Nilai Kesyukuran Dalam Agama Hindu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NILAI KESYUKURAN DALAM AGAMA HINDU

Dalam agama Hindu mengtakan, "Tuhan telah memberikan kita kehidupan. Dia akan
memberikan kita rezekinya. Tetapi Dia mengharapkan kita melakukan pekerjaan kita dengan
mengingati bahawa kita perlu mengucapkan terima kasih. Ungkapan itu mencerminkan bahawa
kita melakukan perbuatan seperti seolah-olah mereka adalah persembahan kepada Tuhan."-
BhagavadGita Adhyaay 3 Shlok 1-43 v2.

Hasil temubual bersama Ms Sanggita yang dilakukan di Kuil Sri Vishwanather Visalatchi Alayam,
antara perkara yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran mereka ialah dengan cara memberi
makanan dan manisan kepada orang lain, mengadakan majlis keraian dan lain-lain lagi.

Dari segi kehidupan harian pula, bersyukur bagi agama Hindu adalah lebih kepada apa yang
dilakukan untuk menunjukkan rasa syukur itu berbanding apa yang diungkapkan. Contohnya,
untuk menunjukkan lebih banyak penghargaan, menunggu dia duduk sebelum si anak makan
adalah lebih baik berbanding dengan ucapan terima kasih kepada ibu yang memasak makanan
itu. Tuntasnya disini, kejujuran dan keikhlasan merupakan antara elemen yang ditonjolkan dalam
nilai kesyukuran.

Bila disebut tentang kesyukuran, lazimnya ia dikaitkan dengan hari keraian. Dalam agama Hindu,
antara acara utama yang menunujukkan nilai kesyukuran adalah ketika perayaan Thaipusam.
Lebih daripada sejuta orang yang beragama Hindu berduyun-duyun ke kuil-kuil di seluruh
Malaysia. Bagi mereka ianya menunjukkan pengabdian kepada tuhan Murugan.

Ketika Hari Thaipusam, ramai penganut yang menusuk tubuhnya dengan cangkuk dan pancang
logam sambal membawa kavadis berat, atau beban, yang boleh menelan sebanyak 45 kilogram
dan yang sarat dengan susu, buah, bunga dan dihiasi mewah dengan bulu merak dan potret
dewa sebagai tanda terima kasih. Kemudiannya, berarak sambil menendang drum tradisional
dan lagu Vel Vel. Selain itu, kebanyakan daripada mereka ketika itu berpakaian kuning sambil
membawa bekas berat yang dipenuhi dengan susu (paal kudam) di atas kepala mereka.

Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa nilai kesyukuran dapat membantu mengukuhkan
hubungan etnik di Malaysia. Agama Hindu yang majoritinya daripada kaum India telah
mempamerkan nilai kesyukuran mereka terutama hidup dengan aman damai di Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum dan agama, meraikan pesta keraian bersama-sama dan sentiasa
hormat menghormati, saling bantu-membantu sebagai tanda kesyukuran dalam hidup
bermasyarakat. Sebagai contoh, pihak kuil Sri Vishwanather Visalatchi Alayam akan turut
memberi makanan dan sumbangan kepada masyararakat sekeliling dan rumah-rumah ibadat
yang berhampiran sebagai tanda kesyukuran

RUJUKAN

Temuramah

Ms Sanggita (2019, Januari 30). Pembantu Penjaga Kuil. Personal Interview. Kuil Sri
Vishwanather Visalatchi Alayam ,Jalan Tokong Ular, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Artikel dari Akhbar

Venut Micheal. (2017,10 Feb). ‘Hindus fulfil vows to Lord Muruga’ .The Star.
LAMPIRAN

You might also like