Perhubungan Awam Kumpulan Siap Hamid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCA2073
PERHUBUNGAN AWAM

TUGASAN KUMPULAN

KAJIAN PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH ORGANISASI


“POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)”

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. SHARUL NAZMI BIN SANUSSI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK
YUSOF BIN MAN 243544
HAMID BIN YAHAYA 243565
NOOR SAIFUL BIN MUHAMED SAZLI 243652
KHAIRUL IZWAN BIN TURMIZI 243442
MOHD NIZAM BIN GHAZALI 243587
PUSAT : KUALA LUMPUR

Tarikh Akhir
Pertemuan IV Tarikh Penerimaan
Serahan
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 1
2 PERMASALAHAN DAN KEKANGAN YANG WUJUD 4
3 ANALISIS SWOT 11
4 - KEKUATAN. (STRENGHT) 12
5 - KELEMAHAN (WEAKNESS) 14
6 - PELUANG (OPPORTUNITIES) 16
7 - ANCAMAN (THREATS) 18
8 LANGKAH PENYELESAIAN DAN PENAMBAH 19
BAIKAN
9 RUJUKAN 22
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

1. PENGENALAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada 113,336 orang Pegawai Polis dan
Pegawai Rendah Polis. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang
dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan
sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang
menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa
izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat,


PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan
Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan
yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Rajah 1 : Gambar Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis serta logo Polis Diraja Malaysia

Hala tuju masa depan PDRM dalam pemodenan dan pemantapan pasukan telah
memberi penekanan kepada struktur, prosedur sistem bekerja (SOP), perolehan peralatan
dengan penggunaan sistem teknologi maklumat dan kaedah pengurusan terkini.
Penambahbaikan imej pasukan pula telah diberikan penekanan kepada perkhidmatan yang
profesional, cekap, berkesan dan mesra.

1
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

Peningkatan mutu perkhidmatan berlandaskan sumber manusia yang komited,


beretika dan terlatih penekanan kepada:

 Skim latihan asas, pembangunan dan lanjutan

 Skim perkhidmatan yang boleh menarik dan mengekal sumber manusia yang
berkaliber dan berkelulusan tinggi

 Skim kebajikan ke arah hidup yang mengutamakan kesihatan, nilai diri dan
kesejahteraan kekeluargaan

Peningkatan jaringan kerjasama (networking) dengan lain-lain agensi kerajaan dan


bukan kerajaan, masyarakat tempatan (community policing) dan pasukan polis serantau dan
antarabangsa dalam membendung dan mengatasi ancaman dan masalah jenayah melalui
kerjasama dua hala dan penglibatan dalam seminar-seminar berkaitan dengan perkembangan
dalam bidang ilmu kepolisan.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, pucuk


pimpinan PDRM telah memperkenalkan pendekatan khidmat mesra (friendly policing). Ini
selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai
kementerian mesra rakyat. Secara ringkasnya, mesra didefinisikan sebagai interaksi yang
harmoni antara individu yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Mesra itu sendiri
membawa maksud bahawa segala pemikiran dan tindakan itu mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan sejagat. Dalam konteks PDRM, ia merujuk kepada interaksi ahli pasukan
dengan pelanggan iaitu orang ramai.

Rajah 2: Program turun padang yang bertemakan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

2
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

Mesra juga merupakan satu cara berfikir dan tindakan yang boleh diaplikasikan dalam
semua situasi kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas. Pembudayaan khidmat
mesra akan mudah dapat dilihat dalam tiga situasi iaitu dalam hubungan polis dengan rakyat,
polis sesama sendiri dan anggota polis dengan ahli keluarga masing-masing. Konsep khidmat
mesra ini adalah berteraskan kepada visi pasukan iaitu meningkatkan profesionalisme
pegawai dan anggota. Hubungan mesra ini akan menjalinkan suasana yang harmoni dan
saling menghormati antara polis dan masyarakat.

Matlamat membudayakan konsep khidmat mesra adalah untuk memupuk kesedaran di


segenap lapisan pegawai dan anggota dalam PDRM bahawa kemesraan boleh membawa
keharmonian dan kestabilan serta menyakinkan rakyat kepada pasukan polis. Seterusnya
dapat meningkatkan penyertaan dan kerjasama dua hala (polis dan orang ramai) dalam
mengekalkan ketenteraman dan keselamatan negara.

