Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BAHAGIAN A

(20 Markah)

1. Antara berikut, yang manakah definisi sains yang terbaik?


A. Sains ialah kajian tentang objek di alam semesta.
B. Sains ialah fenomena semula jadi yang berlaku di sekeliling kita.
C. Sains ialah pengetahuan yang diperoleh daripada kajian tentang manusia.
D. Sains ialah pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan kajian yang sistematik terhadap
fenomena semula jadi.

2. Rajah di bawah menunjukkan suatu simbol. Apakah maksud simbol itu?

A. Mudah terbakar
B. Merengsa
C. Beracun
D. Mudah meletup

3. Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah unit S.I. bagi mengukur suhu?
A. Kilometer
B. Gram
C. Kelvin
D. Minit

4. Berikut adalah pernyataan berkaitan dengan satu sel haiwan.

Sel terkecil dalam badan manusia

Boleh bergerak sendiri

Antara sel berikut, yang manakah diperihalkan oleh pernyataan itu?


A. Sel ovum B. Sel sperma.
C. Sel darah putih. D. Sel darah merah.

5. Rajah menunjukkan satu pemerhatian yang diperoleh dalam satu eksperimen.

Apakah susunan bagi ketumpatan bahan-bahan di atas secara turutan menurun?


A. Besi, air, kayu, polisterin B Polisterin, kayu, air, besi
C. Besi, kayu, air, polisterin D Air, polisterin, kayu, besi

1
6. Aiman sedang berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Antara berikut, yang manakah merupakan
mekanisme pembetulan yang dihadapi oleh Aiman?
A. Otot rangka mengecut dan mengendur dengan aktif.
B. Bulu roma menegak.
C. Salur darah mengembang.
D. Kurang berpeluh

7. Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan pembiakan seks?
A. Melibatkan sel pembiakan.
B. Berlaku kepada tumbuhan berbunga.
C. Berlaku kepada manusia.
D. Berlaku kepada organisma ringkas (Hydra)

8. Rajah di bawah menunjukkan interaksi dalam suatu ekosistem.

Antara padanan berikut, yang manakah mempunyai interaksi yang sama seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di atas?

Organisma Interaksi

A Buran dan umang – umang Mutualisme


B Ikan remora dan ikan jerung Komensalisme
C Cacing tanah dan ayam Mangsa – pemangsa
D Kutu dan manusia Parasitisme

9. Apakah peranan burung hantu yang dipelihara di kawasan ladang kelapa sawit?
A. Membantu pendebungaan.
B. Menyediakan baja organik.
C. Menghalang penyakit kelapa sawit.
D. Mengawal populasi perosak.

10. Manakah kelas makanan dan contohnya yang tidak dipadankan dengan betul?

Kelas makanan Contoh

A. Lemak Keju
B. Protein Ikan
C. Pelawas Pisang
D. Karbohidrat Tauhu

2
11. Ananthan mengalami cirit – birit dan muntah selepas minum minuman yang tercemar.
Apakah penyakit yang mungkin dihidapinya?
A. Diabetis
B. Malaria
C. Taun.
D. Kanser

12. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang vaksin?


A. Vaksin adalah sejenis antibodi
B. Vaksin adalah sejenis sel darah putih
C. Vaksin adalah sejenis plasma darah
D. Vaksin adalah sejenis patogen yang dilemahkan atau telah mati

13. Antara bahagian sistem respirasi manusia, yang manakah terlibat dalam pertukaran gas?
A. Alveolus
B. Trakea
C. Rongga hidung
D. Bronkiol

14. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas suatu eksperimen.

Apakah yang berlaku kepada bacaan termometer di akhir eksperimen?


A. Tiada perubahan
B. Meningkat
C. Berkurang
D. Berubah-ubah

15. Rajah menunjukkan seekor belalang. Apakah struktur respirasi bagi haiwan ini?
A. Insang
B. Peparu
C. Trakea
D. Kulit luar yang lembap

3
16. Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan penutupan stoma pada waktu malam?
A. Kepekatan glukosa di dalam sel pengawal berkurang
B. Air meresap masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis
C. Sel pengawal boleh menjalankan fotosintesis
D. Sel pengawal menjadi segah dan membengkok

17. Antara berikut, yang manakah fungsi sel darah merah?

A. Mengawal atur suhu badan


B. Membebaskan karbon dioksida berlebihan daripada badan
C. Menyerap oksigen dari atmosfera ke dalam badan
D. Mengangkut oksigen dan karbon dioksidake seluruh badan

18. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran darah ikan.

Apakah X dan Y?

