Minit Mesyuarat Ppki Kali - 2 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUMAT, 08800 GUAR

CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KALI


KE-1/2018

Tarikh : 15 Januari 2018


Hari : Isnin
Masa : 1.15 Petang
Tempat : Kelas PPKI, SK Padang Lumat

HADIR :

1. En. Mohd Shokir Bin Sulaiman PK Pendidikan Khas


2. En. Shahrizal Anuar Bin Abd Rahim Guru PPKI
3. Pn. Nurul Shahida Binti Said Guru PPKI
4. Pn. Halwani Binti Harun Guru PPKI
5. Mohammad Syafiq Affandy Bin Zakaria Guru PPKI
6. Nurul Nadya Binti Ismail PPM

TIDAK HADIR:
1. Rosilah Binti Johari PPM

URUSETIA

1. En. Muhamad Bin Yahaya Setiausaha

AGENDA :

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mulakan majlis dengan umul kitab.

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan PPM kerana sudi
hadir pada mesyuarat hari ini.
3. Pengerusi mengucapkan tahniah di atas komitmen guru-guru dan PPM yang
telah bertungkus-lumus menjayakan pelbagai program yang telah dijalankan
sepanjang tahun 2017.

Tindakan : Semua guru & PPM / Makluman

II. PELANTIKAN JAWATANKUASA PPKI 2018

4. Buku Pengurusan PPKI 2018 telah disiapkan dan akan diedarkan kepada semua
guru dalam masa terdekat.
Tindakan : Pn. Halwani

5. Satu salinan Buku Pengurusan PPKI 2018 akan disimpan di bilik Penolong
Kanan Pendidikan Khas dan satu salinan akan ditempatkan di pejabat sekolah
sebagai rujukan pelawat.

6. Pelantikan jawatankuasa PPKI bagi sesi 2018 – rujuk Buku Pengurusan PPKI
2018.

7. Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Kokurikulum akan dijalankan berdasarkan ahli


jawatankuasa yang telah dilantik merujuk Buku Pengurusan PPKI 2018.

8. Pn. Halwani mencadangkan Pelantikan Jawatankuasa PPKI 2018 diterima.

9. Dan disokong oleh Pn. Shahida.

III. PENGESAHAN PUNGUTAN YURAN PIBG DAN BADAN KEBAJIKAN


P. KHAS

10. Jumlah pungutan semasa ialah RM 7630.


11. Senarai nama murid yang masih belum menyelesaikan sumbangan :

Nama murid Nilai belum diselesaikan Sumbangan tambahan


Muhammad Wafiq RM200
Muhammad Alif RM130
Muhammad Izwan Haikal RM130
Muhammad Syazani RM30
Ibrahim Belum bayar
Muhammad Syarul Belum bayar
Nurul Najiha RM20

12. Sumbangan PIBG untuk 24 orang murid adalah sebanyak RM1200.

13. Perbelanjaan semasa adalah sebanyak RM2400 untuk pembelian baju sukan
murid dan RM691 untuk alat tulis.

14. Baki terkini bagi tarikh 15.1.2018 ialah sebanyak 3062.

15. Baju sukan murid untuk rekaan terbaru dengan fabrik microfiber diambil saiz
semula bagi setiap orang murid kerana potongan tidak sama bagi rekaan ini.

IV. LAPORAN AKTIVITI 2017

15. Telah berjalan 34 program sepanjang tahun 2017


- rujuk lampiran

V. PERANCANGAN 2018

16. Terdapat 3 projek mega yang telah dirancang bagi tahun 2018 iaitu Projek
ladang tebu dan ubi kayu kerjasama dengan PIBG, Projek Akuaponik dan Projek
Penternakan Burung Puyuh Telur.

17. Lawatan fasa pertama bagi tahun 2018 adalah lawatan ke Cameron highland
dan Lost world of tambun dengan tarikh cadangan pada 25 dan 26 April 2018.

