Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

FAKULTI

TEKNOLOGI
KREATIF
DAN WARISAN

FILEM MUNAFIK 2
FILEM LANGUAGE MELAYU
MOHAMED FAZZELAN BIN MOHD RAZALI
G17A0086

SCD 2043 TEORI DAN KRITIKAN FILEM


MOHAMED FAZZELAN BIN MOHD RAZALI
SEPTEMBER 2017/2018

1
PENGENALAN

Filem atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun

industri perfileman secara umum. Perkataan 'filem' datangnya daripada filem fotografi

yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak. Pada hari ini, cerita drama

televisyen dan video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan.

Filem juga dimaksudkan dengan satu penyampaian jalan cerita yang membawa maksud

yang jelas untuk di sampaikan kepada audiens.

Filem adalah karya cipta seni dan budaya yang merupakan salah satu konsep

media komunikasi massa yang terkini dan audio-visual yang dibuat berdasarkan asas

sinematografi. Filem sebagai hasil seni dan budaya mempunyai fungsi dan manfaat yang

luas dan besar. Filem seram merupakan satu genre filem yang menguasai pasaran filem

dunia dan sekaligus mampu mempengaruhi perkembangan industri tempatan.

Mempunyai sejarah yang panjang dalam industri perfileman dunia, filem seram adalah

genre yang popular di kalangan khalayak. Filem bergenre ini juga popular di Malaysia.

Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan filem seram di Malaysia, namun masih

kurang kajian yang menekankan secara ilmiah dan sistematik menghalusi perkembangan

filem seram di Malaysia. Kebanyakan kajian lepas filem seram Malaysia mahupun Melayu

adalah lebih tertumpu kepada watak wanita dan unsur seram itu sendiri. Kekurangan ini

merupakan jurang yang dikenalpasti. Justeru, hal ini menghalusi perkembangan filem

seram di Malaysia berdasarkan sejarah perfileman dunia secara umumnya dan Malaysia

secara amnya. Filem seram merupakan salah satu genre yang paling lama bertahan

2
dalam arena industri perfileman dunia dan mempunyai sejarah yang panjang kerana

elemen-elemennya tersendiri.

Filem seram direka untuk menakutkan, memberi kejutan dan membangkitkan

kebimbangan yang tersembunyi di sebalik penceritaannya. Oleh itu, filem genre ini tetap

menarik dan menghiburkan penonton walaupun mempunyai elemen-elemen tersebut.

Filem seram kebiasaannya berpusat di sekitar sisi gelap kehidupan, perkara-perkara

yang dilarang dan aneh serta peristiwa-peristiwa yang tidak dapat dijelaskan. Disebabkan

elemen-elemen unik filem seram ini membuatkan ia menjadi tumpuan peminat filem

genre ini.

Dalam perfileman ini, terdapat teori iaitu Bahasa dalam filem ( Film Language ) yang

di antaranya ialah Mise-en-scene, setting, costums, make-up, figure behavior,

sinematografi dan editing. Setiap kategori tersebut mempunyai nilai makna dan fungsi

yang tersendiri dalam dunia filem. Bayangkan jika kesemua kategori ini tidak ada dalam

filem, sudah pasti filem yang dihasilkan tidak akan Berjaya dihasilkan.

Seterusnya, sebelum memulakan sebarang shooting, Produksi perlu merangka

kerja dengan menghasilkan Sinopsis, Papan cerita, Plot, Skrip dan lain-lain untuk

mencipta satu filem yang lengkap dengan beberapa kategori dalam bahasa filem.

3
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, kehidupan Ustaz Adam (Syamsul

Yusof) kembali tenang selepas diselubungi dengan kematian isteri dan anaknya. Dia kini

menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang

terkena gangguan sihir/jin di merata tempat di kampung halamannya. Ujian yang

menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawakkal pada Allah. Namun apa

yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang

kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri (Weni Panca) yang

mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di

seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak

perempuannya, Aina (Nur Zara Sofia).

Sakinah terpaksa menjaga bapanya iaitu Imam Malik yang mengidap penyakit

misteri. Kehidupan Sakinah yang daif di kampung itu memberi tekanan kepadanya

ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa

yang dihadapinya berpunca dari Abuja (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua

ajaran sesat di kampung yang sama. Abuja seorang yang mempunyai pengikut yang

ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih

4
berpegang pada Islam adalah musuh Abuja. Abuja sanggup membuat apa sahaja demi

kepentingan dirinya dan nafsu kepuasannya. Kejahatan Abuja di hidu oleh Ustadz Adam

tetapi sukar untuk Ustadz Adam menewaskan Abuja.

