Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN MINGGU KEAKRABAN BAHASA ARAB DAN BAHASA IBAN

SK SUNGAI STUTONG

Disediakan oleh: Muhammad Ashraf Bin Emran

Pada 24 Jun 2019 hingga 27 Jun 2019 yang lalu, panitia Bahasa Arab dan Bahasa
Iban telah melaksanakan satu program panitia yang iaitu Minggu Keakraban Bahasa Arab
dan Bahasa Iban.

1.0 Sebelum

Sebelum hari kejadian, semua ahli jawatankuasa bermesyuarat menentukan


pembahagian tugas. Saya selaku

2.0 Semasa

Pada hari kejadian, saya memberi taklimat kepada semua sahabat dan peserta
program mengenai perjalanan program sepanjang program ini berlangsung dari masa ke
semasa supaya mereka peka terhadap perjalanan program.

3.0 Selepas

Selepas tamat program, saya memastikan semua pihak yang terlibat membantu AJK
peralatan bagi mengembalikan barang yang telah dipinjam dihantar ke Bilik Gerko dan Masjid
Al Muallimin dengan lengkap.

4.0 Kelebihan

Kelebihan yang dapat saya kenal pasti ialah program ini mampu untuk merapatkan
hubungan kami sesama anak-anak JAPIM melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang program telah berlangsung. Selain itu, peserta program juga telah mendapat ilmu
baru seperti cara menyembelih ayam dan sebagainya.
5.0 Kekurangan

Terdapat beberapa kekurangan yang dapat saya utarakan pada program kali ini iaitu
kurang kerjasama daripada peserta program terutamanya ketika mengangkat barang untuk
disimpan kembali ke Bilik Gerko. Hanya 4 orang peserta daripada 54 peserta telah turun untuk
mengangkat barang untuk dikembalikan dan perkara ini amatlah dikesali, Selain itu, jadual
program kelihatan terlalu santai dan banyak massa kosong yang boleh diisi dengan program
yang lain.

6.0 Cadangan Penambahbaikan

Oleh itu, cadangan penambahbaikan perlulah dilakukan bagi memudahkan gerak


kerja pada massa hadapan dan juga supaya masalah yang berlaku tidak diulangi lagi.
Pertama ialah pengerusi atau AJK yang terlibat perlulah lebih tegas dalam mengerah peserta
untuk turut serta membantu bagi memudahkan kerja dijalankan. Selain itu, jadual program
perlu dikaji semula dan ditambah lagi aktiviti-aktiviti supaya massa tidak terbuang begitu
sahaja.

7.0 Penutup

Kesimpulannya, pelaksanaan Program Tautan Kasih Anak-Anak JAPIM telah


berlangsung dengan baik hasil daripada kerjasama semua ahli jawatankuasa yang melakukan
tugas masing-masing dengan baik dan juga penyertaan peserta yang baik. Sebanyak-banyak
penghargaan diajukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Disediakan oleh,

......................................................

(MUHAMMAD ASHRAF BIN EMRAN)

Pengerusi,
Program Tautan Kasih Anak-Anak JAPIM,

IPGK batu Lintang.

You might also like