Selain itu, PDRM merupakan agensi penguatkuasaan undang-undang yang


mempunyai wawasan untuk mengamalkan prinsip mesra, cepat dan betul sebagai wadah
pasukan dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Seterusnya, meningkatkan
profesionalisme di kalangan anggota secara berterusan dan memastikan pasukan sentiasa
dipercayai, disegani dan dihormati oleh masyarakat serta menimbulkan perasaan gerun di
kalangan penjenayah

3
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

2. PERMASALAHAN DAN KEKANGAN YANG WUJUD

Sebagai sebuah organisasi awam yang menjadi tunjang dalam hal yang berkaitan
dengan menjaga dan mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara. PDRM telah
mempunyai beberapa masalah serta kekangan dalam melaksanakan fungsi sebagai badan
penguatkuasaan undang-undang. Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia sering kali
digemparkan dengan pelbagai masalah yang melibatkan organisasi PDRM. Antara isu yang
sering digemparkan adalah seperti rasuah penyalah gunaan kuasa, isu kebajikan, integriti dan
kekurangan sumber manusia dan logistik serta lain-lain isu.

2.1.RASUAH DAN PENYALAH GUNAAN KUASA

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan
rakyatnya. Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya
peradaban manusia. Perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi
amalan biasa. Apa-apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi
amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima
sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan
negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Walaubagaimanapun
terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun
gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama
dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Rajah 3 : Seorang Pegawai Polis yang di tahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM)

4
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah mengakui bahawa ada
Pegawai Polis dan Pegawai Rendah Polis yang meminta rasuah daripada orang awam dan
warga asing, termasuk pelajar antarabangsa. Susulan dari itu, beliau berkata “rasuah bukan
hal mudah diatasi, tetapi percayalah kita akan sentiasa mengambil langkah yang patut untuk
mengatasinya,” Sehubungan dengan itu gejala rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis-
habisan dari awal lagi akan memberi banyak kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara.
Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan
sedang mencadangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan
Malaysia sebuah negara maju.

Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap
kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini. Rasuah juga
tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan. Setelah sebati dengannya,
maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan
seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri. Masyarakat yang mengamalkan rasuah
akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis


kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan
perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan. Berikutan
semakin seriusnya usaha menangani gejala ini, rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan
terkecuali daripada tindakan undang-undang.

2.2.KEBAJIKAN/PERUMAHAN

Pasukan Polis Diraja Malaysia yang mempunyai sejarah sejak 1807 adalah sebuah
pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan dalaman negara sebagaimana yang
diperuntukan dibawah seksyen 3 Akta Polis 1967. Peranan besar yang dimainkan ini
menyebabkan keanggotaan keseluruhannya mencapai 113,336 orang pegawai kanan dan
pegawai rendah polis (PRP) yang ditempatkan di seluruh Malaysia. Bagi mengekalkan
prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan tugas yang sangat berat dan mencabar, segala
bentuk kemudahan kerja dan kebajikan hendaklah diberi tumpuan yang sepenuhnya. Sebagai
satu bentuk keperluan asas, penyediaan perumahan amat penting terutamanya bagi
sesetengah kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Pulau Pinang, Johor
Bharu dan Shah Alam dan Kota Kinabalu, Sabah di mana kadar sewa rumah di kawasan ini
adalah melebihi Imbuhan Tetap Perumahan yang dibayar oleh kerajaan.

5
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

Dalam hal ini, PDRM amat berharap dengan pihak pengurusan atasan dapat
menyediakan kemudahan perumahan yang selesa yang merupakan keperluan asas setiap
manusia sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan, memberi perlindungan keselamatan
dan menjalankan aktiviti-aktiviti harian akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
yang diberikan oleh anggota-anggotanya kepada masyarakat. Penyediaan tempat bertugas dan
kediaman yang selesa, infrastruktur yang baik, kebolehsampaian kepada kemudahan-
kemudahan dan pengurusan komuniti yang baik akan mempengaruhi dalam meningkatkan
keselesaan kehidupan, peningkatan prestasi aktiviti-aktiviti dan kesempurnaan kehidupan
bermasyarakat.

Rajah 4: Keadaan kuarters polis di Pasir Putih, Kelantan

Peningkatan keselesaan kehidupan ini secara umumnya berkait rapat dengan reka
bentuk rumah, susun atur bangunan dan penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan
juga kemudahan awam. Peningkatan prestasi aktiviti pula secara umumnya adalah
peningkatan kualiti kerja bagi ibubapa dan peningkatan prestasi pembelajaran bagi anak-anak
mereka. Manakala peningkatan kesempurnaan kehidupan bermasyarakat pula adalah
peningkatan perhubungan antara ahli-ahli komuniti perumahan itu sendiri dan dengan
komuniti luar di sekelilingnya.

Selain itu, isu yang berkaitan dengan kebajikan yang membabitkan warga PDRM
adalah kebajikan pendidikan untuk anak-anak yang memerlukan tempat pengajian yang
berprestasi tinggi untuk membina masa depan yang terbaik.

