Soalan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

2. Dasar Ekonomi Baharu (DEB) membawa kepada limpahan kemakmuran.

Bahaskan.

Secara umumnya, ekonomi Malaysia telah menempa kejayaan yang boleh


dibanggakan. Malah, terdapat beberapa pengkaji dan pemerhati pembangunan ekonomi
Malaysia mengungkapkan pandangan yang begitu positif atas kejayaan ekonomi
Malaysia ini.

Pertumbuhan dan Perubahan Struktur Ekonomi yang Pesat. Semenjak merdeka


pada tahun 1957, pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh dibanggakan. Malaysia mampu
mengekalkan pertumbuhan yang agak tinggi. Malah, walaupun berhadapan dengan
pelbagai kitaran perniagaan dan turun naik ekonomi, Malaysia telah memperlihatkan
kemampuan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonominya dengan baik. Walaupun
terdapat kemelesetan ekonomi, Malaysia masih mampu mencatat purata pertumbuhan
ekonomi yang positif. Malah, sebelum berlakunya krisis ekonomi Asia, Malaysia berjaya
mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia juga telah
membolehkan pendapatan per kapita meningkat.

Pembangunan Manusia dan Pengurangan Kadar Kemiskinan. Pencapaian yang


lebih membanggakan ialah pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia dalam tempoh empat
dekad yang lalu telah Berjaya diterjemahkan kepada pengurangan kadar kemiskinan dan
kemajuan dari segi pembangunan manusia. Kadar kemiskinan di Malaysia Berjaya
dikurangkan dengan ketara. Kemiskinan tegar juga berjaya dikurangkan.

Kualiti Hidup yang Meningkat. Pertumbuhan dan peningkatan pendapatan yang


agak tinggi semenjak empat dekad yang lalu menyebabkan kualiti hidup rakyat Malaysia
telah meningkat. Hal ini dapat dilihat dari aspek kesihatan seperti jangka hayat yang
semakin meningkat, kadar kematian bayi dan kadar kematian yang semakin rendah.
Begitu juga jika dilihat dari aspek pendidikan, pemilikan barang-barang keperluan asas
dan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya. Peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia
ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) yang
merupakan ukuran kebajikan dan kesejahteraan kehidupan dalam perspektif yang lebih
luas. IKHM meliputi bukan sahaja aspek pendapatan, tetapi juga aspek lain kehidupan
seperti kehidupan bekerja, kehidupan berkeluarga, pengangkutan dan komunikasi,
kesihatan, pendidikan dan keselamatan awam.

You might also like