X Y
A. Hati Jantung
B. Jantung Insang
C. Insang Jantung
D. Jantung Hati

19. Organisma manakah mewakili aras trofik yang betul?

Organisma Aras trofik


A. Katak Pengguna primer
B. Pokok padi Pengurai
C. Ular Pengguna tertier
D. Belalang Pengguna sekunder

4
20. Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tropisme tumbuhan.

Apakah jenis tropisme yang ditunjukkan oleh benih itu?

A. Fototropisme positif dan hidrotropisme positif


B. Fototropisme positif dan geotropisme positif
C. Hidrotropisme positif dan geotropisme positif
D. Fototropisme negatif dan hidrotropisme negatif

Isikan jawapan anda pada ruang di bawah.

JAWAPAN BAHAGIAN A

1 D 11 C

2 C 12 D

3 C 13 A

4 B 14 B

5 A 15 C

6 D 16 A

7 D 17 D

8 C 18 B

9 D 19 C

10 D 20 A

5
BAHAGIAN B
(20 Markah)

1. Rajah menunjukkan bagaimana imej terbentuk pada retina mata melalui mekanisme penglihatan.

Lengkapkan carta aliran berikut menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.

Saraf optik diterbalikkan imej songsang dibiaskan mentafsirkan

Sumber cahaya jatuh pada objek dan dipantulkan ke semua arah.

Cahaya daripada objek memasuki mata.

Sinar cahaya (i) dibiaskan oleh kanta mata.

(ii) imej songsang terbentuk pada retina

Impuls saraf dari retina dihantar ke otak melalui (iii) Saraf optik

Otak (iv) mentafsirkan impuls saraf dan membolehkan seseorang


melihat objek dalam keadaan tegak

(4 markah)

6
2. (a) Rajah di bawah menunjukkan struktur jantung manusia. Labelkan rajah di bawah menggunakan
perkataan yang diberikan

Arteri pulmonari Aorta Ventrikel kiri Vena kava

I. ARTERI PULMONARI
III. AORTA

II. VENA KAVA

IV.VENTRIKEL KIRI

(2 markah)

(b). Tuliskan BENAR atau PALSU bagi pernyataan yang berikut.

Pernyataan Benar / Palsu


i. Aorta membawa darah beroksigen keluar dari jantung menuju ke sel-sel badan
BENAR
ii. Dinding ventrikel kiri lebih nipis daripada ventrikel kanan
PALSU

(2 markah)

3. Rajah di bawah menunjukkan sistem pencernaan manusia. P,Q,R,S,T dan U ialah


organ-organ yang terlibat dalam system tersebut.

7
(a) Susun huruf- huruf P,Q,R,S,T dan U dalam urutan yang betul untuk menunjukkan laluan
makanan dalam sistem pencernaan manusia.

P S T U Q R

(1 markah)

(b) Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh makanan.

(a). Padankan setiap kelas makanan berikut dengan fungsinya.

P i. Melindungi badan daripada pelbagai penyakit

Q ii. Membekalkan tenaga untuk proses hidup

iii. Menghasilkan sel baharu untuk pertumbuhan


R
(3 markah)

4. Rajah menunjukkan seorang kanak-kanak sedang kesejukan.

8
(a) Berdasarkan rajah di atas tentukan sama ada pernyataan yang diberi adalah Benar atau Palsu.
Tuliskan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pernyataan Benar / Palsu


Suhu badan kurang daripada 37°C. BENAR
Salur darah mengembang. PALSU
Bulu roma condong ke kulit. PALSU
Melibatkan sistem perkumuhan dan sistem endokrin. BENAR
(2 markah)
(b) Gariskan jawapan yang betul tentang homeostasis.
i. Homeostasis ialah pengekalan keadaan persekitaran (luar / dalam) badan supaya sentiasa berada
dalam keadaan seimbang dan stabil.

ii. (Jantung / Otak) bertindak sebagai pusat kawalan yang menghasilkan mekanisme pembetulan
dalam homeostasis.
(2 markah)

5.(a).Rajah menunjukkan 3 jenis salur darah dalam badan manusia.


Tuliskan jawapan yang betul dalam jadual dengan menggunakan perkataan yang diberikan. .

Kapilari darah Vena Arteri

P ARTERI

Q VENA
R KAPILARI DARAH
(2 markah)
(b). Nyatakan satu perbezaan di antara salur darah P dan Q.
P/ ARTERI MEMPUNYAI DINDING BEROTOT YANG TEBAL/TIADA INJAP
MANAKALA Q/ VENA MEMPUNYAI DINDING BEROTOT YANG NIPIS/ ADA INJAP
(1 markah)
(c) Nyatakan struktur dalam salur darah P yang tidak ditunjukkan dalam rajah di atas.

