Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pengenalan

Mengikut data Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) pada tahun 2016, Malaysia
mencatatkan kadar obesiti tertinggi dalam kalangan 10 negara ASEAN iaitu 15.6 peratus, diikuti
dengan Brunei (14.1 peratus), Thailand (10 peratus), Indonesia (6.9 peratus), Filipina (6.4peratus),
Singapore (6.1 peratus) , Myanmar (5.8 peratus) , Laos (5.3 peratus), Kemboja (3.9 peratus) dan
Vietnam (2.1 peratus). Peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan
ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Menurut Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO), 51.8 peratus daripada rakyat Malaysia telah dikategorikan sebagai
obesiti dan berlebihan berat badan.

Masalah obesiti meningkat dari tahun ke tahun merupakan satu masalah kesihatan yang
sangat serius di Malaysia. WHO memberi amaran bahawa populasi kanak-kanak dan remaja yang
mengalami obesiti di seluruh dunia telah meningkat sepuluh kali ganda dalam tempoh empat dekad
serta krisis kesihatan global itu mungkin bertambah buruk melainkan beberapa tindakan drastik
diambil. Sehubungan dengan itu, kerajaan kita telah mengambil tindakan sewarjarnya terutamanya
memfokuskan pada kanak-kanak. Kementerian kesihatan berkerjasama dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi mewujudkan sebuah modul yang boleh membantu murid mengurangkan
berat. Pemantauan serta pendidikan yang berterusan bagi mengawal masalah obesiti dalam
kalangan murid. Selain itu, Inisiatif Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) telah diperkenalkan
di mana semua sekolah. Ini memberi satu input teknikal mengenai makanan yang boleh dan
dilarang dijual di kantin sekolah yang bertujuan mengawal penjualan makanan yang tidak
berkhasiat untuk murid.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan peruntukan belanjawan 2019 beserta beberapa
cukai baharu serta peningkatan cukai selain cadangan bayaran khas kepada penjawat awam. Antara
cukai soda atau cukai minuman bergula menjadi salah satu perbualan hangat di Malaysia. Cukai
soda (cukai minuman bergula )adalah cukai atau surcaj yang direka bertujuan mengurangkan
pengambilan minuman yang mengandungi gula tambahan. Cukai soda juga telah dipromosikan
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membendung obesiti, diabetis dan masalah kesihatan lain
yang berkaitan dengan gula.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberikan reaksi positif terhadap usul
ini dengan membuat pengumuman atas faktor ingin menggalakkan rakyat mengamalkan gaya
hidup sihat. Seperti sedia maklum, kandungan gula yang berlebihan dalam badan boleh
menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah obesiti. Minuman berkarbonat seperti Coca-Cola,
Pepsi, Sarsi mempunyai kandungan gula tertinggi. Setiap satu tin dengan berat 300 ml adalah sama
seperti mengambil sembilan sudu besar gula telah digunakan untuk memberikan rasa enak kepada
minuman bersoda. Berdasarkan hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bersama pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia pada Mac 2018, telah mendapati bahawa seramai 5.5 juta
penduduk Malaysia menghadapi masalah obesiti dan jumlahnya semakin meningkat jika
dibandingkan dengan jumlah tahun lalu yang mencatat 4.4 juta penduduk. Ini membuktikan
bahawa masyarakat kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat walaupun minuman bergas
bukanlah satu-satunya penyumbang kepada masalah obesiti. Dengan ini, marilah kita sama-sama
mengaji secara mendalam tentang punca yang menimbulkan masalah obesiti dan cara-cara yang
dapat mengatasi supaya tidak berleluasa.

Definisi Obesiti

Berdasarkan etimologi iaitu kaji asal usul kata, perkataan obesiti datang dari bahasa Latin
pada tahun 1645-55 iaitu “obedere” yang dapat ditarifkan “ob” bermaksud makan dan “edere”
adalah bermaksud berlebihan. Hippocrates dari Greeks merupakan orang pertama menganggap
berlebihan berat badan merupakan sejenis penyakit malah juga akan menimbulkan penyakit lain
yang serius. Sushruta, seorang doktor dari negara India pada abad ke-6 telah mengumumkan hasil
laporan bahawa masalah obesiti akan mengundang penyakit kronik yang lain seperti kencing
manis dan sakit jantung. Oleh itu, perkataan obesiti merupakan satu perkataan simbolik kepada
“risiko tinggi” kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) , obesiti merupakan pengumpulan lemak yang
berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan
sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004). Selain itu, obesiti didefinisikan sebagai
kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter
metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Obesiti juga
ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak yang
berlebihan dalam badan. Indek jisim badannya (BMI) merupakan satu ukuran kuantitatif untuk
mengenalpasti adakah seseorang normal atau berlebihan berat badan. Individu yang biasa
dianggap sebagai golongan yang berlebihan berat badan apabila kadar BMI sudah melebihi 30
atau ke atas.

