liabiliti Takaful liabiliti awam ini direka untuk Pengecualian yang biasanya
Awam melindungi firma perniagaan dalam dinyatakan dalam sijil ialah:
memenuhi liabiliti undang-undang untuk
membayar pampasan kematian atau a. liabiliti yang boleh dilindungi
kecederaan atau kerosakan harta pihak dibawah Takaful Pampasan
ketiga, disebabkan oleh atau melalui Pekerja, Takaful Liabiliti
kecuaian pihak firma atau pekerjanya atau Majikan dan skim PERKESO
kecacatan premis tempat kerja. (ditubuhkan dibawah Akta
Perlindungan termasuk membiayai semua Keselamatan Sosial Pekerja
kos dan perbelanjaan litigasi (tuntutan 1969);
guaman), dengan kebenaran pengendali b. kerugian atau kerosakan harta
milik peserta atau dibawah
takaful.
jagaan peserta;
c. kerugian atau kerosakan
keatas harta berkaitan dengan
dandang wap atau mana-mana
kapal atau peralatan dandang;
d. liabiliti berkaitan kecederaan
atau kecederaan disebabkan:
i. lif penumpang atau
eskalator yang dimiliki
atau dibawah
tanggugjawab peserta;
dan
ii. kenderaan yang
bergerak secara
mekanikal dan
dilesenkan untuk
kegunaan di jalan raya.
e. liabiliti professional;
f. liabiliti kontraktual;
g. risiko nuklear;
h. peperangan atau risiko
seumpamanya; dan
i. letupan sonik.

5. Takaful Secara amnya, takaful indemniti profesional Pengecualian yang terdapat dalam
Indemniti mengecualikan liabiliti yang timbul indemniti profesional ialah:
Profesional disebabkan kecuaian profesional. Pelan ini
melindungi seseorang profesional
 fitnah atau tohmahan;
(contohnya akauntan, jurutera atau doktor),
 ketidakjujuran, penipuan,
berkaitan dengan liabiliti yang timbul
jenayah atau perbuatan khianat
disebabkan kecuaian profesional yang atau pengabaian oleh peserta,
dilakukan individu berkenaan, atau pemegang jawatan terdahulu
profesional terdahulu atau pekerja- atau pekerjanya;
pekerjanya.  pencemaran radioaktif; dan
 peserta layak mendapat
Perlindungan meliputi kos perundangan gantirugi dari
yang ditanggung oleh profesional peserta/pemegang sijil lain.
berkenaan, dengan persetujuan pengendali
takaful terlebih dahulu.

6. Takaful Liabiliti Undang-undang menegaskan bahawa Pengecualian yang dikenakan:


Pengarah dan pengarah syarikat bertanggungjawab atas
Pegawai segala tindak tanduk syarikat. Dengan cara  tuntutan kecederaan anggota
ini, pemegang saham, pemiutang, badan atau kerugian;
pelanggan, kakitangan dan individu lain kini  tindakan peribadi terhadap
boleh mengambil tindakan terhadap seseorang pengarah atas
pengarah syarikat sebagai seorang ketidakjujuran, penipuan atau
individu. tindakan khianat yang
Takaful liabiliti pengarah dan pegawai dilakukan oleh pengarah itu
menyediakan perlindungan: sendiri;
 tuntutan yang timbul kerana
bertindak atas kepentingan &
 indemniti kepada syarikat meliputi keuntungan/manfaat peribadi;
kos yang ditanggung untuk
 mengingkari tanggungjawab
membayar pampasan kepada
profesional.
pengarah atas tuntutan pembelaan
yang berjaya dipertahankan;
 indemniti kepada pengarah dalam
keadaan dimana bayaran
pampasan tidak dibayar oleh
syarikat apabila pengarah gagal
dalam kesnya di mahkamah.

7. Liabiliti Produk Sijil liabiliti produk menyediakan Pengecualian:


perlindungan kepada pengeluar atau
penjual produk terhadap liabiliti undang-  kecederaan kepada pekerja;
undang atas kematian atau kecederaan  liabiliti berkontrak kecuali
atau kerosakan harta benda disebabkan liabiliti tersebut wujud
kecacatan produk yang dibekalkan atau walaupun ketiadaan sebarang
dijual kepada orang ramai. Contoh produk kontrak;
yang boleh menimbulkan liabiliti ialah  liabiliti yang timbul disebabkan
barangan elektrik, mesin, ubat-ubatan, alat kesilapan formula atau
solek dan barang permainan. spesifikasi produk; dan
 kerugian atau kerosakan
Perlindungan juga meliputi kos kepada produk yang
perundangan yang ditanggung oleh firma, dibekalkan atau dijual selepas
kerja-kerja membaiki atau
dengan mendapat kebenaran pengendali
terlebih dahulu.
mengubahsuai produk
berkenaan.

 Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident – PA)

Takaful Kemalangan Diri adalah pelan tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku
kematian, hilang upaya atau kecederaan yang timbul secara langsung dari kemalangan.
Penyertaan dalam pelan ini mungkin secara persendirian atau secara berkumpulan untuk keluarga.
Ia juga disediakan untuk tempoh jangka pendek, seperti untuk melancong ke luar negara; untuk
melindungi dari apa-apa kemalangan semasa dalam perjalanan.

Perlindungan Takaful Kemalangan Diri disediakan jika berlaku kemalangan di mana-mana


diseluruh dunia, perlindungan 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan
dalam sijil.

o Skala Manfaat

Skala manfaat merujuk kepada amaun pampasan yang perlu dibayar oleh pengendali
takaful sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan. Peserta dinasihatkan
untuk mengambil perhatian terhadap skala manfaat dalam pelan takaful ini kerana ia
berbeza-beza antara pengendali takaful.

o Perlindungan Berganda

Sekiranya peserta mempunyai lebih daripada satu sijil Takaful Kemalangan Diri, dan
apabila berlaku kematian atau hilang upaya, peserta atau waris berhak mendapat
pampasan di bawah setiap sijil. Walau bagaimanapun, bagi tuntutan tertentu seperti
perbelanjaan perubatan di mana pampasan adalah berdasarkan pembayaran balik,
peserta hanya akan dibayar pampasan sekali sahaja, sehingga ke had maksimum
perbelanjaan sebenar yang ditanggung.

o Waris

Peserta dinasihatkan menamakan benefisiari atau waris dan memastikan benefisiari


mengetahui kewujudan sijil takaful Kemalangan Diri yang dimilikinya.

No. Takaful Perlindungan Asas Pengecualian


Kemalangan
Diri

1. Takaful Perlindungan asas Takaful Kemalangan Takaful Kemalangan


Kemalangan Diri termasuk kematian dan hilang upaya Diri biasanyatidak
Diri akibat kemalangan. Selain dari melindungi kemalangan disebabkan
perlindungan asas, pengendali takaful juga kejadian-kejadian berikut:
menyediakan perlindungan ke atas
perbelanjaan perubatan, manfaat rawatan
 risiko peperangan
hospital, pembedahan pembetulan dan
 bunuh diri dan tidak siuman
perbelanjaan pengkebumian. Skop
 kecederaan yang disengajakan
perlindungan adalah berbeza-beza antara
 dibawah pengaruh arak, dadah
pengendali takaful dan oleh itu peserta
atau narkotik
dinasihatkan untuk memilih pelan yang  AIDS/HIV atau lain-lain
sesuai dengan kehendak dan keperluan. penyakit kelamin
Seseorang itu boleh memilih sama ada  serangan atau hasutan
untuk mengambil takaful Kemalangan membunuh
Diriuntuk dirinya sendiri atau menyertai  melahirkan anak, hamil atau
pelan berkumpulan bersama ahli keluarga. keguguran
Majikan boleh membeli takafulKemalangan  terlibat dalam aktiviti yang
Diri untuk pekerjanya dan pembayaran menyalahi undang-undang
pampasan kepada pekerja adalah mengikut  aktiviti sukan yang merbahaya
budi bicara majikan, melainkan manfaat  mengendali atau menunggang
takaful Kemalangan Diri telah dinyatakan kenderaan bermotor dua roda.
secara khusus dalam surat perlantikan
mereka. Terdapat pelan Takaful Kemalangan Diri juga
takaful Kemalangan Diri yang menyatakan biasanya mengecualikan perlindungan
keperluan kumpulan umur yang boleh kepada individu yang terlibat kerjaya
dilindungi. berikut:

 polis/tentera dan pegawai


penguatkuasa
 pemadu
 juruterbang atau anak kapal
 penguji pesawat
 pelumba kereta
 pelaut atau nelayan laut
 ahli sukan profesional

Pengecualian ini mungkin berbeza


antara pengendali takaful.

 Takaful Jaminan Kesetiaan

Terdapat 3 jenis sijil jaminan kesetiaan yang dikeluarkan oleh pengendali takaful iaitu:

o Sijil Individu : Perlindungan untuk pekerja yang dinamakan dengan menyatakan amaun
perlindungan.

o Sijil Kolektif – Dinamakan secara kolektif : Sijil ini memasukkan nama dan tugas pekerja
yang dilindungi. Amaun yang dijamin ditetapkan bagi setiap nama pekerja, dan ini
mungkin merupakan amaun individu atau amaun terapung untuk semua senarai pekerja.
Tidak dinamakan secara kolektif : sijil ini melindungi majikan terhadap kerugian
disebabkan ketidakjujuran atau penipuan pekerja dari kategori tertentu seperti pengurus,
juruwang, penjaga stor dan kerani.

o Sijil Menyeluruh : Sijil ini melindungi majikan terhadap kerugian akibat ketidakjujuran atau
tindakan penipuan oleh semua pekerja tanpa menyatakan nama atau jawatan.

No. Jaminan Perlindungan Asas Pengecualian


Kesetiaan

1. Takaful Sijil ini melindungi majikan terhadap Secara amnya, jarang terdapat
Jaminan kehilangan wang atau stok barangan pengecualian bagi takaful jaminan
Kesetiaan disebabkan perbuatan tidak jujur atau kesetiaan.
penipuan pekerjanya. Perlakuan tidak jujur
atau penipuan itu mestilah berlaku ketika:

 dalam tempoh kuatkuasa takaful;


 pekerja dalam tempoh
perkhidmatan yang berterusan; dan
 perbuatan tersebut diketahui dan
dilaporkan dalam tempoh seperti
yang dinyatakan dalam sijil.
B2.6 Takaful Kejuruteraan

Jenis utama sijil yang dikeluarkan dibawah kelas takaful ini adalah seperti berikut:

 Sijil Letupan Dandang


 Sijil Kerosakan Mesin
 Sijil Peralatan Elektronik/Komputer
 Sijil Semua Risiko Kontraktor
 Sijil Semua Risiko Pembinaan

No. Takaful Perlindungan Asas Pengecualian


Kejuruteraan

1. Sijil Letupan Sijil ini menyediakan khidmat Pengecualian biasa yang terdapat
Dandang pemeriksaan dan perlindungan dalam sijil:
terhadap kerosakan loji:
 haus dan lusuh, tetapi letupan
 kerosakan harta disekeliling loji atau runtuhan dari
milik peserta; dan penghausan dandang dan loji
 kerosakan harta dan tekanan adalah dilindungi;
kecederaan anggota badan  kegagalan bahagian mesin
pihak ketiga disebabkan yang boleh diganti (iaitu
letupan dan runtuhan dandang bahagian yang memerlukan
dan loji tekanan. penyelenggaraan berkala),
kecuali kecacatan tersebut
menyebabkan letupan dan
runtuhan;
 kerosakan harta peserta
disebabkan kebakaran;
 kerosakan atau liabiliti akibat
tindakan yang disengajakan
atau kecuaian peserta;
 kerugian akibat
pemberhentian kerja loji;
 kerugian atau kerosakan
disebabkan:
1. taufan, ribut, letusan
gunung berapi,
gempa bumi dan
seumpamanya;
2. peperangan, operasi
peperangan, rusuhan
awam dan mogok;
dan
3. kerugian, kerosakan
dan liabiliti yang
berpunca dari risiko
nuklear.
2. Sijil Kerosakan Sijil ini melindungi kerosakan mesin Pengecualian biasa termasuk:
Mesin (Machine yang berlaku secara mengejut dan tidak
Breakdown dijangka ketika mesin sedang  haus dan lusuh;
Certificate) beroperasi atau pun tidak beroperasi.  kerugian atau kerosakan
Perlindungan yang disediakan disebabkan:
termasuk kerosakan disebabkan 1. kebakaran dan
kegagalan bahan, reka bentuk, letupan;
pembinaan dan pemasangan; 2. kebanjiran, tanah
tenggelam, tanah
runtuh, gempa bumi
 kemalangan berpunca dari
dan seumpamanya;
keadaan tempat kerja;
3. peperangan, rusuhan
 penggunaan elektrik yang
dan risiko
berlebihan;
seumpamanya; dan
 kegagalan penebat; 4. risiko nuklear.
 litar pintas, litar terbuka atau
percikan;
 kegagalan lain-lain mesin
berkaitan atau alat kawalan;
 ketidakcekapan dan kecuaian
pekerja atau lain-lain individu;
 kerosakan disebabkan elemen
luar.

3. Sijil Peralatan Sijil ini menyediakan perlindungan Pengecualian biasa termasuk:


Elektronik/Komputer terhadap kerugian fizikal atau
kerosakan peralatan elektrik oleh a. deduktibel;
sebarang sebab, selain dari b. kecurian;
pengecualian yang dinyatakan dalam c. kerugian akibat:
sijil. 1. gempabumi, letusan
gunung berapi, ribut,
siklon atau taufan;
2. kesilapan atau
kecacatan yang
wujud ketika
perlaksanaan
pentauliahan dan ia
adalah dalam
pengetahuan peserta;
3. kegagalan atau
gangguan bekalan
gas, air atau elektrik;
4. keadaan
persekitaran;
d. kos penyelenggaraan;
e. kerugian atau kerosakan
yang mejadi tanggungjawab
pembekal atau pengeluar
mengikut undang-undang
atau berdasarkan kontrak;
f. kerugian atau kerosakan
peralatan yang disewa yang
menjadi tanggungjawab
pemilik mengikut undang-
undang atau berdasarkan
kontrak; dan
g. kerugian turutan atau liabiliti.

4. Sijil Semua Risiko Sijil ini menyediakan perlindungan Pengecualian sijil Semua Risiko
Kontraktor terhadap kerugian atau kerosakan Kontraktor
(Contractor All Risk) kepada kerja-kerja sementara, bahan-
bahan, loji dan lain-lain peralatan yang  kerugian atau kerosakan
dibawa ke tapak pembinaan oleh disebabkan rekabentuk tidak
kontraktor yang berkaitan dengan sempurna;
bangunan atau projek kejuruteraan  kos penggantian bahan atau
awam. mutu kerja yang tidak
mengikut spesifikasi;
Liabiliti Pihak Ketiga: Selain dari  haus dan lusuh, karat dan
melindungi dari kerosakan bahan, sijil susut;
Semua Risiko Kontraktor memasukkan  kerugian atau kerosakan loji
satu bahagian yang memberikan pembinaan dan mesin
perlindungan terhadap liabiliti bagi disebabkan kerosakan
mekanikal dan/atau elektrikal;
kerosakan harta benda dan kecederaan
 kerugian atau kerosakan
tubuh badan pihak ketiga yang berlaku
kepada kenderaan yang
berkaitan dengan kerja-kerja kontrak. dilesenkan untuk kegunaan di
darat, air atau udara;
 kerugian atau kerosakan
kepada fail, lukisan, akaun,
bil, mata wang, nota sekuriti
dan cek;
 kerugian yang disedari
semasa membuat semakan
inventori;
 lebihan yang perlu
ditanggung oleh peserta;
 kerugian turutan;
 kerugian akibat tindakan yang
disengajakan oleh pengarah,
pengurus atau pengurus
tapak yang bekerja dengan
peserta;
 risiko nuklear; dan
 kerugian disebabkan
peperangan, operasi
peperangan, mogok dan
rusuhan awam.

5. Sijil Semua Risiko The Sijil ini menyediakan perlindungan The Pengecualian utama adalah agak
Pembinaan terhadap kerosakan kepada kerja-kerja serupa dengan sijil Semua Risiko
(Erection All Risk) pemasangan dan apa-apa kerja Kontraktor. Mungkin perbezaan
sementara yang berkaitan dengan utama di antara kedua-dua sijil ialah
pembinaan, pengujian dan sijil Semua Risiko Pembinaan
pentauliahan loji dan jentera. mempunyai peruntukan perlindungan
semasa pengujian dan pentauliahan
Liabiliti Pihak Ketiga - seperti sijil pemasangan , manakala sijil Semua
Semua Risiko Kontraktor, sijil Semua Risiko Kontraktor hanya melindungi
Risiko Pembinaan mempunyai seksyen kerja-kerja sebenar dalam
yang memberikan perlindungan kejuruteraan bangunan/kejuruteraan
terhadap liabiliti bagi kerosakan harta awam.
benda dan kecederaan tubuh badan
kepada pihak ketiga.

AMALAN TAKAFUL AM : PENILAIAN RISIKO DAN PENGUNDERAITAN


Pengenalan

Aspek-aspek amalan takaful am yang akan dibincangkan dalam bab ini meliputi:

B3. 1 Pengunderaitan
B3. 2 Proses Pengunderaitan
B3. 3 Penetapan Sumbangan, Terma dan Syarat
B3. 4 Pengesahan Penerimaan
B3. 5 Takaful Semula dan Takaful Bersama
B3. 6 Bayaran dan Pengembalian Sumbangan
B3. 7 Pengkadaran dan Sumbangan
B3. 8 Tarif Kebakaran
B3. 9 Tarif Motor
B3.10 Tarif Pampasan Pekerja

Seperti yang tertakluk di bawah Pengunderaitan Risiko Takaful (BNM/RH/CP 004-1), pengendali
takaful hendaklah menguruskan proses pengunderaitan secara efektif untuk mengelakkan anti-
pemilihan dan memastikan daya maju dana takaful dalam jangka masa panjang.

 Pengurusan pengunderaitan hendaklah selaras dengan andaian-andaian yang digunakan


dalam penentuan harga produk.

 Peserta sebagai pemilik dana takaful mengharapkan pengendali takaful untuk merangka satu
proses yang mantap untuk memilih risiko ke dalam dana takaful. Dalam hal ini, dasar
pengunderaitan yang jelas dan didokumentasikan serta membuat kajian semula secara
berkala untuk disesuaikan dengan perubahan keadaan pasaran hendaklah dilaksanakan.

 Pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi kerja pengunderaitan perlu


memahami sepenuhnya pelbagai dasar yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti
parameter penilaian risiko, kategori risiko, batasan kepada jenis risiko yang boleh diterima
dan jika berkaitan, keadaan dimana siasatan lanjut dan/atau dokumentasi yang diperlukan
sebelum penerimaan risiko (contohnya pengunderaitan perubatan).
 Pengendali takaful bertanggungjawab untuk menilai secara objektif dan meneliti risiko
pengunderaitan dan pendedahan bakal peserta, untuk memastikan bahawa risiko yang
diterima adalah selaras dengan andaian-andaian yang digunakan dalam penentuan kadar
sumbangan. Sekiranya perlu, pengkadaran yang berbeza termasuk bebanan sumbangan,
manfaat pengecualian atau had perlindungan patut dikenakan apabila menerima peserta
yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi.

AMALAN TAKAFUL AM : PENILAIAN RISIKO DAN PENGUNDERAITAN


B3.1 Pengunderaitan

Pengunderaitan boleh ditakrifkan sebagai cara-cara penilaian atau penelitian cadangan untuk
menyertai takaful. Proses menilai cadangan diputuskan sama ada untuk menerima atau menolak,
yang biasanya dibuat berdasarkan set garis panduan atau prosedur yang disediakan. Pada
dasarnya, proses pengunderaitan menentukan bahaya fizikal, moral, alam sekitar, pasaran dan
bahaya undang-undang perkara pokok/subjek yang dilindungi, termasuk pengalaman kerugian. Pada
keseluruhannya, proses pengunderaitan membantu menegakkan prinsip keadilan atau 'adl' yang
sangat dianjurkan dalam Islam. Melalui proses ini, terma dan syarat-syarat yang sesuai serta
penarafan kelas perlindungan boleh ditentukan atau sebagai alternatif, untuk menolaknya.

Dalam mana-mana skim takaful am, peserta dikehendaki untuk membuat pembayaran yang dikenali
sebagai sumbangan ke dalam Dana Takaful Am (juga dikenali sebagai Dana Risiko atau dana
tabarru'), yang digunakan untuk membayar kerugian yang dialami oleh ahli-ahli yang menyertai skim
takaful. Untuk memastikan bahawa dana yang mencukupi disediakan untuk membayar
tuntutan/kerugian, pengendali takaful hendaklah:

1. Mengelakkan anti-pemilihan (anti selection); dan


2. mengenakan kadar sumbangan yang setimpal dengan risiko yang dikongsi peserta.

Aktiviti Keterangan

Anti-Pemilihan (Anti Selection) Anti-pemilihan berlaku apabila seseorang


pemohon yang mengetahui bahawa dia
mempunyai risiko yang sangat tinggi yang
memungkinkan kebarangkalian berlaku kerugian,
mengemukakan satu cadangan untuk takaful.
Apabila anti-pemilihan wujud dalam kelas risiko,
kerugian sebenar akan menjadi lebih besar
daripada jangkaan kerugian kerana kelas risiko
tidak mewakili kumpulan yang dipilih secara rawak
(dirujuk sebagai 'peraturan bilangan jumlah
besar'). Peraturan bilangan jumlah besar ini
adalah salah satu daripada premis/andaian yang
paling asas dalam menentukan kejayaan
perniagaan takaful. Secara ringkasnya, andaian
matematik ini mengatakan bahawa semakin besar
bilangan kumpulan yang dipilih secara rawak
peserta yang dilindungi, lebih tepat ramalan
kerugian yang akan terjadi.

Oleh kerana sumbangan yang dikenakan adalah


berdasarkan kerugian yang dijangka daripada
kumpulan yang dipilih secara rawak, jumlah yang
dikumpul tidak akan mencukupi untuk membayar
tuntutan jika wujud anti-pemilihan.