ADA INJAP
(1 markah)

9
BAHAGIAN C
(60 Markah)
6. Rajah di bawah menunjukkan satu model yang digunakan untuk mengkaji mekanisme pernafasan.

(a). Nyatakan bahagian sistem respirasi manusia yang diwakili oleh bahagian yang berikut.
i. Balang kaca :SANGKAR RUSUK iii. Belon:PEPARU
ii. Kepingan getah :DIAFRAGMA
(3 markah)
(b). Nyatakan proses dalam pernafasan yang berlaku pada manusia jika :
i. Kepingan getah nipis di tarik ke bawah:
MENARIK NAFAS
(1 markah)
ii. Kepingan getah nipis di tolak ke atas:
MENGHEMBUS NAFAS
(1 markah)
(c). Rajah di bawah menunjukkan proses pertukaran gas di dalam alveolus manusia.

Q : KARBON DIOKSIDA

P : OKSIGEN

i. Labelkan P dan Q dengan menamakan gas yang terlibat dalam proses ini. (2 markah)

ii.Namakan proses yang terlibat dalam pertukaran gas di antara dinding alveolus dengan kapilari darah.
PROSES RESAPAN
(1 markah)
iii. Nyatakan 2 ciri penyesuaian alveolus dalam meningkatkan kecekapan sistem respirasi.
1. MEMPUNYAI DINDING YANG NIPIS SETEBAL 1 SEL
2. MEMPUNYAI BANYAK JARINGAN KAPILARI DARAH
3. PERMUKAAN ALVEOLUS YANG LEMBAP
(2 markah)

10
7. Rajah di bawah menunjukkan sampel darah yang diperhatikan di bawah mikroskop.

(a). Namakan komponen-komponen darah dalam rajah di atas.

i. P : SEL DARAH MERAH


ii. Q : PLASMA DARAH
iii. R : SEL DARAH PUTIH
iv. S : PLATLET
(2 markah)

(b). Namakan satu kaedah yang biasa digunakan untuk memisahkan komponen-komponen darah.

KAEDAH EMPARAN DARAH


(1 markah)

(c). Seorang mangsa kemalangan jalan raya telah kehilangan darah yang banyak. Dia disahkan
mempunyai darah daripada kumpulan B.
Jadual menunjukkan empat orang ingin menjadi penderma darah.

Penderma darah Kumpulan darah


Saiful A
Erica B
Suzy AB
Nobita O

i. Penderma darah yang manakah sesuai untuk mendermakan darah kepada mangsa tersebut?

ERICA DAN NOBITA


(1 markah)
ii. Terangkan kesan kepada mangsa tersebut sekiranya dia menerima darah daripada Suzy?

MANGSA TERSEBUT AKAN MATI AKIBAT PENGGUMPALAN DARAH


(1 markah)
iii. Kumpulan darah yang manakah merupakan penerima universal?
AB
(1 markah)

11
(d). Persatuan Bulan Sabit Merah menganjurkan kempen 'Jom Derma Darah' untuk mengisi tabung darah.
Terdapat tiga individu yang berminat untuk menyertai kempen tersebut. Jadual menunjukkan umur,
jantina dan jisim badan mereka.

Individu Umur (tahun) Jantina Jisim badan (kg)


1 15 Lelaki 62
2 30 Perempuan 70
3 61 Lelaki 66

i. Berdasarkan jadual di atas, individu yang manakah paling sesuai untuk menderma darah?
Terangkan jawapan anda.
INDIVIDU 2. HAL INI DISEBABKAN DIA MEMENUHI SYARAT UMUR 18 TAHUN KE ATAS
TETAPI KURANG DARIPADA 60 TAHUN. DIA JUGA MEMENUHI SYARAT JISIM BADAN
MELEBIHI 45KG
(2 markah)
ii. Berikan dua kepentingan menderma darah?
1. DAPAT MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN
2. DAPAT MERAWAT PESAKIT LEUKEMIA
3. UNTUK PEMBEDAHAN
(2 markah)

8.Rajah di bawah menunjukkan bahagian yang terdapat pada suatu tumbuhan.

(a). Namakan struktur X?