Abuja menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut

ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam

ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abuja. Ustadz Adam bukan sahaja

terkejut dengan apa yang sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan

ajaran sesat Abuja yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

1.0 MISE-EN-SCENE

Mise en scene merupakan istilah Perancis yang bermaksud meletakkan satu subjek

dalam setiap adegan. Mise en scene merupakan segala yang kita lihat di dalam sebuah

filem iaitu semua yang nampak di layar filem ataupun pada skrin televisyen. Mulai dari

setting tempat, kostum, solekan, pencahayaan dan ekspresi pelakon dan gerak kamera.

Mise en scene juga meliputi fungsi sebuah adegan dalam filem itu bagi menjelaskan

maksud sesuatu atau untuk memberi kesan dramatik. Kesemua elemen itu bergantung

dari kehebatan filem itu sendiri. Penyusunan elemen dalam mise en scene juga sangat

penting kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai perkara lain seperti harapan

pelakon dalam babak tersebut, permasalahan watak dan lain-lain lagi.

5
1.1 Pencahayaan

Pencahayaan dalam sebuah karya filem sinematografi merupakan sebahagian yang

sangat penting. Cahaya ini akan mempengaruhi setiap perhatian penonton terhadap

cerita yang ditonton. Selain itu, penggunaan cahaya dalam filem amat penting untuk

menampakkan satu objek dengan jelas dan reality. Namun perletakkan cahaya perlu

di atur dengan kesesuaian sehingga menampakkan objek juga dapat menciptakan

gambar yang realiti. Seterusnya mengenai bayangan yang timbul dalam

pencahayaan, boleh mengganggu (perlu dihilangkan) atau juga boleh digunakan

untuk memberi konsep cerita. Bayangan yang mengganggu contohnya bayangan

yang timbul pada dahi atau hidung pelakon. Sedangkan bayangan yang menyokong

semasa pengambaraan dapat membantu memberi bayangan yang membawa

maksud dalam filem seram.

Melihat pada gambar di atas, saya setelah menilai set pencahayaan di waktu scene ini

amat jelas apabila Adam terdengar bunyi sesuatu yang pelik yang sedang

memanggilnya. Namun dengan pencahayaan yang seram di dalam hutan memberi

6
kefahaman kepada audiens untuk memahami situasi yang sebenar berlaku waktu itu.

(di mana perbezaan sedikit antara cerah dan gelap memperoleh, lembut dan

mendedahkan dengan jelas) kepada pencahayaan rendah (kontras yang tinggi, keras,

dan keras) yang kerap digunakan dalam seram dan misteri. Pencahayaan rendah

membantu menunjuk ke arah neraka, dunia yang gelap, ketidakpastian, ketakutan, atau

kejahatan.

Dalam filem Munafik 2, banyak ( scene ) pada waktu malam kerana melibatkan

filem seram. Dengan penggunaan pencahayaan yang jelas memberi impak kepada

audiens untuk memahami apa yang ingin di sampaikan. Teknik pencahayaan yang

digunakan dalam filem ini amat baik dan sesuai dengan adegan cerita seram yang

menakutkan. Pencahayaan menjadi salah satu kunci untuk memberi kesan dan mood

cerita. Cahaya pula dapat menunjukkan ruang dan boleh menjadi penguat dalam

sesuatu babak.

1.2 KOSTUME

Kostum dan solekan boleh dijadikan cara untuk memenuhi dimensi grafik yang

kreatif. Dengan pemakaian, trend ataupun warna kostum dan solekan sangat

bergantung pada sudut pandang seseorang pengarah dalam jalan ceritanya. Selain

itu, kostum juga boleh menjadi satu simbol terhadap sebuah zaman, negara,

mahupun ideologi tertentu. Kostum selalu dekat dengan set. Set menyediakan latar

belakang yang natural dan sesuai dengan cerita sementara kostum menunjukkan

identiti karakter pelakon. Kostum boleh menonjolkan sifat sebenar pelakon.