Tindakan : Pn. Halwani

18. Hari Keluarga PPKI akan dijalankan pada 9 Mei 2018 dengan tempat cadangan
adalah pantai merdeka, pulau sayak dan Pawana Beach Resort.
19. Perkhemahan pengakap PPKI SKPL akan dijalankan di Pawana Beach Resort
pada 18 dan 19 Oktober 2018.
Tindakan : En. Sharilzal

20. Pada tahun 2018 Kelab Keusahawanan PPKI SKPL akan menjalankan hari
keusahawanan sebulan sekali pada hari rabu iaitu hari kokurikulum sekolah.

21. Menu makanan yang dijual akan bertukar-tukar bagi setiap minggu hari
keusahawanan.

22. Surat makluman hari keusahawan akan disediakan dan diedarkan kepada
semua waris sebagai makluman aktiviti.

23. Aktiviti jualan akan bermula pada pukul 11 pagi.

24. Menu untuk minggu pertama ialah manggi cup, sosej dan air sirap.

Tindakan : En. Syafik

25. Baucer makanan bernilai RM5 akan dijual kepada murid-murid PPKI untuk
dibelanjakan pada hari tersebut.

VI. KURIKULUM

26. En. Shokir mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang
terlibat dalam PASR dan setiausaha PASR tahun 2017 kerana telah berjaya
melaksanakan PASR dengan jayanya.

27. 4 calon telah menduduki PASR bagi sesi 2017 dan seorang calon telah
mendapat keputusan kompeten terpuji iaitu Mubarak bin Mat Isa dan 3 lagi calon
beroleh keputusan kompeten.

28. Sepanjang berlangsung PASR 2017 PPKI SKPL telah dikunjungi sebanyak dua
kali oleh pentaksir negeri iaitu Pn. Shahnar dan dua kali oleh wakil lembaga
peperiksaan iaitu En. Shuhaimi Yob.

29. Bagi tahun 2018 untuk PASR PPKI SKPL tiada calon.
30. En. Shokir mengucapkan terima kasih kepada En. Syafik kerana telah
menyiapkan jadual waktu bagi sesi 2018 dan telah diedarkan kepada guru-guru.

31. Jadual waktu sedia ada akan dimurnikan lagi dari masa ke semasa.

32. Waktu yang paling tinggi bagi seorang guru adalah 24 waktu dalam seminggu
dan bagi tahun 2018 jadual waktu adalah berdasarkan 40 minggu persekolahan.

Tindakan: Makluman

33. Jadual waktu ganti bagi guru tidak hadir akan dilaksanakan untuk semakan
jemaah nazir (JNJK).

34. Penolong Kanan Pendidikan Khas akan menyediakan jadual ganti.

35. Borang jadual waktu ganti akan disediakan bagi guru ganti dan perlu diisi oleh
guru yang mengganti waktu guru tidak hadir.

36. ABM bagi tahun 2018 adalah 4 kelas,27 orang murid, 7 orang guru dan 2 orang
PPM.

37. Guru sudah mencukupi dan masih kekurangan seorang PPM.

38. Setiap panitia harus menyediakan fail panitia dan sekurang-kurangnya harus
menyediakan 4 minit mesyuarat bagi sesi 2018.

39. Ketua panitia dan AJK panitia rujuk buku pengurusan.

40. Format RPH bagi sesi 2018 adalah mengikut panitia masing-masing dan
diberikan kebebasan.

41. RPH bagi sesi 2018 digalakkan menggunakan RPH PAK21.

42. Bagi pelaporan PBS setiap guru harus menyediakan fail perkembangan murid.

Tindakan: Semua guru

43. En. Syafik mencadangkan disediakan fail individu setiap murid dan pembahagi
mengikut subjek.
44. Sistem E-RPI masih tidak dapat diakses dan guru perlu menggunakan cetakan
yang lama dahulu sehingga diberitahu.

45. Manakala bagi program Inklusif fail perlu dikemaskini untuk tahun 2018 dan
harus disediakan pelaporan dan minit curai.

