Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN AMBANG DEEPAVALI

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SG.BESI

TAHUN 2016

HARI : Jumaat

TARIKH : 26.10.2016

MASA : 9.30-12.45 tengahari

TEMPAT : Dewan SJK ( T ) Sg Besi

Di minggu ketiga, saya dan rakan saya telah membantu sekolah dalam
menjayakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk
meraikan semua murid disini seramai yang berjumlah 230 orang.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir


telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang sibuk dijalankan para murid termasuk guru adalah
dalam menyiapkan persembahan dan penghiasan dewan.

Semasa hari sambutan, kami telah ditugaskan untuk membuat persiapan dewan
seperti menyusun kerusi untuk tetamu dan menghias dewan. Pada pukul 8.30 pagi,
semua murid mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di dalam
dewan. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Pn.S.Letchumy iaitu guru besar SJK
( T ) Sg.Besi .

Selepas upacara perasmian dilakukan, sambutan hari kanak-kanak pun


dilangsungkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Antara aktiviti
yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah pertunjukan magik daripada badut
,tarian,nyayian dan lakonan. Seterusnya, sarapan pagi telah disedarkan oleh PIBG
sekolah.
Seterusnya acara telah bersambung dengan ambang deepavali. Pertubuhan
Sosial Dan Kebajikan Makkal Eyakam Bandar Tun Razak telah memberi wang saku
sebanyak RM5 bagi semua murid.Akhirnya murid – murid diberi beg goodies yang
dipenuhi oleh botol air , snaks dan sebagainya.

Sambutan Hari Kanak-Kanak ini tamat kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua murid-murid dan guru telah diberi makanan tengah hari dan
aiskrim .

Laporan disediakan oleh, 1 NOVEMBER 2016

…………………………………………..

(V.REKHA)

You might also like