6
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

2.3.GAJI DAN IMBUHAN

Isu gaji dan imbuhan sering kali dikaitkan dengan prestasi dan hasil kerja oleh pekerja
di sesebuah organisai. Permasalahan gaji dan imbuhan yang diterima oleh anggota PDRM
bukanlah satu permasalahan yang baru. Malah isu ini pernah ditimbulkan banyak kali oleh
pelbagai pihak pada waktu seketika dahulu. Baru-baru ini di dalam media massa telah
digemparkan dengan saranan oleh suruhjaya pencegahan rasuah Malaysia berkaitan dengan
isu gaji anggota polis diraja Malaysia. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli
Ahmad berkata “Sudah tiba masanya bagi kerajaan secara serius melihat dan mengkaji
semula skim gaji serta kebajikan agensi itu (Polis Diraja Malaysia)” cadangan dan saranan
beliau adalah untuk mengelakkan anggota dan pegawai agensi penguat kuasa, khususnya
polis daripada terjerumus ke dalam jenayah rasuah.

Rajah 5 : Keratan akhbar yang berhubungan skim saranan PDRM

Selain itu, isu yang di sebutkan adalah salah satu isu yang memberi kesan secara
langsung kepada prestasi kerja. Oleh itu, pekerja akan mempunyai motivasi diri yang tinggi
jika gaji yang diterima adalah adil setimpal dengan sumbangan dan usaha yang diberikan.
Pekerja selalunya akan membandingkan gaji yang diterima olehnya dengan gaji yang
diterima oleh pekerja-pekerja lain samada di dalam organisasi yang sama atau di dalam
organisasi yang lain. Sebagai contoh, adalah tidak adil anggota polis yang bertugas di pejabat
dan anggota bertugas dilapangan yang dianggap sebagai barisan hadapan menikmati imbuhan

7
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

yang sama. Sedangkan anggota yang bertugas dilapangan tidak mempunyai masa rehat yang
fleksibel seperti yang bertugas di pejabat dan apatah lagi jika dibandingkan dengan jabatan
lain yang mempunyai kadar bayaran lebih masa.

2.4.SISTEM PENILAIAN YANG LEMAH

Kebanyakkan penilai dan pegawai penilai semula mengambil jalan tengah dengan
memberikan nilaian yang berkedudukan antara nilai tertinggi dan terendah. Ini berlaku
pertamanya di atas faktor malas dan mereka yang korup mindanya kerana dengan
memberikan nilai yang terendah maka dikhuatiri akan mendapat tentangan dan jika tertinggi
terpaksa membuat ulasan. Begitu juga dengan pegawai penilai semula, dimana kerap berlaku
hanya mempersetujui sahaja setiap nilai yang diberikan oleh penilai pertama. Penilai semula
enggan mengurang atau menambah markah yang diberi oleh penilai pertama kerana ini akan
memberikan beban tambahan kapada mereka di mana ulasan dan komen terpaksa dibuat.
Jalan mudah ialah dengan memperakui semua nilaian pegawai penilai pertama.

Selain itu, penilaian berdasarkan kesalahan masa lampau di dalam borang penilaian
prestasi PDRM ada ruangan yang untuk kesalahan lalu. Ini tidak sepatutnya berlaku. Ini juga
ditafsirkan sebagai satu kesalahan, terdapat dua hukuman. Sepatutnya ruangan ini
dipadamkan kerana ia menzalimi dan menjatuhkan semangat pegawai-pegawai kanan untuk
terus memberikan komitmen yang tinggi. Ramai dikalangan pegawai penilai, penilai semula
dan Pegawai pemerintah mempunyai prasangka buruk jika mengetahui kesalahan lalu
pegawai yang dinilai.

2.5.MASALAH INTEGRITI

Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi
dalam mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem
penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor
perkhidmatan awam Malaysia terutamanya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang
negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai sebuah pasukan keselamatan
negara, PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam
kalangan anggota polis demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara. Namun menurut
laporan yang telah dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (2014) dan Suruhanjaya Integriti
Agensi Penguatkuasaan (2014) telah menunjukkan PDRM memperoleh bilangan aduan yang

8
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

tinggi daripada masyarakat berkenaan kemerosotan dalam sistem penyampaian perkhidmatan


iaitu melibatkan tahap integriti dalam organisasi PDRM.