Punca-Punca Obesiti

1. Amalan Permakanan yang tidak sihat atau seimbang

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin merebak kini ialah kanak–kanak
tidak mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang. Pada zaman sekarang, kedua-dua ibu bapa
tidak sempat menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak sebab sibuk dalam kerja masing-
masing. Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nugget, mee segera dan
lain-lain. Tambahan pula, makanan segera seperti KFC, Mcdonald’s, pizza hut sewenang-
wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah. Perkhidmatan yang bagus ini telah menjadi
kecenderungan kanak-kanak makan makan segera. Kanak-kanak memang suka makan makanan
segera kerana mereka memikirkan tentang kelazatan makanan sahaja dan tidak mengambil peduli
kesihatan mereka. Budaya pemakanan yang tidak sihat dan gizi yang tidak seimbang boleh
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Selain itu, kewujudan restoran mamak 24 jam
membolehkan orang ramai menjamu selera pada lewat makan. Biasanya, makanan yang dijual
mengandungi kadar gula yang tinggi, berminyak dan kolesterol seperti maggi goreng, roti canai
,buger dan teh tarik. Tabiat makan yang tidak sihat menjadi satu kebiasaan dan menyumbang
angka obesiti di Malaysia.

2. Kekurangan senaman

Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak kini ialah mereka tidak
suka bersukan dan beriadah. Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan teknologi
terkini seperti telefon pintar dan komputer. Mereka lebih minat menghabiskan masa untuk
memainkan permainan online, menonton Youtube dan melayari internet dan facebook berbanding
dengan bersukan atau beriadah. Selain itu, kanak-kanak suka duduk di tempat selesa dan tidur di
dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin. Semakin kurang pergerakan mereka, maka
semakin rendahlah kadar pembakaran kalori badan. Ini akan menambah berat badan kanak-kanak.
Pendek kata, jelaslah bahawa kanak-kanak yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah
menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

3. Genetik

Masalah obesiti juga boleh diturunkan daripada ibu bapa atau nenek moyang kepada
kanak-kanak . Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki
anak-anak yang gemuk juga. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, maka
unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan
diturunkan kepada bayi dalam kandungan. Jikalau ada genetik yang mempunyai masalah obesiti,
kita mesti berhati-hati kerana berkemungkinan besar kita boleh dapat penyakit ini. Oleh itu, kita
mesti sentiasa makan makanan yang sihat dan seimbang supaya terhidar daripada sebarang
penyakit. Penyakit yang mengikut keturunan ini tidak boleh dijangka kerana ada sesetengah
keluarga hadapi penyakit seperti ini dan ada yang tidak dapat.

4. Penyakit dan Pengambilan Ubat

Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon


pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki
(testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya
ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan
kerana selera makan yang tinggi. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau
ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh
menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.

5 . Faktor tidur lewat

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan waktu tidur yang mencukupi. Tidur
yang berkualiti akan membuat tubuh badan dan minda lebih cergas serta bertenaga pada siang hari.
Jika kanak-kanak dibiarkan berjaga sehingga lewat malam tidak kira sama ada bermain mahupun
menonton televisyen, kecenderungan perut mereka berasa lapar adalah lebih tinggi. Hidangan
berat seperti mee segera akan menyebabkan tubuh kepenatan kerana organ-organ pencernaan tidak
dapat rehat yang secukupnya apabila terpaksa berkerja sepanajang malam bagi mencernakan
makanan yang diambil. Selain itu, kanak-kanak yang tidur lewat akan mengambil makanan ringan
atau snek dan tabiat makan yang tidak sihat ini menyumbang kepada masalah obesiti

Cara untuk mencegah masalah obesity

1. Permakanan yang seimbang

kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau
jenis makanan agar hidup lebih sihat. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan
makanan, misalnya vitamin, protein, lemak dan lain-lain. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan,
sayur-sayuran tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh
badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makan yang banyak lemak dan gula
dan cuba sesuai diri dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak. Cara memasak seperti
gorang dan bakar haruslah dikurangkan dan dicadangakan dengan makanan yang direbus. Ibu bapa
juga menghalang anaknya mengambil minuman soda, gula-gula, aiskrim dan snek yang berisiko
tinggi mengalami kegemukan. Makanan ringan ini bukan tanda kasih sayang ibu bapa kepada
anak malah akan memudaratkan kesihatan anak sendiri. Selain itu, kita juga mestilah makan
mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi,
makan tengah hari dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
turut menguar-uarkan slogan “makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” bagi memastikan rakyat
mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana, kita bukan sahaja sihat malah kehidupan
lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita bijak dalam memilih makanan
yang sihat dan seimbang setiap hari.