Kecukupan Sumbangan (Adequacy of Untuk memastikan skim takaful berfungsi secara


Contribution) lebih berkesan, ia hendaklah mempunyai satu
kumpulan peserta yang agak besar yang
menghadapi risiko yang sama, membayar jumlah
yang sama ke dalam dana kumpulan wang yang
sama yang digunakan untuk membayar kerugian
yang menimpa segelintir peserta. Pada
hakikatnya, pemohon perlindungan takaful
mempunyai kebarangkalian menghadapi kerugian
yang berbeza. Untuk memastikan sumbangan
yang dikumpul dari kelas risiko adalah mencukupi,
pengendali akan mengenakan kadar sumbangan
yang setara dengan risiko yang akan dikongsi
bersama dikalangan peserta.

Dalam erti kata lain, pengendali akan


mengenakan kadar sumbangan yang lebih tinggi
kepada pemohon yang mempunyai
kebarangkalian mengalami kerugian yang lebih
tinggi berbanding dengan peserta biasa. Dari
sudut amalan, pengendali melalui
pengunderaitnya, melaksanakan satu proses yang
dipanggil 'pengunderaitan' untuk memastikan
bahawa mereka akan menjauhi anti-pemilihan,
dan kadar sumbangan yang dikenakan adalah
berpatutan dengan risiko yang dikongsi.
B3.2 Proses Pengunderaitan

Pengunderaitan dalam takaful boleh didefinisikan sebagai proses menilai dan memilih risiko, menentukan
kadar sumbangan serta terma dan syarat penerimaan.

Salah satu elemen penting dalam proses pengunderaitan ialah peranan yang dimainkan oleh pemain
utama dalam perniagaan takaful, iaitu ejen. Ia juga boleh dikatakan bahawa ejen itu adalah bahagian
yang penting dalam proses pemilihan risiko. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ejen itu berada
dalam kedudukan yang benar-benar melihat dan berinteraksi dengan bakal peserta, bertanya soalan-
soalan yang terkandung dalam borang cadangan dan menilai maklum balas yang diterima, dan
merekodkan jawapan dengan tepat dan sepenuhnya. Oleh itu, salah satu fungsi yang paling penting bagi
ejen ialah memastikan borang cadangan takaful lengkap diisi. Kebanyakan maklumat yang terkandung
dalam dokumen itu menjadi asas untuk menerima atau menolak risiko yang dicadangkan. Di samping itu,
satu salinan borang cadangan yang ditandatangani oleh peserta dan saksi juga akan menjadi
sebahagian daripada dokumen sijil, kontrak undang-undang diantara pengendali dan peserta.

Elemen yang paling penting dalam proses ini ialah untuk ejen memastikan bakal peserta memaparkan
ketepatan, ketelitian dan kejujuran apabila melengkapkan borang permohonan. Jawapan kepada soalan-
soalan mesti direkodkan dengan tepat dan menyeluruh, disertakan dengan sikap jujur dan keikhlasan.
Ejen itu tidak boleh meninggalkan maklumat yang berkaitan atau laporan tidak tepat demi membantu
memudahkan proses pengeluaran sijil. Kelakuan beretika ejen dengan mengambil kira proses
pengunderaitan mesti, dalam semua keadaan menjadi keutamaan. Selain itu, ejen juga boleh membantu
mempercepatkan proses pengunderaitan dengan mengemukakan borang cadangan dengan segera,
menjadualkan masa untuk membuat pemerhatian & kaji selidik ke atas harta yang akan dilindungi dan
membantu pengunderait untuk mendapatkan apa-apa dokumen tambahan yang diperlukan.

Akhir sekali, sekiranya permohonan perlindungan ditolak oleh pengendali, ejen berperanan untuk
memberitahu dan menerangkan sebab-sebab penolakan permohonan kepada peserta yang terlibat.

Oleh kerana “pengunderaitan” didefinisikan sebagai proses menilai dan memilih risiko, menetapkan kadar
sumbangan, terma dan syarat, proses pengunderaitan akan melibatkan aspek-aspek berikut:

Proses Pengunderaitan Keterangan

Proses Pemilihan Risiko Proses pemilihan risiko meliputi tugas-tugas menilai maklumat
dan sumber-sumber bagi menentukan bagaimana risiko
individu akan diklasifikasikan (sama ada risiko yang standard,
substandard, atau ditolak). Selepas prosedur pengkelasan
selesai, risiko ini diberi nilai pengkadaran sumbangan yang
bersesuaian, yang perlu dikenakan kepada peserta. Sijil
takaful kemudiannya akan dikeluarkan dan diserahkan
kepada peserta melalui pengantara (lebih dikenali sebagai
ejen takaful).

Mengenalpasti dan Menilai Risiko

Apabila borang cadangan dikemukakan untuk


perlindungan/takaful, pengunderait perlu mengenalpasti dan
menilai bahaya fizikal dan moral yang dikaitkan dengan risiko
yang dicadangkan. Maklumat berhubung dengan bahaya
boleh diperolehi dari borang cadangan yang telah lengkap
diisi oleh pencadang sebelum itu. Walau bagaimanapun, jika
maklumat tambahan diperlukan, pengunderait boleh
mengambil salah satu atau lebih daripada tindakan-tindakan
berikut:

 meminta laporan kajian (survey) tentang risiko


berkaitan, dan
 menghubungi dan membuat pertanyaan terus dengan
pelanggan.

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh mendedahkan


bahaya fizikal dalam pelbagai kelas perniagaan takaful am:

Takaful Kebakaran:

 jenis pembinaan,
 ketinggian bangunan,
 jenis/kemasan lantai,
Sambungan: Proses  kegunaan bangunan,
Pemilihan Risiko  jenis barangan yang disimpan, dan
 situasi risiko.

Takaful Motor:

 jenis kenderaan,
 keupayaan enjin/kuasa padu,
 usia dan keadaan kenderaan,
 kegunaan,
 pengubahsuaian pada kenderaan,
 umur pemandu / peserta, dan
 pekerjaan pemandu/peserta.

Takaful Kecurian:

 jenis stok/barangan,
 situasi risiko,
 jenis pembinaan premis, dan
 langkah keselamatan yang diambil

Personal Accident Takaful

 umur peserta,
 jenis pekerjaan,
 keadaan fizikal dan kesihatan, dan
 hobi.

Sementara bahaya fizikal adalah unsur-unsur ketara yang


boleh dilihat, bahaya moral iaitu yang berkaitan dengan
akhlak, halus dan oleh itu lebih sukar untuk dilihat dan diukur.
Berikut adalah beberapa bentuk bahaya moral:

 Kecuaian
Merupakan bahaya moral yang paling biasa. Sikap
cuai boleh timbul dari peserta sendiri, pekerjanya atau
pihak ketiga.

 Tidak munasabah
Bahaya moral bentuk ini jelas kelihatan ketika proses
penyelesaian tuntutan, apabila peserta cuba
menuntut amaun pampasan yang tidak patut atau
tidak munasabah.

 Penipuan
Ini adalah bahaya moral yang paling buruk. Contoh
penipuan dalam takaful termasuklah:

o sengaja merosakkan atau mewujudkan


kerugian palsu kerana peserta menghadapi
masaalah kewangan; dan
o sengaja memperbesarkan amaun tuntutan
dengan niat untuk menipu pengendali.

Pemilihan Risiko

Setelah pengunderait mengenalpasti dan menilai bahaya


yang dikaitkan dengan risiko yang dicadangkan, pengunderait
bersedia untuk memutuskan sama ada menerima atau
menolak cadangan itu. Secara umum, pengunderait tidak
akan menolak cadangan melainkan jika bahaya fizikal
dan/atau moral yang dikaitkan dengannya agak buruk
sehingga ianya tidak menguntungkan. Sungguhpun demikian,
pengunderait lebih tidak berminat untuk menerima risiko
dengan bahaya moral yang buruk kerana risikonya lebih sukar
dikendalikan. Sebagai contoh, apabila penipuan wujud, tiada
peningkatan dalam sumbangan yang mencukupi untuk
menampung risiko. Kecuaian, sebaliknya, boleh dikendalikan
sedikit sebanyak dengan mengenakan syarat lebihan (excess)
dan waranti.

Risiko yang Dicadangkan Borang Cadangan dan Perisytiharan

Borang cadangan dan perisytiharan membentuk asas kontrak


takaful antara peserta dan pengendali. Dokumen ini
merupakan sebahagian daripada kontrak dan diperlukan bagi
setiap permohonan. Semua soal selidik, penyata dan akuan
dalam borang mesti dijawab dengan tepat dan sepenuhnya
selaras dengan prinsip penuh percaya mutlak. Mana-mana
salah nyata (iaitu memberi jawapan yang tidak tepat) atau
penyembunyian fakta di dalam borang cadangan dan
perisytiharan akan menyebabkan kontrak takaful tidak sah
dari mengikut perundangan Syariah dan juga Akta.

Dokumen tambahan yang diperlukan:

 laporan kajian risiko (risk survey), sekiranya perlu


 pelan lantai (layout), sijil kelayakan menduduki
 peralatan mencegah kebakaran

Penilaian Risiko 1. untuk menganalisa samada risiko yang dicadangkan


boleh diterima atau sebaliknya, dan adakah jumlah
perlindungan yang dipohon mencukupi.

2. untuk menerima atau menolak risiko yang


dicadangkan.

3. untuk mengenakan terma dan syarat seperti yang


dinyatakan dalam garis panduan pengunderaitan.

4. untuk mengenakan kadar sumbangan yang


bersesuaian, diskaun, bebanan sumbangan
tambahan – sekiranya perlu.

5. penyebaran risiko – takaful semula, takaful bersama


dan pengumpulan risiko.

Mekanisma Pengkadaran Pengkadaran atau penetapan harga dalam takaful am


dalam Takaful Am hendaklah mengambil kira semua faktor-faktor penting yang
dikaitkan dengan risiko dan selepas dibuat analisis risiko
secara menyeluruh, iaitu bahaya fizikal dan moral,
pengalaman kerugian seperti yang dinyatakan di atas.
Penetapan kadar sumbangan biasanya ditentukan melalui
pendekatan berikut:

1. Pengkadaran berdasarkan penilaian peribadi -


ditentukan berdasarkan pendapat dan penilaian
pengunderait yang mempunyai berpengalaman dan
melalui bertahun-tahun pemerhatian. Kaedah ini tidak
digalakkan untuk pengunderait yang tiada
pengalaman kerana ia boleh membawa kepada
penyalahgunaan dan terlalu mendedahkan dana
takaful kepada anti-pemilihan. Ia juga bercanggah
dengan doktrin kesaksamaan atau keadilan untuk
para peserta.

2. Pengkadaran Berjadual - di mana risiko dinilai dan


dikelaskan mengikut pengalaman kerugian tertentu
yang telah dikumpulkan selama bertahun-tahun
(tahun baik dan buruk). Ini melibatkan pendekatan
sistematik terhadap risiko mengikut bahaya dan
pengalaman untuk tiba pada kadar asas (L/V x 100).
L merujuk kepada pengalaman kerugian, V merujuk
kepada jumlah perlindungan. Penetapan kadar
sumbangan tambahan bebanan untuk margin
keuntungan dan perbelanjaan yang dibenarkan perlu
dimasukkan untuk mengetahui kadar kasar
sumbangan yang diperlukan.

3. 3. Pengkadaran mengikut Tarif - Tarif telah diguna


pakai dalam bidang kuasa tertentu, di mana satu
mekanisma penarafan yang dirangka oleh industri
dan dipersetujui oleh pihak berkuasa. Ini melibatkan
pengawalan kadar sumbangan, terma-terma dan
syarat-syarat yang ditawarkan oleh semua
pengendali. Di Malaysia, contoh tarif yang digunakan
ialah Tarif Takaful Motor, Takaful Kebakaran dan
Takaful Pampasan Pekerja.

Garis Panduan Asas Sebagai pihak berkuasa yang mengawal perniagaan takaful di
Pengkadaran Malaysia, Bank Negara Malaysia telah menetapkan garis
panduan asas mengenai pengkadaran, iaitu:

1. Mencukupi – kadar yang dikenakan mencukupi untuk


menampung anggaran tuntutan dan perbelanjaan
mengurus.

2. Tidak berlebihan – tidak boleh terlalu tinggi dan


hendaklah berpadanan dengan risiko yang dilindungi.

3. Responsif – mampu mengendali pelbagai


pendedahan risiko tuntutan dalam tempoh jangka
masa panjang dan menyesuaikan diri dengan
perubahan ekonomi persekitaran.
Terdapat pandangan bahawa dibawah amalan takaful,
keperluan pengunderaitan adalah tidak perlu kerana telah
menerapkan konsep perpaduan, persaudaraan dan
kerjasama melalui nilai-nilai murni untuk membantu, dengan
pembayaran sumbangan yang dibuat atas dasar tabarru
'(derma).

Sungguhpun demikian, pandangan tersebut tidak boleh


digunapakai dibawah amalan takaful 'Iltizam bi al tabarru'
(derma bersyarat), bermaksud sumbangan yang dibayar
mempunyai syarat tertentu iaitu untuk membayar pampasan
atau manfaat takaful. Dalam hubungan ini, ia juga penting
bagi pengendali sebagai pemegang amanah semua peserta
untuk melindungi dana takaful dari menghadapi tekanan yang
tidak perlu kerana tadbir urus yang lemah. Lebih-lebih lagi,
dalam semua usaha perkongsian dan persaudaraan dalam
takaful, kesaksamaan menanggung risiko dikalangan semua
peserta adalah kunci utama ke arah pengurusan yang baik
seperti yang dijelaskan dalam Islam.

Di bawah 'iltizam bil al-tabarru' IFSB, sumbangan adalah


untuk bayaran tertentu atau yang ditakrifkan sahaja. Dalam
hal ini, pengendali sebagai pemegang amanah yang
berhemat hendaklah menjalankan tadbir urus yang baik,
khususnya dalam memastikan dana takaful tidak boleh terlalu
terdedah kepada bahaya disebabkan oleh pengurusan yang
lemah.

Mengumpulkan Maklumat TTugas pengunderait ialah menggunakan semua maklumat


yang dikumpulkan dari pelbagai sumber untuk menentukan
sama ada menerima pemohon perlindungan tertentu atau
sebaliknya, dan jika diterima, apakah kadar sumbangan yang
perlu dikenakan.

Individu yang memohon untuk perlindungan takaful keluarga


individu dan takaful kesihatan biasanya menerima penelitian
pengunderaitan yang lebih rapi berbanding dengan ahli-ahli
yang memegang pelan sijil takaful berkumpulan.

Pengunderait perlu menggunakan pertimbangan yang


sewajarnya berdasarkan pengalaman untuk mentafsirkan
sesuatu lebih dari fakta-fakta asas yang ada, dan untuk
mendapatkan gambaran sebenar tentang gaya hidup
pemohon bagi cadangan perlindungan Kemalangan Diri,
sebagai contoh. Pengunderait juga boleh meneliti faktor-faktor
lain (seperti pekerjaan, hobi berbahaya dan sebagainya) yang
boleh meyakinkan bahawa pemohon lebih berkemungkinan
mengalami kecederaan tubuh badan atau mungkin membawa
maut, atau sebab-sebab untuk menjangka bahawa individu
berkenaan mungkin boleh terlibat dalam kemalangan yang
akan membawa kepada perbelanjaan perubatan yang tinggi.
Sudah tentu, pengunderait tidak mampu untuk meramalkan
semua hal keadaan/kemungkinan yang akan berlaku pada
masa hadapan.

Fungsi utama pengunderait ialah untuk melindungi syarikat


pengendali atau takaful setakat yang boleh, mengelakkan dari
berlakunya pemilihan yang bertentangan (anti-pemilihan) dan
pihak-pihak yang mungkin mempunyai niat untuk menipu.
Pemilihan yang bertentangan boleh dikatakan wujud apabila
risiko seseorang individu atau kumpulan yang dilindungi
adalah lebih tinggi berbanding dengan purata kumpulan
sepadan yang mengalami kerugian.

Tugas pengunderait ialah untuk memastikan bahawa bilangan


risiko yang lebih buruk dari purata risiko biasa hendaklah
ditolak permohonannya bagi mengelakkan pengendali atau
syarikat takaful menanggung kerugian.

Pengunderait mempunyai beberapa sumber yang boleh


digunakan untuk memberi maklumat yang diperlukan bagi
proses pemilihan risiko. Sumber-sumber tersebut
termasuklah:

1. Borang cadangan yang telah lengkap diisi.


2. Laporan bebas kajian mengenai risiko atau
pengurusan risiko yang dikendalikan oleh pakar
dibidang berkaitan, sekiranya perlu.
3. Laporan ejen takaful.

Borang Cadangan Ejen perlu memastikan jawapan yang disediakan di dalam


Borang Cadangan adalah lengkap dan tepat, demi menjaga
kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengendali dan peserta.
Permohonan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian,
dengan masing-masing direka untuk mendapatkan jenis
maklumat yang khusus. Walaupun borang permohonan itu
mungkin berbeza dari satu pengendali ke pengendali yang
lain, tetapi hampir kesemua pengendali menghendaki peserta
memberikan maklumat atau data-data berikut:

Bahagian 1 (Maklumat Am),


Bahagian 2 (Maklumat Khusus) mengenai risiko yang
dicadangkan, laporan ejen, dan tandatangan peserta dan lain-
lain pihak yang berkepentingan.

Maklumat Am:
Bahagian 1 menghendaki:-

Maklumat peribadi pencadang seperti nama dan alamat,


tarikh lahir, pekerjaan, alamat tempat kerja, keadaan risiko
yang ingin dilindungi, status lain-lain polisi/sijil insurans/takaful
yang dimiliki atau pernah dipohon atas risiko atau harta yang
sama.

Maklumat Khusus :
Bahagian 2 menghendaki:-

Maklumat mengenai risiko yang akan dilindungi, biasanya


maklumat yang lebih khusus seperti keadaan dan keterangan
mengenai harta atau aset berkaitan, kelas pembinaan
bangunan (harta), pendedahan kepada liabiliti (untuk liabiliti
produk) dan sebagainya.

Laporan/kenyataan Ejen :
ABahagian Laporan Ejen iaitu bahagian dalam borang
cadangan yang menghendaki ejen menyediakan beberapa
maklumat mengenai pencadang. Ia meliputi hubungan ejen
dengan pencadang, maklumat mengenai sifat dan ciri-ciri
yang dimiliki oleh pencadang dan lain-lain maklumat yang
mungkin dapat membantu menilai risiko yang dicadangkan
kepada pengendali takaful.

Tandatangan Peserta:
Tandatangan peserta perlu diturunkan dibahagian tertentu
dalam borang cadangan. Ejen juga biasanya perlu
menandatangani borang berkenaan sebagai saksi kepada
tandatangan peserta.

Laporan Penyiasatan Laporan ini akan menjadi maklumat tambahan kepada


Bebas mengenai risiko maklumat yang diberikan di dalam Borang Cadangan dan
atau Kajian Pengurusan Permohonan. Maklumat yang disediakan oleh pakar-pakar
Risiko yang dijalankan bebas adalah untuk kebaikan pengendali dan juga peserta.
oleh pakar-pakar, jika Laporan ini menjadi lebih penting sekiranya ia melibatkan
berkenaan. risiko komersial atau khusus yang besar seperti tenaga,
penerbangan, marin badan kapal dll.

Pastinya, maklumat yang disediakan dalam laporan ini adalah


lebih mendalam dan menyeluruh, dan mungkin boleh
digunakan sebagai sebahagian daripada maklumat yang
diperlukan atau perlu dibekalkan apabila pengendali
menggunakan khidmat takaful semula bagi risiko yang lebih
berat.

Had Bendungan Dalam usaha untuk menentukan amaun bendungan yang


harus ditetapkan, peraturan umum biasanya menetapkan kira-
kira 2% hingga 5% 'modal keselamatan' iaitu modal 'bebas'
yang boleh digunakan untuk menyokong risiko berkaitan.
B3.3 Menentukan Kadar Sumbangan, Terma Dan Syarat

Sumbangan adalah "kos atau harga" yang perlu dibayar untuk mendapatkan perlindungan takaful. Bagi
majoriti kelas takaful, sumbangan atau premium yang dikenakan adalah kadar sumbangan satu unit
perlindungan yang didarab dengan bilangan unit perlindungan yang diperlukan.

Kadar seunit perlindungan boleh dinyatakan sama ada dalam bentuk RM X peratus (RM X setiap RM100
perlindungan) atau RM X per mille (RM X RM1000 perlindungan). Unit perlindungan diukur berbeza
mengikut jenis takaful. Dalam menentukan sumbangan bagi setiap risiko, pengunderait akan memastikan
bahawa kadar yang dikenakan mencerminkan tahap bahaya dan jumlah unit perlindungan yang
diperlukan mencerminkan nilai risiko 'dikongsi', jika tidak, sumbangan yang dikenakan tidak akan
mencukupi untuk membayar kerugian.

TOleh itu, apabila dua risiko yang mempunyai nilai yang sama diserahkan untuk perlindungan takaful,
risiko dengan bahaya biasa akan dikenakan kadar sumbangan biasa atau standard, manakala risiko
dengan bahaya yang tidak normal (abnormal) akan dikenakan kadar sumbangan yang lebih tinggi.
Terma-terma dan syarat-syarat yang akan dikenakan akan bergantung kepada sama ada risiko yang
diterima mendedahkan bahaya normal atau tidak normal. Risiko dengan bahaya biasa diterima pada
terma-terma dan syarat-syarat standard bagi setiap kelas tertentu takaful.

Risiko tidak normal boleh diterima tetapi tertakluk kepada penilaian penguderaitan seperti berikut:

Pengunderaitan
Risiko Bahaya Keterangan
Tidak Normal

Penambahbaikan Penambahbaikan risiko memerlukan pencadang mengambil


Risiko langkah-langkah memperbaiki risiko (umpamanya, pemasangan alat
penggera kebakaran, sistem perenjis air automatik dsb) sebelum
risiko tersebut boleh diterima oleh pengunderait.