Cabaran utama kepada penerapan nilai-nilai integriti ke dalam sesebuah organisasi


seperti PDRM dapat dipecahkan kepada dua faktor dominan iaitu budaya organisasi dan
individu. Secara umumnya, budaya organisasi dapatlah dilihat sebagai suatu cara kerja, set
perilaku, dan nilai-nilai sepunya yang dimiliki oleh organisasi tersebut serta harus dipatuhi
oleh setiap ahlinya. Budaya organisasi yang terlalu ketat (rigid) dan lebih menekankan
pencapaian matlamat berbanding proses tidak akan mampu untuk menyediakan ruang dan
jikapun ada, ianya amat terhad kepada penyemaian nilai-nilai murni dalam kalangan ahli
organisasi.

Rajah 6 : Perbuatan tidur ketika sedang bertugas

Faktor individu pula merupakan perilaku dan sikap seseorang ahli organisasi yang
menyimpang daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan baik di peringkat organisasi
atau undang-undang negara. Hal ini juga termasuklah peraturan-peraturan tidak rasmi seperti
nilai-nilai yang terkandung dalam masyarakat serta telah dipersetujui secara umum sebagai
suatu kewajipan yang perlu dipatuhi. Misalnya keharusan untuk berbudi bahasa semasa
bertugas, simpati, berlaku jujur, dan sebagainya.

Laporan yang telah dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (2014) dan Suruhanjaya
Integriti Agensi Penguatkuasaan (2014) menunjukkan bahawa PDRM memperoleh bilangan

9
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

aduan yang tinggi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan institusi tersebut. Dalam hal
ini, PDRM selaku badan penguatkuasaan yang terbesar di Malaysia tidak sahaja dinilai
berdasarkan peranan badan tersebut dalam melaksanakan undang-undang semata-mata, tetapi
juga turut mengambil kira kaedah pelaksanaan undang-undang yang mana ianya perlu
menepati konteks situasi serta nilai-nilai yang dipegang oleh masyarakat. Dengan masyarakat
sebagai pelangganya yang utama, setiap perkhidmatan yang diberikan oleh PDRM adalah
terbuka kepada sebarang bentuk kritikan. Kepercayaan masyarakat terhadap PDRM adalah
selari dan bergantung dengan tahap kualiti perkhidmatan yang mampu ia tawarkan.

Di sini, praktik integriti merupakan teras utama untuk PDRM bagi mengoptimumkan proses
penyampaian perkhidmatannya kepada masyarakat. Bagi mengupas usaha peningkatan
integriti dalam kalangan anggota PDRM bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.

2.6.KEKURANGAN SUMBER LOGISTIK

Masalah utama yang dihadapi oleh PDRM berkaitan dengan kelengkapan dan logistik
termasuklah kekurangan komputer yang merupakan kelengkapan asas yang penting pada
zaman moden ini di beberapa balai polis yang berada di kawasan pendalaman. Kekurangan
penggunaan komputer dalam proses perkhidmatan dikaitkan dengan infrastruktur teknologi
maklumat (IT) yang tidak bersepadu. Seterusnya perlunya kelengkapan yang lebih canggih
dalam beberapa bidang seperti kemudahan yang berteknologi tinggi, sistem pemantauan atas
talian dan sebagainya. Selain itu, PDRM turut mempunyai kekurangan bekalan beberapa
jenis kelengkapan rondaan dan persenjataan.

Rajah 7 : Motorsikal CBX 750 yang masih lagi digunakan walaupun usianya mencecah lebih
10 tahun.

10
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

3. ANALISIS SWOT

Analisis SWOT merupakan satu kaedah perancangan strategik yang mencari


Kekuatan (Strenght), Kelemahan (Weakness), Peluang (Opputunity) dan Ancaman (Treat)
terhadap sesuatu keputusan, krisis dan dasar yang akan dilaksanakan ataupun telah berlaku
dalam sesuatu organisasi. Pada kebiasaanya analisis SWOT ini dilakukan oleh organisasi
perniaagan dan korporat bagi menjana dan memperoleh pendapatan mahupun menyelesaikan
segala bentuk masalah yang timbul sehingga akhirnya menyebabkan prestasi sesebuah
syarikat merundum. Sejak akhir-akhir ini analisis SWOT tidak hanya digunakan oleh
organisasi yang berorentasikan keuntungan sahaja kerana berpendapat beberapa badan-badan
bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti politik telah mula mengamalkan
pendekatan analisis SWOT dalam setiap bengkel yang dianjurkan oleh organisasi-organisasi
tersebut.

Tugasan ini membincangkan analisis SWOT dalam organisasi Polis Diraja Malaysia
(PDRM) serta mengenalpasti tahap prestasi agensi perlindungan keselamat Negara yang
terulung itu.

11
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

3.1.KEKUATAN. (STRENGHT)

Kekuatan merujuk kepada faktor dalaman di dalam organisasi yang membantu kepada
pencapaian objektif. Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam PDRM ialah

3.1.1. AGENSI PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DAN KESELAMAT


TERTUA.