2. Amalan senaman yang efektif

Cara yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulah
mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam
tiga kali seminggu. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal aerobik, bersukan ,berenang,
mendaki bukit dan sebagainya. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita.
Kanak-kanak tidak seharusnya menjadikan kesibukan kerja sekolah dan kelas tuisyen sebagai
alasan untuk tidak bersenam. Sebaliknya, ibu bapa mesti menjadi teladan yang baik untuk
membimbing anak-anak mengamalkan amalan senaman. Tambahan pula, kini banyak alatan
senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang
untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Faedah senaman dapat menguatkan tulang dan membina
kekuatan otot. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit seperti sakit jantung,
osteoporosis, obesiti dan lain-lain. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat
membantu kita mengekalkan kesihatan tubuh badan sekali gus mencegah daripada masalah
kegemukan.

3. Membudayakan Amalan sihat


Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Kelimpahan makanan yang beraneka
jenis dan budaya makan rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup kita.
Fenomena restoran dan mamak menjadikan tabiat makanan kita berubah dengan kemudahan
menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan tanpa halangan. Walaupun banyak program dan
kempen kesihatan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, namum kesedaran untuk membudayakan
amalan sihat hanya bermula di peringkat individu sahaja. Oleh itu, kita harus kurangkan budaya
makan lewat malam sedikit demi sedikit untuk kesihatan badan. Selain itu, kita juga makan hanya
ketika lapar. Kadang-kadang orang mengambil makanan adalah tabiat dan tekanan emosi.
Sebenarnya, tekanan emosi boleh dilepaskan melalui cara yang sihat seperti melakukan senaman.
Di samping itu, kita mesti tidur dengan masa yang cukup kerana lewat tidur akan menyebabkan
kita teringin makan di luar kedai.

Makan dengan cara yang betul

Kita harus makan dengan perlahan-lahan dan jangan gapoh. Ini disebabkan makan dengan
secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepusan. Cara yang kedua
ialah kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil. Cebisan yang kecil akan lebih mudah
dihadam. Cara yang ketiga ialah makan dengan kerap. Biar makan kerap dengan kuantiti yang
sedikit daripada makanan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Cara yang keempat
ialah mengambil sarapan pagi. Menurut kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan
hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar
kalori. Cara yang kelima ialah minum lapan gelas air setiap hari. Air mengurangkan selera makan
dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Cara yang keenam ialah
jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang kerana kita akan makan lebih banyak makanan
dan menyimpan lebih banyak lemak dalam badan.

5. Diari makanan

Rekodkan dalam seharian, berapa kali dan berapa banyak yang diperlukan. Cara ini
membuatkan kita peka kepada keinginan makan kita. Setelah catatan, kita boleh mengenalpasti
dan memerhati di mana kita boleh buat dan memperbaiki tabiat permakanan kita kepada yang
lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan kita lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan
diet kita.

Tip-tip Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik
dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang
seimbang dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan
berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti
kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah ada banyak gaya hidup yang sihat yang
boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Amalan Pemakanan

Aspek pemakanan makanan seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan
yang sihat. kita perlulah melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu
harian. Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat untuk jangka
masa yang panjang dan mengelakkan kita menjadi gemuk. Seandainya jumlah kalori dalam badan
tidak seimbang masalah kesihatan akan berlaku seperti masalah obesiti akibat pengambilan lemak
yang berlebihan. Oleh itu, setiap individu perlulah peka terhadap pemakanan mereka setiap hari
agar tidak menyesal pada kemudian hari kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna".
Senaman

kita juga perlu mengamalkan aktiviti bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Hal ini penting untuk menjamin badan kita sentiasa sihat dan cergas sepanjang
masa. Sekiranya aktiviti seumpama ini tidak diamalkan, badan kita akan mudah dijangkiti
penyakit berbahaya. Fungsi otak untuk memproses maklumat akan terganggu dan gagal
menyimpannya di kotak ingatan dengan sempurna. Justeru aktiviti kecergasan memberi banyak
faedah kepada kita bertepatan dengan slogan "badan sihat, otak cerdas".

