Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kata Hubung

Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat


tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada
penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

KATA HUBUNG GABUNGAN

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata
hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang
sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini
disebut ayat majmuk gabungan.

Contoh:

1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.


2 . Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
KATA HUBUNG PANCANGAN

Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

Ayat utama Ayat Kecil


1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa
pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada
tiga jenis, iaitu :

1. Kata hubung pancangan relatif


2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif.


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata hubung
pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang".

Kata hubung pancangan komplemen.


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung,
pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau
pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah
"bahawa" dan "untuk".

Kata hubung pancangan keterangan


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung
pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu
klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; "kerana, hingga, kalau, agar, jika,
sungguhpun, supaya, apabila".
Kata ganti nama diri

Kata Ganti Nama Diri


1. Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang.

2. Terdapat tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:

a) Kata ganti nama diri pertama

Contoh : saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

Contoh ayat : (i) Saya belajar di Tahun 3 Merah.

(ii) Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

(iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang merderhaka,’


titah Sultan Idris.

b) Kata ganti nama diri kedua

Contoh : anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara

Contoh ayat : (i) Anda terpilih sebagai pemenang bertuah.

(ii) Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.

(iii) ‘Adakah ini pensel awak?’ Tanya Liza


kepada Kuma.
c) Kata ganti nama diri ketiga

Contoh : ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

Contoh ayat : (i) Dia berjalan kaki ke sekolah.

(ii) Beliau seorang guru yang berwawasan.

(iii) Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka


selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

You might also like