Penampilan pelakon yang telah di solek tentu akan berbeza, bergantung konteks

dramatik yang diinginkan pengarah.

7
Dalam filem munafik 2 ini, mereka menggunakan kostum yang sesuai dengan

watak yang di pegang oleh karakter. Pemilihan baju yang membawa maksud tertentu

bahawa karakter seseorang pelakon. Watak Bilal Khan menjadi antagonis seorang

yang jahat pengikut Budaya orang syiah memberi makna yang jelas kepada audiens

mengenai kefahaman cerita tersebut.

Make up dan Kostum menjadi satu simbol terhadap sesebuah zaman, negara,

status sosial, ekonomi, budaya, pendidikan atau ideologi tertentu. Makeup dan Kostum

selalu berkait rapat dengan setting. Setting ialah latar belakang yang sesuai dalam

cerita sementara makeup & kostum menjelaskan karakter pelakon.

8
Seterusnya, dalam filem Munafik 2 ini banyak menggunakan pelbagai kostum yang

bersesuaian dengan karakter setiap pelakon yang di mainkan. Pemilihan kostum ini

juga memainkan peranan yang penting dalam menyatakan hasrat Syamsul Yusof untuk

membangunkan filem seram kepada orang ramai.

1.3 SET DESIGN ( SETTING)

Latar (setting) merupakan tempat atau lokasi di mana suatu adegan dimainkan.

Kemampuan mengatur setting menjadi satu elemen penting dalam Mise En Scene agar

filem dapat dilihat dengan jelas dan realiti. Hal ini kerana untuk memperkuatkan emosi

karakter, mampu menggambarkan makna sosial, psikologis, emosional, ekonomi dan

budaya dalam filem. Latar tempat atau setting merupakan salah satu unsur penting

dalam sebuah filem.

Setting merupakan bahagian yang penting dalam filem. Salah satu fungsi setting

adalah memberi informasi yang jelas tentang lokasi dan waktu dalam filem. Setting

9
berperanan aktif dalam Mise en Scene dan menyumbang kepada kepentingan yang

ingin di sampaikan. Meskipun setting terlihat seperti tulang belakang cerita, namun

fungsinya dapat di lihat dengan lebih secara jelas dengan pelbagai aspek. Setting juga

mampu memberi makna pada pada kesan dengan jelas.

Dalam filem Munafik 2 ini, pemilihan design latar (setting) yang sesuai dapat

menarik para audiens untuk melihat filem ini. Gambar di atas menjelaskan tentang

adegan di dalam gua, di mana Adam di ikat pada bahagian Gua untuk memberi

keseksaan kepadanya. Pemilihan desain latar ini dapat menunjukkan persekitaran yang

seram dan sesuai dengan genre tajuk film tersebut. Setting juga merupakan sesuatu

tempat yang di pilih oleh produksi.

1.3 MAKE UP

Kesan khas make up yang digunakan khas untuk dalam bidang lakonan dalam filem.

Hal ini membolehkan seseorang pelakon tersebut menjadi pelbagai bentuk, rupa, dan

watak dalam satu filem. Make up memainkan peranan penting sebelum bermula

penyuntingan filem kerana ianya mempengaruhi setiap watak pelakon adakah baik atau

10
jahat. Make up juga dapat memberi gambaran yang jelas pada audiens agar apa yang

di sampaikan dalam cerita tersebut difahami oleh audiens. Oleh itu, penggunaan Make

up juga amat penting untuk menunjukkan sama ada dari segi kecantikan, watak dan

keadaan semasa. Malahan, solekan juga membantu dalam perfileman tidak kira genre

apa dalam filem.

Melihat pada gambar di atas, saya memilih wajah Maya Karim di make up dengan

rupa hantu yang menyeramkan dan hasilnya sangat menarik dan dapat menakutkan

audiens. Penggunaan bahan solekan yang sesuai memainkan peranan penting dalam

memberi kefahaman dan penjelasan yang jelas kepada audiens. Kesan khas make up

merupakan make up yang digunakan khas dalam bidang lakonan. Hal ini dapat melihat

pada seseorang pelakon tersebut menjadi pelbagai rupa. Terdapat beberapa jenis kesan

khas pada rupanya. Kesan khas ini terdiri daripada bahan-bahan yang menggunakan

lateks, dan getah. Latex digunakan kerana boleh dibentuk dengan mudah dan digunakan

11
untuk kesan kulit. Kesan khas ini terdiri daripada bahan-bahan yang menggunakan

lateks, dan getah.