BERKAS VASKULAR
(1 markah)
(b). Nyatakan fungsi bagi struktur yang berikut.
i. Xilem:
MENGANGKUT AIR DAN BAHAN MINERAL DARI AKAR KE DAUN MELAUI BATANG
UNTUK FOTOSINTESIS DAN TRANSPIRASI
(1 markah)
ii. Floem:
MENGANGKUT MAKANNA/SUKROSA DARI DAUN KE BAHAGIAN LAIN TUMBUHAN
SEMASA FOTOSINTESIS
(1 markah)

12
(c). Rajah di bawah menunjukkan keadaan batang tumbuhan selepas beberapa minggu apabila satu lilitan
tisu pada batang berkayu dibuang.

Terangkan mengapa bahagian atas gegelang itu membengkak.


1. APABILA LILITAN BATANG KAYU DIBUANG, BAHAGIAN FLOEM JUGA DIBUANG.
2. OLEH ITU BAHAN MAKANAN TIDAK DAPAT DIANGKUT MELALUI FLOEM
3. INI MENYEBABKAN BAHAGIAN ATAS GEGELANG MEMBENGKA DAN
MENYEBABKAN PENGUMPULAN MAKANAN.
(3 markah)

(d). Rajah di bawah menunjukkan satu pokok herba yang tidak disiram air selama beberapa hari.

i. Namakan proses yang menyebabkan keadaan tumbuhan ini.


PROSES TRANSPIRASI
(1 markah)
ii. Nyatakan satu inferens tentang pokok itu.
POKOK ITU LAYU KERANA KEKURANGAN AIR.
(1 markah)
(e). Rajah di bawah menunjukkan kawasan sekolah untuk meletakkan pokok herba itu.

Berdasarkan rajah di atas, jelaskan mengapa kawasan P sesuai untuk meletakkan pokok herba itu.
KAWASAN P DAPAT MENGELAKKAN POKOK HERBA ITU TERDEDAH SECARA TERUS
KEPADA CAHAYA MATAHARI YANG AKAN MENYEBABKAN TRANSPIRASI
MENINGKAT.

(2 markah)

13
9. Amir dan Cindy bercadang untuk menghabiskan masa pada hujung minggu dengan melakukan
beberapa aktiviti rekreasi. Sebelum memulakan aktiviti, mereka menjalankan beberapa pergerakan
seperti ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

(a). Semasa menjalankan aktiviti yang ditunjukkan di dalam rajah, lebih banyak oksigen diangkut oleh
hemoglobin di dalam sel darah merah.

i. Nyatakan bahan yang terbentuk apabila oksigen bergabung dengan hemoglobin.


OKSIHEMOGLOBIN
(1 markah)

ii. Terangkan kesan aktiviti yang ditunjukkan di dalam rajah terhadap kadar respirasi.
Berikan penjelasan anda.
KADAR RESPIRASI MENINGKAT UNTUK MENINGKATKAN BEKALAN OKSIGEN.

(2 markah)

(b). Jadual menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi selepas Amir dan rakan-rakannya menjalankan
beberapa jenis aktiviti.

Nama Aktiviti Kadar denyutan nadi


Amir Berenang 150
Cindy Berjalan perlahan 110
Chan Membaca 85

Berdasarkan jadual di atas, nyatakan aktiviti yang paling cergas. Terangkan jawapan anda
1. BERENANG.
2. BERENANG MEMPUNYA I KADAR DENYUTAN NADI YANG PALING TINGGI
(2 markah)

14
(c) Baru- baru ini kerajaan telah mengumumkan larangan merokok di premis-premis makanan seperti
dalam keratan akhbar di bawah.

i. Berita ini amat menggembirakan sesetengah pihak seperti perokok pasif. Apakah yang dimaksudkan
dengan perokok pasif?

PEROKOK PASIF IALAH SESEORANG YANG TIDAK MEROKOK TETAPI MENYEDUT


ASAP ROKOK
(1 markah)

ii.Nyatakan satu bahan yang terdapat dalam asap rokok yang boleh menghitamkan peparu.

TAR
(1 markah)

iii. Wajarkan tindakan kerajaan untuk menjarakkan perokok dengan premis makanan sejauh 3 meter.
Berikan pendapat anda.

1. DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA PEROKOK PASIF


2. IA DAPAT MEMBANTU PERSEKITARAN YANG BERSIH
3. MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK TIDA MEROKOK DI TEMPAT AWAM
(3 markah)

15
10. Rajah di bawah menunjukkan piramid makanan.

Aras 4

Aras 3

Aras 2

Aras 1

.
(a). Apakah maksud gizi seimbang?
GIZI SEIMBANG MENGANDUNGI KETUJUH-TUJUH KELAS MAKANAN DALAM
KUANTITI YANG BETUL.

