Faq Prasekolah 2017 (Ms6)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(SEMAKAN 2017)

1 Apakah tujuan Pendidikan Prasekolah?


Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi murid
berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu, meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif
agar murid bersedia untuk menghadapi cabaran serta mengikuti
pembelajaran seterusnya.

2 Berapakah umur kanak-kanak yang menyertai tadika?


Tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.

3 Adakah semua tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017)?
Semua tadika dalam sistem Pendidikan Kebangsaan perlu menggunakan
KSPK (Semakan 2017).

4 Mengapakah semua tadika perlu mengguna pakai KSPK (Semakan 2017)?


Ini adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996, yang menetapkan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.

5 Adakah tadika boleh melaksanakan program tambahan?


Berdasarkan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996, tadika boleh
melaksanakan program tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
selepas mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pendaftar.

6 Berapakah peruntukan masa minimum di tadika?

Peruntukan masa minimum di tadika ialah sekurang-kurangnya 240 minit


sehari bagi kanak-kanak yang berumur 5+ tahun dan 210 minit sehari untuk
kanak-kanak yang berumur 4+ tahun.

7 Siapakah yang mengajar Pendidikan Islam di tadika?

Pendidikan Islam di tadika diajar oleh guru Pendidikan Islam yang bertauliah
sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.

1
8 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) KSPK (Semakan 2017)?

Perkara Keterangan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
Standard ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
Kandungan persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti


Standard
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
Pembelajaran
setiap standard kandungan.

Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap


Standard
penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu
Prestasi
perkara itu telah dikuasai.

Contoh:
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika - Perkembangan Fizikal dan
Penjagaan Kesihatan

2
9 Adakah Pendidikan Moral diajar jika tadika tidak mempunyai atau
mempunyai kurang daripada 5 orang murid beragama Islam?

Pendidikan Moral boleh diajar mengikut masa yang diperuntukkan ataupun


disepadukan dalam pembelajaran. Peruntukan masa bagi Pendidikan Moral
ditambah dalam Pembelajaran Bersepadu.

10 Kenapakah peruntukan waktu bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,


Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam KSPK (Semakan 2017) dikurangkan
daripada 90 minit seminggu ke 60 minit seminggu?

Peruntukan waktu 60 minit seminggu adalah untuk murid mempelajari


kemahiran asas bahasa. Walau bagaimanapun Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga dipelajari pada masa
Pembelajaran Bersepadu.

11 Kenapakah peruntukan waktu bagi Matematik Awal hanya 40 minit


seminggu?

Peruntukan waktu 40 minit seminggu adalah mencukupi kerana waktu


tersebut diperuntukkan untuk murid mempelajari kemahiran asas
matematik. Matematik Awal juga dipelajari semasa Pembelajaran
Bersepadu.

12 Kenapakah operasi tambah dan tolak dalam Matematik Awal hanya dalam
lingkungan 18?

Operasi tambah dan tolak dalam Matematik Awal hanya dalam lingkungan
18 kerana 18 merupakan fakta asas bagi operasi tambah dan tolak.

13 Bolehkah Aktiviti Luar dijalankan di dalam kelas?

Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Walau


bagaimanapun kelonggaran diberikan jika tadika tidak mempunyai ruang
yang sesuai untuk menjalankan aktiviti di luar kelas atau dalam keadaan
cuaca yang tidak mengizinkan.

14 Bolehkah Aktiviti Fizikal dan Main Bebas dilaksanakan pada hari yang
sama?

Aktiviti Fizikal dan Main Bebas tidak boleh dilaksanakan pada hari yang
sama.

3
15 Apakah yang dimaksudkan dengan Main Bebas?

Main Bebas ialah aktiviti yang memberi kebebasan kepada murid untuk
membuat pilihan tentang apa, bagaimana dan tempoh masa untuk bermain.
Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa
bermain.

16 Apakah peranan guru semasa Main Bebas?

Guru berperanan sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati.


Guru juga perlu bijak menyediakan persekitaran supaya Main Bebas
berkesan dan bermakna.

17 Apakah pengisian waktu rehat?

Waktu rehat merupakan sebahagian daripada waktu Pengajaran dan


Pembelajaran (PdP). Waktu rehat diperuntukkan untuk murid makan dan
minum serta merehatkan minda dan fizikal mereka. Waktu rehat juga boleh
dimanfaatkan dengan melibatkan murid dalam membantu penyediaan
makanan dan tempat makan. Selain daripada itu, aspek pengurusan diri,
adab makan dan pemakanan yang sihat serta seimbang perlu diberi
penekanan semasa rehat.

18 Apakah aktiviti rutin?

Aktiviti rutin ialah aktiviti yang dijalankan pada setiap hari dan diberi
peruntukan waktu yang khusus. Aktiviti ini merangkumi Perbualan Awal,
rehat dan aktiviti penutup.

19 Apakah tujuan Perbualan Awal dilaksanakan?


Perbualan Awal bertujuan menyediakan murid untuk pembelajaran pada
hari tersebut. Selain itu, Perbualan Awal juga dapat merangsang dan
menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.

20 Apakah yang boleh dilaksanakan semasa Perbualan Awal?

Semasa Perbualan Awal, murid dibimbing untuk berkomunikasi secara


berhemah melalui soal jawab antara guru-murid dan rakan sebaya. Murid
digalakkan untuk menyuarakan pendapat/idea, mengemukakan cadangan
dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan baharu.

4
21 Di manakah Perbualan Awal dilaksanakan?