Rekreasi
Rekreasi merupakan aktiviti yang dilakukan semasa masa lapang seperti berenang ,
bermain tennis, gimnastik dan sebagainya. Aktiviti ini melibatkan aktiviti fizikal dan
menggunakan lebih tenaga. Tubuh badan kita sentiasa bergerak menyebabkan badan berpeluh,
membakar kalori dan mengurangkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Rekreasi juga boleh
memberi keseronokan atau menghiburkan dari segi emosi dan psikologi. Jadi , seseorang akan
berasa ceria kerana jiwa tenang dan tidak mengalami tekanan. Selain itu, rekreasi merapatkan
perhubungan sosial seseorang dengan keluarga ,rakan dan masyarakat. Ia dapat memupuk
semangat perpaduan kerana rekreasi mengalakkan pergaulan dengan orang ramai.

Rehat
Gaya hidup sihat juga amat mementingkan tidur dan rehat yang secukupnya. Perkara ini
sangat penting kerana kita akan kembali bertenaga untuk melaksanakan tugasan harian dengan
sempurna. Tidur yang mencukupi bagi seseorang ialah selama lapan jam sehari. Sekiranya
seseorang itu tidak mendapatkan tidur yang mencukupi akan menyebabkan produktiviti mereka
menurun malah proses biologi dalam badan turut terganggu. Pendek kata, tidur dan rehat yang
cukup menjamin kehidupan yang sihat sejahtera.

Minum air secukupnya


Minum air dengan cukunya mengikut kesesuaian masing-masing dapat membantu
mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan. 60% daripada badan manusia terdiri daripada
air. Ia memainkan pelbagai peranan termasuk membantu penghadaman, penyerapan nutrisi ,
peredaran darah dan mengawal suhu badan. Tanpa air yang cukup, fungsi badan secara amnya
boleh terganggu. Selain itu, air dapat membantu buah pinggang membuang toksin dengan efisyen
dan mengurangkan pengambilan kalori daripada sumber lain.
Pemeriksaan Kesihatan Secara berkala
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini
akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan
pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih
awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Tidak merokok
Rokok tidak dapat dipisahkan daripada kesan-kesan buruk dan bahayanya di samping
bahan-bahan beracun dan memudaratkan yang terkandung di dalam setiap batang rokok. Asap
rokok yang disedut akan menyebabkan sel-sel di kerongkong berubah kepada sel abnormal iaitu
sel kanser yang berupaya memusnahkan sel-sel normal lain. Penyakit paru-paru ini dapat terjadi
dan bertambah buruk dari masa ke masa sehingga pesakit tersebut akhirnya meninggal . Kepekatan
bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid
dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok akan menyebabkan seseorang itu
mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru

Menjaga kebersihan diri / imej kendiri


Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah menjaga
kebersihan diri. Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita hendaklah
membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan air
yang bersih. Kita juga mestilah mencuci rambut menggunakan syampu untuk mengelakkan rambut
berkelemumur dan berkutu. Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian
yang kita pakai mestilah ditukar setiap hari. Pakaian yang kotor mesti dicuci. Kawan-kawan akan
menjauhi kita jika kita kotor dan berbau busuk. Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan
dan kaki yang panjang. Hal ini demikian kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku
tangan dan kaki yang panjang. Bukan itu sahaja, kita perlu menggosok gigi tiap-tiap hari. Kita juga
hendaklah berkumur selepas makan agar sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi. Kita
hendaklah membuat pemeriksaan gigi dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat
dan kuat.

Menjaga kebersihan Rumah dan Persekitaran


Selain menjaga kebersihan diri sendiri, kebersihan rumah dan persekitaran juga
memainkan peranan yang penting. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah
dihapuskan supaya mengelakkan kes deman denggi. Selain itu, sampah sarap hendaklah dibuang
ke tempat yang sepatutnya dan jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai atau dibiarkan
di luar rumah kerana tikus dan lalat akan menghampiri untuk mencari makanan. Ini juga akan
menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Permikiran Positif

Berfikiran positif akan membantu kita untuk mengatasi tekanan (stress) dan mengabaikan
pemikiran negatif dengan menggantikan fikiran pesimis kepada optimis. Dengan berfikiran positif,
setiap keputusan yang kita ambil akan lebih tepat kerana kita dalam keadaan waras. Selain itu, kita
tidak mudah terpengaruh dengan dengan keputusan orang lain kerana kita tahu apa pilihan dan
kesukaan kita. Selain itu, mereka mudah untuk menarik perhatian orang sekeliling kerana apa yang
mereka cakap, buat, rasa dan fikir adalah benda yang positif. Jika kita memiliki semangat
berfikiran positif, hidup kita selalu bahagia.
Bibliography
angkaradurja. (2014, April 29). Maksud Obesiti. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/220950862/Maksud-Obesiti