Waranti Waranti dikenakan bagi mengawal bahaya dan memastikan agar:

1. bahaya baru/tambahan tidak diterima ketika sijil sedang


berkuatkuasa; atau

2. cadangan dari pengendali hendaklah dipatuhi oleh peserta.

Pengecualian Pengecualian dilaksanakan dengan memasukkan fasal untuk


mengecualikan liabiliti pengendali dari kerugian tertentu yang mana
di bawah keadaan biasa, ia akan dilindungi di bawah perlindungan
takaful standard.

Menghadkan Dengan menghadkan perlindungan, pencadang ditawarkan


Perlindungan perlindungan takaful yang lebih rendah dari perlindungan asal yang
diminta. Sebagai contoh, di bawah perlindungan takaful motor,
pencadang hanya boleh diberi perlindungan pihak ketiga walaupun
pada asalnya ia memohon perlindungan komprehensif.

Lebihan (Excess) Apabila peruntukan lebihan (excess) dikenakan, peserta dikehendaki


menanggung amaun atau bahagian tertentu bagi setiap kerugian
yang berlaku.

Francais Sama seperti lebihan, dalam francais peserta tidak boleh membuat
tuntutan sekiranya jumlah kerugian adalah lebih rendah daripada
jumlah francais. Walau bagaimanapun, tidak seperti lebihan, jika
kerugian melebihi jumlah francais, peserta tidak perlu menanggung
jumlah francais kerana jumlah penuh akan ditanggung oleh
pengendali. Francais jarang digunakan dalam takaful am, kecuali
dalam takaful marin.

B3.3 Menentukan Kadar Sumbangan, Terma Dan Syarat

Sumbangan adalah "kos atau harga" yang perlu dibayar untuk mendapatkan perlindungan takaful. Bagi
majoriti kelas takaful, sumbangan atau premium yang dikenakan adalah kadar sumbangan satu unit
perlindungan yang didarab dengan bilangan unit perlindungan yang diperlukan.

Kadar seunit perlindungan boleh dinyatakan sama ada dalam bentuk RM X peratus (RM X setiap RM100
perlindungan) atau RM X per mille (RM X RM1000 perlindungan). Unit perlindungan diukur berbeza
mengikut jenis takaful. Dalam menentukan sumbangan bagi setiap risiko, pengunderait akan memastikan
bahawa kadar yang dikenakan mencerminkan tahap bahaya dan jumlah unit perlindungan yang
diperlukan mencerminkan nilai risiko 'dikongsi', jika tidak, sumbangan yang dikenakan tidak akan
mencukupi untuk membayar kerugian.

TOleh itu, apabila dua risiko yang mempunyai nilai yang sama diserahkan untuk perlindungan takaful,
risiko dengan bahaya biasa akan dikenakan kadar sumbangan biasa atau standard, manakala risiko
dengan bahaya yang tidak normal (abnormal) akan dikenakan kadar sumbangan yang lebih tinggi.
Terma-terma dan syarat-syarat yang akan dikenakan akan bergantung kepada sama ada risiko yang
diterima mendedahkan bahaya normal atau tidak normal. Risiko dengan bahaya biasa diterima pada
terma-terma dan syarat-syarat standard bagi setiap kelas tertentu takaful.

Risiko tidak normal boleh diterima tetapi tertakluk kepada penilaian penguderaitan seperti berikut:

Pengunderaitan
Risiko Bahaya Keterangan
Tidak Normal

Penambahbaikan Penambahbaikan risiko memerlukan pencadang mengambil


Risiko langkah-langkah memperbaiki risiko (umpamanya, pemasangan alat
penggera kebakaran, sistem perenjis air automatik dsb) sebelum
risiko tersebut boleh diterima oleh pengunderait.
Waranti Waranti dikenakan bagi mengawal bahaya dan memastikan agar:

1. bahaya baru/tambahan tidak diterima ketika sijil sedang


berkuatkuasa; atau

2. cadangan dari pengendali hendaklah dipatuhi oleh peserta.

Pengecualian Pengecualian dilaksanakan dengan memasukkan fasal untuk


mengecualikan liabiliti pengendali dari kerugian tertentu yang mana
di bawah keadaan biasa, ia akan dilindungi di bawah perlindungan
takaful standard.

Menghadkan Dengan menghadkan perlindungan, pencadang ditawarkan


Perlindungan perlindungan takaful yang lebih rendah dari perlindungan asal yang
diminta. Sebagai contoh, di bawah perlindungan takaful motor,
pencadang hanya boleh diberi perlindungan pihak ketiga walaupun
pada asalnya ia memohon perlindungan komprehensif.

Lebihan (Excess) Apabila peruntukan lebihan (excess) dikenakan, peserta dikehendaki


menanggung amaun atau bahagian tertentu bagi setiap kerugian
yang berlaku.

Francais Sama seperti lebihan, dalam francais peserta tidak boleh membuat
tuntutan sekiranya jumlah kerugian adalah lebih rendah daripada
jumlah francais. Walau bagaimanapun, tidak seperti lebihan, jika
kerugian melebihi jumlah francais, peserta tidak perlu menanggung
jumlah francais kerana jumlah penuh akan ditanggung oleh
pengendali. Francais jarang digunakan dalam takaful am, kecuali
dalam takaful marin.

B3.4 Pengesahan Penerimaan

Sekiranya terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengendali diterima oleh pencadang,
pengendali biasanya akan mengeluarkan nota perlindungan atau e-cover dalam kes takaful motor,
sebagai bukti penerimaan perlindungan sementara sehingga dokumen sijil dikeluarkan.

B3.5 Takaful Semula Dan Takaful Bersama

Apabila pengunderait menilai risiko, ia mungkin perlu mempertimbangkan saiz risiko yang dicadangkan.
Mungkin risiko yang dicadangkan itu tidak mampu ditanggung pengendali bersendirian, oleh itu
pengendali mungkin perlu menimbang untuk menggunakan khidmat takaful semula atau takaful bersama.
Risiko berkenaan mungkin terpaksa ditolak jika urusan takaful semula atau takaful bersama tidak
diperolehi. Mujur keadaan sebegini agak jarang berlaku dan pengendali takaful biasanya boleh
mengaturkan perlindungan sama ada takaful semula atau takaful bersama apabila diperlukan.
Takaful semula adalah suatu kaedah di mana pengendali takaful 'berkongsi' (cedes) sebahagian
daripada risiko yang ditanggung melebihi had bendungan, kepada pengendali takaful lain atau
pengendali takaful semula. Bendungan ialah bahagian yang dikekalkan/disimpan oleh pengendali takaful,
bukan pengendali takaful semula.

Takaful bersama ialah urusan diantara dua atau lebih pengendali takaful untuk berkongsi risiko asal dan
setiap pengendali bertanggungjawab secara langsung bagi bahagian risiko yang dilindungi. Oleh itu,
dalam jadual taburan dibawah, kotak-kotak yang mewakili Risiko yang Dibendung dan Risiko Takaful
Semula menunjukkan bahagian perlindungan masing-masing yang perlu diterima sekiranya berlaku
tuntutan kelak.

B3.6 Pembayaran Dan Bayaran Balik

Bayaran Sumbangan

Waranti Sumbangan:
Enam Puluh (60) Hari Fasal Waranti Sumbangan

Pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful am dikehendaki menguatkuasakan ketetapan


Waranti Sumbangan ke atas semua kelas perniagaan takaful kecuali motor, kemalangan diri, perjalanan,
takaful marin dan takaful bon. Di bawah waranti berkenaan, peserta dikehendaki membayar sumbangan
yang dikenakan untuk perlindungan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kuatkuasa takaful (sijil, nota
perlindungan dan/atau sijil pembaharuan akan menunjukkan tarikh kuatkuasa perlindungan).

Sekiranya sumbangan tidak dibayar pada/sebelum hari ke-60, perlindungan akan dibatalkan pada hari
ke-61 dan pengendali berhak untuk sumbangan pro-rata bagi tempoh pengendali telah menanggung
risiko berkenaan.
Bagi maksud waranti ini, apa-apa bayaran yang diterima oleh ejen yang dilantik adalah dianggap telah
diterima oleh pengendali dan beban untuk membuktikan bahawa orang yang tidak dibenarkan, termasuk
ejennya, yang telah menerima sumbangan tersebut adalah terletak kepada pengendali.

Waranti Sumbangan menyatakan bahawa:

“Adalah menjadi syarat utama, khusus dan muktamad dalam kontrak takaful bahawa sumbangan yang
sepatutnya kena bayar hendaklah dibayar dan diterima oleh pengendali dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kuatkuasa sijil/endorsemen/sijil pembaharuan. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak ini secara
automatik akan dibatalkan dan pengendali berhak menuntut sumbangan pro rata untuk tempoh
perlindungan tersebut. Sekiranya sumbangan yang sepatutnya kena bayar mengikut waranti premium,
telah diterima oleh ejen yang diberi kuasa oleh pengendali, bayaran tersebut dianggap telah diterima oleh
pengendali dan beban untuk membuktikan yang premium kena bayar telah diterima oleh seseorang
individu, termasuk ejen takaful, yang tidak diberi kuasa untuk menerima bayaran sumbangan tersebut,
adalah terletak dan menjadi tanggungjawab pengendali”.

Peraturan Tunai-Sebelum-Lindung (Cash Before Cover)

Peraturan (Penerimaan Risiko dan Kutipan Sumbangan) Takaful 1985 (dimasukkan dibawah Seksyen 25
Akta Takaful 1984), atau lebih dikenali sebagai Peraturan CBC, telah dikuatkuasakan pada 2 Januari
2005 melalui Pekeliling BNM Rujukan: JPIT/15/2004/TO. Peraturan tersebut kemudiannya digunapakai
untuk perniagaan takaful kemalangan diri dan kemalangan diri perjalanan (travel PA) yang berkuatkuasa
pada 1 Julai 2007.

Di bawah Takaful Motor, ia telah ditetapkan oleh undang-undang bahawa sijil/polisi takaful/insurans
motor hanya boleh dikeluarkan oleh pengendali/syarikat insurans atau ejen-ejen mereka berasaskan
peraturan 'tunai-sebelum-lindung'. Ini bermakna sumbangan/premium mesti dibayar sebelum nota lindung
motor atau sijil/polisi boleh dikeluarkan. Keputusan di atas terpakai kepada pengantara, broker,
pengendali takaful serta 'pelanggan langsung penanggung insurans/pengendali takaful' untuk kelas-kelas
perniagaan bermula pada 1 Julai 2007.

Berdasarkan peruntukan dibawah Akta Takaful 1984, Seksyen 25 – Penerimaan Risiko oleh Pengendali:

“Pengendali takaful am berlesen tidak dibenarkan menerima/menanggung apa-apa risiko yang berkaitan
dengan takaful am kecuali dan sehinggalah – sumbangan yang sepatutnya dibayar telah diterima oleh
pengendali atau dijamin akan dibayar oleh seseorang mengikut cara yang dipersetujui dan dalam tempoh
masa seperti yang ditetapkan”.

Pengembalian Sumbangan Takaful

Adalah menjadi amalan biasa apabila sesuatu risiko itu dikongsi melalui takaful, peserta adalah dianggap
tidak mempunyai hak untuk menerima bayaran balik amaun yang dibayar atau sebahagian daripadanya.
Keadaan yang sama berlaku apabila harta yang dilindungi di bawah suatu sijil telah dijual atau risiko yang
telah berkuatkuasa walaupun untuk masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sumbangan akan
dikembalikan sekiranya berlaku kegagalan melaksanakan balasan/pertimbangan kontrak atau terdapat
peruntukan pengembalian sumbangan dalam sijil takaful.

Kegagalan Melaksanakan Balasan/Pertimbangan

Kegagalan melaksanakan balasan timbul apabila liabiliti yang dilindungi atau bersetuju untuk dilindungi
oleh pengendali tidak dikuatkuasakan, seolah-olah pengendali langsung tidak menanggung risiko
berkenaan. Kegagalan sepenuhnya melaksanakan balasan dikatakan wujud dalam situasi berikut:
1. Kapal pengangkutan (dibawah marin kapal) yang dilindungi untuk tempoh dua belas bulan dari
tarikh tertentu, dan kapal berkenaan mengalami kerosakan menyeluruh sebelum tarikh kuatkuasa
sijil; atau

2. Sijil takaful marin kargo telah dikeluarkan tetapi kontrak jualan telah dibatalkan dan oleh itu
penghantaran kargo tidak dapat dilaksanakan.

Dalam situasi yang dinyatakan diatas, bayaran sumbangan layak dikembalikan atas kegagalan
sebahagian daripada balasan/pertimbangan. Sebagai contoh, jika sebahagian daripada barangan yang
dilindungi di bawah sijil takaful marin tidak dihantar, sebahagian daripada sumbangan itu akan
dikembalikan kerana pengendali tidak menanggung sebarang risiko pada bahagian barang-barang yang
tidak dihantar.

Peruntukan didalam Sijil

Sumbangan boleh dikembalikan sekiranya terdapat peruntukan di bawah syarat-syarat sijil atau
waranti/fasal apabila sijil dibatalkan samada oleh pengendali atau atas permintaan peserta. Kaedah
pengiraan amaun pengembalian sumbangan biasanya dibuat secara pro-rata.

B3.7 Pengkadaran Dan Sumbangan

Jenis-jenis Kadar

Kadar sumbangan yang dikenakan boleh dibahagikan kepada kadar individu, kadar mengikut kelas dan
kadar merit.

Kadar Individu

Apabila pengunderait menetapkan bahawa kadar sumbangan yang dikenakan untuk setiap risiko adalah
secara berasingan tanpa merujuk kepada formula atau buku panduan yang disediakan, kadar yang
ditetapkan itu dikenali sebagai kadar individu. Dan apabila kadar individu ditetapkan mengikut keputusan
pengunderait, ia dikenali sebagai ‘kadar judgemental’. Kadar judgemental digunakan apabila jumlah risiko
yang sama tidak cukup besar atau statistik yang ada tidak meyakinkan.

Kadar mengikut Kelas

WApabila terdapat banyak risiko yang perlu dilindungi dibawah satu kelas takaful, risiko-risiko berkenaan
boleh diklasifikasikan mengikut ciri-ciri tertentu dalam pelbagai kelas takaful. Contohnya, dalam takaful
kebakaran, risiko dikelaskan mengikut tiga ciri-ciri utama iaitu jenis binaan, kegunaan bangunan dan
lokasi bangunan. Objektif utama mengkelaskan risiko berdasarkan ciri-ciri serupa ialah untuk
menentukan kadar sumbangan yang dikenali sebagai ‘kadar mengikut kelas’ bagi risiko berkenaan, yang
boleh menjana jumlah sumbangan yang mencukupi untuk menampung kerugian yang mungkin timbul
dari kelas risiko berkenaan. Dalam mana-mana kelas takaful, pelbagai klasifikasi boleh ditentukan melalui
kepelbagaian ciri-ciri pengkelasan. Takaful kebakaran adalah antara contoh kelas takaful dimana
pelbagai klasifikasi telah ditentukan melalui kepelbagaian ciri-ciri pengkelasan.

Berdasarkan amalan perniagaan, kadar mengikut kelas ditentukan bagi setiap kelas risiko yang ada.
Setiap kelas takaful yang mempunyai pelbagai klasifikasi akan mempunyai pelbagai kadar mengikut
kelas. Apabila kadar megikut kelas dikumpulkan dalam buku panduan, ia dikenali sebagai buku panduan
kadar sumbangan.

Kadar mengikut kelas boleh ditentukan dengan menggunakan formula berikut:

Jumlah kerugian x 100 = kadar per RM100 jumlah perlindungan


Jumlah nilai risiko

Sebagai contoh, jika kerugian purata tahunan bagi kelas risiko (takaful empunya rumah) untuk tempoh
lima tahun ialah RM100, 000 dan nilai purata harta yang dilindungi setahun ialah RM10, 000,000, maka
kadar peratusan bagi kelas risiko ini ialah:

RM100, 000 x 100 = RM1 % (iaitu RM per RM100 jumlah perlindungan)


RM10, 000,000

Kadar Merit

Skim kadar merit adalah kombinasi kadar mengikut kelas dan kadar individu. Apabila sesuatu risiko
tertakluk kepada kadar merit, pengunderait akan menentukan kadar kelas dan kemudian membuat
penyelarasan kadar dengan menaikkan atau menurunkan, bergantung kepada merit risiko berkenaan.
Merit setiap risiko akan ditentukan melalui penilaian faktor-faktor fizikal (selain dari ciri-ciri pengkelasan)
risiko berkenaan. Dalam takaful kebakaran, faktor yang dinilai termasuk pemasangan sistem pendawaian
elektrik, barangan merbahaya yang disimpan, sistem perenjis air dan sebagainya. Kadar merit digunakan
dalam kebanyakan kelas takaful seperti kebakaran, motor, pampasan pekerja dan kecurian.

Kadar Sumbangan Kasar

Apabila kadar sumbangan (samada individu, kelas atau merit) dikira berdasarkan kos tuntutan yang
dijangka, ia dikenali sebagai kadar sumbangan tulen. Oleh kerana pengendali takaful perlu menanggung
pelbagai perbelanjaan, bayaran komisen, peruntukan variasi kerugian dan mendapat sedikit keuntungan
dalam urusan menanggung risiko, kadar sumbangan sebenar yang dikenakan ialah kadar sumbangan
kasar. Kadar sumbangan kasar mengandungi empat komponen utama:

1. Kadar sumbangan tulen


2. Perbelanjaan dan margin komisen
3. Margin kontingensi (peruntukan variasi kerugian)
4. Margin keuntungan

Menentukan Kadar Sumbangan Kasar

Salah satu kaedah untuk menentukan kadar sumbangan kasar adalah dengan membuat tambahan yang
diperlukan untuk menyediakan lain-lain komponen (dari kadar sumbangan kasar) kepada kadar
sumbangan tulen. Tambahan yang diperlukan yang dikenali sebagai bebanan (loading) ditunjukkan
sebagai satu bahagian dalam kadar sumbangan tulen. Contohnya, sekiranya bebanan yang diperlukan
untuk lain-lain komponen ialah 40%, kadar sumbangan kasar ditentukan dengan menambah kadar
premium tulen sebanyak 40%, iaitu:

Kadar Sumbangan Kasar = (Kadar Sumbangan Tulen x 140) / 100

Perlu diingatkan bahawa pengendali perlu membuat siasatan lanjut mengenai tahap perbelanjaan, kos
modal, pengaruh persaingan dan lain-lain faktor yang berkaitan, sebelum dapat menetapkan kadar
bebanan.
Kadar Tarif

Kadar sumbangan untuk takaful kebakaran, motor dan pampasan pekerja adalah tertakluk kepada tarif
masing-masing yang ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dimana pengendali
diarahkan oleh BNM untuk menggunakan kadar tarif yang sama. Apabila kadar sumbangan sesuatu
kelas takaful ditentukan oleh tarif, kadar yang dikenakan tidak boleh lebih rendah dari apa yang telah
ditetapkan untuk kelas risiko berkenaan dan perlindungan yang ditawarkan tidak boleh melebihi dari apa
yang terdapat dalam sijil standard, termasuk endorsemen. Objektif utama diadakan tarif ialah untuk
memastikan persaingan harga (sumbangan) dikalangan pengendali tidak akan menyebabkan ia berada
dibawah tahap ekonomi yang merugikan.

Secara amnya, tarif yang ditetapkan oleh PIAM meyediakan maklumat-maklumat berikut:

1. jadual kadar minimum bagi kelas risiko yang berbeza;


2. kadar tambahan (surcharge) untuk bahaya khusus yang terdapat dalam setiap kelas risiko;
3. diskaun atas usaha penambahbaikan risiko;
4. syarat dan peraturan am yang mengawal amalan dalam industri takaful; dan
5. susunan ayat dalam dokumen polisi, endorsemen, fasal, waranti dan sebagainya.

Sumbangan Minimum

Adalah menjadi amalan biasa bagi pengendali Takaful untuk menetapkan kadar sumbangan minimum
bagi setiap polisi sijil Takaful untuk sekurang-kurangnya menampung kos pentadbiran dan urusan
mengeluarkan polisi

Kadar Tempoh Jangka Pendek

Dalam insurans konvensional, adalah perkara biasa jika polisi yang dikeluarkan atau diperbaharui untuk
tempoh kurang daripada satu tahun, premium yang perlu dibayar adalah dikira berdasarkan skala tempoh
jangka pendek. Adalah tidak menjimatkan bagi pemegang polisi untuk mengambil insurans tempoh
jangka pendek kerana kadar yang dikenakan adalah dalam nisbah yang lebih tinggi berbanding dengan
premium tahunan bagi menampung kos pentadbiran penanggung insurans dan kemungkinan pemilihan
terhadap syarikat insurans dari segi penggunaan kenderaan (di bawah motor insurans, misalnya). Polisi-
polisi yang dikeluarkan bagi tempoh yang singkat tidak boleh dilanjutkan apabila dibayar perbezaan
antara premium untuk tempoh yang singkat dan premium untuk tempoh lanjutan.

Walau bagaimanapun, dibawah amalan takaful am, kadar premium jangka pendek tidak dibenarkan
kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan. Oleh itu, semua kadar sumbangan untuk tempoh jangka
pendek akan dikira secara pro-rata, tertakluk kepada jumlah sumbangan minimum.

Cukai Perkhidmatan Kerajaan

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992, pihak kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 5%
kepada organisasi/industri, termasuk syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan takaful. Kecuali
peserta tinggal di zon perdagangan bebas atau individu yang tidak mengurusniaga sebarang aktiviti
perniagaan, cukai perkhidmatan 5% akan dikenakan atas amaun sumbangan yang dibayar.

Contohnya dalam polisi motor, sekiranya kadar sumbangan ditambah dengan sumbangan tambahan
kerana tempoh lanjutan selepas diskaun tanpa tuntutan ialah RM500, cukai perkhidmatan yang perlu
dibayar ialah RM25.

