Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN POST-MORTEM

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

PANITIA MATEMATIK

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2018, GPMP bagi subjek

matematik ialah 3.35. GPMP tahun 1 mencatat pencapaian keseluruhan yang paling

baik iaitu, 2.33. Manakala GPMP tahun 6 merekod pencapaian yang paling lemah iaitu

4.29. Walaubagaimanapun, peratus kelulusan secara puratanya telah melepasi paras

50% iaitu 62.12%. Namun , gred purata masih menunjukkan kualiti pencapaian murid –

murid masih pada tahap sederhana.

Bilangan pencapaian A telah meningkat dari 14 murid pada 2017 kepada 24

murid pada 2018 bagi PAT. Namun bilangan murid yang mendapat gred D dan gagal

masih pada kadar yang tinggi. Kemerosotan pencapaian murid amat jelas di tahun 4.

Terdapat banyak faktor luaran dan dalaman yang menjadi punca kemerosotan ini.

Faktor luaran ialah guru sering dipanggil untuk menghadiri pelbagai mesyuarat dan

kursus dari pihak PKG, PPD. Selain itu, murid-murid juga sering terlibat dengan

pelbagai aktiviti di sekolah dan di luar sekolah yang menyebabkan ketiadaan guru

subjek dan ketiadaan murid itu sendiri pada waktu pembelajaran. Manakala faktor

dalaman pula, tahap motivasi murid masih di paras rendah. Keinginan untuk mencuba

jarang sekali muncul pada diri murid. Selaian itu, sikap murid untuk tidak menumpukan

fokusnya dalam matapelajaran ini.

Pihak sekolah harus memberi focus kepada 12 murid di tahun 2 yang mencapai

gred D dan gagal. Ini kerana jurang di antara murid lulus dan gagal akan jadi ketara
pada tahun-tahun yang akan datang sekiranya tiada tindakan khas di ambil. Namun, ini

tidak boleh dianggap sebagai factor Bahasa kerana penguasaan Bahasa ibunda juga

agak lemah. Di sini, guru perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan

prestasi murid dalam subjek ini.

Jadi panitia berharap, pendekatan yang baru di tahun 2019 dapat meningkatkan

penguasaan matematik dikalangan murid-murid SJKT Jugra.

Laporan disediakan oleh, 14 November 2018

………………………..

(MURUGAN A/L MANIKAM)

Ketua Panitia Matematik.

You might also like