Polis Diraja Malaysia merupakan agensi penguatkuasaan undang-undang dan


keselamatan yang paling tua di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1807 melalui Piagam
Keadilan di Pulau Pinang. Kini PDRM telah Berjaya menjaga dan melindung Malaysia lebih
kurang 211 tahun. Hal ini menunjukkan agensi penguatkuasaan itu telah melalui pelbagai
situasi dan cabaran dalam mengekalkan keamanan Malaysia.

Beberapa insiden yang mengemparkan telah berjaya diselesaikan oleh PDRM sejak
zaman dahulu sehingga kini. Antaranya, operasi cawangan khas khususnya pasukan F pada
sekitar tahun 1975 hingga 1989 yang membawa kepada pemeteraian Perjanjian Haadyai pada
2 Disember 1989 sekaligus menamatkan perjuangan komunis di Malaysia.

Baru-baru ini insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah telah mengemparkan rakyat
Malaysia. PDRM telah menlancarkan “ops daulat” bagi menangani insiden tersebut.
Beberapa penganas telah ditembak mati dan ditangkap serta didakwa di mahkamah. Kejayaan
menangani pencerobohan bersenjata oleh pengganas ini merupakan kecemerlangan PDRM
yang ditunjukkan dalam mempertahankan keselamatan Malaysia. Selain itu, terdapat banyak
lagi bukti yang menunjukkan kecermerlangan PDRM dalam menjaga keamanan dan
keselamatan Negara sehingga badan Indeks Keamanan Global (GPI) meletakan Malaysia di
no 29 negara yang paling aman di dunia.

3.1.2. TERIMA PERUNTUKAN BANYAK DARI KERAJAAN.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu diantara institusi-institusi


keselamatan negara yang menjadi perhatian dalam pelan tindakan ini oleh pihak kerajaan.
Institusi kepolisan merupakan institusi keselamatan yang utama dalam memelihara
keselamatan negara, khususnya berkaitan dengan hal ehwal kestabilan keselamatan dan
keamanan dalaman negara. Dalam pembantangan bajet 2018 baru-baru ini PDRM telah

12
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

menerima peruntukan 9 bilion dari kerajaan bagi membantu memantapkan kesinambungan


agensi itu dalam memastikan keselamatan dan keamanan Negara.

3.1.3. MEMPUNYAI PENGAWAI DAN ANGGOTA MEMPUNYAI KEMAHIRAN


YANG TINGGI

Dalam merealisasikan cita-cita PDRM yang ingin mencapai tahap “World Class
Policing”. Semua warga PDRM perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang
penugasan. Bagi mencapai tujuan tersebut beberapa langkah telah diambil oleh pucuk
pimpinan PDRM antaranya menubuhkan Maktab PDRM yang terletak di Cheras Kuala
Lumpur. Tujuan maktab ini ditubuhkan untuk memberi latihan lanjutan kepada warga PDRM
agar mereka mempunyai kemahiran khas untuk menjalankan tugas. Selain itu, beberapa pusat
latihan telah ditubuhkan untuk melatih orang awam menjadi seorang Pegawai Polis yang
berdedikasi dan berdisiplin tinggi.

Setiap unit dan cawangan dalam PDRM kebanyakan mempunyai kemahiran dan
kepakaran khusus sebagai contoh, Unit Tindak Khas (UTK) mereka perlu melalui latihan
asas selama 3 bulan. Kemudian mereka akan diberi latihan lanjutan seperti kursus pengawal
pengiring rampat orang kenamaan, kursus counter terrorism dan lain-lain. Selain itu, bagi
cawangan lain-lain mereka mempunyai kursus dan latihan yang bersesiuaan dan bertepatan
dengan bidang penugasan masing-masing.

Rajah 8 : Kursus counter terrorism

13
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

3.2.KELEMAHAN (WEAKNESS)

Kelemahan merujukan kepada faktor dalaman di dalam organisasi yang memberikan


kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif. Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam
PDRM ialah:

3.2.1. GEJALA RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

Perlu mengakui bahawa gejala rasuah dan salah guna kuasa wujud dalam PDRM.
Sudah pasti keadaan ini telah mencalarkan nama baik pasukan. Berdasarkan senario dan
perkembangan semasa baru baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan dengan berita yang
menyatakan Pegawai polis telah ditangkap oleh SPRM kerana disyaki mengambil rasuah dan
melindungi aktiviti yang menyalahi undang-undang. Hal ini sedikit sebanyak telah
menghakis nama baik PDRM di pandangan mata masyarakat. Oleh itu gejala ini haruslah
dibendung secepat mungkin bagi menyakinkan masyarakat terhadap tahap profesionalisme.

