Kemalangan Maut Yang Kerap Berlaku Kebelakangan Ini Berpunca Daripada Kecuaian Manusia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kemalangan maut yang kerap berlaku kebelakangan ini berpunca

daripada kecuaian manusia. Sejauh manakah anda bersetuju?

Dalam era mengejar kemewahan ini, masyarakat terlibat


dalam pelbagai kerja yang menguntungkan amalan kehidupan
mereka. Hal yang paling menyedihkan ialah masyarakat terlalu
sibuk dalam kehidupan harian mereka sehingga tidak dapat
memenuhi keperluan harian mereka seperti menjaga keselamatan
mereka. Isu ini menyebabkan kehilangan nyawa dalam kalangan
masyarakat kerana mereka tidak berhati-hati dalam hal yang
mereka terlibat seperti memandu dan mengendalikan mesin
elekronik dan sebagainya. Rekod kematian di Malaysia dikatakan
sesetengah masyarakat mengalami kematian kerana terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Kerajaan telah mengambil pelbagai
langkah dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan
masyarakat. Namun begitu, masyarakat leka dalam menjamin
keselamatan dan keharmonian kehidupan mereka. Kerajaan harus
bercepat dalam mengambil tindakan atas kecuaian masyarakat
dalam menjaga keselamatan mereka sebelum nasi menjadi bubur.

Kecuaian majikan atas keperluan dan keselamatan pekerja


membendung kepada isu yang serius seperti kematian dan
kehilangan anggota badan. Hal ini demikian kerana majikan lebih
tertumpu terhadap keuntungan syarikat berbanding kesejatheraan
pekerja.
Contohnya, majikan memberi kerja-kerja berat yang susah
dikendalikan oleh pekerja yang boleh menjurus kepada kematian
atau kebahayaan kepada pekerja di kilang. Tambahan pula,
majikan menggunakan mesin-mesin yang lama atau kurang
memuaskan boleh menyebabkan kecederaan kepada pekerjaan
yang mungkin menjurus kematian kepada pekerja. Hal ini
merupakan kecuaian majikan dalam meneliti ketahanan mesin dan
harus menimbang rasa dalam kepentingan keselamatan pekerja.
Jelaslah, majikan perlu berkelakuan berhemah tinggi dalam
menyediakan pekerjaan yang sempurna bagi menjamin
keselamatan pekerja.

Seterusnya, pemandu yang bijak dalam mengendalikan dan


memandu kereta dapat mengelakkan kehilangan nyawa di jalan
raya. Hal ini disebabkan oleh kecuaian pemandu di jalan raya
boleh menyebabkan kebahayaan kepada pemandu-pemandu
kereta yang lain. Sebagai contohnya, pemandu yang
mengantuk,mabuk dan leka dalam perjalanan kereta akan
tergendala dalam kemalangan jalan raya. Pemandu kereta juga
tidak mematuhi undang-undang jalan raya lalu cuai mengendalikan
kereta.hal ini boleh terus menyebabkan kemalangan jalan raya.
Oleh sebab itu, masyarakat harus berhati -hati dan mematuhi OPS
Jalan Raya agar dapat mempunyai perjalanan yang selamat dan
aman. Dengan itu, keselmatan pemandu dapat terjamin.
Kematian di rumah merupakan isu hangat dalam kalangan
masyarakat kini. Kanak-kanak yang tidak mempunyai perhatian ibu
bapa boleh menbahayakan nyawa sendiri dengan peralatan-
peralatan yang terdapat di rumah. Sebagai contohnya, kanak-
kanak boleh mengambil pisau lalu mencederakan diri sendiri.
Tambahan pula, kanak-kanak boleh masuk dalam mesin basuh
tanpa perhatian ahli keluarga. Hal in jelas menunjukkan boleh
mencabut nyawa kanak-kanak yang tidak mengenali apa-apa
selain selalu berada dalam pangkuan ibu bapa. Maka, kecuaian
ibu bapa atas keselamatan anak-anak boleh membahayakan
nyawa anak-anak. Oleh itu, ibu bapa harus bertanggungawab atas
mengajar anak-anak tentang menjaga keselamatan diri. Lebih-
lebih lagi, mereka harus menjaga anak-anak kecil dengan baik
agar dapat mengelakkan kemalangan maut.

Kompleks beli-belah merupakan tempat orang ramai


mengunjungi semasa cuti harian atau cuti peristiwa. Keadaan
peralatan atau mesin yang kurang memuaskan boleh
menyebabkan kematian kepada pengguna. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengguna yang menggunakan peralatan yang
rosak atau kurang berguna boleh menyebabkan kebahayaan
kepada mereka. Contohnya, tangga elektronik yang rosak boleh
menjatuhkan pengguna yang menggunakan mesin tersebut.
Tambahan pula, suis yang rosak boleh menyebabkan kejutan
elektrik kepada penguna. Maka, penyelia mesin di kompleks beli-
belah pelu memastikan kerja-kerja penambah baikkan dilakukan
dengan baik agar dapat menjamin keselamatan masyarakat.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang boleh
menyebabkan kemalangan maut pada masyarakat jika pihak yang
bertanggungjawab cuai dalam kegiatan mereka. Oleh itu,
masyarakat harus mengadakan ceramah dan bersatu padu agar
dapat mengelakkan perbuatan cuai dalam kalangan masyarakat
agar kehidupan masyarakat terjamin. Kesedaran dan tindakan
yang jitu daripada masyarakat adalah amat diharapkan agar dapat
mengelakkan kemalangan maut dari pelbagai aspek kerana
kehilangan nyawa hanya akan menyebabkan kesedihan dan
kehilangan tempat bergantung kepada generasi muda.

You might also like