Download as ppsx, pdf, or txt
Download as ppsx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

KEMAHIRAN KONSEP

KEMAHIRAN TEKNIKAL

KEMAHIRAN HUMANISTIK
Status dan Definisi Kokurikulum
Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
`Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”

Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) 1997 yang


diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97. dan Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). :
Denda tidak lebih RM3000.00 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya atau denda harian
tidak lebih RM500.00 sehari.
Kegiatan Kokurikulum …
`Apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di dalam bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh, dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di bilik darjah.

Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum


Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11
(Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
CONTOH :

DASAR KETETAPAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. PEMATUHAN ARAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


1.1 Semua guru perlu mematuhi arahan dan ketetapan KPM seperti AKTA 550, surat
Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling-pekeliling, Surat Pekeliling Ikhtisas, dan Surat Siaran
dalam melaksanakan tugas seharian.
1.2 Menjadikan dokumen di atas sebagai rujukan panduan melaksanakan tugas.

2. PEMATUHAN KEPADA KETETAPAN KEPIMPINAN KOKURIKULUM SEKOLAH


2.1 Menerima lantikan tugas yang diamanahkan.
2.2 Mematuhi dan melaksanakan bidang tugas yang telah ditetapkan.
2.3 Membuat Perancangan aktiviti tahunan sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan setahun.
2.4 Melaksana dan mengendalikan aktiviti kokurikulum setiap kali perjumpaan dan
memaklumkan kepada kepimpinan sekolah dan waris lebih awal jika ada perubahan.
2.5 Mengadakan mesyuarat agung Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan, dan Badan Berunifom
sekurang-kurangnya TIGA kali setahun.

You might also like