Penggunaan bahan yang sesuai agar tidak mendatangkan kesan bahaya kepada

pelakon memainkan peranan yang penting.

1.5 FIGURE BEHAVIOUR

Tingkah laku tingkah laku bermaksud untuk menerangkan pergerakan atau tindakan

pelakon atau tokoh lain (haiwan, raksasa, benda animasi, dan droid) dalam lakonan yang

diberikan. Hal ini dapat di lihat secara jelas dengan tidak mendapat sedikit perhatian

dalam analisis formal, sebaliknya bimbang dengan pelbagai bentuk ekspresi, dengan

menghasilkan pengaruh melalui wajah sebagai watak lakonan yang jelas ke dalam

12
perasaan atau emosi seseorang , dan dengan tindakan yang menyumbang kepada jalan

filem, sebab dan logiknya.

Seterusnya, fizikal sifat, termasuk gerak isyarat, ekspresi, dan tindakan. Fungsi untuk

menyatakan pemikiran dan perasaan. Contoh dapat dilihat dari rupa Adam yang agak

menyeramkan. Dengan gerak geri yang dalam ketakutan dengan makhluk halus.

Melihat pada gambar ini, Adam kelihatan dalam ketakutan apabila Makhluk menariknya

dan aksi ini cukup menyampaikan kepada orang ramai bahawa ia dalam ketakutan dan

memberi makna yang jelas kepada audiens.

Berkonsepkan pada tingkah laku pelakon membantu penonton memahami

motivasi peribadi watak individu. Pemerhatian yang teliti terhadap tingkah laku tokoh

juga membolehkan audiens memahami peranan pada setiap watak berhubung dengan

perkembangan cerita.

13
2.0 SINEMATOGRAFI

Dalam produksi sesuatu filem sinematografi amat penting untuk membuat filem

agar menjadi lebih menarik dan membuat satu suasana yang membawa audiens untuk

memahami dalam plot cerita. Teknik – teknik tertentu untuk membuat sesuatu yang

nyata dan menggambarkan perasaan dan suasana mahupun watak pada tokoh dalam

filem.

Seterusnya, teknik ini tidak hanya memfokuskan pada sudut pengambilan sahaja,

malahan ukuran gambar, gerakan kamera dan objek juga unsur- unsur lain seperti

cahaya, prop dan lingkungan. Di setiap pengambilan gambar dengan menggunakan

teknik-teknik ini menghasilkan kesan lebih menarik.

14
Framing with Background: objek tetap fokus di depan namun latar belakang

dimunculkan sehingga ada kesan yang jelas.

Door Frame Shot: gambar diambil dari luar/dalam pintu

15
Over Shoulder : pengambilan gambar dari belakang objek, tetapi objek tersebut juga

hanya dilihat kepala atau bahunya saja. Pengambilan ini untuk memperlihatkan bahawa

objek sedang melihat sesuatu atau juga objek sedang bercakap-cakap.

Profil Shot : jika dua orang sedang berdialog, tetapi pengambilan gambarnya di

samping, kamera memperlihatkan orang pertama dan kamera dua memperlihatkan

orang kedua.

16
Walking Shot: teknik ini mengambil gambar pada objek yang sedang berjalan. Dengan

ini, ianya digunakan untuk menunjukkan orang yang sedang berjalan terburu-buru atau

dikejar sesuatu.

Jaws Shot: kamera menyorok objek

17
3.0 EDITING

Editing adalah proses dalam menyatukan video yang di ambil dengan pelbagai teknik

video shot/hasil rakaman gambar menjadi suatu rakaman gambar yang baru dan jelas

untuk dilihat malahan ianya dapat di hasilkan satu video filem yang baik. Secara

umumnya, editing juga adalah berkaitan dengan proses pasca produksi, seperti

tajuk,text, colour correction, sound mixing.

Selain itu, dengan melakukan pengeditan dan pendekatan editing sangat penting

dengan bergantung daripada hasil yang kita inginkan selepas melakukan editing.

Editing juga dapat menunjukkan satu usaha dalam menghasilkan video yang mampu

menarik perhatian orang ramai agar menyokong filem yang di hasilkan.

18

You might also like