Kelas Takaful Sumbangan Minimum


Takaful Kebakaran:

Bangunan Kediaman RM 60.00


Bukan Kediaman RM 75.00
Empunya Rumah / Isi Rumah RM 60.00

Takaful Motor:

Kenderaan Persendirian dan Komersil RM 50.00


Motosikal RM 20.00

Takaful Pampasan Pekerja RM 35.00

enentuan kadar sumbangan takaful kebakaran adalah mengikut tarif insurans konvensional. Pelan
pengkadaran yang disediakan di bawah Tarif Kebakaran adalah serupa dengan kadar merit yang
dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, apabila terdapat cadangan perlindungan takaful di bawah takaful
kebakaran standard dikemukakan untuk ditentukan kadar sumbangan, pengunderait akan menentukan
pengkelasan risiko yang dicadangkan sebelum menentukan kadar kelas dan waranti (jika ada) yang
bersesuaian dengan kelas risiko berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Tarif Kebakaran.

Pengkelasan Penghunian Pengkelasan Pembinaan


Empunya rumah 1A 1B 2 3

(a) Bangunan kediaman


(Bersambung dan Berasingan) 0.106 0.266 0.286 0.645

(b) Flat/Pangsapuri 0.109 0.286 0.411 0.830

Cabutan dari Tarif Kebakaran

Faktor Risiko Fizikal yang Tidak Faktor Risiko Fizikal yang


Menggalakkan Menggalakkan
Pendawaian elektrik yang tidak Sistem perenjis
sempurna
Pembakaran terbuka Sistem Hydrant
Penyimpanan barangan merbahaya Pemadam kebakaran
Kebersihan tidak terjaga Penggera kebakaran automatik

Selepas menentukan kadar kelas, langkah seterusnya melibatkan penilaian faktor-faktor fizikal/bahaya
(selain daripada pembinaan, lokasi dan pekerjaan) yang dikaitkan dengan risiko. Proses 'diskriminasi' ini
memastikan bahawa risiko dengan faktor-faktor fizikal yang tidak menggalakkan akan dikenakan kadar
sumbangan yang lebih tinggi, manakala diskaun diberikan kepada mereka yang mempunyai faktor-faktor
fizikal yang menggalakkan.
Kadar sumbangan yang ditentukan oleh langkah-langkah di atas adalah kadar yang digunapakai bagi
perlindungan asas di bawah sijil takaful kebakaran standard. Jika satu atau lebih peril khusus dilindungi,
kadar sumbangan akan meningkat dengan sewajarnya.

Cadangan untuk takaful kebakaran (takaful kebakaran diperluaskan untuk melindungi peril khusus -
banjir, rusuhan, mogok dan perbuatan khianat) dikemukakan untuk ditetapkan kadar sumbangan.
Cadangan ialah Pembinaan Kelas 1A dan Pekerjaan - Cucian Kering, dengan RM300, 000 jumlah
perlidungan. Laporan kaji selidik menunjukkan bahawa risiko yang dicadangkan mempunyai sistem
pendawaian yang tidak sempurna tetapi dilengkapi dengan beberapa peralatan pemadam kebakaran
yang diluluskan.

AMALAN TAKAFUL AM : DOKUMEN SIJIL


Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan yang lebih terperinci akan tertumpu kepada dokumen-dokumen berikut
yang biasanya digunakan dalam amalan perniagaan takaful am, yang mana tajuk-tajuk yang akan
diliputi ialah:

B4.1 Borang Cadangan


B4.2 Nota Perlindungan
B4.3 Dokumen Sijil
B4.4 Endorsemen
B4.5 Notis Pembaharuan
B4.6 Sijil Pembaharuan

B4.1 Borang Cadangan

Seksyen 27 Akta Takaful 1984 memperuntukkan kuasa pengawalan dan penyerahan borang cadangan,
sijil dan risalah yang dibuat oleh pengendali takaful kepada Bank Negara Malaysia (BNM). Disamping itu,
Seksyen 15 juga menghendaki pengendali takaful mengadakan suatu daftar sijil takaful yang dikeluarkan,
dan menyelenggara buku daftar sijil berkenaan selagi pengendali takaful masih menanggung liabiliti atas
sijil-sijil yang didaftarkan.

Seperti lain-lain kontrak komersil, kontrak takaful berkuatkuasa apabila tawaran yang dibuat oleh satu pihak
(pencadang) diterima oleh pihak yang satu lagi (pengendali takaful). Dalam perniagaan takaful, tawaran
biasanya dibuat melalui borang cadangan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pencadang.

Kelebihan Menggunakan Borang Cadangan

Borang cadangan adalah suatu dokumen yang dirangka oleh pengendali dalam bentuk soalselidik untuk
membantu pengendali mengumpul maklumat bertujuan untuk menilai risiko yang dicadangkan.
Penggunaan borang cadangan membolehkan pengendali takaful menilai cadangan insurans dengan lebih
cepat dan tepat kerana maklumat tentang risiko yang dicadangkan telah disediakan secara seragam.
Mengikut amalan industri, borang cadangan kerap digunakan untuk mengenalpasti risiko yang rendah
dimana maklumat diberi dalam format yang lebih tersusun.

Borang Cadangan Tidak Digunakan Dalam Takaful Marin Kargo dan Risiko Besar
Borang cadangan jarang digunakan dalam takaful marin kargo kerana keperluan maklumat adalah berbeza
antara satu risiko dengan risiko yang lain. Ini menjadikan usaha pengumpulan maklumat secara teratur
tidak praktikal. Atas sebab yang sama, borang cadangan tidak digunakan dalam takaful yang melibatkan
risiko yang besar. Sebaliknya, suatu tinjauan mengenai risiko tersebut akan dijalankan, dan dibentangkan
dalam bentuk laporan kajian atau pengurusan risiko.

Struktur Borang Cadangan

Adalah penting untuk difahami bahawa soalan-soalan dalam borang cadangan bukanlah menyeluruh
kerana jika jawapan lengkap bagi sesuatu soalan telah diberikan tetapi masih terdapat fakta matan yang
tidak diberitahu, maka pencadang dikehendaki memberitahu tentang fakta-fakta tersebut. Perkara ini
biasanya dilakukan dengan menyertakan maklumat tambahan mengenai risiko yang dicadangkan.

Kandungan Borang Cadangan

Borang cadangan biasanya mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Keperluan Akta Pengubahan Wang Haram 2011 (Anti Money Laundering Act 2001)

Satu kenyataan berkaitan Subseksyen 16(2) Akta berkenaan, dan diikuti dengan Garis Panduan
tentang Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang menyatakan:-

"...Pengendali dikehendaki mendapatkan dan mengesahkan maklumat mengenai bakal peserta


melalui dokumentasi tujuan pengenalan, pekerjaan atau perniagaan, apabila mengunderait
cadangan berkenaan."
(Garis Panduan tentang Pencegahan Pengubahan Wang Haram ini mula berkuatkuasa pada 1
Oktober 2004).

2. Soalan-soalan Umum

Soalan-soalan umum yang terdapat dalam semua borang cadangan adalah yang berkaitan dengan
perkara-perkara berikut:

a. Nama Pencadang

Nama diperlukan untuk tujuan pengenalan, tetapi ia juga mungkin melambangkan suatu
aspek tentang risiko yang dicadangkan. Contohnya, nama syarikat mungkin menunjukkan
jenis perniagaan yang dijalankan. Nama seseorang yang diketahui umum dikaitkan
dengan perkara-perkara buruk akan mendorong pengendali menolak cadangan risikonya,
atau memerlukan maklumat lanjut/penjelasan, atau pengubahsuaian terhadap cadangan
berkenaan.

b. Alamat Pencadang

Maklumat ini diperlukan untuk tujuan surat menyurat.


c. Alamat Risiko

Risiko selalunya bergantung kepada lokasi.

Maklumat ini penting kerana lokasi yang berisiko tinggi bukan sahaja akan meningkatkan
kemungkinan berlaku kerugian malah ketenatan kerugian pun mungkin turut meningkat.
Contohnya, sebuah kilang yang didirikan dikawasan yang padat penduduknya akan
meningkatkan kemungkinan berlaku kebakaran besar dan sukar dikawal. Sementara
kilang yang terletak dikawasan pedalaman juga mungkin menanggung kerugian yang
tinggi akibat kebakaran kerana balai bomba berhampiran mungkin 50 km jauhnya dari
tempat kejadian.

d. Pekerjaan Pencadang

Pekerjaan adalah faktor risiko yang penting.

Pekerjaan atau kerjaya pencadang adalah amat penting kerana kerjaya atau pekerjaan
tertentu mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Sebagai contoh,
pengeluar produk plastik dianggap sebagai pekerjaan berisiko tinggi oleh takaful
kebakaran. Bekerja sebagai seorang tukang emas adalah pekerjaan yang berisiko tinggi
bagi takaful kecurian. Begitu juga, pekerjaan pencadang mencerminkan aktivitinya kerana
ia akan menangani persoalan "Apakah kegunaan bangunan tersebut?" Jika ia digunakan
sebagai pejabat, sedangkan jenis pekerjaan pencadang adalah perniagaan pembuatan
komponen kereta di dua lokasi yang jaraknya berbatu-batu jauhnya. Maka, adalah jelas
bahawa kedua-dua lokasi berkenaan mempunyai faktor risiko yang berbeza, dan kadar
yang berbeza dalam menentukan harga atau kadar sumbangan.

e. Insurans/Takaful Sekarang dan Terdahulu:

Sejarah insurans/takaful boleh menyediakan maklumat berguna tentang bahaya moral dan
fizikal pencadang.

Apa yang diperlukan melalui soalan ini ialah maklumat mengenai penanggung/pengendali
terdahulu dan yang terkini, terma-terma khusus yang dikenakan (jika ada), serta maklumat
yang diperolehi terus dari penanggung/pengendali berkenaan. Maklumat ini akan
menjelaskan keadaan bahaya moral dan bahaya fizikal risiko yang dicadangkan.

f. Pengalaman Kerugian

Pengalaman kerugian mencerminkan kualiti risiko yang dicadangkan.

Maklumat yang dikehendaki termasuklah keterangan lanjut mengenai semua kerugian


yang pernah dialami oleh pencadang tanpa mengira samada ianya dilindungi atau pun
tidak. Ia juga perlu memasukkan maklumat tentang kerugian yang tuntutannya belum
dibuat oleh pencadang terhadap sebarang penanggung/pengendali.
g. Jumlah Perlindungan

Merupakan petunjuk kepada liabiliti pengendali dan perolehan sumbangan.

Maklumat ini memberikan gambaran tentang amaun liabiliti maksimum yang akan
ditanggung oleh pengendali dan menjadi faktor penting dalam menentukan kadar
sumbangan bagi kebanyakan jenis perlindungan termasuk takaful kebakaran, motor dan
kecurian.

h. Perkara Pokok

Ia memberi keterangan mengenai perkara pokok yang akan dilindungi (harta, aset atau
liabiliti yang akan dilindungi).

3. Soalan-soalan Berkaitan dengan Takaful

Soalan yang diberikan menjurus kepada jenis-jenis takaful dan bahaya yang boleh dikaitkan
dengan jenis takaful yang dicadangkan.

Antara contoh-contohnya ialah:-

 Takaful Kebakaran
o bahan binaan dan kegunaan bangunan;
o samada bangunan dibina berasingan atau bersambung;
o jenis tenaga/kuasa yang digunakan;
o barangan/stok yang disimpan dibangunan berkenaan (mudah
terbakar/merbahaya);
o Penghunian bangunan bersebelahan (di kiri dan kanan).

 Takaful Motor
o keupayaan enjin kenderaan;
o tahun diperbuat;
o umur pemandu;
o kesalahan/saman lalu lintas, jika ada;
o perlindungan yang diperlukan.

 Takaful Marin Kargo


o kaedah pembungkusan;
o pelabuhan memungah turun kargo;
o nama, usia, kelas dan berat kasar kapal;
o perlindungan yang diperlukan.

 Takaful Keluarga
o sejarah keluarga & perubatan;
o tabiat merokok dan meminum minuman keras, jika berkenaan;
o aktiviti merbahaya;
o soalan berkaitan AIDS.

4. Perisytiharan

Kebanyakan borang cadangan yang digunakan oleh pengendali takaful am mengandungi fasal
perisytiharan yang memerlukan pencadang memperakui bahawa:

. semua jawapan yang dikemukakan adalah benar;


a. maklumat yang diberi adalah lengkap;
b. bersetuju menjadikan borang cadangan sebagai sebahagian daripada kontrak; dan
c. menerima bentuk sijil/perlindungan biasa bagi kelas perniagaan yang dipohon.

Fasal perisytiharan ini mengubah tanggungjawab pencadang disisi undang-undang lazim


dari hanya memberitahu semua fakta matan kepada tanggungjawab kontraktual. Ini
menjadikan semua pernyataan yang dibuat dalam borang cadangan menjadi waranti.

5. Tandatangan

Di bahagian bawah fasal perisytiharan, terdapat peruntukan bahagian untuk tandatangan


pencadang dan tarikh tandatangan tersebut diturunkan. Pencadang mesti menandatangani borang
cadangan berkenaan kerana ia merupakan tawaran kontrak.

B4.2 Nota Lindung

Kegunaan dan Batasan Nota Lindung

Apabila perundingan mengenai perlindungan telah dimuktamadkan, nota lindung akan dikeluarkan terlebih
dahulu sebelum dokumen polisi disiapkan. Nota lindung adalah bukti perlindungan untuk tempoh
sementara. Sebagai alternatif, perlindungan boleh diberi oleh pengendali ketika perundingan sedang
dijalankan atau ketika tinjauan/pemeriksaan sedang dibuat. Dalam keadaan ini, nota lindung akan
dikeluarkan untuk memberi perlindungan sementara kepada pencadang. Pengendali berhak menarik balik
perlindungan jika rundingan gagal dimuktamadkan atau laporan tinjauan tidak memuaskan.
Nota lindung adalah polisi sementara dan ianya adalah bukti kontrak antara peserta dengan pengendali.
Nota lindung biasanya menyediakan perlindungan biasa yang terdapat dalam sijil standard untuk kelas
takaful yang dipohon, tertakluk kepada terma dan syarat sijil. Nota lindung juga memperuntukkan bahawa
perlindungan ini tertakluk kepada waranti tarif sekiranya risiko yang dicadangkan dikawal oleh Tarif. Nota
lindung boleh juga tertakluk kepada fasal khas sekiranya diperlukan.

Kandungan Nota Lindung

Isi kandungan yang biasa terdapat dalam nota lindung termasuklah:

1. Nama dan alamat peserta;


2. Masa dan tarikh permulaan perlindungan;
3. Tempoh takaful;
4. Keterangan mengenai risiko yang dilindungi;
5. Jumlah perlindungan;
6. Kadar dan sumbangan (jika kadar tidak diketahui, amaun sumbangan peruntukan akan
ditunjukkan);
7. Sebarang terma-terma khusus;
8. Nombor siri nota lindung;
9. Tarikh dikeluarkan;
10. Tandatangan pegawai yang bertanggungjawab;
11. Syarat pembatalan - (biasanya 24 jam selepas diberi notis); dan
12. Satu kenyataan yang menyatakan bahawa peserta dilindungi dalam bentuk sijil biasa takaful untuk
risiko yang dicadangkan, tertakluk kepada syarat khas yang tercatat dalam nota lindung.

E - Lindung

Dibawah perniagaan takaful motor, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005, pengeluaran nota lindung dan
pembaharuan cukai jalan secara manual tidak lagi diamalkan. Proses tersebut kini diganti dengan e-JPJ
atau sistem nota lindung elektronik. Sistem nota lindung elektronik ini adalah sebahagian dari inisiatif e-
kerajaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Semua pihak yang terlibat bersetuju bahawa:

1. syarikat insurans dan pengendali takaful hendaklah menghantar maklumat insurans/takaful ke JPJ
secara elektronik.
2. Pemilik polisi/pemegang sijil akan menerima slip pengesahan dari penanggung insurans/
pengendali takaful/ejen masing-masing sebagai bukti pembelian insurans/takaful (pengesahan
belian polisi insurans).
3. Setelah mendapat pengesahan penerimaan maklumat oleh insurer/pengendali takaful/ejen
berkenaan, pemilik polisi boleh berurusan dengan JPJ atau Pos Malaysia untuk mendapatkan
cukai jalan yang baru.

B4.3 Dokumen Sijil

Sijil merupakan dokumen yang memperakui bahawa takaful yang dikeluarkan oleh pengendali adalah
mematuhi keperluan undang-undang berkaitan. Sebagai contoh, sijil takaful motor yang dikeluarkan
adalah mematuhi keperluan Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan ia memberikan bukti insurans/ takaful
kepada pihak polis dan pihak berkuasa pendaftaran kenderaan motor.

Sijil takaful secara amnya dikeluarkan berhubung dengan keperluan insurans yang diwajibkan oleh
undang-undang, sementara sijil marin dikeluarkan melalui persetujuan bersama antara peserta dan
pengendali. Sijil marin biasanya dikeluarkan berkaitan dengan sijil terapung. Apabila semua
penghantaran kargo dilindungi di bawah sijil terapung, sijil takaful akan dikeluarkan apabila penghantaran
telah diisytiharkan oleh peserta. Sijil marin adalah penting kerana ia memberikan keterangan mengenai
takaful/perlindungan kepada pihak-pihak berkepentingan, termasuk bank dan penerima kargo.

Bentuk Sijil

Sijil adalah dokumen yang dirangka oleh pengendali takaful. Ia bukanlah kontrak takaful tetapi
merupakan bukti bertulis sesebuah kontrak. Sijil hendaklah disetemkan mengikut peruntukan Akta
Setem; tanpanya sijil tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Apabila takaful dikawal
oleh Tarif dan susunan ayat sijil telah ditetapkan, ia menjadi kewajipan pengendali takaful untuk
menggunakan frasa yang disediakan oleh Tarif.

Bentuk sijil yang kerap digunakan oleh pengendali takaful adalah bentuk jadual. Sijil berjadual
dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berbeza dengan keterangan risiko tertentu yang dilindungi
disertakan dalam satu bahagian dalam dokumen sijil yang dikeluarkan oleh pengendali.

Struktur Bentuk Sijil Berjadual

Bentuk Sijil Berjadual dibahagikan kepada seksyen-seksyen berikut:

Tajuk

Bahagian ini menyediakan nama penuh dan alamat berdaftar pengendali takaful tercatat di bahagian atas
muka surat hadapan.

Pendahuluan atau Fasal Kuatkuasa

Fasal ini memperkenalkan atau menyebut tentang pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak: pengendali
takaful dan peserta. Sekiranya perlindungan takaful adalah berdasarkan dari borang cadangan berserta
perisytiharan, fasal kuatkuasa akan membuat rujukan tentangnya. Fasal ini juga merujuk kepada
kenyataan bahawa sumbangan telah dibayar atau peserta bersetuju akan membayar sumbangan
sebagai balasan.

Fasal Operasi atau Takaful

Intipati Kontrak

Fasal ini menerangkan tentang intipati kandungan kontrak. Ia menyatakan peril yang dilindungi dibawah
sijil takaful dan situasi yang menjadikan pengendali takaful bertanggungjawab untuk membuat bayaran
atau seumpamanya kepada peserta.

Pengecualian

Peril Yang Dikecualikan Tidak Dilindungi Di bawah Sijil Ini

Pengecualian adalah batasan bagi skop perlindungan. Pengecualian dimasukkan dalam sijil kerana
sesetengah peril dan kerugian tidak boleh dilindungi oleh sesetengah sijil. Sebelum bentuk sijil berjadual
diperkenalkan, pengecualian biasanya disertakan dalam fasal operasi dan syarat-syarat. Dengan
pengenalan bentuk sijil, ia telah menjadi amalan biasa untuk meletakkan semua pengecualian dalam satu
bahagian khusus dalam polisi. Dalam keadaan dimana fasal operasi dibahagikan kepada beberapa
seksyen seperti dalam sijil takaful motor, pengecualian yang khusus untuk bahagian tersebut boleh
dimuatkan dalam bahagian yang berkaitan, sementara pengecualian yang berkaitan dengan sijil secara
menyeluruh disatukan dalam satu seksyen dalam sijil dan dikenali sebagai Pengecualian Umum.
Jadual

Bahagian ini mengandungi semua maklumat bercetak yang berkaitan dengan keterangan kontrak yang
berkaitan. Contohnya, dalam sijil takaful kebakaran standard, seksyen jadual menyediakan maklumat-
maklumat berikut:

1. nama dan alamat peserta


2. sumbangan
3. nombor sijil
4. tarikh dikeluarkan
5. agensi
6. risiko yang dilindungi
7. tempoh takaful
8. harta yang dilindungi
9. jumlah perlindungan
10. waranti yang berkaitan

Fasal Penyaksian atau Tandatangan

Fasal ini dinamakan fasal penyaksian kerana ia menyediakan peruntukan kepada pengendali takaful
memperakui akan tanggungjawabnya. Sijil ini ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh pihak
pengendali.

Syarat-syarat

Syarat Nyata Dicetak Dalam Dokumen Sijil Dan Ia Mengawal Kontrak.

Semua dokumen sijil mengandungi syarat-syarat yang dicetak dalam sijil. Ia adalah syarat nyata dan
syarat inilah yang mengawal kontrak takaful. Tanpa syarat nyata, kontrak takaful akan hanya tertakluk
kepada syarat-syarat tersirat.

Syarat-syarat tersirat adakah berkaitan dengan:-

1. Tanggungjawab penuh percaya mutlak,


2. Kewujudan kepentingan boleh lindung yang dibenarkan,
3. Kewujudan perkara pokok takaful, dan
4. Pengenalpastian perkara pokok takaful.