(1 markah )

(b). Berdasarkan piramid makanan itu, mengapakah kanak-kanak perlu mengambil lebih
makanan dari aras 3?
1. UNTUK TUMBESARAN

2. UNTUK MEMBAIKI TISU- TISU BADAN YANG ROSAK.

(2 markah )

(c). Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang kecil oleh badan kita dan ia sangat penting untuk
kesihatan badan. Senaraikan satu contoh vitamin dan satu penyakit yang disebabkan
oleh kekurangan vitamin tersebut.

VITAMIN C- SKURVI
(2 markah)

16
(d).Rajah menunjukkan makanan seharian yang diambil oleh Encik Rahman

i. Kelas makanan yang manakah kurang dalam menu seharian En Rahman di atas?

PELAWAS
(1 markah)

ii. Jika Encik Rahman mengekalkan diet sebegini buat masa yang lama, apakah yang mungkin
terjadi kepada badan Encik Rahman

ENCIK RAHMAN MUNGKIN AKAN MENGALAMI MASALAH KESIHATAN SEPERTI


OBESITI, MASALAH JANTUNG DAN TEKANAN DARAH TINGGI
(2markah)

(e).Sally dan Nally merupakan dua orang sahabat yang sama umur dan mempunyai saiz badan yang
lebih kurang sama. Mereka melanjutkan pelajaran di negara yang berbeza.

Pada pendapat anda, siapakah yang memerlukan makanan yang lebih banyak?
Mengapa?
SALLY MEMERLUKAN LEBIH BANYAK MAKANAN KERANA DIA TINGGAL DI NEGARA
YANG BERIKLIM SEJUK. DIA MEMERLUKAN LEBIH BANYAK TENAGA UNTUK
MENGEKALKAN SUHU BADANNYA BERBANDING DENGAN MARRY YANG TINGGAL DI
NEGARA YANG BERCUACA PANAS.
(2markah )

17
11.(a) Kirana telah memerhatikan tiga sel, A, B dan C di bawah mikroskop. Pemerhatian direkodkan
dalam jadual di bawah.

Komponen sel Sel


A B C
Dinding sel Ada Tiada Tiada
Kloroplas Ada Tiada Tiada
Membran sel Ada Ada Ada
Nukleus Ada Tiada Ada

i. Sel yang manakah merupakan sel tumbuhan? Berikan alasan anda.


SEL A KERANA MEMPUNYAI DINDING SEL.
(2 markah)

ii. Terdapat nukleus dalam sel tumbuhan dan sel haiwan. Apakah yang akan terjadi kepada sel
sekiranya nukleus dikeluarkan daripada sel?
SEL ITU AKAN MATI.
(1 markah)

iii. Apakah fungsi nukleus.


MENGAWAL AKTIVITI SEL
(1 markah)

(b). Rajah di bawah menunjukkan sel tumbuhan dan rangka manusia.

Terdapat bahagian pada sel tumbuhan yang mempunyai fungsi yang sama dengan rangka manusia.
Namakan bahagian tersebut dan nyatakan persamaan fungsinya.
DINDING SEL. IA DAPAT MENYOKONG DAN MEMBERI BENTUK KEPADA SEL

(2 markah)

18
(c). Nyatakan satu perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

SEL TUMBUHAN MMEPUNYAI VAKUOL MANAKALA SEL HAIWAN TIADA


VAKUOL (TERIMA PERBEZAAN YANG LAIN)

(1 markah)

(d). Manusia merupakan organisma multisel yang kompleks kerana mempunyai pelbagai jenis sel
yang diorganisasi kepada sel, tisu, organ dan sistem.

Berdasarkan organisasi sel manusia yang diberikan:

i. Nyatakan satu organ lain selain dalam rajah di atas untuk membentuk sistem pencernaan.
MULUT/ ESOFAGUS/ HATI/ PANKREAS/USUS KECIL/USUS BESAR
(1 markah)

ii. Namakan satu sistem lain dalam badan manusia serta fungsinya.
SISTEM PEMBIAKAN UNTUK MENGHASILKAN SPERMA DAN OVUM BAGI
MENGHASILKAN ZURIAT

(1 markah)

(e). Setiap sistem dalam tubuh manusia perlu dijaga dengan berhati-hati supaya proses kehidupan
manusia tidak terganggu dan manusia dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan baik.
Terangkan satu langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem di dalam badan kekal
sihat.

MAKAN MAKANAN YANG SIHAT/ MELAKUKAN SENAMAN


(1 markah)

========================= SOALAN TAMAT ===================

19

You might also like