Tindakan: Pn. Halwani

46. Sasaran kementerian bagi tahun 2018 ialah 45% untuk program inklusif.

47. Subjek yang akan dijalankan program inklusif bagi tahun 2018 adalah subjek
Pendidikan Jasmani sahaja.

48. Pastikan RPH guru perdana dan guru PPKI ditulis inklusif bagi program ini.

49. Contoh RPH guru yang terlibat perlu dimasukkan dalam fail program inklusif.

Tindakan: Pn. Halwani

50. Murid PPKI yang terlibat dalam program inklusif ini ialah murid tahun 5 Maju.

51. Semua minit curai yang terlibat dalam program inklusif perlu dimasukkan ke
dalam fail inklusif.
Tindakan: Pn. Halwani

52. Manakala bagi sukatan DSKP untuk tahun 1 dan 2 haruslah menggunakan
semakan 2017.

53. Bagi tahun 4 dan 5 guna sukatan yang lama.

54. Pencerapan akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan.

55. Semua guru pendidikan khas akan dicerap oleh Penolong Kanan Pendidikan
Khas.

56. Bagi program transisi pendidikan khas guru menggunakan analisis tugasan.
VII. HEM

57. Penyelaras HEM PPKI SKPL bagi sesi 2018 ialah Pn. Shahida.

58. Guru kelas haruslah mengemaskini APDM bagi semua kelas mengikut ABM
semasa.

Tindakan: Guru kelas

59. Pendaftaran dua orang murid baru iaitu syarul dan Ibrahim telah di masukkan
kedalam APDM.

60. EMK fasa 3 bagi tahun 2017 masih belum selesai akibat kesilapan teknikal.

61. Bagi permohonan EMK baru masih belum dibuka.

62. Guru kelas haruslah mengemaskini maklumat terbaru murid dalam APDM untuk
permohonan EMK seterusnya.
Tindakan: Guru kelas

63. Terdapat seorang murid perdana yang terlibat dengan permohonan EMK iaitu
Mukriz dari tahun 5 Bijak.

64. Kedatangan murid setakat ini adalah baik.

65. Azry dan Muhaimin akan isi maklumat kedatangan buku HEM setiap pagi.

66. Manakala bagi lantikan pengawas sesi 2018, Azry dan Muhaimin adalah lantikan
baru pengawas PPKI.

67. Semua pengawas PPKI akan terlibat dengan Kem Kepimpinan di Gua
Tempurung pada 9 hingga 10 Februari 2018 yang dijalankan bersama-sama
Sekolah Rendah Ladang Harvard.

68. Buku teks tahap satu semakan masih belum mencukupi manakala buku teks
untuk tahap dua mencukupi dan telah diedarkan kepada murid.

69. Banyak stok buku teks tahun 6 sampai walaupun tidak dimohon.
70. Buku stok buku teks haruslah dikemaskini berdasarkan stok semasa.

Tindakan: Pn. Rosilah

71. Buku rekod kehadiran murid haruslah dilengkapkan oleh guru kelas dimana
semua maklumat murid haruslah dilengkapkan untuk semakan pentadbir.

Tindakan: Guru kelas

72. Tugasan mingguan guru-guru pendidikan khas rujuk kepada buku pengurusan.

Tindakan : Guru PPKI

73. Guru kelas menjalankan pelantikan ketua kelas, penolong ketua kelas dan jadual
tugasan harian murid-murid.

Tindakan : Guru Kelas

74. Bagi keceriaan kelas, guru haruslah menyediakan sudut hasil kerja murid dan
akan diadakan pertandingan keceriaan kelas untuk menarik minat murid-murid
menceriakan bilik darjah.

75. Peruntukan RM50 diperuntukan untuk keceriaan kelas.

Tindakan: Guru kelas

76. Murid memakai uniform sekolah lengkap pada hari ahad, hari isnin, selasa dan
khamis murid akan memakai pakaian sukan manakala pada hari rabu murid
akan memakai uniform pengakap lengkap.

77. Guru perlu peka berkaitan kebajikan murid dan jika ada masalah berkaitan
kewangan murid boleh mengambil duit elaun masing-masing.

78. Guru kelas perlu menyenaraikan murid yang mempunyai masalah contohnya,
anak yatim, ibu tunggal, penceraian dan sebagainya.

79. Borang SMM telah selesai diisi oleh semua waris.

80. Pengurusan harian di kantin sekolah akan melibatkan guru bertugas, pengawas
PPKI dan PPM.
81. Buku pengurusan harian dan mingguan PPM akan disediakan oleh Penolong
Kanan Pendidikan Khas dan akan diisi oleh PPM setiap hari.