Sebagai tambahan kepada pengkelasan syarat-syarat samada ia syarat nyata atau syarat tersirat, syarat-
syarat boleh diklasifikasikan mengikut masa yang ianya perlu dilaksanakan, iaitu:

1. Syarat-syarat sebelum kontrak


Syarat-syarat ini hendaklah dipenuhi sebelum kontrak menjadi sah. Contoh syarat sebelum
kontrak ialah semua syarat-syarat tersirat

2. Syarat-syarat semasa kontrak


Ini adalah syarat-syarat yang mesti dipatuhi sekiranya kontrak berkenaan perlu kekal sah. Syarat-
syarat yang memerlukan peserta memberitahu pengendali takaful tentang pertukaran atau
perubahan dalam risiko yang dilindungi adalah contoh syarat semasa kontrak. Contoh syarat-
syarat semasa kontrak ialah syarat-syarat nyata yang terdapat dalam sijil.
3. Syarat-syarat sebelum liabiliti
Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum pengendali takaful bertanggungjawab menanggung
tuntutan. Syarat pemberitahuan dan syarat subrogasi dalam sijil kebakaran adalah antara contoh
syarat sebelum liabiliti. Contoh syarat sebelum liabiliti ialah pemberitahuan yang dinyatakan
dalam sijil.

Daftar Sijil Takaful

Adalah menjadi keperluan undang-undang dibawah Seksyen 15 Akta Takaful 1984, bahawa pengendali
takaful dikehendaki mengendali dan mengemaskinikan daftar semua sijil yang telah dikeluarkan, dan
daftar sijil berkenaan hendaklah terus diselenggara selagi pengendali takaful masih menanggung liabiliti
ke atas sijil-sijil yang telah dikeluarkan. Daftar sijil digunakan sebagai rekod rasmi sijil yang dikeluarkan
oleh pengendali takaful.

Endorsemen

Endorsemen Ini Digunakan Untuk Meminda Terma dan Dokumen Sijil Standard

Adalah menjadi amalan pengendali takaful untuk mengeluarkan sijil dalam bentuk standard meliputi peril
tertentu dan mengecualikan yang lain-lain. Sekiranya pengendali takaful berhasrat untuk mengubah
sebarang terma dan syarat sijil pada masa sijil dikeluarkan, pengendali selalunya mengempilkan satu
atau lebih memorandum atau endorsemen kepada sijil. Kedua-dua endorsemen dan sijil menjadi bukti
kontrak. Dalam kelas perniagaan tertentu, pengempilan endorsemen kepada sijil adalah wajib. Sebagai
contoh, Tarif Pampasan Pekerja memperuntukkan bahawa sekiranya kadar tertentu dikenakan,
endorsemen yang berkaitan mestilah dimasukkan kedalam sijil. Begitu juga dengan Tarif Motor yang
memperuntukkan supaya endorsemen tertentu mesti digunakan dalam situasi tertentu.

Endorsemen Boleh Memasukkan Pindaan Atas Sijil Sedia Ada

Endorsemen juga boleh dikeluarkan ketika dalam tempoh kuatkuasa sijil untuk merekodkan pindaan
terhadap kontrak apabila diperlukan. Pindaan yang dibuat mungkin berkaitan dengan perkara-perkara
berikut:-

1. perubahan jumlah perlindungan;


2. perubahan kepentingan boleh diinsuranskan melalui penjualan, pajakan dan sebagainya;
3. perluasan perlindungan takaful untuk memasukkan peril tambahan;
4. perubahan risiko;
5. pemindahan harta ke lokasi lain;
6. pembatalan perlindungan takaful; dan
7. pertukaran nama dan alamat

Notis Pembaharuan

Kebanyakan sijil takaful am dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dan tertakluk kepada pembaharuan
oleh pengendali takaful pada penghujung tempoh perlindungan sijil. Sungguhpun tiada obligasi undang-
undang ke atas pengendali takaful untuk memaklumkan peserta bahawa sijilnya akan tamat tempoh pada
tarikh tertentu, pengendali biasanya akan menghantar notis makluman satu bulan sebelum tarikh tamat
tempoh. Notis tersebut mengandungi semua maklumat yang diperlukan tentang sijil termasuk nama
peserta, nombor sijil, tarikh tamat perlindungan, jumlah perlindungan dan sumbangan. Adalah menjadi
amalan pengendali untuk memasukkan nota memberitahu peserta untuk menyatakan sebarang
perubahan matan dalam risiko sejak bermula kuatkuasa polisi (atau tarikh pembaharuan terakhir). Notis
pembaharuan yang dikeluarkan oleh pengendali takaful motor selanjutnya mengingatkan peserta untuk
mengkaji semula nilai jumlah perlindungan (iaitu nilai anggaran peserta terhadap kenderaannya) supaya
selaras dengan nilai semasa pasaran. Notis tersebut juga bertujuan menarik perhatian peserta tentang
keperluan untuk mematuhi peruntukan statutori �tunai sebelum lindung�.

Pembaharuan mungkin dikuatkuasakan dengan syarat-syarat yang dipinda.

Apabila sijil takaful diperbaharui dan dilanjutkan tempoh perlindungan, kontrak baru akan dikeluarkan.
Sekiranya pembaharuan dibuat dengan syarat-syarat yang sama dengan sijil asal, pengendali biasanya
akan mengesahkan pembaharuan dengan mengeluarkan dokumen yang dipanggil notis pembaharuan.
Sebaliknya, sekiranya pembaharuan diluluskan dengan syarat-syarat yang berbeza, sijil perlindungan
baru akan dikeluarkan. Sijil pembaharuan mengandungi maklumat yang sama seperti yang terdapat
dalam jadual sijil. Ia juga menyatakan sebarang perubahan yang dibuat (jika ada) terhadap sijil
berkenaan.

AMALAN TAKAFUL AM : TUNTUTAN


Pengenalan

Kontrak takaful adalah satu dokumen yang menjanjikan pembayaran sekiranya berlaku kejadian
tertentu. Oleh kerana pembayaran tuntutan adalah fungsi utama takaful, ujian terpenting terhadap
insurer yang bertanggungjawab dan cekap ialah sejauh mana kepantasan dan kesaksamaan
pengendali membayar pampasan kerugian ekonomi yang dialami oleh peserta, dan kecekapannya
membayar gantirugi kepada pihak ketiga, sekiranya berkenaan. Bab ini membincangkan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian tuntutan, iaitu:-

B5.1 Prosedur Tuntutan


B5.2 Dokumen Tuntutan
B5.3 Borang Pelepasan
B5.4 Penyelesaian Tuntutan
B5.5 Mendapatkan Kembali Bayaran dari Takaful Semula, Takaful Bersama, Subrogasi dan
Perkongsian Sama Rata
B5.6 Penolakan Liabiliti
B5.7 Penamatan Sijil/Perlindungan

B5.1 Prosedur Tuntutan

Pemberitahuan Segera Tentang Kerugian Adalah Suatu Kewajipan

Setiap kali berlaku kerugian, kebanyakan sijil meletakkan syarat bahawa pengendali takaful hendaklah
diberitahu dengan segera mengenai kerugian tersebut. Bergantung kepada ayat atau frasa yang
digunakan dalam syarat-syarat pemberitahuan, notis boleh diberi secara lisan atau bertulis. Biasanya
peserta dikehendaki mengemukakan butir-butir lengkap sekiranya kerugian berlaku dalam tempoh yang
dinyatakan. Selain dari keperluan memberitahu pengendali dengan segera, peserta adalah tertakluk
kepada tanggungjawab penuh kejujuran dan bertindak seolah-olah ianya tidak dilindungi, termasuk
mengambil langkah untuk mengurangkan kerugian.
Sekiranya pengantara mengetahui tentang kerugian berkenaan, pengantara perlu memberitahu
pengendali dengan segera, iaitu dalam tempoh tiga hari bekerja. Pengantara juga seharusnya
memberitahu peserta tentang keperluan dokumen sokongan semasa mengemukakan tuntutan kepada
pengendali takaful, termasuk peruntukan maklumat yang diperlukan untuk membuat menentukan sebab-
sebab dan tahap kerugian yang berlaku. Maklumat yang diterima dari peserta hendaklah disampaikan
kepada pengendali takaful dengan segera.

Tanggungjawab Penuh Percaya Memerlukan Peserta Berusaha Mengurangkan Kerugian

Tanggungjawab penuh percaya biasanya dimasukkan dalam sijil, contohnya, takaful motor komprehensif
memperuntukkan fasal yang menghendaki peserta mengambil langkah-langkah yang wajar untuk
mengelakkan kenderaan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kerugian atau kerosakan.
Sekiranya kenderaan terlibat dalam kemalangan atau kerosakan, kenderaan tidak sepatutnya
ditinggalkan tanpa penjagaan.

Memeriksa Perlindungan

Sebaik sahaja notis pemberitahuan kerugian diterima, pegawai tuntutan akan membuat pemeriksaan
awal untuk memastikan bahawa tuntutan yang sah memang wujud. Apabila membuat pemeriksaan awal
tuntutan, pegawai tuntutan akan memastikan beberapa perkara berikut:-

Syarat-syarat Tuntutan yang Sah;

1. Adakah sijil dalam keadaan berkuatkuasa?


2. Adakah sumbangan telah dibayar?
3. Adakah kerugian yang berlaku disebabkan oleh peril yang dilindungi?
4. Adakah perkara pokok yang mengalami kerugian itu sama dengan apa yang dilindungi dibawah
sijil?
5. Adakah notis pemberitahuan kerugian telah dibuat tanpa sebarang kelewatan?

Setelah pegawai tuntutan membuat pemeriksaan awal dan sekiranya maklumat yang diterima
menunjukkan tuntutan yang sah telah wujud, pihak yang menuntut akan diberi Borang Tuntutan atau
Borang Laporan Kemalangan, termasuk arahan yang jelas tentang prosedur yang betul yang perlu
diambil dalam membuat tuntutan serta senarai dokumen yang perlu dikemukakan bersama-sama dengan
borang tuntutan. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai tuntutan mendapati bahawa tuntutan tidak
wujud, pihak yang menuntut akan diberitahu mengenai keputusan tersebut dan proses tuntutan tidak
akan diteruskan.

Daftar Tuntutan

Dibawah Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
pada Disember 2003 (dan kemudiannya dipinda pada Jun 2005), setiap pengendali takaful hendaklah
mempunyai dan menyelenggara daftar terkini bagi semua tuntutan takaful sebaik sahaja pengendali
mengetahui tentangnya. Tiada satu pun tuntutan berkenaan boleh dikeluarkan dari daftar berkenaan
selagi pengendali masih bertanggungjawab atas tuntutan tersebut. Daftar tuntutan ini dianggap sebagai
rekod rasmi tuntutan yang dilaporkan kepada pengendali takaful.

Daftar tuntutan boleh disimpan samada dalam bentuk kad, helaian lejer atau cetakan komputer kerana
Garis Panduan tidak menetapkan bentuk catatan rekod bagi tujuan tersebut.

Penyiasatan Tuntutan
Apabila borang tuntutan dikeluarkan, ia tidak bermakna pengendali takaful mengaku untuk menanggung
liabiliti. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa selepas pengendali takaful membuat pemeriksaan awal,
tiada sebarang sebab atau bukti dijumpai untuk menolak tuntutan tersebut. Untuk menentukan samada
pengendali takaful bertanggungjawab atas sesuatu tuntutan kerugian atau sebaliknya, satu siasatan
lengkap dan terperinci mungkin perlu dijalankan. Sungguhpun demikian, kaedah dan tahap siasatan
adalah berbeza mengikut saiz dan kerumitan tuntutan. Tuntutan kecil mungkin diselesaikan berdasarkan
dokumen yang diserahkan oleh pihak yang menuntut. Tuntutan yang melebihi tahap tertentu akan
disiasat dengan lebih teliti oleh pegawai tuntutan yang dilantik oleh pengendali takaful atau melantik
pakar bebas yang lebih dikenali sebagai penyelaras kerugian.

Khidmat Penyelaras Kerugian Diperlukan Untuk Menyelesaikan Tuntutan Yang Besar Dan Rumit

Pengendali Takaful biasanya akan melantik penyelaras kerugian untuk menyiasat dan menyediakan
laporan mengenai tuntutan berskala besar dan rumit. Secara amnya, Penyiasatan tuntutan akan
mengenalpasti perkara-perkara berikut:

Kesahihan Tuntutan

Ia melibatkan pengesahan perkara-perkara berikut:

1. Adakah wujud kerugian


2. Adakah kerugian berlaku akibat peril yang dilindungi di bawah sijil
3. Adakah kerugian tidak termasuk dalam skop pengecualian sijil
4. Adakah perkara pokok yang terlibat dalam kerugian sama dengan yang dilindungi dibawah sijil
5. Adakah kerugian berlaku di lokasi/kawasan geografi yang tercatat dalam sijil
6. Adakah pihak yang menuntut merupakan pihak yang sah untuk berbuat demikian
7. Adakah sebarang perlanggaran syarat/waranti oleh peserta yang mungkin boleh membatalkan
tuntutan.

Amaun Kerugian

Ini melibatkan proses menentukan amaun atau kuantum kerugian

Memastikan Amaun Kerugian

Apabila harta benda mengalami kerosakan atau musnah, amaun kerugian ditentukan mengikut bukti nilai
setiap item yang rosak atau nilai anggaran membaiki, mengganti atau memulihkan kembali. Dalam
tuntutan liabiliti, amaun yang akan dibayar kepada peserta adalah tertakluk kepada rundingan antara
pengendali takaful dengan pihak yang mengalami kecederaan atau kerosakan harta. Biasanya peguam
akan bertindak bagi pihak yang menuntut, sementara pegawai tuntutan (atau peguam yang dilantik oleh
pengendali takaful) akan mewakili pengendali dalam perundingan tersebut. Apabila kedua-dua pihak
gagal mencapai kata sepakat, tuntutan akan diselesaikan melalui timbangtara seperti yang diperuntukkan
dalam sijil. Jika pihak yang menuntut masih tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat, ia boleh
mengemukakan tuntutan ke mahkamah.

Memastikan Hak Subrogasi dan Sumbangan

Sekiranya dapat dipastikan yang hak subrogasi wujud, pengendali Takaful akan mengambil langkah-
langkah tertentu untuk mendapatkan kembali bayaran tuntutan dari pihak ketiga. Sementara itu,
sekiranya hak sumbangan wujud dalam syarat-syarat sijil, pengendali takaful dikehendaki membayar
nisbah atau bahagian kerugian yang ditanggungnya.
B5.2 Dokumen Tuntutan

Sebagai tambahan kepada borang tuntutan yang lengkap diisi, borang laporan kemalangan dan/atau
laporan penyelaras kerugian, beberapa dokumen lain perlu dikemukakan atau pegawai tuntutan perlu
mendapatkannya untuk menyokong tuntutan berkaitan. Dokumen yang diperlukan adalah pelbagai dan
ianya bergantung kepada jenis dan keadaan tuntutan. Dokumen tambahan yang diperlukan dibawah
tuntutan kelas perniagaan takaful am termasuklah:-

1. Takaful Kebakaran
i. Gambar foto
ii. Laporan juruteknik (sekiranya berkenaan)
iii. Invois belian, bil pembaikan, rekod jualan dan lain-lain dokumen berkaitan
iv. Laporan polis (sekiranya kerosakan yang berlaku adalah serius)
v. Laporan bomba (sekiranya kerosakan yang berlaku adalah serius)

2. Takaful Kecurian
i. Laporan polis
ii. Gambar foto
iii. Invois belian, bil pembaikan, rekod jualan dan lain-lain dokumen berkaitan

3. Takaful Liabiliti Awam (Pihak Ketiga)


i. Surat rasmi pihak ketiga
ii. Gambar foto atau lakaran tempat kejadian
iii. Laporan pakar (jika berkenaan)
iv. Laporan polis (jika berkenaan)
v. Laporan perubatan dan/atau sijil kematian dan laporan bedah siasat jika mengalami
kecederaan tubuh badan.
vi. Resit pelepasan dan borang indemniti atau perintah mahkamah

Nota: Semua tuntutan pihak ketiga hendaklah dirujuk kepada pengendali untuk tindakan
selanjutnya.

4. Takaful Kemalangan Diri


A. Tuntutan Kecederaan Anggota Badan
i. surat cuti sakit
ii. laporan perubatan
iii. slip gaji
iv. Gambar foto menunjukkan kecederaan yang dialami (sekiranya berkaitan)

B. Tuntutan Kematian
i. laporan bedah siasat
ii. sijil kematian
iii. sijil pengkebumian
iv. laporan polis
v. surat perlantikan
vi. salinan kad pengenalan yang disahkan

5. Takaful Motor
. Tuntutan kerosakan sendiri
i. laporan polis
ii. salinan kad pengenalan dan cukai jalan yang disahkan
iii. salinan lesen memandu dan kad pengenalan pemandu yang disahkan
iv. nilai anggaran kerja pembaikan (jika perlu)
v. laporan penyelaras mengenai cadangan kos membaiki
vi. laporan penyelaras mengenai keadaan kemalangan dan lain-lain butiran penting
tentang kemalangan maut/serius
vii. bil kos pembaikan untuk tujuan pembayaran
viii. nota penyelesaian/kepuasan hati

A. Kerosakan sendiri – tuntutan menyeluruh/kecurian Sebagai tambahan kepada


dokumen yang dinyatakan seperti A di atas, (kecuali nota kepuasan hati), dokumen
berikut diperlukan:
i. kad pendaftaran kenderaan yang asal
ii. borang MV3 yang telah ditandatangani
iii. kunci kenderaan
iv. surat dari syarikat kewangan, menyatakan amaun baki pinjaman yang perlu
diselesaikan (jika berkenaan)
v. surat pelepasan dari syarikat sewa beli (jika berkenaan)salinan Sijil Pendaftaran
Perniagaan yang telah disahkan (hanya untuk kenderaan pendaftaran syarikat)
vi. laporan penilaian dari pengedar francais atau pengesahan nilai pasaran oleh
penyelaras
vii. baucer penerimaan dan pelepasan.

B. Tuntutan kerosakan cermin depan (windscreen)


i. gambar foto kerosakan
ii. laporan polis (jika laporan dibuat)
iii. bil dan resit asal kos pembaikan

C. Tuntutan kerosakan kenderaan milik pihak ketiga


i. surat rasmi dari pihak ketiga
ii. laporan polis
iii. pelan lakaran polis, kunci dan gambar foto dari pihak polis
iv. salinan kad pengenalan dan lesen memandu pihak ketiga yang disahkan
v. salinan polisi/sijil pihak ketiga
vi. salinan kad pendaftaran kenderaan dan cukai jalan yang disahkan
vii. surat sokongan dari penyelaras atas laporan yang dikemukakan oleh pihak
ketiga
viii. pengesahan dan kelulusan ‘knock-for-knock’ (jika perlu)
ix. baucer pelepasan dari pihak ketiga
D. Tuntutan kecederaan badan pihak ketiga
i. surat rasmi dari pihak ketiga
ii. laporan polis
iii. pelan lakaran polis, kunci dan gambar foto dari pihak polis
iv. salinan kad pengenalan dan lesen memandu pihak ketiga yang disahkan
v. laporan penyelaras
vi. laporan pakar (jika berkenaan)
vii. laporan perubatan dan/atau sijil kematian dan laporan bedah siasat
viii. resit pelepasan dan borang indemniti atau perintah mahkamah.

Nota: Semua tuntutan pihak ketiga hendaklah dirujuk ke pengendali takaful untuk
tindakan lanjut.

B5.3 Borang Pelepasan

Kaedah Penyelesaian Tuntutan

Tuntutan yang diselesaikan oleh pengendali takaful mungkin menggunakan salah satu dari kaedah
berikut:

1. penyelesaian dengan peserta terhadap kerugian yang dilindungi; atau


2. penyelesaian dengan pihak ketiga bagi pihak peserta berkaitan liabiliti kerugian yang dialami oleh
pihak ketiga.

Kegunaan Borang Pelepasan

Apabila tuntutan telah diselesaikan, pengendali takaful biasanya memerlukan pihak yang menuntut
menandatangani borang pelepasan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya
tuntutan berganda atas kerugian yang sama, samada tuntutan terhadap pengendali takaful atau peserta.

Seksyen Perisytiharan Borang Pelepasan

Borang pelepasan dikeluarkan apabila tuntutan peserta berkaitan kerugian yang dilindungi telah
diselesaikan dan borang tersebut mengandungi perisytiharan yang menyatakan peserta:

1. telah menerima bayaran tuntutan dari pengendali takaful, dan


2. berpuas hati dengan bayaran yang diterima berkaitan dengan tuntutan gantiruginya dibawah sijil
takaful.

Lanjutan dari penyelesaian dengan pihak ketiga (bagi pihak peserta) berkaitan dengan liabiliti kerugian
yang dialami oleh pihak ketiga, borang pelepasan mengandungi perisytiharan yang menyatakan pihak
ketiga:

1. telah menerima bayaran tuntutan dari pengendali takaful,


2. bayaran gantirugi yang diterima dari pengendali takaful adalah bagi pihak peserta, dan
3. berpuas hati dengan bayaran yang diterima berkaitan dengan haknya membuat tuntutan dari
peserta atas kerugian yang ditanggung.

Penyelesaian Tanpa bayaran Tunai


Kadang kala, penyelesaian tuntutan tidak semestinya dibayar dengan wang tunai, tetapi menggunakan
kaedah lain yang lebih sesuai seperti pembaikan, pemulihan dan/atau penggantian, yang diuruskan oleh
individu lain bagi pihak pengendali takaful. Dalam hal ini, pengendali takaful akan mengeluarkan borang
pelepasan yang dikenali sebagai ‘nota kepuasan/selesai’ yang biasanya mengandungi perisytiharan yang
menyatakan bahawa:

1. kerja-kerja membaiki, membaikpulih dan/atau mengganti dilakukan oleh seseorang (bagi pihak
pengendali takaful), dan
2. kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan dengan memuaskan.

Lain-lain Maklumat dalam Borang Pelepasan

Selain dari perisytiharan, borang pelepasan biasanya mengandungi maklumat berikut:

1. nama dan identiti pihak yang menuntut, dan


2. keterangan lanjut mengenai kerugian (tuntutan yang dibuat) termasuk:

a. tarikh dan waktu berlaku kerugian,


b. tempat berlaku kerugian,
c. pihak-pihak yang terlibat,
d. perkara pokok kerugian,
e. tandatangan saksi kejadian, sekiranya perlu.

