Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Masalah Dadah di kalangan remaja

Menurut Zamani Ahmad, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam laporannya
menyebut ujian air kencing yang dijalankan mendapati seramai 1,829 daripada 370,285
pelajar dari 178 sekolah disahkan positif dadah.

Sebenarnya kegusaran Sultan Selangor, yang dizahirkan melalui satu kenyataan susulan
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Selangor kali ke-78, amat berasas kerana
masalah dadah akan mendatangkan implikasi negatif kepada golongan muda dalam
negeri Selangor.

Kita mungkin boleh menarik nafas lega apabila statistik AADK menunjukkan jumlah
penagih dadah yang dikesan secara keseluruhan telah menurun sebanyak 16 peratus
tahun lepas berbanding 2016. Jumlah penagih baharu yang dikesan pada 2017 pula
mencatatkan penurunan sebanyak 19.6 peratus manakala penagih berulang pula
mencatatkan penurunan 5.5 peratus.

Ketagihan dadah merupakan masalah nombor satu Malaysia selama tiga dekad,
terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia antara 15 dan 40 tahun. Berdasarkan
statistik AADK, kumpulan ini merangkumi 80 peratus penagih dadah di negara ini.

Usaha menghapuskan ancaman dadah juga penting dalam usaha memerangi jenayah
kerana statistik polis menunjukkan 30 hingga 40 peratus penagih dadah terlibat dengan
jenayah.

Memandangkan kunci untuk memerangi dadah terletak pada pencegahan, strategi


peringkat kebangsaan diperlukan untuk melibatkan mereka di rumah, dalam masyarakat
serta di tempat kerja untuk membantu membasmi ancaman dadah.

Peranan aktif ibu bapa dan masyarakat dalam memerangi penyalahgunaan dadah juga
penting dan mesti dipergiatkan sekiranya negara ingin memastikan ketagihan dadah
dalam kalangan remaja dan belia, termasuk pelajar, tidak bertambah buruk.

Ia juga selaras dengan tema sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan ke-35 tahun ini iaitu
‘Komuniti Kita Tanggungjawab Kita’.

You might also like