VIII. KOKURIKULUM

82. Aktiviti dan perjumpaan kelab usahawan dan unit uniform akan dijalankan 12 kali
setahun.

83. Setiap hari rabu adalah hari kokurikulum dan waris akan dimaklumkan murid
akan pulang lewat.

84. Perjumpaan unit uniform dan kelab keusahawan akan dijalankan secara bergilir-
gilir dan sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal.

85. Olahraga PPKI peringkat negeri 2018 akan diadakan di Sk Air Putih, Pendang
pada 4 April 2018.

86. Kejohanan balapan dan padang PPKI peringkat daerah KMY akan diadakan
pada 5 hingga 7 Mac 2018.

87. Latihan bermula minggu ini hingga hari kejohanan.

88. Anis berkemungkinan akan mewakili sekolah bagi kategori murid perdana.

89. Majlis Tilawah Al- Quran MTQ peringkat negeri akan diadakan pada 6
September di Politeknik Sultanah Bahiyah dan peringkat daerah
berkemungkinan akan dijalankan pada bulan 4.
Tindakan: Makluman

90. Bagi MTQ kali ini PPKI akan memohon sumbangan PIBG berjumlah RM300
untuk baju nasyid baru PPKI SKPL.
Tindakan: Makluman

91. Karnival Permainan Pendidikan Khas peringkat negeri akan diadakan pada 14
Mei 2018.
Tindakan: Makluman

92. Karnival Permainan Petanque peringkat negeri akan diadakan pada 15 Mei 2018
di Gelanggang MADA Bt. 17 anjuaran PPD KMY.
Tindakan: Makluman

93. Karnival Kesenian Pendidikan Khas akan diadakan pada 25 Oktober 2018.

Tindakan: Makluman

94. Agoneree Negeri pengakap akan diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2018 di
Sungai Iboi Baling Kedah.
Tindakan: Makluman

95. Karnival Kemahiran Pendidikan Khas peringkat negeri akan diadakan pada 9
Ogos 2018 di SMK Pokok Sena 2.

Tindakan: Makluman

96. Majlis Anugerah Cemerlang Pendidikan Khas Negeri Kedah akan diadakan pada
11 Oktober 2018.
Tindakan: Makluman

97. Murid tahap dua sahaja yang terlibat dengan PAJSK.

98. Ujian SEGAK hanya dijalankan di peringkat dalaman.

99. Terapi alternatif akan dijalankan mengikut takwim aktiviti yang telah dirancang,
rujuk buku pengurusan.
100. Pertandingan Petanque Inklusif peringkat negeri akan dijalankan buat julung
kalinya yang melibatkan peserta trio yang terdiri daripada murid pendidikan khas
dan murid aliran perdana.

101. Perkhemahan tahunan sekolah akan diadakan pada bulan Oktober.

IX. HAL- HAL LAIN

102. En. Shokir mengingatkan semua guru dan PPM untuk mengemaskini semua fail
melibatkan semua bidang pengurusan PPKI termasuklah fail Kurikulum, HEM
dan Kokurikulum.

103. En. Sharilzal mengingat smua guru dan PPM berkaitan aktiviti terdekat iaitu
terapi bowling pada 29 Januari 2018.
104. Pn. Rosilah mencadangkan untuk membeli peti ais baru bagi kelab
keusahawana PPKI SKPL kerana peti ais lama telah rosak setelah beberapa kali
diperbaiki masih tidak dapat berfungsi dengan baik.

X. PENUTUP

105. En. Shokir mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM yang
meluangkan masa untuk mesyuarat kali ini.

106. Mesyuarat Guru Pendidikan Khas kali ke 1/2018 ditangguhkan pada pukul 3.30
petang.

Di sediakan oleh , Disahkan oleh,

…………………………………… …………………………………….
(Muhamad Bin Yahaya) (Mohd Shokir bin Sulaiman)
Setiausaha Mesyuarat Guru PPKI, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SK Padang Lumat. SK Padang Lumat

You might also like