Rajah 9 : Paparan berita mengenai warga polis disyaki terlibat dengan rasuah

3.2.2. SISTEM PENILAIAN TIDAK SISTEMATIK

Kebanyakan organisasi menilai kebolehan pekerjanya berdasarkan kejayaan di masa-


masa lalu. Bagaimanapun langkah ini kurang bijak kerana kemungkinan seseorang yang
menunjukkan potensi yang baik dalam sesuatu kerja, tidak semestinya berjaya atau

14
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

menunjukkan pestasi yang cemerlang di dalam kerja-kerja yang lain. Begitu jugak dengan
PDRM yang masih mengamalkan sistem penilaian yang terdahulu. Dimana melihat masa
lampau sebagai asas dalam membuat penilaian.

Oleh itu, sistem penilaian prestasi perlu memberi fokus kepada prestasi pekerja di
masa hadapan, dapat mengenalpasti pekerja-pekerja yang berpotensi dan mempunyai harapan
untuk meningkat serta mengekalkan prestasi kerjanya.

3.2.3. GAJI, ELAUN DAN SISTEM SARAAN

Isu gaji dan imbuhan sering kali dikaitkan dengan prestasi dan hasil kerja oleh pekerja
di sesebuah organisai. Permasalahan gaji dan imbuhan yang terima oleh anggota PDRM
bukan lah satu permasalahan yang baru. Masalah ini perlu dikaji secara menyeluruh serta
mengambil tindakan yang sewajar.

3.2.4. KEBAJIKAN

Soalan kebajikan sebenarnya merujuk kepada sejauh mana organisasi membantu


pekerja yang berada dalam organisasi untuk mendapatkan keselesaan. Walaupun PDRM telah
wujudkan unit kebajikan tetapi belum mencukupi untuk menjaga kebajikan warganya.
Sebagai contoh, sekiranya anggota yang berasal dari semenanjung Malaysia bertugas di
Sabah dan Sarawak mereka dibekalkan hanya setahun sekali sahaja tiket penerbangan untuk
melawat wilayah asal. Andaikan tiket itu telah digunakan dan sekiranya terdapat kecemasan
seperti kematian ahli keluarga mereka perlu menanggung sendiri kos perjalanan ke wilayah
asal.

Oleh itu, pihak pengurusan atas perlu memperbanyakkan tawaran kebajikan kepada
golongan pelaksaan di bawah demi meningkatkan tahap keselesaan hidup mereka.

15
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

3.3.PELUANG (OPPORTUNITIES)

Peluang adalah faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif kepada
pencapaian objektif. Berikut adalah peluang-peluang yang telah dikenalpasti dalam PDRM

3.3.1. KENAIKAN PANGKAT

Setiap orang yang menyertai PDRM mempunyai peluang kenaikan pangkat yang
sama. Kenaikan pangkat ini mempunyai beberapa kaedah yang telah diguna pakai seperti
kanaikan pangkat berdasarkan prestasi, kenaikan pangkat secara ini akan di beri kepada
mereka yang menunjukan prestasi kerja yang positif terhadap tugasan yang diamanahkan.

Keduanya kenaikan pangkat secara lantikan, kaedah ini merujuk kepada mereka yang
melepasi peperiksaan dalam perkhidmatan serta berjaya dalam temuduga akan dinaikan
pangkat sekaligus bertukar skim perkhidmatan dari kumpulan pelaksanaan kepada kumpulan
pengurusan professional.

Selain itu, Pegawai Polis yang menyertai PDRM juga mempunyai peluang kenaikan
pangkat berdasarka tempoh perkhidmatan (Time-Based)

16
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

Rajah 10 : YAB Perdana Menteri sedang menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada
Pegawai Rendah Polis PDRM

3.3.2. MENJADI AGENSI KESELAMATAN YANG TERBAIK.

Oleh kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu satunya penguatkuasaan
undang-undang di Malaysia yang sentiasa berurusan dengan orang awam. Ia mempunyai
potensi yang tinggi untuk menjadi harapan kepada masyarakat dalam hal melindungi
keselamatan dan keamanan masyarakat.

Hal ini telah terbukti dari zaman berzaman sebagai contoh sekiranya berlaku musibah
atau masalah seperti kemalangan jalanraya, pecah rumah, kecurian dan sebagainya agensi
pertama yang akan diminta bantu oleh rakyat adalah PDRM untuk menyelesaikan masalah
mereka. Oleh itu, PDRM merupakan agensi harapan rakyat untuk melindungi mereka.