Perbualan Awal boleh dilaksanakan di dalam atau di luar kelas.

22 Bilakah masa yang sesuai untuk melaksanakan Perbualan Awal?

Perbualan Awal sesuai dilaksanakan pada awal waktu pembelajaran. Namun,


sekiranya Aktiviti Luar atau Pendidikan Islam/Pendidikan Moral dilaksanakan
pada waktu pertama, Perbualan Awal boleh dilaksanakan selepas waktu
tersebut.

23 Apakah yang boleh dilaksanakan semasa Perbualan Awal?


Semasa perbualan awal, murid dibimbing untuk berkomunikasi secara
berhemah melalui soal jawab antara guru-guru dan rakan sebaya. Murid
digalakkan untuk menyuarakan pendapat/ idea, mengemukakan cadangan
dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan baharu.

24 Adakah perlu menulis Rancangan Pelajaran Harian (RPH) untuk Perbualan


Awal?

RPH untuk Perbualan Awal tidak perlu ditulis kerana objektif Perbualan Awal
adalah sama setiap hari iaitu untuk menyediakan murid dari aspek kognitif
dan emosi supaya dapat mengikuti pembelajaran pada hari tersebut dengan
lebih berfokus.

25 Apakah fungsi pusat pembelajaran?

Pusat pembelajaran berfungsi sebagai satu ruang yang kondusif untuk murid
melaksanakan aktiviti kendiri sama ada secara berstruktur atau bebas.

26 Apakah rasionalnya pusat pembelajaran diwujudkan dalam tadika?

Pusat pembelajaran memberi peluang kepada murid untuk meneroka,


mencuba dan berinteraksi dengan bahan, peralatan dan persekitaran
mengikut minat dan kadar pembelajaran masing-masing secara bebas atau
terancang. Pusat pembelajaran membantu memudahkan perancangan dan
pelaksanaan aktiviti PdP di tadika.

5
27 Adakah RPH perlu ditulis setiap hari jika menggunakan strategi PdP di
pusat pembelajaran?

RPH tidak perlu ditulis setiap hari jika menggunakan strategi PdP di pusat
pembelajaran. Guru perlu menyediakan RPH untuk suatu tempoh seperti
yang dirancang.

28 Bagaimanakah pentaksiran di tadika dilaksanakan?

Ujian dan peperiksaan tidak dijalankan di tadika kerana bertentangan


dengan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Pentaksiran di tadika hendaklah dilaksanakan secara berterusan untuk
mengesan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh murid.

29 Apakah maksud transisi?

Transisi merupakan satu proses peralihan atau perubahan yang berlaku dari
satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

30 Mengapakah perlunya transisi semasa PdP?

Transisi semasa PdP perlu bagi menyediakan murid dari aspek kognitif,
afektif dan psikomotor sebelum memulakan PdP seterusnya.

31 Mengapakah penggunaan buku kerja tidak digalakkan di tadika?

Penggunaan buku kerja tidak digalakkan di tadika kerana murid belajar dan
memperoleh pengetahuan serta kemahiran melalui pelbagai aktiviti
pembelajaran seperti aktiviti bermain, hands-on dan penerokaan
persekitaran. Buku kerja biasanya berfokus kepada latihan bertulis dan tidak
sesuai dengan tahap perkembangan setiap murid.

32 Siapakah yang sesuai menggantikan guru tadika untuk mengajar jika guru
cuti/berkursus/menghadiri mesyuarat?

Guru yang mengajar di tahap satu boleh menggantikan guru tadika untuk
mengajar.

33 Adakah Pembantu Pengurusan Murid boleh menggantikan guru tadika


untuk mengajar jika guru cuti/berkursus/bermesyuarat?

Pembantu Pengurusan Murid tidak boleh menggantikan guru tadika untuk


mengajar. Mereka hanya boleh membantu semasa proses PdP.

6
34 Di mana saya boleh dapatkan KSPK (Semakan 2017)?

KSPK (Semakan 2017) boleh dimuat turun daripada laman web


http://bpk.moe.gov.my

35 Apakah perbezaan antara KSPK 2010 dengan KSPK (Semakan 2017)


KSPK
Bil. Perkara KSPK 2010
(Semakan 2017)
a) Organisasi i. Standard Kandungan i. Standard Kandungan
Kurikulum ii. Standard ii. Standard Pembelajaran
Pembelajaran
iii. Standard Prestasi

b) Penyusunan Modul Bertema Pembelajaran Bersepadu


Semula
Disiplin Ilmu Tunjang Sains dan Tunjang Sains dan Teknologi:
Teknologi: i. Sains Awal
i. Awal Sains ii. Matematik Awal
ii. Awal Matematik
iii. Pembinaan
iv. Penggunaan ICT

c) Peruntukan BM, BI, BC, BT – 90 minit BM, BI, BC, BT – 60 minit


Waktu seminggu seminggu

Aktiviti Luar – 80 minit Aktiviti Luar – 120 minit


seminggu seminggu
i. Aktiviti Fizikal
ii. Main Bebas

Modul Bertema Pembelajaran Bersepadu


i. SK – 430 minit i. SK – 800 minit
ii. SJK – 340 minit ii. SJK – 740 minit

d) Penerapan
Secara implisit Secara eksplisit
KBAT

e) Penulisan Dalam bentuk pernyataan Dalam bentuk pernyataan


Standard kemahiran, sikap, nilai kemahiran, sikap dan nilai
Pembelajaran dan aktiviti yang perlu yang perlu dikuasai oleh
dikuasai oleh murid murid

TAMAT

You might also like