Badiran, H. (2018, Oktober 4). Pilih pemakanan seimbang kekal gaya hidup sihat. Retrieved
from MyMetro: https://www.hmetro.com.my/hati/2018/10/383078/pilih-pemakanan-
seimbang-kekal-gaya-hidup-sihat

Bangun, bergeraklah! (2017, April 17). Retrieved from MyMtro:


https://www.hmetro.com.my/node/222199

Cuckoo, F. (2018, Febuary 7). 7 Manfaat Minum Air Yang Ramai Tak Tahu. Retrieved from
http://www.cuckoonano.com/manfaat-minum-air/

Cukai terhadap gula mampu atasi obesiti? (2018, September 26). Retrieved from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/mega/kesihatan/cukai-terhadap-gula-mampu-atasi-obesiti-
1.755151

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia . (2018, Oktober 13). Retrieved from Berita Harian:
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20181013/282291026195226

DrFauzee. (2015, Februari 17). 7 Punca Gemuk Yang Ramai Orang Tidak Tahu. #2 Selalu
Disalahkan. Retrieved from https://www.thevocket.com/punca-gemuk/

Etymology of obesity . (2014, September 14). Retrieved from Wyzant:


https://www.wyzant.com/resources/lessons/english/etymology/words-mod-obesity

Gantit, K. (2014, June 2). Gaya Hidup Sihat . Retrieved from


http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/gaya-hidup-sihat.html

HALIDI., N. F. (2015, June 29). ANCAMAN ROKOK KEPADA MANUSIA DAN


PERSEKITARAN . Retrieved from http://www.youth4malaysia.com/index.php/web-
journalism-category/sosial-webjurnalism/kesihatan-healthy/87-ancaman-rokok-kepada-
manusia-dan-persekitaran
Jeevendran, K. (2017, November 24). Bilangan pelajar obesiti semakin membimbangkan.
Retrieved from MalaysiaGazette: http://malaysiagazette.com/blog/2017/11/24/bilangan-
pelajar-obesiti-semakin-membimbangkan/

Jumlah kanak-kanak, remaja obes seluruh dunia naik 10 kali ganda. (2017, Oktober 11).
Retrieved from https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/18167

KHAN, S. A. (2016, Oktober 10). Obesiti kanak-kanak semakin serius. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/obesiti-kanak-kanak-semakin-serius-1.393067

Nasir, M. (2010, Oktober 27). AMALAN GAYA HIDUP SIHAT . Retrieved from
http://cikgunasirbm.blogspot.com/2010/10/amalan-gaya-hidup-sihat.html

RAZAK, C. (2010, Mac 23). gaya hidup sihat . Retrieved from


http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/gaya-hidup-sihat.html

Richworks, T. (2016, December 20). 5 Kelebihan Bersikap Positif. Retrieved from


http://azizanosman.com/5-kelebihan-bersikap-positif/

Salleh, R. (2017, September 12). MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN KANAK- KANAK
DI MALAYSIA. Retrieved from
http://www.academia.edu/24598447/TAJUK_MASALAH_OBESITI_DALAM_KALAN
GAN_KANAK-_KANAK_DI_MALAYSIA

Sani, M. S. (2017, Oktober 5). Kawal obesiti dalam kalangan murid. Retrieved from MyMetro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/276632/kawal-obesiti-dalam-kalangan-
murid

Sayunara. (2013, December 28). OBESITI DI KALANGAN PELAJAR. Retrieved from


http://wajayu.blogspot.com/2013/12/obesiti-di-kalangan-pelajar.html

SEJAUH MANAKAH PELAKSANAAN CUKAI SODA BOLEH MEMPENGARUHI GAYA


HIDUP SIHAT SESEORANG. (2018, September 12). Retrieved from Seibu Ombak:
https://seribuombak.wordpress.com/2018/09/12/sejauh-manakah-pelaksanaan-cukai-
soda-boleh-mempengaruhi-gaya-hidup-sihat-seseorang/
suhaili, s. (2011, April 8). Amalan Gaya Hidup Sihat . Retrieved from
http://fasilitatorbahasa.blogspot.com/2011/04/amalan-gaya-hidup-sihat.html

Wati, N. S. (2017, September 5). Apakah Anda Termasuk Orang yang Cukup Bersih? Cek Dulu
di Sini! . Retrieved from https://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/menjaga-
kebersihan-diri/

Zanariah, N. (2017, Mei 21). Cara-Cara Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat . Retrieved
from http://nzm-lut10.blogspot.com/2017/05/cara-cara-untuk-mengamalkan-gaya-
hidup.html

You might also like