B5.4 Penyelesaian Tuntutan

Apabila pengendali takaful yang semua dokumen dan proses tuntutan dibuat mengikut prosedur yang
ditetapkan, penyelesaian akan dibuat dengan cara:

Kaedah menyelesaikan tuntutan:

1. Bayaran tunai melalui cek; atau


2. Pembaikan; atau
3. Penggantian; atau
4. Pemulihan semula

Bukti Dokumentasi Adalah Penting Untuk Menentukan Penuntut yang Berhak

Apabila tuntutan dibayar melalui cek, perlu dipastikan yang bayaran dibuat kepada pihak yang berhak.
Dokumen pengenalan diri pihak yang menuntut diperlukan sebagai pengesahan. Contohnya dalam
takaful marin, pihak yang menuntut dikehendaki menyerahkan sijil marin yang telah disahkan bahawa
pembayaran perlu dibuat atas namanya, sebelum bayaran dibuat. Berdasarkan amalan industri, pihak
yang menuntut perlu membuat pelepasan yang betul dibawah sijil takaful sebelum pembayaran dibuat
oleh pengendali takaful.

Perjanjian Pasaran dalam Menyelesaikan Tuntutan

Biro Insurer Motor (Motor Insurers’ Bureau - MIB)

MIB yang ditakrifkan dibawah Seksyen 89 Akta Pengangkutan Jalan 1987 ialah sebagai biro yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perjanjian yang ditandatangani dengan Menteri
Pengangkutan, untuk mendapatkan bayaran pampasan kepada mangsa kemalangan jalanraya (pihak
ketiga) sekiranya hak mereka untuk mendapatkan bayaran pampasan dinafikan kerana tiada insurans
atau insurans tidak berkuatkuasa seperti yang disyaratkan dibawah Seksyen 90 Akta yang sama.
Seksyen 89 seterusnya memperuntukkan definisi statutori berkaitan ayat atau frasa yang digunakan
dalam konteks Bahagian ini di dalam Akta ini:

“Penanggung insurans yang sah” bermaksud seseorang yang sah disisi undang-undang untuk
menjalankan perniagaan insurans motor di Malaysia dan merupakan seorang ahli Biro Insurer Motor.

Disebabkan peruntukan tersebut dan Akta Takaful 1984 [Seksyen 67 (1) dan (2)], setiap penanggung
insurans/pengendali takaful yang menjalankan perniagaan insurans/takaful di Malaysia mestilah telah
disahkan dan menjadi ahli Biro Insurer Motor.

Perlu diingat bahawa MIB mempunyai kedudukan yang unik kerana ia ditubuhkan setelah termeterainya
perjanjian antara industri insurans motor dengan pihak kerajaan.

Melalui usaha menetapkan tahap tertentu dengan mewajibkan insurans/takaful dan menghadkan peluang
insurer mengelak dari memikul tanggungjawab liabiliti membayar pampasan, Akta Pengangkutan Jalan
terpaksa melalui jalan yang panjang untuk merealisasikan idea berkenaan. Adalah menjadi harapan
umum agar mangsa kemalangan jalanraya yang tidak bersalah tidak sepatutnya dinafikan hak untuk
mendapat pampasan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna kenderaan tidak menghiraukan keperluan undang-undang


atau terdapat kelemahan dalam kontrak takaful yang ada sekarang, ia memberi alasan terbaik kepada
pengendali takaful mengelak dari memikul tanggungjawab membayar pampasan dibawah Akta
Pengangkutan Jalan. Maka, beberapa langkah perlindungan pengguna perlu diperkenalkan. Sebagai
tambahan, tindakan pembetulan dibawah Akta Pengangkutan Jalan amat bergantung kepada samada
individu cuai yang ingin didakwa telah dikenalpasti atau sebaliknya. Dalam kebanyakan kes, keadaan
menjadi semakin sukar sekiranya berlaku kemalangan ‘langgar lari’.

Sebagai sebuah ‘syarikat terhad melalui jaminan’, ini bermakna MIB tidak memiliki aset untuk
menampung potensi liabiliti. Oleh itu, ahli-ahli biro memberi jaminan yang mereka akan menanggung
liabiliti apabila timbul keperluan untuk berbuat demikian.

Pindaan Perjanjian Perlanggaran Berangkai (Knock-for-Knock’ - KfK)

Melalui pindaan perjanjian langgar-sama-langgar (KfK) bertarikh 18 Mac 1987 (selepas ini dirujuk
sebagai Perjanjian Utama) yang dibuat dikalangan syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful,
mereka bersetuju dengan terma dan syarat, prosedur dan amalan yang ditetapkan di bawah Seksyen 1
Perjanjian Utama dan dimasukkan dalam Tarif Motor Malaysia. Majoriti penanggung insurans dan
pengendali takaful motor menyertai perjanjian penyelesaian tuntutan KfK ini dimana setiap penanggung
atau pengendali bersetuju menanggung kerugian atau kerosakan kenderaan milik pemegang polisi/sijil,
dengan syarat kenderaan berkenaan dilindungi dibawah insurans/takaful motor komprehensif, tanpa
mengambil kira siapa yang bertanggungjawab terhadap kemalangan berkenaan.

Perjanjian KfK berfungsi atas prinsip dimana setiap penanggung insurans atau pengendali takaful motor
bersetuju untuk tidak melaksanakan hak subrogasi terhadap penanggung/ pengendali lain. Sekiranya
perjanjian ini dilaksanakan dalam jangka masa panjang, tiada penanggung/pengendali yang akan
memperolehi keuntungan atau menanggung kerugian dengan menyertai skim ini.

Tambahan lagi, ia adalah antara kaedah yang membolehkan penanggung insurans/pengendali takaful
motor mempercepatkan proses tuntutan serta mengurangkan kos pentadbiran dan perundangan.
Perjanjian ini berfungsi melindungi kerosakan kenderaan dan berkaitan dengan indemniti yang diberikan
terhadap risiko kerosakan kenderaan pihak ketiga;
1. akibat pelanggaran atau cubaan untuk mengelak pelanggaran; atau
2. ketika memunggah atau menurunkan barangan dari kenderaan; atau
3. akibat objek/barangan yang jatuh dari kenderaan.

Setiap pihak perlu menanggung sendiri kos kerosakan, tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam
polisi/sijil. Peruntukan utama dibawah perjanjian ini ialah:-

1. penetapan lebihan (excess) (jika berkenaan);


2. pengecualian kenderaan berikut:
a. sebarang kenderaan berlesen atau dilindungi insurans/takaful yang membawa
penumpang bagi tujuan mendapatkan upah atau bayaran. Contoh: teksi, bas awam, bas
ekspres, bas sekolah dan bas kilang
b. sebarang kenderaan berlesen atau dilindungi insurans/takaful untuk disewa, termasuk
disediakan pemandu oleh pemiliknya bagi tujuan mendapatkan ganjaran. Contoh: teksi
berserta pemandu, kereta sewa pandu sendiri atau berserta pemandu
3. tidak melindungi kerugian atau kerosakan dibawah polisi/takaful kebakaran sahaja.
4. hanya melindungi kemalangan dimana indemniti disediakan dibawah polisi/sijil yang dikeluarkan
di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Perjanjian KfK kemudiannya disemak semula pada Jun 2001 (Perjanjian Tambahan – Perjanjian Pindaan
Perlanggaran Berangkaidan memasukkan peruntukan iaitu sekiranya berlaku kemalangan yang
melibatkan kenderaan peserta dan pihak ketiga, peserta yang dilindungi polisi/sijil komprehensif
mempunyai pilihan untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaannya dari penanggung/pengendalinya
sendiri – jika peserta atau pemandu yang dibenarkan berpendapat bahawa mereka tidak bersalah dan
memilih untuk membuat tuntutan kerosakan dibawah polisi insurans/sijil takafulnya sendiri dan bukannya
membuat tuntutan terhadap penanggung/pengendali pihak ketiga, Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim
Discount) milik peserta tidak terjejas.

Motordata Research Consortium Sdn Bhd ( MRC)

Melalui sokongan dari pihak Bank Negara Malaysia, industri insurans dan takaful telah melaksanakan
projek pengkalan data berpusat bagi tujuan membuat anggaran kos membaiki kenderaan. Projek ini
dibangunkan oleh Motordata Research Consortium Sdn Bhd (MRC) pada tahun 2001. Objektif utama
penubuhan pengkalan data ini ialah untuk meminimumkan ketidakseragaman dalam membuat anggaran
kos membaiki kenderaan, disamping ia juga memberi manfaat nilai tambah dalam usaha meningkatkan
tahap ketelusan membuat anggaran kos tuntutan serta mekanisma anti-penipuan. Carta dibawah
menunjukkan maklumat dan aliran kerja dalam memproses tuntutan insurans/takaful motor.

Pengkalan Data Berpusat untuk Membuat Anggaran Kos Membaiki Kenderaan

Bengkel membaiki kenderaan akan membuat penilaian terhadap kerosakan sesebuah kenderaan.
Gambar kerosakan diambil untuk dikemukakan sebagai dokumen sokongan tuntutan. Pemilik bengkel
kemudiannya akan membuat kos anggaran secara elektronik, menyenaraikan setiap bahagian kenderaan
yang perlu dibaiki atau diganti dan jangka masa yang diperlukan untuk kerja-kerja pembaikan. Anggaran
yang lengkap dengan imej kerosakan kenderaan dan dokumen yang telah diimbas akan dihantar kepada
penanggung/pengendali melalui Pusat Memproses Tuntutan (Claims Processing Centre – CPC).
Sekiranya terdapat tuntutan yang serupa (dikenalpasti melalui nombor pendaftaran kenderaan), MRC
akan memberitahu kedua-dua penanggung/pengendali tentang kemungkinan berlaku cubaan menipu
tuntutan. Penanggung/pengendali akan menilai tuntutan secara elektronik dan menyerahkan tugas
kepada penyelaras kerugian (sekiranya perlu), sebelum meluluskannya, yang juga secara elektronik.
Semua transaksi akan direkodkan secara elektronik dan sebarang tuntutan berganda akan ditunjukkan
dengan serta merta untuk tindakan lanjut. Sesungguhnya, masih terdapat bidang yang boleh diterokai
oleh penanggung/pengendali melalui penggunaan pengkalan data untuk mengesan dan mencegah
cubaan menipu dalam tuntutan. Contohnya, persepsi umum yang menyatakan pemilik kenderaan dan
pemilik bengkel membaiki kenderaan sama-sama berpakat/bersubahat untuk menipu/mengemukakan
tuntutan palsu terhadap penanggung insurans/pengendali takaful.

Pertikaian

Daripada pelbagai tuntutan yang telah diselesaikan oleh pengendali setiap tahun, terdapat sebahagian
kecil tuntutan yang menimbulkan perselisihan atau pertikaian. Pertikaian antara pihak yang menuntut dan
pengendali pada amnya melibatkan salah satu daripada perkara berikut;

1. Persoalan samada pengendali boleh dipertanggungjawabkan (liable); atau


2. Amaun/kuantum kerugian, jika didapati pengendali bertanggungjawab.

Apabila timbul pertikaian atau perselisihan, ia boleh diselesaikan melalui saluran-saluran berikut:

1. perundingan,
2. perundangan,
3. timbangtara, atau
4. perantaraan.

Perundingan

Apabila timbul perselisihan, pihak yang menuntut akan ditemui oleh pegawai tuntutan dan kedua-dua
pihak akan cuba menyelesaikan perselisihan tersebut melalui rundingan. Sekiranya perselisihan tersebut
berkaitan dengan tuntutan yang ditolak oleh pengendali, pegawai tuntutan akan cuba menerangkan
kenapa tuntutan tersebut ditolak. Sebaliknya, jika perselisihan itu berkaitan dengan amaun/kuantum
kerugian, pegawai tersebut mungkin cuba merundingkan satu amaun yang boleh dipersetujui oleh kedua-
dua belah pihak.

Perundangan

Apabila pihak yang menuntut tidak berpuashati mengenai amaun yang dirundingkan dengan pegawai
tuntutan, sipenuntut boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pengendali. Biasanya pengendali
mengambil pendekatan bahawa rundingan secara perundangan adalah sebagai pilihan terakhir. Seboleh
mungkin pengendali akan cuba menyelesaikan pertikaian ini di luar mahkamah, kecuali jika ianya
melibatkan amaun tuntutan yang besar atau prinsip dasar syarikat.

Timbangtara

Berdasarkan amalan industri, kebanyakan sijil takaful am mempunyai fasal timbangtara yang
memperuntukkan bahawa ‘semua perselisihan atau pertikaian mengenai amaun/kuantum tuntutan
sahaja’ yang akan dirujuk untuk ditimbangtara sebelum tindakan mahkamah diambil oleh peserta.
Biasanya, pengendali lebih cenderung untuk menggunakan khidmat timbangtara berbanding dengan
kaedah perundangan kerana ianya lebih cepat, menjimatkan kos dan timbangtara dibuat secara tertutup,
berbanding dengan perbicaraan mahkamah yang dibuat secara terbuka.

Perantaraan

Perantaraan adalah antara alternatif kepada proses pendakwaan tradisional atau lebih dikenali sebagai
proses alternatif penyelesaian pertikaian. Perantara akan bertindak sebagai pemudahcara antara pihak
peserta dan pengendali bagi menyelesaikan perselisihan dengan cara membuat penyiasatan terhadap
aduan yang diterima, termasuk mengenalpasti semua isu-isu berkaitan dengan menggunakan proses
perantaraan berkenaan.

Proses perantaraan melibatkan siasatan terhadap aduan atau pertikaian melalui pelbagai sumber
berdasarkan fakta yang diberikan, mengadakan perbincangan secara bersemuka, mengadakan
mesyuarat dengan semua pihak yang terlibat atau mengendalikan sesi soal siasat mengumpulkan
keterangan, memahami kebiasaan atau amalan dalam industri serta mendapatkan sumber/nasihat
perundangan sebelum membuat keputusan.

Dalam sebahagian kes aduan, proses yang dilalui ini akan membolehkan kedua-dua pihak iaitu pengadu
dan pengendali berbincang mengenai isu yang ditimbulkan, membetulkan silap faham, mengenalpasti
kepentingan & isu dasar, mencari titik persamaan & persetujuan dan bersetuju untuk menyelesaikan
masaalah. Watak utama dalam proses ini ialah Perantara (mediator). Sekiranya kedua-dua pihak yang
terlibat dalam pertikaian ini gagal mendapat kata sepakat dalam menyelesaikan masaalah, Perantara
akan membuat keputusan berdasarkan dari maklumat siasatan, amalan industri dan peruntukan undang-
undang yang berkaitan.

Dalam proses perantaraan, amalan menampilkan saksi perbicaraan jarang dilakukan. Sebaliknya,
tindakan mengemukakan salinan dokumen yang berkaitan serta surat menyurat dianggap memadai. Bagi
pihak pengadu pula, perselisihan atau tuntutan melibatkan kerugian kewangan, mereka perlu sedar
bahawa biasanya had amaun tertentu telah ditetapkan terlebih dahulu.

B5.5 Mendapatkan Kembali Bayaran Dari Takaful Semula, Takaful Bersama, Subrogasi Dan
Sumbangan

Proses penyelesaian tuntutan juga melibatkan usaha mendapatkan kembali bayaran dari pihak yang
berkaitan seperti takaful semula dan/atau pengendali takaful bersama, pihak ketiga dibawah hak
subrogasi dan pengendali takaful lain dibawah hak sumbangan, sekiranya hak sedemikian wujud.

B5.6 Penolakan Liabiliti

Tidak semua tuntutan yang dibuat oleh peserta akan berakhir dengan pembayaran tuntutan kerana
pengendali boleh menyangkal atau menolak liabiliti berdasarkan beberapa sebab termasuk;

1. tiada laporan kerugian atau kerosakan;


2. kerugian atau kerosakan yang dituntut bukan akibat peril yang dilindungi atau ia merupakan peril
yang dikecualikan; atau
3. sijil disahkan batal kerana melanggar syarat (nyata atau tersirat) atau waranti.

Purata (Average)

Apabila jumlah perlindungan untuk sesuatu aset atau harta kurang dari nilai pasaran sebenar dan sijil
tertakluk kepada keperluan purata, tuntutan dibawah sijil berkenaan akan hanya dibayar sebahagian
tertentu sahaja, dimana jumlah yang dilindungi pada masa itu dianggap nilai penuh aset/harta. Dengan
lain perkataan, amaun yang dibayar apabila menggunakan syarat averaj adalah seperti berikut:
Amaun bayaran = Jumlah Perlindungan X Amaun Kerugian

Nilai Aset/Harta

Apabila harta yang dilindungi adalah dibawah nilai sebenar, sumbangan yang dibayar oleh peserta
adalah berdasarkan nilai perlindungan dan bukannya nilai sebenar harta. Ini bermakna peserta
menyumbang kepada dana takaful am (untuk bayaran kerugian) dengan amaun yang kurang daripada
risiko yang dikongsi bersama-sama dengan peserta lain. Oleh itu, prinsip averaj digunakan untuk
mendenda peserta yang melindungi harta mereka dibawah nilai sebenar. Apabila kerugian tertakluk
kepada averaj, peserta akan dianggap sebagai penanggung risiko untuk bahagian yang dibawah nilai
dan dengan itu peserta terpaksa menanggung sendiri sebahagian dari kerugian tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab ejen untuk mengenalpasti harta dibawah nilai sebenar yang akan
dilindungi dibawah sijil takaful.

Untuk mengelakkan perselisihan faham akibat penggunaan averaj, ejen perlu menarik perhatian
pelanggan terhadap prinsip averaj dari awal lagi dan memastikan yang amaun perlindungan yang
dicadangkan adalah mencukupi bukan sahaja pada permulaan kontrak, malah sepanjang tempoh
kuatkuasa sijil.

B5.7 Menamatkan Kontrak Sijil/Perlindungan

Apabila tuntutan telah dibayar, pengendali boleh mengambil salah satu tindakan berikut:

1. menamatkan kontrak sijil takaful; atau


2. mengurangkan jumlah perlindungan, dan menguatkuasakan semula kontrak sekiranya diminta
oleh peserta, dimana terma dan syarat-syarat baru dikenakan.

AMALAN TAKAFUL AM : ETIKA DAN KOD PERLAKUAN


Pendahuluan

Dalam bab ini kita akan meneliti aspek kawal selia diri dalam industri takaful am di Malaysia. Ia
dibincangkan mengikut tajuk-tajuk berikut:-

B6.1 Kepentingan Etika dan Perlakuan Perniagaan


B6.2 Komisen dan Pendedahan mengenai Komisen
B6.3 Tunai-Sebelum-Lindung
B6.4 Tanggungjawab Pendedahan
B6.5 Garis Panduan Penyelesaian Tuntutan
B6.1 Kepentingan Etika Dan Perlakuan Perniagaan

Perjanjian Antara Pengendali Takaful mengenai Perniagaan Takaful Am merupakan suatu usahasama
dikalangan pemain-pemain industri berkaitan kawal selia diri demi kemakmuran industri untuk tempoh
jangka panjang. Perjanjian ini dibuat dikalangan semua ahli Persatuan Takaful Malaysia (Malaysia Takaful
Association-MTA) dengan objektif untuk:

1. mendokong dan melindungi kepentingan industri takaful am, untuk manfaat bersama dikalangan
semua ahli MTA dan orang ramai berkaitan dengan perniagaan takaful am;
2. mengatur dan mengawal perlakuan dan aktiviti setiap individu yang menjalankan urusniaga takaful
am di Malaysia;
3. mengawal tarif, komisen dan ganjaran yang bersesuaian untuk perniagaan takaful am.

Bagi tujuan mengatur dan mengawal perlakuan dan aktiviti semua ejen berdaftar dan untuk memastikan
ahli-ahli mematuhi Peraturan yang ditetapkan, sebuah Lembaga telah dilantik oleh Jawatankuasa
Pengurusan MTA. Kuasa yang dimiliki oleh Lembaga ini antara lain ialah:

1. untuk menerima dan menimbangkan permohonan pendaftaran mana-mana pihak untuk menjadi
ejen berdaftar bagi mengendali, menjual, mengurus, merunding dan/atau mendapatkan
perniagaan takaful am bagi pihak mana-mana pengendali takaful;
2. untuk mengeluar, memperbaharui atau melanjutkan tempoh Sijil Pendaftaran kepada mereka yang
dibenarkan;
3. untuk meluluskan dan mengesahkan perlantikan mana-mana ejen korporat yang dilantik oleh ejen
berdaftar.
4. untuk mengawasi dan mengawal perlakuan dan aktiviti semua ejen berdaftar dan memastikan ahli
mematuhi Peraturan dan/atau Garis panduan;
5. untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan mengenai perlantikan Pendaftar bagi
mentadbir urus fungsi tugas Lembaga;
6. untuk memberitahu Jawatankuasa Pengurusan tentang sebarang pelanggaran atau kemungkinan
pelanggaran Peraturan dan/atau Garis Panduan yang dilakukan atau mungkin dilakukan oleh ejen
berdaftar atau mana-mana individu yang berkaitan;
7. untuk menimbang dan meluluskan rayuan pengecualian syarat dalam Peraturan dan/atau Garis
Panduan;
8. untuk menimbang dan meluluskan perlantikan atau penyingkiran pemegang francais kenderaan
bermotor dalam Jadual Kedua.

Perjanjian ini juga menyediakan, antara lain, pembentukan dan perlantikan Pasukan Petugas
Pemeriksaan. Pasukan Petugas ini diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan keatas
perlakuan dan aktiviti mana-mana ahli MTA mengikut tatacara yang diperuntukkan di dalam Perjanjian. Ini
termasuk kuasa untuk memasuki mana-mana premis ahli dan memeriksa dokumen di premis tersebut.

Perjanjian ini juga membuat peruntukan bagi prosedur tatatertib, penalti/hukuman dan rayuan. Ia
menyatakan bahawa sebarang tuduhan melanggar perjanjian dan/atau peraturan-peraturan, ia hendaklah
dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan MTA mengikut Perkara XX Perlembagaan Persatuan.
Perkara XX Perlembagaan Persatuan memperuntukkan kuasa kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk
membentuk Jawatankuasa Tatatertib. Apabila kesalahan telah dibuktikan atau apabila Jawatankuasa
Tatatertib sebulat suara berpendapat bahawa suatu pelanggaran peraturan/garis panduan telah dilakukan,
hukuman atau penalti yang bersesuaian (termasuk mengenakan denda) atau kedua-duanya hendaklah
dikenakan terhadap pesalah.