3.3.3. KEPELBAGAIAN UNIT DAN CAWANGAN

PDRM mempunyai 10 jabatan. Setiap jabatan mempunyai pelbagai unit. Oleh itu,
seseorang menyertai PDRM mempunyai peluang untuk bertukar unit dan cawangan untuk
mendapat pengalaman dan pengetahuan baru.

17
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

3.4.ANCAMAN (THREATS)

Ancaman ialah faktor luaran yang membantutkan dan memberikan kesan negatif
kepada pencapaian objektif. Beberapa faktor yang menjadi ancaman kepada PDRM telah
dikenalpasti. Antaranya ialah

3.4.1. KESELAMATAN PEGAWAI POLIS DAN PEGAWAI RENDAH POLIS

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa ancaman keselamatan oleh penjenayah dan
penganas terutama IS terhadap Pegawai Polis dan Pegawai Rendah Polis PDRM serta
keluarga mereka. Perkara tersebut merupakan ancaman dan halangan kepada PDRM untuk
meneruskan keseinambungan dan kecemerlangan dalam menjalankan fungsi sebagai agensi
yang menjaga keselematan dan mengekalkan keamanan Malaysia. Sebagai contoh, baru-baru
ini seluruh rakyat Malaysia telah digemparkan dengan sebaran rakaman video IS yang
mengancam akan memanggal leher-leher Pegawai Polis terutamanya petugas bahagian E8
Counter Terrorism, Cawangan Khas.

3.4.2. TERDEDAH DENGAN TOMOHAN

Dalam menjalankan tugas kepolisan. PDRM sentiasa terdedah dengan pelbagai


tomohan seperti kelewatan dalam menjalankan siasatan terhadap sesuatu kes, mengasari
orang awam dan lain-lain. Keadaan ini berlaku kebanyakan ketika orang yang membuat
tomohan tidak mempunyai persefahaman tentang Standard Operating Procedure (SOP)
polis. Hal-hal seperti ini sentiasa mendapat perhatian netizen umum sehinggakan ada segelitir
masyarakat sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina PDRM.

18
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

4. LANGKAH PENYELESAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam analisis dan kajian yang berkaitan dengan permasalahan dan kekangan yang
dihadapi oleh PDRM. Pengkaji telah mencadangkan beberapa langkah penyelesaian dan
penambahbaikan untuk menyelesaikan permasalah yang dibangkitkan. Langkah-langkah
yang di cadangkan adalah seperti berikut :

4.1.MENANGANI MASALAH INTERGRITI GEJALA RASUAH DAN SALAH


GUNA KUASA SECARA SERIUS

Pihak pengurusan atasan perlu mengkaji secara menyeluruh tentang kewujudan


masalah ini. Pada asasnya, gejala ini berlaku disebabkan kekurangan kesedaran diri dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam hal ini pengkajian mencadangkan pihak
pengurusan mencari kaedah yang terbaik untuk menanamkan kesedaran diri kepada warga
PDRM supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah serta berpaksikan garis panduan
“intergriti amalan kita”

Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan atasan ialah dengan
mengadakan sesi motivasi, taklimat ringkas yang bermotifkan motivasi sebelum memulakan
penugasan, mendalami ilmu keagamaan serta mengamalkannya. Ini kerana setiap ajaran
agama menyuruh umat manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemugkaran.\

Selain itu, mengambil tindakan tegas terhadap setiap warga PDRM yang terlibat
dengan gejala yang tidak bermoral ini bagi menjaga imej pasukan keselamatan yang terulung
itu. Tindakan tegas yang dikenakan terhadap orang yang terlibat dengan gejala yang tidak
sihat ini boleh menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak terlibat dengan gejala itu.

4.2.KEBAJIKAN/PERUMAHAN

Soalan kebajikan ini ada kait rapat dengan keselesaan. Secara teori nya seorang
pekerja yang mempunyai keselesaan yang tinggi akan menghasilkan hasil kerja yang
berprestasi tinggi. Dalam hal ini pengkaji mencadangkan agar pihak pengurusan atasan
mengkaji semula soalan kebajikan terhadap warga PDRM. Salah satu langkah yang boleh

19
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

diambil adalah dengan menyediakan tempat tinggal yang mencukupi kepada Pegawainya. Ini
kerana hasil penyelidikan ini mendapat bahawa perumahan untuk Pegawai Polis PDRM
hanya disediakan untuk yang sudah berkeluarga sahaja. Apakah Pegawai Polis yang masih
lagi bujang tidak memerlukan tempat tinggal?

