Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Faktor-faktor perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Terdapat beberapa faktor perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Faktor yang
pertama ialah Revolusi Perusahaan. Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19
telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industry di Eropah dan Amerika Syarikat
meningkat lebih-lebih selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Petur Durar dan
Nicholas Apport pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat berlakunya
Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an. Bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan
tentera yang terlibat dalam peperangan. Harga yang meningkat telah menggalakkan
pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu.
Faktor yang seterusnya ialah campur tangan British. Campur tangan British dan perlaksanaan
Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah iaitu Perak dan
Selangor telah menamatkan kekacauan seperti pergaduhan antara pembesar, pergaduhan
antara pelombong Cina, ancaman lanun dan sebagainya.
Selain itu, faktor yang seterusnya ialah penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896.
Penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak,Pahang,Selangor
dan Negeri Sembilan telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-Undang Tanah,
cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan dalam
pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan tersebut telah
membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan dengan lebih giat. Penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah menarik ramai pelabur terutama dari Eropah untuk
menanam modal di Tanah Melayu.
Selanjutnya, kapal korek merupakan salah satu faktor perkembangan perusahaan bijih timah di
Tanah Melayu. Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberikan sumbangan dalam
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Penggunaan kapal korek telah menambahkan
pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan yang teknik-teknik lain
tidak dapat digunakan terutamanya kawasan berpaya. Menjelang tahun 1929 terdapat 105
buah kapal korek di Tanah Melayu.
Seterusnya, Perang Dunia Pertama yang Meletus di Eropah pada tahun 1914 hingga 1918 juga
memberikan sumbangan kepada perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Peperangan tersebut
menyebabkan permintaan bijih timah meningkat kerana diperlukan untuk mengetin makanan
tentera yang terlibat dalam peperangan dan untuk membuat senjata.
Faktor yang terakhir ialah penubuhan bandar. Penubuhan bandar-bandar di kawasan
perlombongan bijih timah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan
klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini telah memberikan kebaikan kepada
penduduk di kawasan yang terlibat di kawasan perlombongan. Contohnya, kemudahan
kesihatan yang disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan membolehkan
kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan.

You might also like