Berurusan dengan Ejen


Artikel IV, Perjanjian Antara Pengendali Takaful mengenai Perniagaan Takaful Am memperuntukkan
perkara-perkara berikut:

Ejen yang Dibenarkan


Mana-mana urusan yang melibatkan pengantara, semua ahli MTA hanya dibenarkan berurusan dan/atau
menjalankan perniagaan takaful am dengan ejen berdaftar atau broker.

Sekatan bayaran
Komisen dalam bentuk apa sekali pun tidak boleh dibayar kepada sesiapa yang bukan ejen berdaftar atau
broker samada secara langsung atau tidak langsung, yang mendapatkan, menjual, menjalankan,
mengendalikan atau merundingkan sebarang perniagaan takaful am.

Mematuhi Peraturan
Semua ahli MTA hendaklah memastikan agar ejen-ejen berdaftar mereka mematuhi semua peraturan
pendaftaran dan peraturan ejen takaful am seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian.

Skop Agensi
Ahli MTA tidak dibenarkan atau memberi kuasa kepada ejen-ejennya untuk:

1. menyiapkan atau mengeluarkan sijil takaful;


2. menjalankan kaji selidik kerugian atau membuat penyelarasan kerugian;
3. menyelesaikan atau meluluskan tuntutan.

Penggantungan Ejen Berdaftar


Ahli MTA hendaklah menggantung dengan serta merta aktiviti perniagaan ejen berdaftarnya yang didapati,
oleh Lembaga melalui siasatan yang sepatutnya, telah melanggar Peraturan. Penggantungan tugas ini
hendaklah dikuatkuasakan sehingga diberitahu oleh Lembaga.

Pembatalan Sijil Pendaftaran


Ahli MTA hendaklah menamatkan perlantikan/perkhidmatan ejen berdaftarnya dalam tempoh tiga puluh
hari dari tarikh penerimaan notis dari Lembaga, yang menyatakan sijil pendaftaran ejen telah ditarik balik,
dibatalkan atau tidak diperbaharui oleh Lembaga.

Makluman
Ahli-ahli MTA hendaklah:-

1. menyimpan rekod dengan lengkap dan kemas kini berkenaan semua ejen-ejennya; termasuk ejen
korporat berserta pengarah, pemegang saham dan penama korporat;
2. menyelenggara akaun dengan teratur dan tepat bagi menunjukkan amaun komisen yang dibayar
kepada ejen;
3. Menyediakan sebarang maklumat tentang ejen kepada Lembaga, apabila diperlukan.

Tarif Motor

Artikel V Perjanjian Antara Pengendali Takaful Mengenai Perniagaan Takaful Am (ITAGTB)


memperuntukkan perkara-perkara berikut:

Tarif Motor Malaysia

Tarif Motor Malaysia hendaklah digunakan kepada semua kelas takaful kenderaan bermotor di Malaysia,
Brunei dan Republik Singapura.
Tarif Motor menyediakan:

1. kadar sumbangan yang dikenakan untuk pelbagai kelas kenderaan bermotor mengikut kegunaan
kenderaan dan bentuk perlindungan yang disediakan;
2. penggunaan ayat atau frasa yang standard dan mudah difahami dalam dokumen sijil, endorsemen
dan waranti;
3. dokumen contoh untuk Jadual Sijil, Sijil Takaful dan Nota Lindung
4. syarat-syarat dan peraturan am mengenai pengendalian perniagaan takaful motor di Malaysia.

Tarif Motor seterusnya menyediakan:

1. Tarif motor hendaklah digunakan dalam perniagaan takaful motor, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Untuk kes yang tiada tarif disediakan, permohonan untuk mendapatkan tarif berkenaan hendaklah
dimajukan kepada Kumpulan Insurans Motor Malaysia (MMIP).
2. Tarif ini tidak boleh digunakan untuk kenderaan motor yang tidak dilesenkan dan tidak digunakan
di jalanraya awam.
3. Sebarang perlindungan untuk mana-mana kenderaan bermotor yang menggunakan jalanraya tidak
boleh dilindungi melainkan perlindungan di bawah polisi/sijil motor sahaja.

Terdapat dua segmen dalam tarif motor iaitu Tarif untuk pengunderaitan risiko di Semenanjung dan Tarif
untuk pengunderaitan risiko di Sabah & Sarawak. Tiada sebarang perbezaan yang ketara untuk kedua-
dua pengunderaitan tersebut kecuali kadar sumbangan di Sabah & Sarawak adalah lebih rendah. Secara
tradisinya, pengalaman tuntutan di Sabah & Sarawak adalah lebih baik kerana jaringan sistem
perhubungan jalanraya dan jumlah kenderaan adalah kurang berbanding dengan yang terdapat di
Semenanjung.

Semua polisi/sijil yang memberi perlindungan risiko motor di Malaysia yang dikeluarkan, diterima dan
dipersetujui oleh ahli PIAM/MTA hendaklah mengenakan sekurang-kurangnya kadar minimum seperti yang
termaktub dalam Tarif Motor Malaysia.

Tarif Motor dibahagikan kepada 11 seksyen iaitu:

1. Perjanjian Perlanggaran Berangkai (knock-for-knock agreement)


2. Peraturan Am
3. Panduan Melengkapkan Sijil
4. Jadual
5. Panduan Melengkapkan Sijil
6. Tarif Kenderaan Persendirian
7. Tarif Kenderaan Perdagangan
8. Tarif Motosikal
9. Endorsemen
10. Waranti

Undang-undang dan peraturan di bawah Tarif Motor Malaysia meliputi perkara-perkara berkaitan dengan:

1. Perniagaan yang tidak ditawarkan


2. Bentuk sijil (termasuk Endorsemen, Fasal dan Waranti)
3. Perlindungan yang ditawarkan
4. Nilai kenderaan
5. Tempoh perlindungan
6. Kadar tempoh jangka pendek sumbangan – bayaran, pengiraan, pengurangan dan sumbangan
yang ditunjukkan dalam sijil
7. Sewa beli
8. Pertukaran atau kenderaan tambahan
9. Menukar kepentingan sijil dan yuran perpindahan
10. Pembatalan sijil (termasuk manfaat tambahan)
11. Pemberitahuan awam mengenai polisi Akta
12. Perlindungan yang dibenarkan dan diskaun di bawah perlindungan Akta
13. Nota lindung
14. Sijil takaful – salinan asal, pemulangan, pembatalan dan pendua
15. Diskaun tanpa tuntutan
16. Pengkadaran fleet
17. sijil bersama sijil dikeluarkan atas nama bersama)
18. Kenderaan terbiar ditempat awam atau di garaj persendirian
19. Mogok, rusuhan & huru-hara awam
20. sumbangan minimum
21. Waranti kenderaan melebihi muatan

Peralatan Semua Risiko


sijil takaful yang melibatkan semua kenderaan bermotor yang dilesenkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan untuk kegunaan di atas jalanraya hendaklah ditetapkan kadarnya dan mematuhi sepenuhnya Tarif
Motor Malaysia.

Larangan Memberi Potongan Harga dan Diskaun


Ahli PIAM atau MTA, ejen atau broker insurans tidak dibenarkan menawarkan kepada mana-mana
insured/pemegang polisi/peserta/pemegang sijil, sebarang diskaun atau potongan harga atau apa-apa
sahaja dari komisen yang dibayar atau akan dibayar atau sebahagian daripadanya dibawah polisi insurans
motor/sijil takaful

Tarif Kebakaran

Artikel VI Perjanjian Antara Pengendali Takaful Mengenai Perniagaan Takaful Am (ITAGTB)


memperuntukkan perkara-perkara berikut:

Pindaan Tarif Kebakaran


Semua polisi insurans/sijil takaful yang melindungi risiko hilang keuntungan, kebakaran dan risiko peril
seumpamanya di Malaysia; yang dikeluarkan, diterima dan diiktiraf oleh ahli PIAM dan MTA akan
dikenakan sekurang-kurangnya kadar minimum yang ditetapkan dalam Tarif Kebakaran (pindaan). Ahli
juga dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang yang disediakan di bawah Tarif kebakaran
(pindaan). Undang-undang dan Peraturan dibawah Pindaan Tarif Kebakaran termasuk perkara-perkara
berkaitan dengan:

1. penggunaan dan interpretasi tarif


2. polisi/sijil kebakaran, syarat dan maklumat yang perlu ditunjukkan
3. tanggungjawab syarikat
4. insurans semula/takaful semula
5. komisen/brokeraj/kos insurans bersama/takaful bersama
6. pemberitahuan kerugian
7. penyerahan statistik
8. polisi/sijil apungan
9. asas penyelesaian
10. peril khusus
11. pengubahan sementara
12. pembersihan runtuhan/puin
13. Yuran arkitek, juruukur dan jurutera perunding
14. Lain-lain isi kandungan
15. Modal tambahan
16. Pemegang gadaijanji/penerima caj
17. Tempoh perlindungan
18. Penguatkuasaan semula
19. Perisytiharan polisi/sijil
20. Bangunan dalam pembinaan
21. Duti setem
22. Kadar dan pengkadaran khas
23. Loji jana elektrik dan pemasangan
24. Insurans/takaful jangka pendek
25. Insurans dan perjanjian jangka panjang/takaful dan perjanjian
26. Pembatalan
27. Premium/sumbangan – pemulangan, kadar minimum dan ansuran
28. Waranti, fasal dan endorsemen
29. Polisi/sijil pakej atau gabungan
30. Polisi/sijil kebakaran kerugian turutan
31. Polisi/sijil semua risiko
32. Peruntukan melarang pemberian diskaun kecuali seperti yang ditetapkan dalam tarif berkaitan peril
khusus
33. Perlindungan Insurans pokok
34. Simpanan sementara
35. Perenjis air bocor
36. Tanah runtuh/menggelongsor
37. Pembinaan dan klasifikasi pekerjaan/perdagangan

Peraturan Pendaftaran Ejen Takaful Am (Takaful Agency Registration Regulation - TARR)

Peraturan pendaftaran dan pengawalan ejen takaful am telah dikuatkuasakan di bawah Jadual Ketiga
InterTakaful Agreement (ITA). Peraturan yang dinamakan Peraturan Pendaftaran Ejen Takaful Agent
Registration Regulation – TARR) telah dirangka dan dirundingan bersama BNM bagi menyediakan kaedah
merekrut dan menyelia aktiviti pengantara dengan tujuan mengatur, membimbing dan mengawal perlakuan
profesional pengantara, tugas dan aktiviti harian supaya dapat membentuk sekumpulan pengantara yang
berdedikasi dan berdisiplin serta mempunyai standard profesionalisma yang tinggi. Peruntukan-peruntukan
yang terdapat dibawah peraturan ini antara lain termasuklah:

1. Takrifan agensi korporat


2. Perlantikan Pendaftar Ejen Takaful Am yang akan mentadbir TARR;
3. Penyelenggaraan buku daftar yang mengandungi nama, alamat dan lain-lain butiran yang
ditetapkan bagi individu yang didaftarkan dibawah TARR;
4. Prosedur permohonan pendaftaran sebagai ejen takaful am;
5. Keperluan bagi setiap pemohon untuk memiliki kelayakan peperiksaan seperti Peperiksaan Asas
Takaful (TBE);
6. Pendedahan dan pembatasan bagi lain-lain kepentingan pemohon untuk didaftarkan sebagai ejen
termasuk larangan iaitu seseorang ejen atau sebarang individu yang digaji atau terlibat dengan
agensi korporat tidak boleh menjadi pekerja, pengarah, pemegang saham, pemegang debentur
atau mempunyai kepentingan dalam sesebuah syarikat, firma broker takaful dan/atau firma
penyelaras kerugian, tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Lembaga yang
dilantik dibawah ITAGTB. Larangan ini tidak dikenakan jika saham syarikat disenaraikan di Bursa
Malaysia.;
7. Pembatalan, penggantungan pendaftaran atau pendaftaran ditolak oleh Lembaga bagi seseorang
yang memohon untuk didaftarkan atau yang telah berdaftar dalam buku Daftar, adalah mereka
yang didapati:
a. Tidak siuman;
b. Telah dihukum atas jenayah penyalahgunaan kuasa/wang, pecah amanah, menipu,
memalsu atau cubaan untuk melakukan jenayah seumpamanya;
c. Telah dihukum atas kesalahan menipu, tidak amanah atau salah nyata yang dilakukan
oleh mana-mana ahli MTA atau terhadap sesiapa yang mempunyai hubungan rasmi
dengan mana-mana ahli MTA;
d. Telah diisytiharkan muflis atau tidak mampu membayar hutang;
e. Mempunyai tunggakan hutang sumbangan atau lain-lain tanggungan kewangan dengan
lain-lain pengendali yang ia pernah mempunyai perjanjian agensi;
f. pendaftarannya dengan MTA pernah ditamatkan;
g. tertakluk kepada pembatasan kepentingan lain seperti yang dinyatakan dalam 6 di atas;
h. membuat pendaftaran palsu atau memberi kenyataan yang tidak benar;
i. tidak mempunyai perjanjian agensi dengan sebarang syarikat takaful am atau syarikat
yang didakwa diwakilinya.
8. Pematuhan kepada penguatkuasaan Peraturan Tunai-Sebelum-Lindung (CBC) yang dikeluarkan
oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan mana-mana ejen, termasuk lain-lain syarat yang
dikehendaki oleh BNM bagi tindakan penggantungan atau pembatalan Sijil Pendaftaran yang
dikeluarkan kepada ejen;
9. Pengeluaran Sijil Pendaftaran yang sah untuk tempoh dua tahun (kecuali dibatalkan lebih awal)
kepada seseorang yang berdaftar dalam buku pendaftaran;
10. Mempamirkan Sijil Pendaftaran oleh ejen Takaful pada setiap masa di premis perniagaannya dan
di setiap pejabat cawangan – sijil pendaftaran bagi cawangan tersebut;
11. Syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi setiap masa oleh ejen takaful ialah memastikan agar
setiap pejabat cawangan mempunyai:
a. premis pejabat yang sempurna untuk menjalankan perniagaan takaful am;
b. lesen yang sah diperolehi dari pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi
perniagaan tersebut;
c. papan tanda perniagaan yang sesuai bagi memaparkan nama ejen dan syarikat yang
diwakilinya;
d. ekurang-kurangnya seorang pekerja berkelayakan yang memiliki sijil peperiksaan yang
diiktiraf seperti sijil TBE ditempatkan di pejabat cawangan untuk mengendalikan urusan
harian perniagaan takaful am cawangan berkenaan;
12. Fungsi tugas yang perlu dilaksanakan oleh ejen takaful am berdaftar:

Setiap ejen takaful am dikehendaki mencari dan mendapatkan perniagaan baru takaful am, seperti
yang disyaratkan dalam perlantikannya sebagai ejen dan akan berusaha untuk mengekalkan
pencapaian perniagaannya.

Dalam usaha mendapatkan perniagaan baru, ejen hendaklah:


a. mengambil kira keperluan pelanggan terhadap produk takaful dan kemampuannya untuk
membayar sumbangan;
b. membuat pertanyaan dan penyelidikan yang sewajarnya tentang risiko dan memberitahu
prinsipalnya tentang sebarang keadaan yang akan mempengaruhi risiko yang diunderait;
c. mengambil langkah-langkah wajar untuk memastikan borang cadangan diisi sepenuhnya
dengan lengkap dan tepat oleh setiap pencadang.

Dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan tahap profesionalisma serta tanggungjawab
dikalangan ejen, setiap ejen takaful am perlu:

d. memastikan agensinya menghasilkan perniagaan takaful am yang mencukupi (samada


perniagaan baru atau pembaharuan) dengan jumlah kutipan sumbangan kasar sekurang-
kurangnya RM20,000 (Keperluan Minimum Pengekalan jawatan);
e. Keperluan Minimum Pengekalan Jawatan hendaklah dicapai sekurang-kurangnya samada
pada tahun pertama atau tahun kedua dalam tempoh 2 tahun tempoh sah sijil pendaftaran.
Dalam usaha untuk mencapai keperluan minimum pengekalan jawatan, ejen tidak boleh
mengambilkira amaun kumulatif premium kasar yang telah diterima dalam tempoh sah sijil
pendaftarannya;
f. Keperluan Minimum Pengekalan Jawatan perlu dipatuhi oleh semua ejen berdaftar atau
mereka yang Sijil Pendaftarannya telah diperbaharui selepas pindaan terhadap TARR
untuk memasukkan Keperluan Minimum Pengekalan Jawatan;
g. Mana-mana ejen yang gagal memenuhi keperluan minimum pengekalan jawatan tidak
berhak diperbaharui sijil pendaftarannya atau memohon untuk didaftarkan sebagai ejen
untuk tempoh 12 bulan.

Untuk mengekalkan perniagaan yang telah diperolehi, ejen hendaklah berusaha meneruskan
hubungan baik dengan pelanggan yang telah menjadi pemegang sijil melaluinya. Ejen digalakkan
memberi khidmat sewajarnya kepada pihak yang membuat tuntutan dengan cara membantu
mereka melengkapkan borang tuntutan, disamping mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
berkaitan dengan penyelesaian tuntutan. Walau bagaimanapun, ejen takaful tidak dibenarkan
menjalankan tugas berkaitan dengan penyiasatan kerugian, penyelarasan kerugian,
menyelesaikan atau meluluskan sebarang tuntutan takaful am.

13. Perlakuan seseorang ejen takaful am hendaklah berpandukan kepada Kod Amalan Perniagaan
Takaful Am untuk Semua Pengantara Selain Dari Broker Insurans Berdaftar, yang disertakan
dalam sebagai lampiran III ITA. Suatu ikrar perisytiharan pematuhan kod perlu ditandatangani oleh
semua ejen takaful am yang berdaftar. Broker insurans di Malaysia dikecualikan dari kod ini kerana
mereka telah secara khususnya dikawal oleh Kod Etika dan Perlakuan yang dikeluarkan oleh
Persatuan Broker Insurans dan Takaful Malaysia (MITBA). Sebagai tambahan kepada Kod Amalan
Perniagaan Takaful Am untuk Semua Pengantara kecuali Broker Insurans Berdaftar, ejen
insurans:

a. tidak dibenarkan membuat, mengeluar atau menyebabkan berlaku atau mengeluarkan


sebarang kenyataan perbandingan secara bertulis atau lisan yang menyalahnyatakan atau
menyeleweng, tidak adil atau berat sebelah berkaitan dengan syarat, tempoh dan manfaat
sebarang sijil;
b. tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk menguatkuasakan perlindungan
dengan memberitahu fakta matan kepada pengendali atau mempengaruhi individu
berkenaan supaya tidak memberitahu fakta berkenaan;
c. tidak boleh mempengaruhi seseorang menguatkuasakan perlindungan dengan membuat
salah nyataan kepada pengendali takaful am berkaitan dengan fakta matan;
d. tidak boleh pada bila-bila masa mewakili lebih dari dua pengendali takaful am;
e. tidak boleh melantik mana-mana individu untuk mendapatkan perniagaan takaful bagi
pihaknya dan tidak boleh membayar apa-apa komisen kepada individu berkenaan atau
lain-lain imbuhan yang berkaitan dengan urusniaga tersebut. Larangan ini tidak melibatkan
agensi korporat yang melantik pekerja sepenuh masa bagi mendapatkan perniagaan
takaful;
f. hendaklah mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan dibawah ITA yang dibuat
diantara dan dikalangan ahli-ahli MTA (yang dipinda dan mungkin akan dipinda dari masa
ke semasa) serta semua undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan dan:

I. menghendaki ejen menjaga perlakuan secara wajar dan bersesuaian dalam


keadaan yang memerlukan ia berbuat demikian;
II. menghendaki prinsipal kepada ejen berkenaan memastikan ejen tersebut
memelihara tingkahlakunya agar bersesuaian dengan keadaan yang memerlukan
ia berbuat demikian.

