Report Chemistry

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERKARA

Tajuk
Perubahan keadaan fizik naftalena.

Pengenalan

Naftalena ialah satu sebatian organik dengan formula kimia C10H8.Ianya merupakan
sebatian PAH(policyclic aromatic hidrokarbon) yang teringkas dan merupakan satu pepejal
putih pada suhu dan tekanan piawai.Disebabkan baunya yang sangat hancing,Naftalena
boleh dikesan walaupun pada konsentrasi yang rendah. Naftalena digunakan untuk
menghasilkan ubat gegat.

Objektif

Mengkaji proses peleburan dan pembekuan naftalena.

Bahan dan Alat Radas

Bahan : naftalena, air

Alat radas : termometer, bikar, kasa dawai, kaki tripod, penunu Bunsen, spatula, tabung uji,
jam randik,

Hipotesis

Takat lebur dan takat beku naftalena ialah 80 C

Prosedur :

Eksperimen 1 : Peleburan naftalena

1. Radas dipasang seperti dalam Rajah 1.


2. Suhu bilik naftalena dalam tabung didih dicatat.
3. Naftalena dipanaskan melalui mandian air dan jam randik dimulakan.
4. Bacaan suhu naftalena diambilsetiap setengah minit.
5. Bacaan dihentikan sebaik sahaja suhu naftalena mencapai 90 degree Celsius.
6. Satu graf suhu bertentangan masa diplot.

Eksperimen 2 : pembekuan naftalena


1. Naftalea dibiarkan sejuk di suhu 90 degree Celsius
2. Bacaan suhu naftalena diambil setiap setengah minit.
3. Bacaan dihentikan setelah suhu naftalena mencapai suhu bilik.
4. Graf suhu melawan masa diplot di atas kertas graf yang sama di eksperimen 1.

Analisis Data

Peleburan Pembekuan

Masa/minit Suhu/ C Masa/minit Suhu/ C


0 30 0 90
0.5 30 0.5 85
1.0 32 1.0 82
1.5 34 1.5 80
2.0 35 2.0 80
2.5 37 2.5 80
3.0 40 3.0 80
3.5 43 3.5 79
4.0 45 4.0 77
4.5 48 4.5 76
5.0 52 5.0 73
5.5 55 5.5 71
6.0 58 6.0 68
6.5 62 6.5 66
7.0 68 7.0 65
7.5 76 7.5 63
8.0 80 8.0 60
8.5 80 8.5 57
9.0 80 9.0 54
9.5 80 9.5 51
10.0 82 10.0 48
10.5 84 10.5 46
11.0 86 11.0 43
11.5 89 11.5 41
12.0 91 12.0 39
Eksperimen 1 : Peleburan Eksperimen 2 : Pembekuan

Perbincangan

1. Naftalena berada dakam keadaan pepejal. Tenaga haba ditukar kepada tenaga
kinetic apabila dipanaskan. Pada kedudukan yang tepat, molekul-molekul bergetar
dengan cepat. Suhu naftalena meningkat. Naftalena mula melebur dan molekul
naftalena menerima tenaga yang cukup untuk mengatasi daya tarikan di antaranya.
Suhu apabila pepejal menjadi cecair disebut takat lebur. Sekarang, naftalena terdiri
daripada satu campuran pepejal dan cecair. Haba diserap sehingga naftalena
bertukar menjadi cecair selengkapnya. Semua naftalena telah melebur dengan
lengkap. Naftalena dalam keadaan cecair. Apabila naftalena dipanaskan, molekul
menerima tenaga haba yang banyak. Suhu terus meningkatkan. Dalam pemanasan
naftalena, kukus air digunakan dan bukan dipanaskan secara terus. Hal ini adalah
untuk memastikan proses pemanasan adalah seragam kerana wap naftalena adalah
sangat mudah terbakar.

2. Takat lebur dan takat beku naftalena ialah pada suhu 80 C

3. Semasa garis graf mendatar, bahan berada dalam keadaan pepejal dan cecair.
Suhunya tidak meningkat waaupun pemanasan diteruskan. Tenaga haba yang
dibeklkan digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah. Hal ini
menyebabkan perubahan keadaan daripada pepejal kepada cecair. Suhu yang
malar ini disebut takat lebur.
Semasa naftalena membeku, atom mula tersusun untuk membentuk susunan
molekul dalam bentuk pepejal. Suhu tetap tidak bertukar sehingga semua cecair
bertukar kepada pepejal. Hal ini kerana tenaga haba hilang ke persekitaran semasa
pedinginan. Tenaga haba yang dikeluarkan semasa proses penyejukbekuan ini
dikenali pendam lakuran. Semasa kondensasi, suhu adalah tetap kerana tenaga
haba dibebaskan ke sekeliling adalah sama dengan tenaga yang terhasil semasa
pembentukan ikatan naftalenaberada dalam bentuk cecair bercampur pepejal.
Semakin kuat ikatan yang terbentuk kerana kehilangan haba ke udara.

4. Naftalena sering digunakan sebagai pewangi dan penghindar serangga kerana


sifatnya yang cepat meruap dan berbau. Proses ini berlaku apabila naftalena
mengalami perubahan dari keadaan pepejal kepada gas tanpa melalui peringkat
cecair. Poses ini dipanggil sebagai pemejalwapan. Zarah-zarah naftalena yang
dalam keadaan pepejal telah mendapat tenaga yang mencukupi untuk melalui
proses ini dan zarah naftalena menjadi wap. Zarah-zarah tersebut meresap dan
bercampur bersama zarah-zarah udarayang lain dengan cepat kerana kandungan
tenaga yang tinggi dalam zarah ini mengakibatkan bau naftalena tersebut cepat
meruap dan tersebar dengan pantas. Contohnya, ubat gegat yang digunakan untuk
menghalau serangga.

Kesimpulan

Melalui eksperimen yang dijalankan, adalah didapati takat lebur naftalena berada pada
lingkungan suhu 80C. Kemudian suhu naftalena menurun lagi dimana haba dari
naftalena dibebaskan ke udara dan berubah ke bentuk pepejal. Jika naftalena dalam
bentuk pepejal, ia berbentuk hablur dan permukaannya tidak rata dan kasar.Perubahan
bentuk naftalena dari keadaan cecair menjadi pepejal adalah berkadar songsang antara
masa dengan suhu. Semakin bertambah masa diambil, semakin berkurang suhu
naftalena. Pembekuan naftalena terhenti sepenuhnya pada suhu bilik

Rujukan
1. http://www.cikguhailmi.com/2014/02/eksperimen-menentukan-takat-lebur-dan-takat-
beku-naftalena.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Air_%28molekul%29
2. http://onelearningsolution.blogspot.my/2015/02/212-aktiviti-makmal-menentukan-
takat.html

You might also like