Penambahbaikan kebajikan yang sedia ada. Sebagai contoh memberikan waran tiket
khas kebajikan kepada Pegawai yang bertugas di Sabah dan Sarawak yang berasal dari
semenanjung dan sebaliknya untuk melawat keluarga yang menimpa musabah seperti
kematian ahli keluarga. Perkara seperti ini telah pun dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan lain
seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Selain itu, memberi lebihan peruntukan kepada unit kebajikan untuk kelancaran
dalam menjalankan tugas kebajikan kepada warga PDRM.

4.3.GAJI DAN IMBUHAN

Dalam soalan ini, pengkaji mencadangan agar kerajaan membuat kajian menyeluruh
terhadap permasalahan gaji dan imbuhan yang diterima oleh Pegawai PDRM. Sebagai
contoh, bayaran insentif perumahan yang diterima oleh Pegawai PDRM yang bertugas di
Lembah Klang adalah RM300, apakah jumlah itu mencukupi untuk menampung
pembelanjaan sewa rumah di Lembah Klang? Selain itu, PDRM tidak mempunyai sistem
bayaran lebih masa walaupun terpaksa berkerja lebih masa. Malahan mereka disifatkan
sebagai sentiasa bersedia (On call) dan boleh dikerahkan bila-bila masa sekiranya keadaan
memerlukan.

Memandang kajian lepas yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang
menyatakan pekerjaan Polis adalah pekerjaan yang paling tertekan. Sehubungan dengan itu,
mereka patut menerima bayaran yang setimpa dengannya.

4.4.SISTEM PENILAIAN

Pegawai penilai merupakan pemain utama dalam mencorakkan pemimpin dan sumber
manusia di dalam satu-satu organisasi. Dalam hal ini PDRM sewajarnya mewajibkan semua
Pegawai Pemerintah dan Ketua-Ketua Formasi serta Ketua Jabatan dan Daerah menjalani
kursus singkat mengenai penilaian prestasi. Ini bagi meningkatkan mutu penilaian prestasi
PDRM dan taraf kesahihannya tidak dipertikaikan dan menjadi rujukan utama. Kandungan
kursus juga perlu dirombak semula agar lebih komprehensif dengan dan bersesuaian dengan

20
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

peredaran semasa. Ini kerana salah satu kelemahan yang ketara dari sudut kumpulan
pelaksana ialah berkaitan dengan kurangnya kompetensi yang ada dan diperlukan oleh
Pegawai Penilai Prestasi untuk membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan
baik.

4.5.MEMPERKASAKAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Memperkasakan unit komunikasi korporat merupakan salah satu langkah adalah


menyampaikan maklumat serta perkembangan terkini tentang PDRM bagi memulihkan imej
Pasukan Keselamat Negara itu. Unit ini akan memainkan peranan sebagai pengantaraan
antara PDRM dangan stake holder yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Unit ini
bertanggungjawab sacara langsung dalam penyebaran dan memberi maklumat terkini tentang
PDRM kepada mayarakat melalui saluran media massa. Pemerkasaan boleh tambahkan lagi
dengan mewujudkan pusat komunikasi di setiap daerah bagi mencapaikan maklumat kepada
awam yang menjadi pelanggan utama dalam PDRM.

Selain itu, mewujudkan flatform yang boleh menjadi penghubung antara masyarakat
dengan PDRM seperti sistem penyebaran berita melalui email, sosial media dan sebagai nya.
Akhir sekali unit ini perlu berkerjasama dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
untuk menjadikan mereka sebagai jurucakap kepada masyarakat tentang PDRM.

21
PERHUBUNGAN AWAM SCCA 2073

5. RUJUKAN

Rozana binti Zakaria dan Abdul Hakim bin Mohamed 2011 "PENGUKURAN PRESTASI
BAGI PENGURUSAN FASILITI ORGANISASI KERAJAAN" publisher by Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Azura Abdul Rahman 21013 "Impak Pelaksanaan Gaji Minima ke atas Prestasi Kerja:
Kajian Terhadap Syarikat IKS di Kawasan Utara" publisher by Universiti Utara
Malaysia, Kolej Pengurusan Perniagaan, Sintok, Kedah,

Haji Mura, Faizillullahwati (2002) “Kajian faktor ganjaran dalam memotivasikan pekerja
sokongan :kajian di salah sebuah organisasi kerajaan” publisher by Universiti
Malaysia Sarawak, UNIMAS

Megat Ayop Megat Arifin, Abd. Halim Ahmad 2016 "Konsep integriti dalam Organisasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM): Satu tinjauan awal" publisher by Kolej Undang-
Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

Aedi Asri 2017 "Khalid akui wujud budaya rasuah dalam polis, tetapi…" publisher by
MToday News Sdn. Bhd

Hafiz Aziz 2017 "Kaji skim gaji polis" publisher by New Straits Times Press (M) Berhad

22

You might also like