14. Sumbangan atau Wang yang Dikutip Bagi Pihak Pengedali Takaful

a. Ejen hendaklah menyerahkannya terus kepada Pengedali Takaful atau mendepositkan ke


dalam akaun bank atas nama Pengedali Takaful, akan semua sumbangan dan wang yang
dikutip bagi pihak prinsipal.
b. Ejen perlu memastikan perkara-perkara berikut:
 ‘Tunai-Sebelum-Lindung’ (Cash Before Cover) dalam sijil motor – semua
sumbangan hendaklah dikutip sepenuhnya sebelum mula menanggung risiko, dan
menyerahkannya kepada prinsipal dalam tempoh 7 hari bekerja, bermula dari
tarikh kutipan premium atau tarikh kuatkuasa sijil, yang mana terdahulu;
 “Tunai-Sebelum-Lindung’ dalam takaful kemalangan diri individu dan takaful
perjalanan individu - semua sumbangan hendaklah dikutip sepenuhnya sebelum
mula menanggung risiko, dan menyerahkannya kepada prinsipal dalam tempoh
15 hari calendar, bermula dari tarikh kutipan sumbangan atau tarikh kuatkuasa
sijil, yang mana terdahulu;
 Untuk lain-lain kelas perniagaan dengan pengecualian kepada takaful marin
kargo, marin kapal, bon, semua risiko kontraktor dan semua risiko pembinaan –
ejen dibolehkan menawarkan kemudahan kredit kepada pelanggannya untuk
tempoh maksimum 60 hari dari tarikh kuatkuasa polisi, dengan syarat kemudahan
tersebut diluluskan oleh prinsipal. Semua sumbangan hendaklah dikutip dan
diserahkan kepada prinsipal dalam tempoh 15 hari kalendar dari tarikh kutipan
sumbangan.
c. Pursuant to the circular dated 25 October 2004 (Ref: JPIT/15/2004/TO) issued by BNM
and in compliance with Section 25 of the Takaful Act 1984 and Takaful (Assumption of Risk
and Collection of Contribution) Regulation 1985, (“Guidelines on CBC Requirements”),
each takaful operator is required to:
 mengawasi pematuhan ejen-ejen terhadap keperluan tunai-sebelum-lindung (sijil
motor) (“Keperluan CBC”).
 mengawasi pematuhan Keperluan CBC oleh ejen-ejennya melalui laporan setiap
tiga bulan (“Laporan Suku Tahunan”) dalam tempoh masa 2 tahun kalendar
(“Tempoh”). Pengawasan pematuhan Keperluan CBC ini akan bermula semula
bagi setiap tempoh berikutnya;
 menghantar laporan kepada Lembaga dalam tempoh 14 hari bagi setiap Laporan
Suku Tahunan (“Laporan”) mengenai sebarang kes kegagalan pematuhan
Keperluan CBC oleh ejen-ejen.
 memberitahu Lembaga mengenai sebarang tindakan penggantungan tugas ejen-
ejen. Makluman ini hendaklah dibuat secara bertulis (“Pemberitahuan Mengenai
Tindakan Penggantungan”) kepada Lembaga dalam tempoh 14 hari dari tarikh
tamat tempoh laporan suku tahunan.
 menguatkuasakan tindakan menggantung tugas ejen yang dimaksudkan, dari
menjalankan sebarang aktiviti perniagaan melibatkan Keperluan CBC untuk
tempoh 6 bulan (“Penggantungan”) dimana tarikh penggantungan bermula 14 hari
dari tarikh pengeluaran Notis Tindakan Penggantungan.
 memutuskan atau menamatkan dengan serta merta hubungan ekses komputer
bagi menghalang ejen berkenaan dari menjalankan sebarang perniagaan CBC.
d. ‘Tindakan Penggantungan’ mengikut Garis Panduan Keperluan CBC dan peraturan
penggantungan ialah:
 sekiranya ejen yang mempunyai satu (1) prinsipal dan tidak mematuhi keperluan
CBC sebanyak tiga (3) kali Laporan Suku Tahunan (samada secara berturut-turut
atau sebaliknya) dalam tempoh tersebut;
 sekiranya ejen yang mempunyai dua (2) prinsipal dan tidak mematuhi keperluan
CBC sebanyak tiga (3) kali Laporan Suku Tahunan (samada secara berturut-turut
atau sebaliknya) dalam tempoh perkhidmatan dengan salah satu atau kedua-dua
prinsipal.
e. Lembaga hendaklah diberitahu dan menghendaki prinsipal dan lain-lain prinsipal yang
ejennya menjalani hukuman gantung tugas, agar mengambil Tindakan Penggantungan
dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan oleh Lembaga.
f. pabila ejen telah digantung tugas, ejen berkenaan tidak dibenarkan dilantik oleh prinsipal
lain (sekiranya ejen terikat dengan satu prinsipal sahaja) dan/atau bertukar prinsipal dalam
tempoh penggantungannya.
g. Apabila tamat tempoh penggantungan dan berdasarkan Laporan Suku Tahunan didapati
ejen berkenaan sekali lagi melakukan kesalahan di bawah mana-mana prinsipal kerana
tidak mematuhi Keperluan CBC, Lembaga hendaklah membatalkan sijil pendaftaran yang
dikeluarkan olehnya. Pembatalan sijil pendaftaran berkenaan adalah muktamad dan
mengikat ejen tersebut. Ejen juga dilarang menjalankan apa-apa perniagaan insurans am
dalam tempoh dua belas (12) bulan.
h. Laporan dan Notis Tindakan Penggantungan yang telah dikeluarkan mengikut ketetapan
Garis Panduan Keperluan CBC hendaklah dianggap sebagai muktamad dan tidak boleh
dipertikaikan oleh Lembaga.

15. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005, semua pengamal dikalangan tenaga agensi takaful am
mestilah mematuhi Garis Panduan Program Pembangunan Profesional yang Berterusan
(Continuing Professional Development Program – CPD).

Objektif program CPD ini ialah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisma anggota
agensi takaful am. Program CPD dijadikan panduan untuk mengenalpasti apakah program latihan
yang perlu dijalani oleh anggota agensi demi mengekalkan dan meningkatkan kemahiran,
memastikan anggota agensi dapat menguasai dan mengatasi cabaran pembangunan masakini
serta berupaya memenuhi permintaan dalam industri perkhidmatan kewangan

Terdapat empat 4 Seksyen dalam program CPD iaitu:

Section 1

Keperluan Minimum Tempoh Latihan CPD

Semua ejen berdaftar diwajibkan mengikuti latihan memenuhi keperluan minimum 20 jam /latihan
program CPD setiap tahun.

Seksyen 2

CPD – Skop Pembelajaran

Sejumlah mata kredit akan diperolehi samada melalui kedatangan ke program latihan atau melalui
penilaian kerja seperti tugasan, ujian penilaian, peperiksaan dan sebagainya. Inisiatif latihan
adalah lebih menitikberatkan program berasaskan kemahiran dan pengetahuan, sementara itu
program bercorak motivasi sepenuhnya tidak digalakkan.
Pembahagian masa 20 jam/latihan CPD yang diperuntukkan kepada pelbagai kursus formal dan
tidak formal adalah seperti berikut:

Latihan Teknikal - minimum 60% (12 jam)


Latihan bukan Teknikal - minimum 40% (8 jam)

Program latihan yang diluluskan boleh dikategorikan kepada;

Subjek Teknikal

i.Harta/Kejuruteraan
ii. Liabiliti
iii. Marin
iv. Penjagaan Kesihatan/Perubatan
v. Pelbagai
vi. Motor

Subjek bukan Teknikal

vii.Penjualan & Pemasaran


viii. Komputer
ix. Pengurusan
x. Pengurusan Diri
xi. Pengetahuan Am

Seminar/Kongres/Persidangan
Seminar/kongres/persidangan tidak boleh melebihi 20% dari jumlah masa CPD pada tahun
berkenaan.

Senarai Pengendali Latihan Yang Diluluskan


Jam kredit CPD akan diberikan kepada ejen yang menghadiri seminar/
kongres/kuliah/persidangan/bimbingan yang dikendalikan oleh pembekal, pengendali takaful atau
syarikat insurans yang disenaraikan di bawah:

xii.Kursus-kursus yang diluluskan yang dikendalikan oleh pembekal perkhidmatan industri pendidikan
seperti IBFIM, MII, CII, AII dan lain-lain badan berkaitan insurans/takaful am;
xiii. Kuliah Tahunan anjuran IBFIM/MII;
xiv. Konvensyen Tahunan Agensi Takaful Am, Kongres Kecemerlangan Peringkat
Kebangsaan, Konvensyen dan Kongres anjuran syarikat;
xv. Kursus/latihan ‘in-house’ berkaitan produk baru yang dilancarkan oleh pengendali takaful;
xvi. Kursus teknikal yang ditawarkan oleh institusi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Persatuan Aktuari, MIA, ACCA, ICMA, MICPA dan sebagainya.
xvii. Ejen yang dibimbing dan dilatih oleh prinsipal.

Seksyen 3

Jam Kredit dan Akreditasi (Credit Hours and Accreditation)

Syarat-syarat dan peraturan yang mengawal jam kredit akreditasi:


Jumlah Jam Sebenar Jam Kredit CPD
untuk program yang
dibenarkan

Satu hari, 8 jam atau lebih 8 jam kredit CPD


sehari

Separuh hari, 4 jam 3 jam kredit CPD

Kelas malam, iaitu 1 jam kredit CPD untuk setiap jam


selepas pukul 6.00 (maksimum 4 jam kredit dibenarkan bagi
petang. setiap kelas)

E-Pembelajaran / Jumlah jam kredit yang diberikan adalah


Multimedia / Program sama seperti program pembelajaran bilik
pembelajaran darjah yang diiktiraf oleh pengendali.
bersendirian yang
diluluskan

Kuliah, latihan dan Satu (1) jam kredit CPD untuk setiap jam
syarahan pembelajaran (maksimum 8 jam kredit CPD
dibenarkan / sehari

Dialog / sesi bimbingan Satu (1) jam kredit CPD untuk setiap jam
(Maksimum 12.5% dari 40% jam kredit CPD
dibenarkan.

Pencapaian dalam Lapan (8) jam kredit CPD untuk setiap


kelayakan profesional kelayakan yang diperolehi.
seperti FCII, AMII dsb

Pemberian mata kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

18.Mata kredit CPD hanya diberi sekali sahaja untuk program latihan yang sama, iaitu setiap individu
akan memperolehi kredit dari program yang sama hanya sekali bagi setiap kontrak agensi.
19. Mata kredit yang diberikan melalui prinsipal yang pertama boleh dipindahkan ke prinsipal
yang kedua, dimana ejen berkenaan telah berdaftar dengan MTA.
20. Mata kredit tambahan yang diperolehi pada tahun berkenaan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya.

Seksyen 4

Pematuhan

Setiap pengendali takaful adalah bertanggungjawab mengawasi pematuhan, mengikuti


perkembangan dan merekodkan semua keperluan CPD ejen-ejennya dan menghantar laporan
tahunan melalui borang yang telah ditetapkan ke Lembaga agensi MTA. Dalam situasi dimana ejen
mempunyai dua prinsipal, adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua prinsipal untuk memastikan
ejennya mematuhi keperluan CPD.

Penalti/denda

Berikut adalah bentuk penalti yang akan dikenakan keatas ejen takaful am yang tidak memenuhi
keperluan 20 jam kredit program latihan CPD:-

21.Kesalahan pertama : Surat Amaran akan dikeluarkan oleh pengendali takaful kepada ejen
22. Kesalahan berikutnya : Surat penggantungan tugas akan dikeluarkan oleh pengendali
takaful kepada ejen dan ejen juga dikehendaki menampung kekurangan 20 jam kredit CPD
pada tahun berikutnya.

Seksyen 4 juga melindungi:

Tindakan tatatertib dan siasatan yang diambil oleh Lembaga dan menyatakan bahawa Lembaga
bertanggungjawab terhadap kes-kes pelanggaran peruntukan TARR; dan kuasa yang dimiliki oleh
Lembaga bagi memastikan pencapaian objektif dan matlamat TARR.
B6.2 Komisen Dan Pendedahan Mengenai Komisen

Pengendali takaful yang cekap dan bertanggungjawab adalah pengendali yang menjalankan
perniagaannya secara berhemah termasuk melaksanakan kawalan kutipan sumbangan, perbelanjaan dan
strategi pembangunan perniagaannya.

Garis Panduan “Asas Penilaian Liabiliti Perniagaan Takaful Am” yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2011 dan
diiringi dengan Rangka Kerja Operasi Takaful, membentuk asas kepada pengendali takaful untuk
mengendalikan perniagaan dengan telus dan berhemah. Ia juga menyediakan cara pengendalian perkara-
perkara berkaitan komisen kasar maksimum dan perbelanjaan berkaitan agensi untuk kelas perniagaan
takaful berikut yang diunderait di Malaysia, dihadkan kepada peratusan dari sumbangan langsung kasar
seperti berikut:

1 Marin Kargo, Penerbangan dan Pengangkutan (MAT) 15%

2 Motor 10%

3 Kebakaran 15%

4 Marin Kapal 15%

5 Kejuruteraan 15%

6 Bon 10%

7 Lain-lain kelas perniagaan 25%

Struktur Komisen Perniagaan Takaful Am

Had maksimum ini digunapakai bergantung kepada merit setiap kes, bermula dari tarikh mula perlindungan
risiko. Bagi skim pakej, had maksimum yang dikenakan adalah mengikut perlindungan yang mempunyai
bahagian sumbangan terbesar.

Perjanjian Antara Pengendali Takaful untuk Perniagaan Takaful Am Insurans Am selanjutnya menyatakan
bahawa diskaun atau rebat tidak boleh diberikan kepada peserta atau pemegang sijil, yang diambil dari
sebarang bayaran komisen atau akan dibayar kepada ejen dibawah sijil takaful motor (sila rujuk seksyen
tidak dibenarkan memberi rebat atau diskaun dalam bab ini). Had komisen untuk kelas takaful kebakaran
dibawah Garis Panduan BNM memberi penekanan dibawah Pindaan Tarif Kebakaran yang menyatakan
amaun maksimum komisen boleh dibayar kepada ejen, ejen pengunderaitan dan broker ialah 15%. Ia
selanjutnya menyatakan bahawa jika pelanggan berurusan terus dengan penanggung insurans atau
pengendali takaful tanpa menggunakan khidmat ejen atau broker, penanggung atau pengendali dibenarkan
memberi diskaun sumbangan tidak melebihi 15%.

Ejen juga diminta untuk mendedahkan atau memberitahu komisen yang diterima atas perniagaan yang
telah diurusniaga sekiranya diminta oleh pelanggan/peserta berkaitan.
B6.3 Tunai-Sebelum-Lindung (Cash Before Cover)

Lanjutan dari Pekeliling bertarikh 25 Oktober 2004 (Rujukan: JPIT/15/2004/TO) yang dikeluarkan oleh bank
Negara Malaysia dan sebagai mematuhi Seksyen 25 Akta Takaful 1984 dan Peraturan Takaful
(Menanggung Risiko dan Kutipan Sumbangan) 1985, menyatakan bahawa perlindungan takaful motor dan
lain-lain ‘perniagaan individu’ tidak boleh ditanggung oleh pengendali takaful atau ejen takaful, kecuali
sumbangan untuk perlindungan berkenaan:

1. telah dibayar kepada pengendali takaful atau ejennya (tunai-sebelum-lindung); atau


2. diperolehi melalui jaminan bank tidak boleh batal dan dibayar sebelum penghujung bulan risiko
dilindungi. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan jaminan bank akan digunakan.

Peraturan juga menyatakan, jika sumbangan untuk sijil takaful motor yang melindungi kenderaan komersil
melebihi RM5,000, pengendali boleh menanggung risiko tersebut apabila bayaran dibuat ke dalam akaun
insurer atau akaun ejen dengan amaun tidak kurang dari 30% daripada jumlah sumbangan, dan bakinya
akan dibayar dalam tempoh 45 hari dari tarikh mula menanggung risiko. Seterusnya, Peraturan juga
memperuntukkan bahawa seseorang ejen takaful yang menerima bayaran sumbangan sijil motor diminta
menyerahkan amaun tersebut ke akaun pengendali takaful dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh
penanggungan risiko. Denda bagi pengengkaran peraturan ini ialah RM500, 000.

Sehubungan dengan itu, ejen perlu mempunyai akaun bank atas nama prinsipal yang diwakilinya dan akan
mendepositkan ke dalam akaun tersebut semua sumbangan dan/atau wang yang dikutip bagi pihak
prinsipalnya (amaun kasar sebelum ditolak sebarang komisen).

Takrif ‘bayaran’ telah diperluaskan dengan meliputi bayaran melalui kad kredit/debit atau caj dan pindahan
wang elektronik sebagai bayaran sumbangan takaful motor. Peraturan terdahulu yang hanya menyediakan
kemudahan bayaran secara tunai, cek, arahan wang atau pos dan draf bank terus dikekalkan.

Dalam kelas lain-lain perniagaan (kecuali marin, kargo, marin badan kapal, bon, semua risiko kontraktor
dan semua risiko pembinaan), ejen boleh menawarkan kemudahan kredit kepada pelanggannya untuk
tempoh maksimum enam puluh (60) hari dari tarikh mula kuatkuasa perlindungan, dengan syarat telah
mendapat persetujuan bertulis dari prinsipal. Ejen hendaklah memastikan agar semua cek atau draf bank
daripada peserta dikeluarkan atas nama prinsipal/pengendali takaful.

B6.4 Tanggungjawab Mendedahkan

Prinsip penuh percaya mutlak diterapkan dalam amalan perniagaan takaful dan ianya juga digunapakai
dalam Akta Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001), diperuntukkan di bawah
Seksyen 16(2), dan menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Sebelum sesuatu kontrak takaful dikuatkuasakan, pencadang perlu mendedahkan kepada


pengendali takaful tentang perkara-perkara yang:
a. diketahui kepentingannya dalam mempengaruhi keputusan pengendali takaful samada
untuk menerima atau menolak risiko yang dicadangkan, serta kadar sumbangan dan
terma-terma kontrak yang akan dikenakan; atau
b. individu normal dalam keadaan demikian dijangka mengetahui yang fakta tersebut adalah
penting dan berkaitan.
2. Tanggungjawab mendedahkan tidak memerlukan pencadang mendedahkan perkara-perkara
yang:
a. mengurangkan risiko yang akan ditanggung oleh pengendali takaful;
b. menjadi pengetahuan umum, samada kepada pencadang atau pengendali;
c. pengendali takaful mengetahui atau dalam keadaan biasa ketika mengendalikan
perniagaan sepatutnya mengetahui perkara berkenaan;
d. pengendali takaful mengecualikan tanggungjawab berkenaan.

3. Sekiranya pencadang gagal memberitahu atau memberi maklumat yang tidak lengkap atau
memberi jawapan yang tidak berkaitan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang
cadangan atau yang ditanya oleh pengendali takaful dan pengendali tidak mengambil sebarang
tindakan lanjut, tanggungjawab pendedahan oleh pencadang dianggap telah dikecualikan oleh
pengendali takaful.

4. Pengendali atau ejen tidak dibenarkan bertindak memujuk seseorang menyertai atau menawarkan
diri untuk menyertai kontrak takaful dengan:
a. memberi kenyataan yang mengelirukan, palsu atau pembohongan, samada secara
penipuan atau sebaliknya;
b. secara menipu cuba menyembunyikan fakta matan; atau
c. risalah atau ilustrasi jualan yang digunakan oleh ejen tidak mendapat kelulusan
prinsipalnya.

5. Sekiranya seseorang individu itu dipujuk untuk menyertai kontrak takaful mengikut cara yang
dinyatakan dalam subseksyen 4 diatas, kontrak berkenaan boleh dibatalkan dan pencadang
berhak untuk membatalkannya.

6. Perubahan-perubahan berikut dijangka akan mempengaruhi kadar sumbangan ketika sijil


diperbaharui:
a. perubahan ciri-ciri risiko individu yang dilindungi; dan/atau
b. perubahan menyeluruh dalam kadar sumbangan untuk kelas/portfolio tertentu, contohnya
keadaan risiko keseluruhan kelas perniagaan yang semakin buruk.

B6.5 Garis Panduan Penyelesaian Tuntutan

Pengendali takaful yang cekap dan bertanggungjawab adalah pengendali yang menjalankan aktiviti
perniagaan secara saksama dan berhemah, termasuk membayar tuntutan dengan segera dan adil.
Sekiranya urus khidmat tuntutan tidak disegerakan dan ditangguhkan tanpa alasan yang kukuh,
pemegang sijil boleh hilang keyakinan terhadap pengendali dan industri takaful. Bersandarkan
pertimbangan ini, BNM mengeluarkan Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan pada bulan
Disember 2003, yang meletakkan prinsip-prinsip asas pemprosesan tuntutan yang perlu diikuti oleh
industri takaful. Garis Panduan tersebut kemudiannya telah disemak semula pada bulan Jun 2005 untuk
memperkenalkan kaedah Pemprosesan Tuntutan Elektronik yang dikendalikan oleh MRC.
Garis Panduan yang diperkenalkan merupakan standard minimum yang ditetapkan untuk mengendali
tuntutan takaful am dan ianya tidak menghalang atau menggantikan pertimbangan wajar pengendali
takaful yang bertujuan menjaga nama baik dan kepercayaan pelanggan. Garis panduan ini dibahagikan
kepada tiga bahagian: Bahagian I memperkatakan Garis Panduan Umum, Bahagian 11 merangkumi
tuntutan motor, manakala Bahagian 111 meliputi Mekanisma Kawalan Penipuan. Garis panduan ini juga
menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan daftar tuntutan dan fail yang perlu dilengkapkan dan
dikemaskini pada setiap masa dan mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang ditetapkan bagi
setiap tuntutan.

Dalam Bahagian I (Garis Panduan Umum), antara lain ia menyentuh tentang Perlindungan dan Proses
Tuntutan, dan menghendaki pengendali takaful menubuhkan:

1. Kaunter Urus Khidmat Tuntutan untuk memastikan proses tuntutan dilakukan dengan cekap, adil
dan saksama.
2. Sistem Memproses Tuntutan yang lengkap dengan menyediakan had masa bagi setiap proses.
a. Pemberitahuan Tuntutan
b. Pengesahan Fakta
c. Penilaian Tuntutan
d. Penyelesaian:
i. tawaran penyelesaian
ii. penolakan liabiliti
iii. notis untuk mengemukakan rayuan
3. Bayaran Tuntutan

Dalam Bahagian II (Garis Panduan Tuntutan Motor), antara lain ia menyentuh tentang:

1. Tuntutan motor kerosakan sendiri


a. Penilaian Tuntutan
b. Urusan Pra-kelulusan Pembaikan yang Dibenarkan
c. Tuntutan Kecil
d. Surat Kelulusan
e. Tuntutan Sampingan – Pemeriksaan Semula
f. Kerja Pembaikan yang Tidak Memuaskan
g. Tuntutan Kerugian Menyeluruh
h. Tuntutan Kecurian

2. Tuntutan Pihak Ketiga


a. Pengesahan Tuntutan
b. Kerosakan Harta Pihak Ketiga
c. Kecederaan Anggota Badan Pihak Ketiga

3. Tuntutan Motor – Lain-lain Hal


a. Larangan menggunakan kaedah membaiki secara‘Potong dan Tampal’
b. Kontrak Pembaikan
c. Tuntutan Pelanggaran Berangkai
d. Caj kerana keadaan lebih baik (betterment).

Dalam Bahagian III, Garis Panduan menyatakan secara khusus mengenai kaedah Pengawalan Penipuan
tertentu untuk memastikan kes-kes tuntutan diuruskan secara profesional dan dengan integriti yang tinggi
oleh semua pihak yang terlibat. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah kakitangan tuntutan pejabat
pengendali, bengkel membaiki kenderaan, penyelaras kerugian dan pihak yang menuntut.

You might also like